Posted by: pinkturtle2 | April 4, 2011

Pengharaman poco-poco : Ambil kira realiti di Malaysia, bukan di Jamaica

Kesimpulannya, berasaskan kenyataan Ibnu Hajar berhubung pemakaian toylasan, boleh dirumuskan bahawa tarian poco-poco yang diamalkan di Malaysia hari ini, adalah harus. Ia harus kerana dalam realiti semasa di Malaysia, sifat asalnya, iaitu upacara ibadat agama bukan Islam, telah hilang dan bertukar menjadi senaman biasa, serta diamalkan oleh semua penganut agama, termasuk orang-orang Islam.

Tarian poco-poco yang diamalkan di Malaysia hari ini adalah harus – Ustaz Shamsul Muda

Seperti dijangka, Jawatankuasa Fatwa Perak mengharamkan tarian poco-poco kerana ia merupakan ‘cara ibadat bukan Islam’.

Ini dinyatakan sendiri oleh Mufti Perak, Sohibus Samahah, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau dipetik sebagai berkata, “saya kata haram sebab itu (tarian poco-poco) berasal dari cara ibadat bukan Islam, walau apa jua tujuan yang kita buat termasuk senaman, ia tetap haram”. (Lihat : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/poco-poco-mufti-perak-tidak-ganjak-majlis-fatwa-bincang-20-april/)

Secara prinsipnya, tata cara ibadat bukan Islam, memang tidak boleh dipraktikkan oleh umat Islam. Ini kerana, Islam menegah penganutnya menyerupai perlakuan yang khusus bagi bukan Islam.

Ia seperti pemakaian salib atau melambangkan salib dengan pergerakan tangan, seperti yang biasa dilakukan pemain bola sepak di barat, ketika masuk ke padang bagi menggantikan pemain lain.

Namun, untuk mengimplementasi prinsip ‘tegahan menyerupai perlakuan khusus bukan Islam’ ini ke atas tarian poco-poco, perlu diambil kira 2 perkara berikut :

Perkara pertama, sesuatu yang menjadi simbol atau pengamalan khusus bukan Islam, hanya ditegah bagi orang Islam, pada waktu ia merupakan simbol atau amalan khusus mereka (bukan Islam).

Dengan sebab itu, umat Islam pada masa ini, boleh melakukan sesuatu yang pernah menjadi simbol atau amalan khusus bukan Islam, jika pada masa sekarang, ia bukan lagi menjadi simbol dan amalan khusus mereka (bukan Islam).

Hal ini dinyatakan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar.

Beliau memetik kata-kata Anas bin Malik r.a yang berbunyi, “mereka seolah-olah orang-orang Yahudi Khaibar”.

Kata-kata ini ditujukan kepada sekumpulan umat Islam yang memakai toylasan (pallium).

Toylasan adalah sejenis pakaian khusus orang-orang Yahudi pada masa lampau. Ia sebahagian daripada identiti bangsa itu pada masa silam.

Ambil kira sifat semasa tarian poco-poco

Al-Hafiz Ibnu Hajar bagaimana pun berkata, kata-kata Anas r.a ini boleh diterima ketika toylasan ini menjadi simbol dan amalan khusus orang-orang Yahudi.

Tetapi, menurut al-Hafiz Ibnu Hajar, selepas ia tidak lagi menjadi simbol khusus orang-orang Yahudi, pemakaian toylasan menjadi harus bagi umat Islam.(Rujuk Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah, jld.13, ms.3 dalam bab Tasyabbuh)

Justeru, sebelum mengharamkan tarian poco-poco di atas dasar ia “berasal dari cara ibadat bukan Islam”, hendaklah dilihat sifat tarian ini di Malaysia pada masa ini.

Apakah tarian poco-poco yang diamalkan di sini hari ini, masih kekal di atas sifatnya sebagai “cara ibadat bukan Islam” yang hanya diamalkan oleh bukan Islam?

Atau, sifatnya itu telah hilang dan kini hanya merupakan satu senaman biasa yang dilakukan oleh semua penganut agama?

Sama seperti toylasan tadi.

Pada zaman Anas r.a, orang Islam yang memakainya dianggap menyerupai orang Yahudi. Ini kerana, ia pakaian yang menjadi identiti bangsa itu pada zaman beliau.

Tapi, sifat toylasan itu telah berubah selepas zaman Anas r.a. Ia tidak lagi menjadi identiti orang-orang Yahudi. Oleh sebab itu, Ibnu Hajar pada zamannya, mengharuskan umat Islam memakainya.

Jika dilihat realiti semasa tarian poco-poco di Malaysia, ia tidak lagi dikenali sebagai ‘upacara ibadat bukan Islam’. Sehinggakan tidak dikatakan orang yang mengamalkannya, sebagai penganut agama tertentu.

Tidak seperti pemakaian serban Sikh sebagai contoh. Ia adalah identiti khusus penganut agama Sikh. Sehinggakan semua mengatakan, orang yang memakainya adalah penganut agama Sikh.

Jika mahu diambil kira sejarah asal usul sesuatu pengamalan tanpa melihat realiti sekarang, maka hari ini umat Islam sepatutnya ditegah menggunakan tahun Masehi.

Ini kerana, semasa umat Islam pada zaman kegemilangan menggunakan tahun Hijrah, tentunya penggunaan tahun Masehi menjadi pengamalan khusus penganut Kristian.

Tetapi, kini ia telah menjadi pengamalan global dan tidak lagi menjadi pengamalan khusus penganut Kristian sahaja.

Bahkan, jika diambil kira realiti masa lalu, umat Islam perlu menjauhi penggunaan nama Januari, Mac dan April (sebagai contoh) bagi merujuk bulan 1, 3 dan 4.

Ini kerana, Januari berasal daripada perkataan Janus yang bermaksud malaikat bermuka dua, penjaga gerbang Rom.

Mac pula berasal daripada perkataan Mars yang bermaksud Dewa Perang. Manakala asal perkataan April ialah Apru yang bermaksud Dewa Asmara bangsa Etruscan! (Rujuk :http://awalmula.com/sejarah-awal-mula-penanggalan-masehi-dan-hijriyah.html)

Tegasnya, yang perlu dijadikan asas dalam mengeluarkan fatwa, ialah sifat tarian poco-poco hari ini di sini, bukan asal usulnya di tempat lain.

Kesimpulannya, berasaskan kenyataan Ibnu Hajar berhubung pemakaian toylasan, boleh dirumuskan bahawa tarian poco-poco yang diamalkan di Malaysia hari ini, adalah harus.

Ia harus kerana dalam realiti semasa di Malaysia, sifat asalnya, iaitu ‘upacara ibadat agama bukan Islam’, telah hilang dan bertukar menjadi senaman biasa, serta diamalkan oleh semua penganut agama, termasuk orang-orang Islam.

Ringkasnya, ia sama dengan kes pemakaian toylasan yang dinyatakan tadi. Asalnya adalah pengamalan khusus orang-orang Yahudi. Tetapi telah hilang darinya sifat ‘kekhususan bagi Yahudi’ itu.

Lihat tarian poco-poco daripada perspektif semasa & setempat

Perkara kedua, dalam menentukan sesuatu perlakuan itu samada halal atau haram, yang sepatutnya diambil kira ialah realiti di tempat kita berada.

Agak memelikkan, tarian poco-poco yang diamalkan di Malaysia sebagai satu senaman, dan bukan identiti bukan Islam dalam realiti di sini, diharamkan berdasarkan realiti di Jamaica!

Sikap Imam Malik r.a terhadap pemakaian burnus boleh dijadikan panduan. Burnus ialah pakaian para rahib Kristian pada suatu masa dahulu.

Walau bagaimana pun, Imam Malik mengharuskan umat Islam pada zamannya memakai burnus, meskipun ia pakaian yang menjadi identiti rahib Kristian.

Imam Malik berhujjah dengan berkata, “ia (burnus) turut dipakai di sini (Madinah)”. (Rujuk : Fathul Bari, jld.16, ms.345 dalam bab al-Baranis)

Sikap Imam Malik ini jelas menunjukkan bahawa yang diambil kira ialah realiti setempat, bukan realiti di tempat lain.

Walaupun burnus menjadi identiti rahib Kristian di tempat lain, tetapi tidak di Madinah pada zaman Imam Malik.

Di Madinah pada zaman itu, burnus adalah pakaian umum, bukan khusus bagi rahib Kristian sahaja. Di atas asas ini, Imam Malik mengharuskan umat Islam di Madinah waktu itu memakainya.

Justeru, dalam menentukan status tarian poco-poco, samada halal atau haram, yang perlu diambil kira ialah realiti di Malaysia pada masa ini. Bukan realiti di Jamaica atau di negara-negara lain.

Realiti di Malaysia menunjukkan, tarian poco-poco turut dipraktikkan di sini oleh

masyarakat pelbagai agama dan kaum, bukan khusus bagi agama tertentu. Ia juga dilakukan sebagai satu senaman semata-mata, bukan sebagai upacara ibadat bukan Islam.

Realiti setempat inilah yang perlu diambil kira dalam menentukan status halal atau haram tarian ini, bukan realiti di negara lain.

Rumusan

Perbezaan pandangan berhubung status tarian poco-poco berpunca daripada perspektif pandangan yang berbeza.

Pihak yang mengatakannya harus, melihat isu tarian ini daripada perspektif semasa dan realiti masa kini.

Manakala yang bertegas mengharamkannya, melihat tarian ini daripada perspektif asal usulnya dan realiti di tempat lain.

Kupasan dalam artikel ini jelas menunjukkan, kaedah yang betul dalam menentukan halal atau haram tarian ini, ialah melihat isu ini melalui jendela realiti semasa dan setempat.

Jika demikian, persepakatan boleh dicapai berhubung isu ini, jika semua pihak diajak melihat isu ini daripada perspektif semasa dan realiti masa kini.

http://warisansemasa.blogspot.com

………………………………………………………………………………………………………………………..

Bolehkah asal usul poco-poco menjadi asas pengharaman?

Asal usul sesuatu budaya, bukan satu masalah bagi Islam.

Yang menjadi masalah, ialah kandungan budaya tersebut. Juga kedudukan sesuatu budaya itu sebagai identiti orang-orang bukan Islam.

Inilah 2 masalah bagi Islam yang terdapat dalam sesuatu budaya.

Sikap Nabi s.a.w terhadap budaya Jahiliah

Fakta ini dirumuskan daripada sikap Nabi s.a.w terhadap budaya Arab Jahiliah. Iaitu budaya para penyembah berhala.

Nabi s.a.w tidak menolak kesemua budaya Jahiliah. Ada budaya Jahiliah yang diterima Baginda s.a.w tanpa ditapis. Ada juga yang diterima selepas dimurnikan.

Budaya Jahiliah yang diterima tanpa ditapis, ialah budaya yang mewajibkan pihak pendakwa, mendatangkan bukti bagi menyokong dakwaannya.

Jika pendakwa tidak mampu membawa bukti, pihak tertuduh dimestikan bersumpah bagi menafikan dakwaan pendakwa.

Budaya ini diamalkan orang Arab sebelum kedatangan Islam lagi. Iaitu sejak zaman Jahiliah lagi.

Nabi s.a.w menerima budaya ini apabila bersabda :

البينة على المدعى واليمين على من أنكر

Terjemahan : “[Tugas mendatangkan] bukti [terletak] di atas [tanggungjawab] pendakwa dan [tugas melakukan] sumpah [terletak] di atas [tanggungjawab tertuduh] yang menafikan [tuduhan ]”.

(Rujuk : Karim Zaydan (1998), al-Madkhal Li Dirasah al-Syariah al-Islamiyyah, cet.16, Beirut : Muassasah al-Risalah, ms.33. Rujuk ms.19-33 untuk melihat budaya-budaya Arab Jahilah yang diterima atau dimurnikan Islam)

Contoh budaya Jahiliah yang diterima selepas dimurnikan, ialah budaya “ana an-nazir al-‘uryan“.

Ia bermaksud, “aku pemberi amaran yang berbogel”.

Menjadi kebiasaan Arab Jahiliah, apabila mahu menyampaikan sesuatu perkara penting, mereka akan naik ke tempat tinggi.

Kemudian mereka melafazkan kata-kata seruan, diikuti dengan menanggalkan baju bagi memperlihatkan kepentingan perkara yang mahu disampaikan.

Kaedah ini dikenali dengan kaedah “ana an-nazir al-‘Uryan“.

(Lihat : Muhammad Abu al-Fath al-Bayanuni (1995), al-Madkhal Ila ‘Ilm al-Da’wah, cet.3, Beirut : Mu’assasah al-Risalah, ms.294)

Hadis berkenaan “ana an-nazir al-‘Uryan” ini direkod Imam Bukhari dalam Sahihnya, dalam باب الانتهاء عن المعاصى hadis bernombor 6482, dan Imam Muslim dalam Sahihnya, hadis bernombor 6094.

Kaedah ini turut digunakan Nabi s.a.w dalam dakwah Baginda, tetapi setelah memurnikannya. Iaitu dengan membuang unsur menanggalkan pakaian di khalayak ramai.

Penerimaan Nabi s.a.w terhadap beberapa budaya Jahiliah, samada secara terus atau setelah ditapis, memberi makna bahawa asal usul tidak Islam sesuatu budaya, tidak menjadi masalah bagi Islam.

Islam menerima sesuatu budaya, sekalipun berasal daripada para penyembah berhala, asalkan kandungannya tidak bercanggah dengan Islam.

Justeru, ‘ketidakislaman’ asal usul sesuatu budaya, tidak boleh dijadikan alasan untuk mengharamkan budaya tersebut.

http://warisansemasa.blogspot.com

Advertisements

Responses

  1. bro n sis…….

    aku tak nak ulas pasai tarian nie sangat…..
    banyak sangat dah pakar yg dok ulas sampai lenguh mulut pun ada……
    ada yg kata haram….ada yg kata harus…..harus di sana harus di sini……..
    banyak benda lagi yg boleh pikiaq pasai amalan orang melayu Islam yg sama ngan kristian…..sama ngan yahudi pun banyak…
    bila dok becampoq jantan betina…..sekali tak sekali dia menetas laa….
    di mehsia nie…….buat dulu keroja tu baru tanya ulama’……..
    patutnya tanya dulu…….baru buat….baru tau sempadan dia…….
    tu pasal laa….ada tok tok peti tegagap nak bagi kata boleh ke tidak………
    dok puja tiang buruk…..dok ancak ngan tiang buruk tak salah pulak nooooooooo????……..hat nie ikut sapa???…….

    ibu bapa laa yg mengyahudikan atau menasranikan anak-anak………
    hangpa tengok bawah nie…

    • Salam nasik kandaq.

      Sapa suruh hang susah, susah ulas.
      Di Malaysia nie, kang ramai yang cerodik.
      Kucing Kota pon cerodik.
      great chief, lagilah cerodik.
      KeLiToNg OnG pun nak cerodik.
      ikutCelamah lagilah, dibahlolnya orang.
      pterjoloq pun cerodik jugak.

      Tapi yang peliknya, hang sampai.
      Lenguh mulut.
      Hang makang berapa ulas.
      Setakat ulas.
      Tak lenguh mulut, koot.
      KeLiRu koot.

      Tapi, nak ingat kat hang lah.
      Kena banyak membaca.
      Membaca berbagai buku.
      Lepais tu.
      Lu pikiqlah sendiri.

      Nak poco-poco kah.
      Tak nak kah.
      Semuanya kah, kah la.

      Sekadaq kat Malaysia nie.
      Semuanya mengaku pakaq.

      • Salam nk & bt,

        Jom lah kita pakat ghamai2
        nonton tayangan video perdana di
        parlimen 1M.Di mana bleh dapat tiket.
        Ushar line tengok.

      • salam great chief.

        kita tak minat lah.
        bukang saja, tak minat.
        MELUAT.

        tak kira parti mana.
        dah perangai seropa pati-pati.

        yang dok nampak, minat.
        hang, lejas dan pjolor.
        hampa betiga taulah sebabnya.

        nasik kandaq dan Kucing Kota.
        teringin jugak.
        tapi depa malu.
        nasik kandaq dengan alharaminya.
        Kucing Kota kerana dok ambik2 kitab.

        sekadaq KeLiWoNg yang ToNgOnG.

      • Salam BT,
        Di akhir panjang berjela isu poco2…..

        Jika demikian, persepakatan boleh dicapai berhubung isu ini, jika semua pihak diajak melihat isu ini daripada perspektif semasa dan realiti masa kini.

        Tang porno heran bin ajaib
        Tak mau sepakat ulas..
        takat
        Tau ulas dorian buat tempoyak…
        Mmg sahih halal la
        Plan2 suroh ustaz2 x kira parti
        ulas mengulas…bkn. ulaq mengulaq

      • salam great chief.

        tang porno ni.
        menjijikkan.
        ulas ulas pon tak payah.
        ulasmengulaslah lagilah, tak payah.
        lagilah menjijikkan.

        nasik kandaq, kalau dia ulas.
        bukang pelanpelan, tapi tak berenti.
        lepais tu, mengadu lenguih mulut.

        awal2 lagi, bila tiga musketeers tu.
        keluaq cerita.
        semua orang patut diam.
        cuma yang muka tak malu saja.
        bolehlah rioh sana, rioh sini.
        termasuklah pjolor.
        hang pon, dah nak riuh.
        nasibbaik sampai setakat doggy.

        sekadaq boikotlah cerita seks dan porno.
        malu kat budak2 tadika saja.

  2. سلام جوا سوي ليك سوكا

    Makin lama Umngok memerintah Malaysia, semakin terdedah Umngok dan kerajaannya jadikan negara ini tempat pemimpinnya ketua jabatan, Mufti2, Hakim, peguam negara, Ketua Polis negara bermain- main, tempat mereka bersuka suka dengan meghabiskan wang rakyat, yang paling hina mereka sanggup memperbodohkan rakyat.

    Mereka mengambil kesempatan dengan kebodohan yang dididik oleh penjajah British mengaut hasil negara, kemudian British ujudkan Umno mengambil pemimpin melayu yang sanggup meneruskan kesinambungan membodohkan orang2 melayu disamping berpeluang memunggah kekayaan negara untuk diri dan kroni.
    Mereka sebenarnya faham agama Islam yang dianuti oleh orang melayu jika dieksploit oleh tokoh agama yang dipilih oleh mereka dengan ganjaran wang dan darjat, ianya akan jadi sebahagian kuat yang boleh memanjangkan usia kuasa Umno mengurus tadbir Malaysia. Sebab itu mufti2 yang dilantik mesti faham dengan kehendak Umno dan lebih baik mereka yang berjiwa Umno mendahulukan agenda melayu mengatasi segalanya. Agama pada perkara rutin kehidupan melayu sahaja yang diberi tekanan pemahaman. Umno telahpun berjaya…

    Kejayaan inilah yang membuat kepimpinan Umno berani berbuat apa saja, berleluasa tanpa peduli sempadan aqidah, halal haram dan hukum2 yang disuroh dan ditegah agama. Sementelahan pula yang jadi pemimpin Umno sendiri bukan dari kalangan yang warak mekipun yang menjadi menteri agama. Dalam diri mereka seolah olah mereka punya dalil dan nas yang agama terpaksa dipinggir disebabkan oleh dharurat, ditinggalkan demi kuasa bangsa. Allah wajib memahaminya. Sebenarnya itulah kehendak mereka.

    Kita telah mengalami berbagai peristiwa besar dalam pemerintahan Umno yang menuntut para Mufti memberi kenyataan berdasarkan hukum. Diantara peristiwa2 itu telah mencabar syari’ah Islam yang menjadi paksi kepada kehidupan rakyat disebuah negara orang Islam. Malangnya para mufti yang menganggotai majlis fatwa sekalipun tetap tidak berbunyi pesis nenek tua yang nazak.

    Alih2 hari ini seorang mufti telah dengan megahnya mengumumkan tarian poco poco itu haram kerana amalan dari agama rakyat Jamaica, seolah olah dia dengar penari2 poco poco membaca mentera agama rakyat Jamaica ini. Sewajarnya mentera itu yang haram atau bergaul bebas lelaki perempun itu yang haram. Tapi begitulah standard seorang mufti kehendak Umno. Nak membicarakan haram apa juga jenis konsert, melesenkan arak dan judi pun tak berupaya, apatah lagi nak menghukum qazaf pada pemfitnah yang berkesinambungan selama 12 tahun pemimpin Umno melagangkannya keseluroh dunia..

    Apa barang mufti nikah kahwin berani bersuara kepada pemimpin Umno yang mengaku bijak pandai tetapi membiarkan akal mereka jadi bodoh daripada telor dibawah pusat mereka hanya takut hilang kuasa. Mereka bagai mengakui segala fitnah dan tipu daya mereka mendapat restu dari Allah Ta’ala, atau mereka sedang mencabar kuasa Allah untuk membuktikan bahawa Allah itu sebenarnya ada!

    Marilah kita menunggu jawapan Allah dengan bukan membalakan kepada kita semua biarlah kifarahnya itu keatas mereka yang berdosa.

    . امين يا راب العا لمين

    • salam Kucing Kota.

      hang, jangan dok tulih.
      panjang,panjang.
      kita tak larat nak baca.

      nanti orang kata hang c n p.
      hang marah pulak.

      sekadaq kitsiang kat hang.

      • panjang yg kucing tulih tu pun hang tak larat nak baca………
        lepaih tu dok kata orang malaih baca….
        yg sebenornya tempoyak nie laa yg malaih dan baloq nak baca buku……main saja banyak……tu yg benak hati perut toh…….
        hang main ‘lubang’ saja yg pandai….
        tu pasai dok heret kayu golf merata…….
        hang main ka..pi menajak rumput???

        kah kah kah……

      • salam nasik kandaq.

        alahai, hang ni.
        kita kata kat Kucing.
        Kucing tak kata apa ponn.

        yang hang pulak jawab, pasai apa.
        hang jadi setiausaha akbaq dia, ka.
        hebat nuur Kucing.

        sekadaq hang yang tak hebat.

      • memang BT (bengong tua, budak tongong) malaih membaca, kalo dia baca pon dia tak paham sepatah huruf pon….. otak cetek

      • salam KeLiBoNgOnG.

        kiitsiang kat hang.
        hang dok KeLiRu dengan.
        Beng dan Tong.

        bongong lah hang.
        takkang kita tak paham.
        Kucing Kota kata.
        dia dok tolong2 ambik kat Acheen St.
        kita pahamlah tu.

        yang kita tak paham.
        bukang sepatah huruf.
        tapi, tak paham.
        pasai apa dia tak baca.
        kitab-kitab tu.
        kalau tidak, kang dia dah jadi.
        Tok Guru Kucing Kota.

        nah, bukang saja poco-poco.
        lebih dari poco pon.
        dia boleh ulasmengulas.

        sekadaq Kucing Kota tu ceredik jugak.

  3. mainlah poco-poco tu banyak-banyak,
    berhiburlah banyak-banyak,
    menyanyilah banyak-banyak,
    menyeghonoklah banyak-banyak,
    melagholah banyak-banyak,

    apa mau peduli,
    siapa mau peduli,

    buatlah sesuka hati,
    bala datang tanggung sendiri,
    memang bangsa melayu tak sedar diri,
    berlagak……lupa diri.

  4. Buang masa je engkorang ni semua. Dah mufti kata haram poco-poco tu haram le, banyak lagi cara bersenam lain yang boleh di buat. Buang masa betul engkorang ni. Banyak lagi kes besar yang perlu difikirkan seperti fitnah-mefitnah, tuduh-menuduh orang meliwat, berzina, video seks etc yang berleluasa dan semakin teruk. Mufti ni pun satu, sepatutnya fokus benda besar yang bakal membawa padah ni, jangan dok sibuk benda-benda kecik macam poco-poco ni. Opocot…

  5. Salam. Tu yang silap Ustaz Shamsul Mudani, nak tunjuk pandai dia. Para Orientalis memang akan memesongkan fikiran kita secara halus. Hormatilah pandangan Mufti. Semoga Allah memberi hidayah kepada anta. Wassalam.

  6. Ustaz muda ni nak tunjuk terror. Ni la jadinya. Harap umat Islam tak keliru. Hormatilah pandangan Mufti, orang yang berautoriti dalam bidang agama Islam. Mereka mempunyai ilmu agama yang mendalam dan diiktiraf. Bukan senang-senang nak keluarkan fatwa. Insaflah wahai orang muda.

  7. salam. nina kesian tengok komen ustaz Shamsul Muda. Elok bertaubat je le sebelum terlambat. Malu nama je ustaz tapi tak tau menghormati pandangan seorang mufti. Tarian poco-poco ni lebih banyak membawa keburukan dan fitnah. harap ustaz buat kajian yang lebih terperinci sebelum membuat komen. Buat malu orang Islam je…

  8. bro n sis……

    saghi dua nie kita dihiburkan dgn poco pocot….
    seminggu dua nie pula bidio tak senonoh tu pun dah jadi mainan dan siulan…..
    hari hari depa umporno dok dendang pasai vid nie…..
    keluaq la tok tok peti bagi petua sana sini…….
    keluaq laa ustaz-ustazah yg terpendam dok berceita ceritet pasai bidio nie….pasai poco pocot nie……
    tu tak kigha dgn menteri mentera dok bagi pendapat……..
    ada kata salah tengok……
    ada kata lagu nu…….lagu ni…
    last skali depa boh dlm guni……….
    menteri mentera pun seghabut habih…….

    al kisah….
    maka habih laa satu mehsia kena kelentong….
    satu malaysia dok syok caghi bidio…..
    rata pi search u tube……
    u tube pun dah block……..
    u tube lagi ada etika…compare ngan umporno…….

    surat kabor meloya pun galak sungguh jadi pencacai tegar untuk padam teruih karier ketua pembangkang toh…….
    dah tak kenai dosa dan pahala….
    dah tak tentu halatuju….
    tapi yg desprate bukan laa meloya sangat…….tapi
    ‘taukeh besaq’ meloya…..

    semua ‘permainan’ umporno nie nampak sedikit berjaya…..
    ramai lupa isu pokok isu asas…….
    lupa rasuah orang besaq-besaq…….
    yg keluaq rasuah kastam…….
    lepaih tu jatuh pula sorang lagi…..
    berhantu sungguh bangunan tu nooo……..

    lupa jugak nak rabut s’wak dari grombolan….
    maka itu lah niat sebenor bidio yg depa war war kan satu mehsia tu…….
    berkesan jugak noooo…pakat bangang habih……..
    lepas tu kalu depa menang lagi kat s’wak tu……
    sure punya cerita ceritet bidio nie pun ghuyub lagu tu saja……..tak dak bunyi dahhh……

    akhiaqnya depa lupa nak bagi
    keroja kat puak penganggur…pakat dok melahu saja….
    akhiaqnya depa tebaih lagi s’wak tu jadi padang tekukoq…..
    boleh laa budak-budak pi dok jerat burung……..
    kalu tak dpt….jerat ‘burung’ sendiri laa nampaknya yg sedia terjerat itu…….

    ini bukan authar…….ini betul-betul punya….
    tak percaya??……tengok report kat bawah nie…..

    http://www.sarawakreport.org/ms/2011/03/kami-mendedahkan-data-data-rampasan-tanah/

    kah kah kah……

    • salam nasik kandaq.

      hang, jangan dok mengarut lah.
      hang, jangan dok merapu lah.
      dia orang, nak poco poco ke.
      dia orang, nak poci poci ke.
      biaq p lah.
      hang tak payah, susah susah.

      sehari dua ni, kalu hang boleh jaga.
      diri hang dan suku2sakatmalais membaca.
      pon dak cukup baik.

      suruh depa tulih molek molek.
      jangan guna perkataan porno dan doggy.
      jangan dok kutuk.
      bagi cadangan, bagi idea, bagi galakan.
      tentu boleh jadi alternatif.

      sekadaq jangan jadi detektif.
      dok cari salah orang.

      • tusaja hang nak habaq???……

        kah kah kah……dah bo bo do idea…..
        betapa malang budak tempoyak dok coba cover line puak biru biru karat tua…..
        ada tara geng hang di s’wak toh……
        patutnya bulan dah menang satu seat…….pasai puak hang tak hantaq penyata duit…..patutnya dah bungkuih…..
        tapi dok cover line situ laa…….
        coba bulan buat lagu tu tak antaq statement….dah lama dah depa buat kenduri kendara……keluaq laa dlm meloya yg rakyat dah meluat ngan bulan……..

        yg nie pun nanti hang kata mengarut jugak…….
        mana pi habih hang punya pencacai lain……
        mana pi rempah….
        mana pi authar……..
        mana pi dash board…..
        mana pi tok wali selipar hangpa tu……
        mana pi yg lain…….
        hangpa mai laa tolong tempoyak nie…..saghi dua lagi tak boleh nak makan dah tempoyak nie……..berulat……

        kah kah kah…….

      • salam nasik kandaq.

        depa tu tak tau strategi lah.
        depa dok bantah siang siang.
        buat apa.

        tunggulah malam.
        bantahlah malam-malam.
        baru ada kes.

        sekadaq kena banyak membaca.
        jugak.

  9. berjurusnya budak tadika pukimak dia hari ni
    ayat lurus macam tahi landak
    bila dah kena ataih batang idung sendiri
    mula nak nasihat orang jangan dok kutuk
    jangan dok cari salah orang

    nah! aku nak tanya hang
    mana yang lebih buruk antara umporno
    dengan pjolor@……yang mu dok
    heboh kalut bingai tahi pantat mak hang tu….
    haaaaaa baru kau tahu
    dok kata hak ambo tak kata
    dok cakap hak ambo tak ghoyak

    amboiiiii! suruh depa tulih molek molek.
    jangan guna perkataan porno dan doggy.
    jangan dok kutuk……

    hai budak tadika!, hang pergi mati lagi bagus
    daripada nak hidup tiada paedah sekadar
    kamu nak jadi sampah ah tan bin ah lee
    motidak kalu bagus mu gi jadi tenggiling
    aku nak ambik tenggiling jadi2 jadian mu nak p
    bagi percuma kat siam perut ijau…mai ru fang!
    mudah2an depa nak kot…….depa kata sedap
    buat sup tenggiling

    wow wow wow wow!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    • marah nuuur.
      marah, marah le.
      tapi jangan sapai terjoloq.

      tang doggy, great chief yang mula.
      kita ikut aje.

      tang porno pulak, mu yang mula.
      kita pon, bukang saja ikut.
      kita bagi title kat mu.
      pjolor@pporno.com.ke.
      datikus tu pon, dedah.
      kerana ikut mu, lah.

      sekadaq hebat mu, tang porno.
      hebat dari poco-poco.

      • سلام جوا سوي ليك سوكا

        فندي بودق تاديكا تيدقفندي فندي. ماكين راجين دي مريفيق
        ماكين نمفق بودوه دي———————- -م

      • Salam Kucing Kota.

        Nasib baik di zaman hang.
        Dok tolong-tolong ambik kitab.
        Kat Acheen Street tu.
        Ada pelajaran ejaan jawi.
        Pandai jugak hang tulih jawi.

        Tahu jawi saja tak cukup.
        Hang tak boleh ulas mengulas.
        poco-poco.

        Sekadaq jawi pun, jawi lah.
        Apalah nak dikata.

      • Salam,

        Salam jua soi lek suka
        Pandai budak tadika tidak pandai2
        Makin rajin dia merepek
        Makin nampak bodoh dia

        KK bagi yg ni utk. hang hafal

      • بودق تاديك بڠوڠ توا…..
        دولو كيني دان نسلاماڽ بڠوڠ دان تونغاڠ تق ريتي-ريتي بهاس دان ڤڽوكوڠ تڬر تغاوت

      • salam Kucing.

        hang bacalah sendiri.
        kang hang.
        jenih syok sendiri.
        seropa poco poco.

        sekadaq tulihlah panjang-panjang.

  10. KK, dia tulis aaarablaaaa!

    Apalah nak dikata.
    mana budak tadika tu gheti baca jawi!
    dia bukan mengaji tulisan jawi pun
    masuk jawi pun tak pernah
    dia ni sukusakat khir johari
    kaum yang nak hapuskan tulisan jawi
    sampai la dia ni buta jawi
    tapi dia baik, lalu tol jawi dia bayar tol,
    di jejawi dia ada kawan siam ‘mairufang’
    nama kawan dia ah lee bin ah tan
    dia pergi menuntut kat siam perut hijau tu
    untuk memusuhi Tuan Guru-Tuan Guru
    untuk memusuhi ISLAM
    poco-poco di puji-puja
    tulah pasai dia dok mencarut meraban ‘tak ketahuan’

    KK tu kutuk kau oleh kerana kau tak boleh baca jawi
    maka kau jawab tak kena mengena dengan apa yang KK tulis tu.

    memang, makin nampak bodoh dia……..

    wow wow wow wow!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    • mu kena minta maaf.
      pada khir johari yang mu kata.
      kat akhirat nanti, mu tecari-carilah dia.
      sapai tejolorlah mata mu.

      takpayah bayaq tol jawi.
      kita pjalan lama nibong tebal/sugai bakap.
      kita tak lalu tol lah.

      kita tak payah belajaq jawi sekarang.
      nanti tua2 laghu mu dan Kucing Kota.
      baru kita belajaq.

      sekadaq bukang susahsangat.
      sampai nak terjoloq.

      • سلام جيىءكومالا تك سوكا

        بوكن سكالي دوا ٳيس في أر منجادي باروا كفدا بي عيند. سوده
        بركالي ملايو دتونجل تونجل د بودوهكن تتافي رعيت ملايو ريلا
        منجادي لمبو تاديكا. بودق تاديكا لاكي جرديك.
        بوليهله كالو بوات تمفويك ماكن برساما ناسيك نكك كندق.
        Kah! kah!kah…….

      • Salam Kucing.

        Tu yang hang belajaq.
        Penat dok tolong aruah pak cof.
        Ambik-ambik kat Acheen St.

        Kalau tidak.
        Sekarang hang dah boleh bagi fatwa.
        Tentang poco-poco.
        MAZA pon tak boleh cari makang.

        Mungkin hang dah jadi mufti.
        Kat Pulau Tikus.
        Hang taklah bekawan dengan.
        nasik kandaq dan pjoloq.

        Sekadaq sekarang hang dah terjoloq.

      • Aiii!!!!! Kucing puji dia pun tak suka jugak ka?
        Tak caya hang cari sapa2 yang boleh baca atau tulih balik…

      • salam Kucing.

        hang tulihlah apa pon.
        kalau orang tak baca.
        takpayah tulihlah.
        kitsiang hang susah2.

        baca pon buat sakit mata.
        sekadaq hang kena tulih besaq sikit.

  11. salam semua, marilah relakskan otak dgn mendengar lagu poco-poco dalam youtube yang dinyanyikan oleh jopie latul dari indon. selamat mendengar!

  12. bro n sis……..

    sekali sekala mai laa dengaq lagu lama nie…..
    bila dengaq lagu nie…..
    boleh la pekena tempoyak sama…….
    ajis n sudin dah lama buat poco poco…..
    depa pun exercise jugak……
    sambei sambei tu depa rembat laa apa yg boleh…….

    sapa melwn ku kunyal-kunyal……
    kah kah kah….

    • salam nasik kandaq.

      pengarah filem dulu, tak peka.
      kalau depa bawak pengandaq.
      kan baguis.
      kalau bawak pengandaq nasik.
      lagi baguis.
      tentu hang suka.
      silap2 poco2 ni pon.
      hang suka.

      sekadaq kitsiang kat hang.
      takdak lagu yang bawak.
      pengandaq.

  13. KK, amik perhatian kat nasihat budak tadika bodo….dia tak mengaku yang dia tak gheti baca. Dia salahkan hang jg. Dia kata, hang tulih apa pon kalu orang tak baca baik tak payah tulih. Yang dia tak gheti membaca jawi tu dia tak habaq kat hang. Dia tetap salahkan hang KK tulisan keciiiiiik. Aku teringatlah zaman ramlee, aziz dan sudiiiin dulu tu……

    Yang dia tak pernah masuk jawi tu pun dia tak habaq kat kita. Yang dia mengkelan nak p jenguk pejabat jawi tu dia tak habaq. Dia ni memang jahil tukir bodo serupa apah nyor…cuma aku nak tanya hangpa ada tak kemungkinan budak tadika ni keturunan jawi peranakan?

  14. kalo nk PAS memerintah pg duduk kelantan….negeri xmaju….kate sana kuat agama…tp ade gak rumah pelacurang, bdk 13 thn da pandai merogol, seludup dadah, seludup minyak, seludup rokok….2 bgs PAS memerintah????? kalo kelantan bgs nape bdk2 kelantan ramai duduk KL?????? da la perangai mcm setan bdk2 kelantan ni, duduk tmpt org nk tunjuk kuat, xsedar diri….majukan negeri sendiri dulu sblm nk kate umno ni bodoh…kalo xde umno ni tah2 mkn mnum korang pun xckp…aku xsokong mane2 parti tp aku pilih yg tbaik utk negara kita….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: