Posted by: pinkturtle2 | April 8, 2011

Kematian Ahmad Sarbani: Enam beri keterangan kepada Polis

Ahmad Sarbani: Enam beri keterangan

08/04/2011 12:16pm

KUALA LUMPUR –Polis telah mengambil keterangan enam orang setakat ini dalam siasatan kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata mereka yang diambil keterangan termasuk dua pegawai SPRM yang digantung kerja berhubung kes tersebut.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini beliau berkata polis juga telah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bangunan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan itu untuk dianalisa.

Mengenai bedah siasat atas jenazah pegawai kastam berkenaan, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, beliau berkata bedah siasat mendapati kesan kecederaan pada jenazah Allahyarham konsisten dengan kesan orang jatuh bangunan.

“Kini ujian makmal sedang dilakukan dan keputusannya akan diketahui dalam masa seminggu,” katanya.

Kelmarin, mayat Ahmad Sarbani ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan SPRM Wilayah Persekutuan dengan kesan kecederaan di kepala.

Sebelum itu beliau datang ke pejabat SPRM itu pada kira-kira 8.30 pagi kerana hendak berjumpa pegawai penyiasat.

Selain itu, Zulkifli berkata polis kini sedang mengikuti beberapa petunjuk yang diperolehi bagi meneruskan proses siasat kes terbabit.

“Ada petunjuk tertentu yang kita sedang ikuti, tapi kita tak nak dedahkan sebab kita tak nak wujudkan kebimbangan yang keterlaluan…biarlah pihak polis menyiasat secara terperinci,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata polis memandang serius kes tersebut dan akan menjalankan siasatan daripada semua aspek.

“Dari hari pertama saya ada di tempat kejadian…ini menunjukkan betapa seriusnya kita memandang kes ini. Kita juga wujudkan pasukan penyiasat yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah untuk siasat kes ini.

“Kita akan siasat dari semua aspek dan buat masa ini saya berharap semua pihak bersabar dan saya tidak dapat mendedahkan semua sekali bagi mengelakkan sebarang spekulasi,” kata Zulkifli.- Bernama

;”””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””’

berita jam 8. polis sahkan allahyarham jatuh dari tempat tinggi. bahaloll…itu semua org tau lah allahyarham memang jatuh, meninggal dunia kerana jatuh. yg kita orang nak tau jatuh tu kerana apa.kerana di tolak ke atau apa ke? mcm ulasan video disahkan tulen jugak yg di ulas mcm hari tu.makin hari makin haprak PRDM ni.- Tuan Z Kb


Responses

  1. Tak payah nak siasat siasatlah..Buat macam kes kematian Teoh Beng Hock, buat kenyataan akhbar bilang pada rakyat Sarbini ketuk kepala dia sendiri kat dinding bangunan SPRM, bila dia pening, diri dah tak stabil, dia terhoyong hayang lalu terjatuh dari bangunan.
    Takda sebab SPRM mau campak dia dari bangunan, dia cuma tersenarai yang dituduh dan bakal jadi saksi kepada God Father yang terlibat dengan rasuah duit haram 1.6 billion. Jumlah ni memang telalu banyak, dan kalau dikongsi beramai ramai dengan jerung2 raksaksa, tujuh keturunan makan tak habis.

    Jadi! apa kata kalau kedatangan Sarbini kepejabat SPRM pada hari dia terbunuh ini, dia ada maklumat dan mungkin ada dokumen penting yang boleh membuktikan ada beberapa “God Father and the Satanl” yang terlibat dengan menggasak duit 1.6 bilion ini… Di beritakan ketika digeledah disebuah rumah duit, bukan sahaja disimpan dalam almari bahkan ada yang disimpan didala mesin basuh.

    Bila berlaku pendedahan dari pembongkaran SPRM yang tidak menyangka ada beberapa orang VVIP bersekongkol dalam kes sumber pendapatan haram yang melibatkan pegawai kastam ini. SPRM terpaksa meneruskan kelansungan siasatan yang telah dibuat.
    Apakah Sarbani yang kebetulan berkhidmat di Bahagian yang punya maklumat salah guna kuasa dan pengkhianatan kepada Jabatan ini, terheret atau diheret bagi melindungi maklumat dan dokumen yang boleh dijadikan bukti?.

    Bedasarkan kepada pengakuan oleh teman2 sejawat berhubung dengan kerekter dan cara amalan hidup Sarbani. Tiada kemunkinan kah Sarbani dilihat sebagai orang yang membahayakan kedudukan “God Father and the Satan”.

    Kita menunggu jawapan dari pihak yang kononnya akan melaksanakan keadilan apakah Sarbani tidak menjadi mangsa ketiadaan intigriti sebuah kerajaan Malaysia yang sedang dihakimi oleh rakyat dan dunia…

  2. UMNO-BN semakin angkuh…

  3. bro n sis…….

    mlm nie aku nak c n p saja…..
    sumber pun aku bagi gak…..

    a. “Sesuatu mesti segera dilakukan bagi menghentikan tabiat menjatuhkan lawan dengan isu kotor yang nampaknya menjadi suatu ketagihan. kalau baca blog-blog politik dari kalangan pro BN/Umno, banyak yang mengamalkan politik fitnah kotor dan lucah dengan bahasa-bahasa yang kesat dan kotor.”……..

    “Tak lalu nak membacanya tetapi nampaknya mereka semakin menjadi-jadi. Cuba tengok blog pro Umno kat sini, gambar-gambar lucah macam di sebelah dipaparkan sepuas dan sesuka hati.”……..
    http://wartashubhi.blogspot.com/2011/04/jangan-lupa-jasa-anwar-kembalikan.html?

    b. Tanpa Nama berkata…
    “Umno tu kiblat diorang.Tawaf masuk Umno habis gugur dosa macam wakil rakyat PR diPerak mula dituduh rasuah habuah sex dan wang.Hari-hari TV3suku ulang.Begitu juga bekas TKM P.Pinang rasuah rembat duit kuari.Masuk Umno settle kes semua bersih.Yang lain-lain tu.. lu orang fikir la sendiri.Kalau ayat maki hamun dah takdak ayat yang sesuai dalam stok ”
    8 April 2011 8:48 PM…..
    http://karatijau.blogspot.com/2011/04/tengok-niidah-tak-tahannn.html

    c. “Never in the history of Umno has the bedroom activities of anyone been brought out into the open and used as the fatal blow to one’s opponents.
    The early Umno leaders were not saints – if we were to examine the lives of past leaders, almost all of them were blemished leaders.
    Yet not one among them would ever dream of using personal foibles as a tool to kill of his opponent.
    Yet this is happening to modern day Umno – the party that claims pole position as the champion of the Malays”…….
    http://malaysiakini-at-malaysiakini.blogspot.com/2011/04/what-will-umno-do-to-rahim-co.html

    hangpa pikiaq ambik laa sendiri……..
    member dah hon aku tu……nak pekena teh tarik sg. ara………


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: