Posted by: pinkturtle2 | April 8, 2011

Tolong bersihkan nama Allahyarham daripada perkataan ‘membunuh diri’

Kita juga berharap nama Allahyarham dapat dibersihkan daripada perkataan 'membunuh diri.Beliau sangat jujur. Kita ingin nama beliau dibersihkan - Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung

Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung berharap anggotanya tidak akan “dipukul atau dijentik” ketika disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presidennya, Ibrahim Ahmad berkata demikian ketika mengulas mengenai insiden melibatkan seorang anggotanya, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Rabu lalu.

NONE“Kita minta (ketua pesuruhjaya) SPRM beri jaminan supaya pegawai
yang disiasat tidak dipukul atau dijentik.

“Kita mahu (siasatan) ikut prosedur. Kita minta SPRM lebih profesional dan bertanggungjawab

Menjawab soalan, Ibrahim berkata, setakat ini belum ada laporan polis melibatkan anggota dikasari SPRM.

“Ini cuma kebimbangan kita. Kita tidak mahu (berlaku) paksaan dan kita tidak mahu (anggota kastam) dipukul.

“Kita tak pernah nak bersengketa dengan mana-mana agensi kerajaan. Kita hanya bekerja untuk memungut hasil negara,” katanya lagi dalam satu sidang media di Kompleks Kastam Kelana Jaya petang ini.

Kebimbangan itu turut diulas oleh presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam, Mohd Noor Yusoff yang menjelaskan bahawa belum ada sebarang aduan dibuat berhubung perkara itu.

“Kita tidak ada (terima aduan), cuma pegawai-pegawai kanan yang ditahan itu tahu hak mereka.

NONE“Kalau ada kes-kes dipukul, dipaksa, diugut, itu diluar jangkaan.

“Kita mengharapkan SPRM menjalankan siasatan dengan adil kerana mereka ini belum dituduh, cuma membantu siasatan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut meminta media supaya membetulkan laporan berhubung insiden melibatkan Allahyarham Ahmad Sarbani (kiri).

“Kita juga berharap nama Allahyarham dapat dibersihkan daripada perkataan ‘membunuh diri.’

“Beliau sangat jujur. Kita ingin nama beliau dibersihkan,” katanya lagi dalam sidang media itu. Malaysiakini

……………………………………………………………………………………..

mushkil… lojiknya kalu budak kecik yg terjatuh dari bangunan boleh masuk akal tapi ini org dewasa beb! kalu kate nak bunuh diri baik tak usah dtg ke spRM tapi pegi jer lompat dari jambatan klang tuh! alasan tak masuk dek akal!- Ichia Sophia

Memanglah Kecederaan Konsisten Jatuh Tempat Tinggi, yang rakyat nak tahu sekarang kenapa dia jatuh? Dia terjun sendiri ke? kena kejar dengan Pegawai SPRM ke? Kena campak ke? Tergelincir ke? Apa la asyik dok konar lipat jer keluar statement kat public….makin lama makin kuat duk perbodoh rakyat.- Tuan Z Kb

………………………………………………

Tak payah nak siasat siasatlah..Buat macam kes kematian Teoh Beng Hock, buat kenyataan akhbar bilang pada rakyat Sarbini ketuk kepala dia sendiri kat dinding bangunan SPRM, bila dia pening, diri dah tak stabil, dia terhoyong hayang lalu terjatuh dari bangunan.
Takda sebab SPRM mau campak dia dari bangunan, dia cuma tersenarai yang dituduh dan bakal jadi saksi kepada God Father yang terlibat dengan rasuah duit haram 1.6 billion. Jumlah ni memang telalu banyak, dan kalau dikongsi beramai ramai dengan jerung2 raksaksa, tujuh keturunan makan tak habis.

Jadi! apa kata kalau kedatangan Sarbini kepejabat SPRM pada hari dia terbunuh ini, dia ada maklumat dan mungkin ada dokumen penting yang boleh membuktikan ada beberapa “God Father and the Satanl” yang terlibat dengan menggasak duit 1.6 bilion ini… Di beritakan ketika digeledah disebuah rumah duit, bukan sahaja disimpan dalam almari bahkan ada yang disimpan didala mesin basuh.

Bila berlaku pendedahan dari pembongkaran SPRM yang tidak menyangka ada beberapa orang VVIP bersekongkol dalam kes sumber pendapatan haram yang melibatkan pegawai kastam ini. SPRM terpaksa meneruskan kelansungan siasatan yang telah dibuat.
Apakah Sarbani yang kebetulan berkhidmat di Bahagian yang punya maklumat salah guna kuasa dan pengkhianatan kepada Jabatan ini, terheret atau diheret bagi melindungi maklumat dan dokumen yang boleh dijadikan bukti?.

Bedasarkan kepada pengakuan oleh teman2 sejawat berhubung dengan kerekter dan cara amalan hidup Sarbani. Tiada kemunkinan kah Sarbani dilihat sebagai orang yang membahayakan kedudukan “God Father and the Satan”.

Kita menunggu jawapan dari pihak yang kononnya akan melaksanakan keadilan apakah Sarbani tidak menjadi mangsa ketiadaan intigriti sebuah kerajaan Malaysia yang sedang dihakimi oleh rakyat dan dunia… Kucing Kota


Responses

  1. Nii!!! macam mana nak komen!, kalau komen sendiri dah diangkat masuk dalam blog yang selalu kita dok pakat2 berperang dengan depa….

    Takpa! takpa nanti ada sorang budak yang gila buat KPI akan kutuk komen2 kita. Pastue kita belasah komen dia. Kita pakat riuh rendah sama2. He 3X..

    • Salam KK,

      Tak baik buat laghu tu
      kat budak2.Biaq pi ke dia la
      main2 di halaman kita.Boleh semua pakat
      dok perati tengok.Sat kalau
      dia belah pi rempit ka,jadi doktor
      injek sindiri ka & lain2 benda x
      senonoh…x ka haru.

      Awang oi …kalau depa nak tibai
      hang lari mai plan2 kat aku….jgn. bawa kelaku
      tempoyak hang…sudah lah…

      • سلام
        g.c
        Besanya bila hang komen sikit jaa…
        budak tabika kg tempoyak akan bagi sekadaq sekadag dekat hang.
        tapi kalini dia tak masuk pun sampai hari ni….

  2. Alfatihah……takziah kepada ahli keluarga Ahmad Sarbani.

    Kes ini ialah satu lagi peristiwa:

    2 kata lawan sifat azali dari Allah, Hidup lwnnya mati, Benar lwnnya Bathil. Baik lwnnya Buruk. Pahala lwnnya Dosa, Surga lwnnya Neraka……………………..

    Di Alam fana yang Allah jadikan ini tersedia diberi sifat berlawanan sangat jelas.
    Kita sebagai hamba yang sentiasa beriman kepadaNya hendaklah percaya dengan sesungguhnya.

    Peristiwa yang benar itu sahajalah akan menjurus kepada ilmu. Ilmu yang sebenar-benarnya pasti akan memberi kebaikan, kebajikan, keindahan, dan kesempurnaan kepada hamba dan makhlukNya.

    Sesungguhnya yang bathil itu sama sekali bukan lagi bersifat ilmu kerana ia dari godaan para iblis dan syaitan yang semata-mata menghasut bertujuan memberi keburukan, kerosak-binasaan, keporak-perandaan, kehuru-haraan, kecelakaan dan kemusnahan jua.

    Allah sebenar-benar berpihak kepada kebenaran. Allah tidak akan berpihak sama-sekali kepada kebathilan. Kebenaran akan terbukti akhirnya.

    Allahyarham sentiasa diberi perlindungan Allah dengan sebaik-baiknya. Dia tidak perlu ke SPRM jika berniat untuk ‘membunuh diri’. Kalau dia hendak membunuh diri buat apa dia susah-payah pergi ke pejabat SPRM. Berselarak lagi tempat lain yang lebih sesuai untuk tempat dia membunuh diri jika itulah kemahuan dia. KLCC paling tinggi, Menara KL tinggi juga, setidak-tidaknya blok kuarters Kastam di Kelana Jaya pun lebih tinggi dari pejabat SPRM. Sungguh dangkal akal pemikiran manusia yang membuat tuduhan sebegitu. Allah akan membalasnya musuhnya setimpal dengan tohmahan itu…….

    Dia ke sana untuk menyatakan kebenaran sebagai seorang manusia yang berprinsip. Dia seorang muslim yang sentiasa bertaqwa di sisi tuhanNya. Seorang bapa dan suami yang amat baik. Mempunyai anak-anak yang sedang membesar dan seorang isteri yang berkerjaya bagus. Sebagai sahabat yang baik kepada rakan-rakan taulannya. Sebagai insan contoh di kalangan komuniti setempatnya, kampung halamannya. Sebagai anak yang soleh kepada kedua ibu-bapanya. Sebagai pegawai kerajaan lebih 30 tahun memegang status pekhidmat awam, yang telah berjaya melalui liku-liku hidup pahit dan getir di sepanjang laluan perjuangan memajukan diri dalam kerjayanya untuk membela nasib keluarganya. Dalam setiap langkah dia sentiasa yakin dan percaya dengan sesungguhnya bahawa apa yang sedang dia lakukan itu adalah sesuatu kebenaran.

    Dia percaya juga sebagai pekhidmat awam yang cemerlang bahawa kerjasama sebaik-baiknya perlu diberikan kepada pekhidmat awam yang lain khususnya SPRM yang memerlukan keterangannya……itulah ketulusan hati nurani lambang kebersihan jiwa seorang insan yang bernama Ahmad Sarbani. Kalau dia seorang pengecut sudah altentunya dia tidak akan pergi ke tempat ‘berpuaka’ itu.

    Sesungguhnya beliau adalah pejuang dan perintis menegak kebenaran dalam kemelut perkhidmatan awam di persekitaran tebalnya pengaruh politik songsang yang diketahui umum beradioaktif kotor jijik dulu, kini dan selamanya. Bukan mudah lagi untuk menafikan hakikat ini.

    Marilah seluruh rakyat Malaysia kita sama-sama berdoa supaya roh Allahyarham Ahmad Sarbani di angkat sebaik-baiknya dan di tempatkan Allah s.w.t di kalangan para solehin, bersama para ambia di Syurga Allah selayaknya. Insya-Allah….amiiiiin ya rabbil ‘alamiiiiiin!

    wallahualam.

  3. well done kucing kota……

    congratulations!…….
    I knew that if someone could do it……. then it must be you…… well done my friend kucing kota!!!!!………

    budak tempoyak will come out with nonsense ideas……bo bo ideas……the foolish think that nothing will be shared…….only tempoyak n tempeyek without vitamins in writting n reading…………kah kah kah

    keep up the good work!

    Don’t worry about people stealing your ideas. If your ideas are any good, you’ll have to ram them down people’s throats.

  4. Setahu saya Islam melarang umatnya membunuh diri dan ianya termasuk dosa besar dan direct ke neraka. Membaca sifat peribadi dari info dalam blog dan melihat keadaan tingkap tempat jatuh juga dari blog rasanya tak masuk akal orang ini bunuh diri. Jadi perkataan membunuh diri itu perlu dibersihkan kerana ianya akan memberi impak yang buruk kepada anak-anak dan keluarga beliau. Orang yang mengeluar kenyataan begitu cepat membuat keputusan tanpa siasatan penuh. Dalam TV dan ajar pada hal yalah serie CSI tapi tak makan ajar kot. Dulu selalu kendengaran Musa Hassan muka hitam sebut unit CSI Polis Malaysia tapi simpan DNA dalam peti besi bukan di unit CSI. mujur nama dalam TV tu CSI kalau dalam TV panggil PUKI Musa pun akan sebut itulah juga. Polis Malaysia tak habis-habis dengan kerenah. Dahlah membunuh orang melindungi pula pembunuh. Apa pun Mail Bapok kena bersihkan perkataan bunuh diri itu>

  5. Assalamualaikum wbt
    Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Rohnya di cucuhri Rahmat dan ditempatkan bersama sama mereka yang soleh….Pengalaman beberapa tahun dahulu ketika saya hendak clear barang kat Kastam Sepang, kalau tak salah saya Allahyarham in charge kat sana. Saya di bawa masuk jumpa Allahyarham kerana masalah Tax, padahal barang yang saya bawa masuk merupakan cenderahati perkahwinan. Setelah menerangkan kepada Allahyarham, dgn tidak banyak soal Allahyarham meluluskan tanpa tax kerana beliau percaya barang2 tersebut adalah utk kegunaan sendiri dan dokument semua lengkap. Saya rasa Allahyarham seorang yang bersih.

  6. Hanya ALLAH yang maha mengetahui…

  7. Salam,

    Movie JAWS bermula 1975.
    Skrg. ni akan keluar JAWS 5.
    Dalam crita jaws semua mati di bunoh.

    Kita jenuh dok buat crita tangkap ikan bileh,
    awai seblom tu
    tangkap bidio sekerat sekerat,sat ada janggut,
    sat tak dak janggut siap dgn. promosi gila punya.
    Mana ada fun.Kurang2 kalau crita tangkap
    bewak gabok ka,boya darat ka…..sronok la jugak.

    Kita plan2 nak pi tangkap ikan…
    Habuan nak buat lauk ..

  8. Well, well, wellll…. Looks like the Pakatan Rakyat crowd is confused; not knowing how to respond to the Customs officer’s death. Predictably, many try to lay all the blame on “the government” (and that’s BN/Umno). Or, laying it squarely on the MACC. Waahh! Begitu cepat nak chop orang “dangkal” ye, kalau tak setuju dengan pendapat kat sini.

    It’s obvious that many here are using pure emotions and prejudice instead of facts… especially the political zealots who want to believe that the BN/Umno are responsible for this. Try using your head instead of your kepala lutut. (Marah ke…?)

    Look inside your self and see how sincere you are about things. All this while, the Pakatan type have been screaming about “Corruption”… about “the government/MACC not doing anything”. Well, now that the MACC appears to have broken a Customs/forwarding agents syndicate that had denied the country revenue amounting to MILLIONS, and possibly as much as a billion ringgit, the same hypocrites are now screaming about “the evil MACC and their oppressive methods”!

    I don’t know how the Customs officer had died… but then, neither do the others here. And since most are placing the blame on the MACC (solely because the incident happened at its premises), perhaps someone should provide some sort of balance here, unpopular that it may be (see whether I care about the thumbs down).

    Had it not occured to you that it could be a suicide? “And why would he do that?!”, some might scream. Firstly, try to come up with a reason why someone at MACC would want to kill him (as the DAP/Pakatan types want to believe was what had happened to Teoh Boon Hock). There’s no reason for the MACC to do so. But what about an outside party… someone who was afraid the officer’s statement whould drag them down? It’s possible. BUT the killing would have taken place ELSEWHERE…unless you’ve seen too many conspiracy theory movies where a witness was killed by a hitman just before he spilled the beans. Or, (this is more sensational) by an insider… someone at the MACC.

    But this one is more likely: it was suicide. [I must stress here that I’m NOT saying it really is suicide… just speculating with whatever facts are made publicly known, to counter those who are blaming it “on the government/MACC]

    Note his mode of transport – #Why did he go there on a motorcycle and not by car? (He had three cars, as reported in the newspapers) Okay, you can argue “Because of the traffic jam”. Maybe. But why not this one: He had planned to die there?… and he didn’t want his car to be impounded (and thus denying his family its use). This could well happen since the authorities might decide to withold the vehicle as evidence. It could be a few years before the vehicle is released.

    #”Why would he do that?” (this speculation of suicide) — Try putting yourself in his shoes – he’s a senior officer, with DECADES of service, with status, with a family: how would you feel when you’re charged in court for corruption in such a BIG case involving millions of ringgit? Your world comes tumbling down. People are going to look at you and your family with jaundiced eyes (Never mind if so many expressed “Sympathy”, “Condolences”, “Takziah”, “Sokongan moral” or whatever – behind you, many will smirk; coming up with all sorts of malicious comments).

    And what about his statement to the MACC? Don’t discount the fact that he might have implicated “others”… his fellow Customs officers, forwarding agents etc. It was reported that this was the reason why he had gone to the MACC office that morning – to give another statement. What was wrong with his previous one??

    Consider this one, cynical that it may be: At the time before his death, he was a suspect – he was arrested, had his statement taken and released on bail. But one “is innocent until proven guilty”. He may or may not have been guilty but with death, he will never be charged.

    #”Why there (the speculated suicide) and not elsewhere?” — Haa, yang part ni ramai yang tak mahu terima theory suicide; semata-mata kerana “banyak tempat lain”?? Mengapa nak buat di tempat lain? This is one way of “getting back at the MACC”. He might be innocent. Or he might be guilty. But whatever, he was tormented by the case. And he might have resentment against the MACC “for bringing onto him all this trouble.” And he knows that based on Teoh Boon Hock’s case, the MACC will be under the very harsh spotlights when a death occured at its premises. IF it was a suicide, that was the officer’s final act of revenge against the MACC.

    The main essence is this: he was implicated in this big swoop by the MACC (which isn’t to be interpreted to automatically mean that he is guilty). Yang ni tak ada siapa boleh nafikan. I believe the statement that he had given is key to the unfortunate incident at the MACC premises… that he might have regretted mentioning something/someone in it.

    This is just speculation, of course; and I would not have gone into this had it not been for the inane and prejudiced comments here and elsewhere. Guilt could be a main factor. But I feel it’s a combination: besides the guilt of being involved (if it was indeed so), there’s also the very real possibility of him having implicated others… his “fellow comrades”. The MACC might have struck a deal with him – that he would go free if he spilled the beans… which he might have (we’ll only know this if we can see his statement).

    That morning: he didn’t have an appointment with the MACC but went there on his own accord. It is said that he wanted to change his statement. This shows that he must have regretted something. What was it? The MACC was willing to oblige; and it was for this reason that he was left alone (the MACC officer went out to look for his file. It’s against procedures, and a few are now suspended. But is it such an `evil’ act by the MACC; to leave him – someone who had come on his own accord?) Anyway, the deceased would also have known that, regardless of his new statement, the previous one might still stand… and the one that the MACC will use to prosecute (the deceased or/and others). The guilt, the despair, plus rage and resentment towards the MACC for “creating all the trouble”… it is definitely conceivable that he would have wanted to “put an end” to this, plus “protest”.

    • Oii Mat Cendana bangang…!!!

      Hang ni,
      rakyat Malaysia ka,
      atau rakyat Monggolia?

      Dah tak reti cakap Melayu ka?

      Berlagak nak tulih bahasa Inggeris?

      Atau hang takut kena hentam dengan kawan-kawan aku kat sini?

      GO TO HELL LAA….!!!!

      All the points you wrote here
      was totally RUBBISH & BULLSHIT…!!!!

      Dasar penyokong UMNO bacul takdak teloq…!!!

  9. salam..

    satu Malaysia tahu kastam tu lubok.
    SPRM baru mula siasat depa dh kecut teloq.
    Syabas SPRM teruskan siasatan.
    “beliau sangat jujur”…..mcm ni tentu dia taw sapa yang tak jujur??
    Aku rasa si mati dah bengang sangat dgn SPRM. apa tak nya rasa malu, takut, gementar, panik, tak boleh tidoq dan macam2 lagi akibat menjadi suspek rasuah. So dia nak balas dendam dgn SPRM, caranya ialah mcm apa yg terjadi, atau dia nak hentikan siasatan di teruskan ke atas kastam.
    Sebagai rakyat Malaysia berugama Islam pulak, saya sokong sepenuhnya usaha SPRM membenteras rasuah.
    Satu dua kematian tidak harus patahkan semangat mereka.

    • salam…
      rempahman….saya akui memanglaa kastam tue lubuk….dari zaman dulu lagi kastam dikaitkan dengan rasuah….zaman skrang nie pun bukan kastam sahaja yang amik rasuah….kalau diikutkan ramai lagi….nie la mentaliti rakyat malaysia….suka menilai tanpa usul periksa…pokok pangkalnya adalah DIRI SENDIRI…memanglaa bagus sprm nak banteras rasuah tapi sprm sendiri kenalaaa bebas rasuah….bolehkah en rempahman buktikan bahawa sprm sendiri bebas rasuah….saya rasa tidakk….oleh itu jgnlaa menilai sesuatu itu mengikut pandangan emosi….lagipun arwah dah meninggal…..ceritakan yang baik2 shj….dan saya pasti dalam hal nie arwah taklah sampai sanggup membunuh diri……kalaupun arwah ader terlibat dengan rasuah…hukumannya taklaa sampai gantung sampai mati kan…..so…buka minda…celikkan akal….kalau family rempahman kena mcm tue..apa agaknya yang em rempahman nak cakap?renung2kan……

    • Oii… Rempahman bahalol…!!!

      Kes rasuah PKFZ, kenapa tak ada sampai bunuh diri?

      Kes rasuah Wak Khir Toyo, tak ada pulak doktor gigi “jowo” tu bunuh diri.

      Hang ni bangang ke apa…???

    • Memang betoipun yang Mat rempah ni tulih, Kastam lubuk duit. Nak bayaq cukai takkan nak bayaq dengan sebuk kunyit kutt…

      Lain macam dengan PDRM, depa kutip saman pakai duit, tapi bila nak melepaskan depa yang buat salah dan tetangkap tak semestinya pakai duit, ada bermacam macam cara boleh setel bahkan boleh setel dengan cipap doll. Nak tau kata PDRM ni bukan lubuk duit, ada konstabal polis bini tak kerja pakai waja dan perdana.. Tapii takkan takdak kut yang macam arwah Sarbani…
      Tuu belum tengok lagi yang pangkat dok diataih sekali….

      Jabatan Imigeresen jugak pun bukan lubuk duit. Pendatang haram tanpa permit mengikut rekod kerajaan Malaysia, lebih dari 1 juta ada di Malaysia, satu juta yang haram ni buleh dijadikan duit kepada PDRM, KDRM, Imigeresen, paling cekai Rela pun boleh tumpang sama.

      Jabatan Pendaftaran Negara juga bukan lubuk duit, tapi disini ada satu Bahagian tempat rakyat asing yang nak memohon WargaNegara. Orang yang paling berkuasa untuk meluluskan Warganegara asing ini ialah PM dan Menteri di Kementerian dalam Negeri. Dah berapa PM dan menteri yang telah berlalu menguasai Jabatan ini?. Nak bukti siapa orang2 yang berkuasa. Bekas isteri muda Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Ghafar Baba mendapat kerakyatan dalam tempoh dua hari…
      Tapi takkan takdak kutt.. orang yang macam Allahyarham Sarbani…

      Takkan lah pulak tak pernah baca berita, ada Pegawai dari SPRM sendiri pernah ditangkap didakwa dan didapati bersalah kerana rasuah…

      Nak bagi taulah. Semua jabatan yang disebutkan ni, diletakan dibawah KEMENTERIAN DALAM NEGERI. Orang yang bekuasa. Bila dah berkuasa. Adakah semua mereka ini akan patuh dengan ajaran Allah?…..

      Takkan semua mereka yang bekerja di jabatan2 ini.. tak ada yang macam Allahyarham Sarbani atau yang zuhud dan warak macam Mat Rempah….

  10. Al Faatihah untuk roh beliau.

  11. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: