Posted by: pinkturtle2 | April 10, 2011

Kelantan berpesta gol.. belasah Felda United 6-0

LIGA SUPER 2011 – KELANTAN BERPESTA GOL

Pendahulu LIGA SUPER 2011, Kelantan berpesta gol di stadium sultan muhammed ke – iv kota bharu selepas membelasah pasukan Felda United 6 – 0.

Kelantan membuka tirai jaringan pada minit ke 33″ menerusi pemain tengah Shakir Shaari dengan rembatan jarak 25 meter menewaskan penjaga gol felda united, sepuluh minit kemudian Felda United terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas pemain felda mengasari Chanturu dalam kotak penalti dan Shahrul Idlan Talaha tidak mensia siakan penalti tersebut untuk menjaringkan gol peribadinya yang ke – 7 musim ini.

Tamat separuh masa pertama menyaksikan Kelantan 2 – 0 Felda United.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus menguasai permainan dengan melakukan banyak serangan berbanding pasukan pelawat dan hasilnya pemain gantian, Nizad Ayub berjaya menjaringkan gol ke – 3 Kelantan pada minit ke 62″ walaupun baru 5 minit masuk ke padang menggantikan Shahrul Idlan Talaha.

Nizad Ayub sekali lagi menggamatkan Stadium Sultan Muhammad Ke – IV dengan menjaringkan gol ke – 4 Kelantan pada minit ke 73″ untuk Kelantan selesa di depan dengan jaringan 4 – 0.

Danial Fadzly Abdullah menambah derita pelawat pada minit ke 84″ apabila sepakan percumanya berjaya menggegar jaring pasukan Felda United dengan kedudukan 5 – 0.

Izuan Solahuddin menamatkan malam gilang gemilang Kelantan dengan gol ke – 6 Kelantan dan juga gol pertamanya dalam perlawanan pertama beliau bersama Skuad Senior Kelantan pada minit ke 90″.

Tamat Perlawanan Kelantan FA 6 – 0 Felda United.Kelantan berjaya merampas kembali takhta Liga Super 2011 selepas Selangor tewas kepada T-Team  0 – 2 dan Perak pula di kejutkan dengan kekalahan pertama kepada Sabah dengan jaringan 2 – 1.

http://kelantanfa.com

Keputusan Penuh Liga Super Malam Ini

Sabah 2  Perak 1

Kelantan 6  Felda United 0

Selangor 0  T-Team 2

Johor FC 0  Negeri Sembilan 0

Kuala Lumpur 0  Pahang 0

Terengganu 3  Harimau Muda 1


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: