Posted by: pinkturtle2 | April 14, 2011

Apabila Raja Petra sudah berjumpa Najib maka faham-fahamlah sendiri

Apabila Raja Petra sudah berjumpa Najib maka faham-fahamlah sendiri. Raja Petra adalah seorang manusia yang masih lagi memerlukan kepada makan dan minum. Kata orang betapa enak duduk di negeri orang tak sama dengan negeri sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri.

MALAM tadi Raja Putra Kamarudin yang kini melarikan diri di luar negara kerana kecut perut dengan tindakan beberapa individu yang menyaman beliau telah membuat pusingan baring di saat-saat rakyat Sarawak ingin memilih kerajaan baru tulat, 16 April.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan TV3 di Perth Australia yang disiarkan malam tadi, Raja Petra menjelaskan beliau tidak sama sekali menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Katanya apa yang berlaku dia hanya menulis berdasarkan kenyataan atau sumber pihak atau individu tertentu saja.  Beliau menyebut beberapa nama orang yang memberi maklumat itu dan mereka ada kaitan dengan Anwar Ibrahim.

Wah mudah Raja Petra sapu tangan dengan ‘kotoran’ yang beliau buat itu. Apakah sebenarnya beliau tahu tanggungjawab seorang penulis. Mungkin beliau seorang penulis yang berani tetapi kalau berani tanpa memahami etika beliau bukan penulis yang berkualiti.

Apa yang kita tulis dari mana sumber dan siapa memberinya kita harus bertanggungjawab. Bukan bila timbul masalah kita lontarkan kepada sumber kita. Sebab itu sebelum menulis kita harus fikir, kaji dan menganalisa sejauh mana kebenaran sumber kita itu.

Nampaknya ini tidak berlaku kepada Raja Petra. Meskipun sumber itu membuat akuan bersumpah tetapi ia perlu disemak dan diteliti. Allah memberikan kita akal. Apakah Raja Petra semasa menulis dan melamporkan apa yan dikatakan sumber itu beliau terlupa berfikir? Atau kerana ada pihak yang mengupahknya maka beliau menulis dan selepas itu ada yang mengupah lebih besar maka dinafikan semula.

Kerana tulisan itulah menyebabkan polis menyerbu rumah Raja Petra di Sungai Buluh kemudian dia dimasukkan ke dalam lokap.

Beberapa penjenguk blog saya minta saya mengulas pendirian terbaru Raja Petra itu. Sebenarnya saya sudah memberi bayangan sebelum ini yang Raja Petra akan menemui Najib di Australia semasa PM itu melawat negara berkenaan. Apa yang saya dedahkan itu ternyata benar, cuma pendedahan itu tidak dilaporkan oleh media pro kerajaan termasuk TV3. Masa yang terbaik dicari untuk mendedahkan keinsafan Raja Petra itu.

Apabila Raja Petra sudah berjumpa Najib maka faham-fahamlah sendiri. Raja Petra adalah seorang manusia yang masih lagi memerlukan kepada makan dan minum. Kata orang betapa enak duduk di negeri orang tak sama dengan negeri sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri.

Jadi bila Raja Petra membuat pusingan U atau pusingan bulat itu ia tidak menghairankan. Mungkin Najib ada memberi jaminan tertentu sesama berjumpa tempoh hari. Janji itu diterima oleh Raja Petra. Selepas ini kalau kita nampak Raja Petra terhegah-hegah pulang sambil menolak beg besar jangan hairan. Satu saya nak bagi tahu anda sekalian kalau sudah nampak kalibat Raja Petra di Malaysia itu bermakna pilihan raya umum sudah hampir tiba.

Bagi mereka yang mengikut perkembangan bloger keturunan Raja ini, akan tahu bagaimana dia mengeliuk dalam kerjanya. Pada era reformasi dia menyokong Anwar Ibrahim. Apabila Anwar Ibrahim menang dia lari ke Yayayasan Perdana dan pada masa sama juga bergeliwat di Langgak Golf Jalan Ampang. Menurut maklumat ada sesuatu yang diingini tetapi tidak tertunai oleh Anwar maka beliau memngambil sikap menjauhi Anwar.

Apa yang berlaku dan bakal dilakukan Raja Petra tidak menghirankan kerana dia saya anggap sebagai king bloger yang kini sudah menjadi king burger!

http://msomelayu.blogspot.com/


Responses

  1. bro n sis…..

    king blogger dah tukaq jadi king burger???………
    kena boh rempah bagi banyak sikit laa…….
    nak sedap lagi sapu tempoyak luaq dan dalam……
    baru laa ‘burger’ nie betul betul umpphhhh…….
    baru betoi betoi ‘king burger’………

    budak tempoyak ngan rempah ratuih memang loncat punya……
    barang depa laku…….
    ini bukan authar putar……..ini betul betul punya……

    kah kah kah…….

  2. salam…pagi jumaat..

    Solat2 hajat yang dilakukan oleh PAS dan sekutu-sekutunya kini mula menampakkan hasil. ALHAMDULILLAH.
    Allah maha kaya, jika kebenaran yang diminta, kebenaran Allah tunjukkan.
    Macam-macam kebenaran telah ditunjukkan, hakikatnya ialah adakah puak-puak yang taksub akan menerima kebenaran yang Allah tunjukkan itu dengan keikhlasan seorang berjiwa Islam, atau menolak kebenaran yang Allah tunjukkan dengan hati seorang yang berpura-pura keislaman nya.
    Seperti yang telah aku komen sebelum ini..
    KEBENARAN BAGI PUAK-PUAK TIDAK IKHLAS INI IALAH KEBENARAN YANG MEMIHAK KEPADA KETAKSUBAN MEREKA.

    • Alhamdulillah…???

      Alhamdulillah ka,

      …atau….

      BN MAMPOSLAH…???

      KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

      UMNO-BN liat nak mati,
      sebab Allah nak bagi depa azab berkali-kali,
      pada setiap kali akyat membuang undi…!!!

      KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

    • Alhamdulillah….

      kita lihat lah nanti siapa yang benar dan siapa yg berbohong….
      segala kebenaran dan kenyataan org2 munafik yg dulunya beria-ia menyokong DSAI hanya lah membuka pekong didada dan menterjemahkan keburukan diri sendiri…… Allah memberi peluang kepada mereka yang munafik mendedahkan keburukan diri sendiri, bukan keburukan org yg difitnah…..

      • “Atau kerana ada pihak yang mengupahknya maka beliau menulis dan selepas itu ada yang mengupah lebih besar maka dinafikan semula.”
        jdi dulu ms dia menulis psl anwar pun dia diupah ANWAR lah ye??
        kamu ni mcm lalang, kalau org itu sokong kamu, kamu ckp bgs, ikhlas, pejuang sejati. tetapi kalau org sama tiba2 menulis ttg kamu, kamu ckp org itu sduah tersesat jauh, begitu dan begini. org PR semua sudah terkena penyakit aku saja yg betul. org lain semuanya salah. lompat parti PR itu betul, lompat UMNO itu jahat. betapa hodohnya, jijiknya perangai puak2 kamu.

  3. Salam,

    Ini serhopa laghu Sadiq Sigaraga @ Ismet Ulam Raja.
    Yang kaya tuan penasihat…for sure 25%.
    Dokumen perniagaan di dlm & luar negara ada pd.
    pemegang amanah Sulaiman Akkalaken.Semua
    transaksi dlm. bentuk pound steling.Perniagaan
    berupa rempah ratuih & tempoyak saja.Ini bukan
    authar.Semua negara yg. di niagakan ada “tan” di blkg.
    Tu yg. dia patah balik negara go ahead gostan.

    Musim dorherian la ni …campok dgn. hujan.
    Dok kutip buah mangkak saja la.
    Nak buat laghu mana…dah habuan laghu tu.

  4. Kalau dah main RM juta2 hilang maruah diri bagi yg tak ada perinsip hidup… dpatlah settlekan hutang2 bil kat oversea tu….

  5. Tengokk!!! kan dah bekesan dah doa solat hajat Pas dan PKR.
    Bee End tak payahpun nak buat solat2 hajat, tapi Allah dah tunjukan kebenaran. Kalau Bee End pernah buat solat hajat pun, adala sekali dulu masa kat Gua Musang bersama Tengku Razali. UmNgok buat lepas solat Asar. Tapi tak dapat rampeh Kelantan balik… Takpa lama2 tentu dapat kutt…

    RPK dengan sukarela dah bersihkan nama PM 1 Malaysia. Nampak! nampak tuu!… Dia tak terlibat isu bunuh Althantuya. Kesan solat hajat laa tuu… Tak kisah laa walaupun dekat PRN Sarawak…
    Yang hangpa dok sibuk2 nak kaitkan PM 1 Malaysia pasai apa?… Pembunuhnya telah dihukum. Inspektor Azilah dan Sirul Azhar tu lah yang bunuh, semua orang tau!. Yang oghang tak tau, apa hubungan Polis tukang bunuh ni dengan Althantuya. Polis ni gila lah tak pasai2 pi bunuh Althantuya. Memang patut la Sharibu bapak dia hot.
    Contoh laakan. Tiba2 ada 2 orang polis bunuh adek perempuan “remapahman”, siap rogol dan bom mayat adek dia sampai berkecai. Kemudian 2 Polis ni kena tangkap. Kesalahan 2 polis pasai dia bunuh kerana suka suka.. dan dihukum bunuh.
    Pasai yang jadi abang ni “rempahman”. Dia tentu tak kisah nak tau sapa yang arah adek dia dibunuh, pasai pembunuh yang bekerja dengan tokey adek dia ini telah dihukum.. kan itu contoh abang yang baik… Tokey tentu seronok ketawa Kah! kah!

    Jadi Allah maqbul doa kerana nak tunjuk kebenaran kepada sebuah kerajaan yang zuhud, ikhlas dan sangat berpegang teguh dengan agama rasmi negaranya. Pemimpinnya berakhlak dan bebudi pekerti mulia dengan mendahulukan rakyat boleh:-
    Berjudi, minum arak bernightclub, berkonsert, berhibur dengan berbagai programe TV, akhbar2 porno, yg terkini boleh nonton video lucah atas kebenaran menteri dan menyediakan mahkamah yang telus mengikut Islam disamping menyediakan suruhanjaya penyiasat yang boleh membunuh.

    Inilah sebuah kerajaan yang mendapat restu dari Allah kerana pemimpin yang berkuasa ini Islam agamanya. Oleh yang demikian apa juga yang dirancang oleh pemimpin ini adalah kerana AllaH waimma yang dirancang dan dibuat ini bertentangan dengan Alquran tetapi atas alasan politik dan memperhankan kuasa orang2 melayu, umat pilihan Allah!. Sebab itulah Allah maqbulkan doa siapa saja yang nak menjatuhkan kerajaan terpilih ini…

    Kita rakyat Malaysia kena tahu Allah itu milik UmNgok yang zuhud. Bukan milik sesiapa yang menentangnya. Ada Paham…..

  6. Teringat pulak cerita P Ramlee -enam jahanam, salah satu penyangak berkepala licin. Mungkin watak itu paling sesuai dgn RPK. Dapatlah RPK mengetuai golongan pencacai dgn gelaran king burger. Mungkin RPK terlalu licik spt mana licin kepalanya. Bagi RPK ia akan ikut siapa yg boleh bagi kesenangan kepadanya.

    Tapi kena ingat sekali ia khianat selamanya akan hina dan jadi sampah yg busuk.
    RPK akan jadi ketua pencacai angkat najis yg baru sebab yg ada tak power!!!

    RPK kau munafik………………

    • Apa nak heran kalau RPK munafik?

      Bila dah jumpa M.Najis tu….

      HANG PIKIAQLAH SENDIRI…!!!

  7. doa orang-orang beriman akan tetap dikabulkan Allah..
    samada ianya cepat dikabulkan atau lambat dikabulkan ataupun disimpan sehingga hari kiamat..

    setiap kejadian tu ada rahmat disebaliknya..
    kita sebagai hamba-Nya diminta supaya redha dengan segala ketentuan di mana Allah lebih mengetahui segala sesuatu..

    peristiwa RPK yang jilat kembali kahaknya yang diludah ke muka Najib boleh kita ambil pengajaran..
    ianya sebagai ujian dari Allah s.w.t. untuk melihat sejauh mana keteguhan iman kita untuk terus istiqamah dalam perjuangan memertabatkan Islam..

    setakat RPK, takkan memberi apa-apa kesan pada kami dalam kesetiaan kami kepada jemaah yang secara konsisten menentang kezaliman UM4NO..

    di hari Jumaat yang mulia ini, saya menyeru kepada semua muslimin dan muslimat sekalian..
    AYUH!!! BERSATULAH KITA DI BAWAH PAYUNG ISLAM YANG DIPERJUANGKAN PAS SELAMA 60 TAHUN SEMENJAK SEBELUM MERDEKA LAGI..
    TAK KIRA APA BANGSA, SAMADA CINA, INDIA, KADAZAN, IBAN ATAU APA SAJA BANGSA, ASALKAN BERAGAMA ISLAM, BOLEH MENGANGGOTAI PAS..
    KITA BERSATU UNTUK MENEGAKKAN SYIAR ISLAM DI BUMI MALAYSIA..
    BANGUN SAUDARA-SAUDARAKU SEKELIAN, ZAMAN KEJATUHAN ISLAM SUDAH BERLALU DAN KINI ZAMAN KEMBALINYA KEHEBATAN ISLAM..
    ISLAM AKAN MEMERINTAH KEMBALI..INSYAALLAH..

  8. Yang benar tetap akhirnya akan nampak kebenarannya. PAS kena banyak lagi sembahyang hajat. Tak cukup tu. Lagi banyak sembahyang hajat lagi banyak Allah tunjukkan. Insya Allah. Sekarang pun dah nampak sikit-sikit. Alhamdulillah. Jom keluar PAS.

  9. salam..fanatik..

    “BANGUN SAUDARA-SAUDARAKU SEKELIAN”

    Patutla bengong dan bangang…dok tidoq selama ni. Memang dasar pemalas,

    Kalau pandai sikit pi baca kat sini.
    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rpk-im-no-sellout/

    • Solat hajat menyebabkan kenyataan RPK 2 bulan lalu diputaq belitkan oleh Umporno. Ikuti kenyataan Presisen MCLM.

      “Adakah kebenaran tentang kes Altantuya telah keluar?,” soalnya yang membangkitkan semula beberapa persoalan yang masih belum terjawab berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia itu.

      “(Kes itu) cuma ditutup dalam fikiran perdana menteri, tapi belum ditutup di pandangan masyarakat awam.

      “”Siapa yang mengarahkan mereka dan kenapa (arahan diberikan),” soalnya, merujuk kepada dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang didapati bersalah dalam perbicaraan kes tersebut,” katanya.

      Haris (kiri) mendakwa ini adalah satu-satunya sebab mengapa (TV3) muncul dengan laporan yang disiarkan berturut-turut.

      “Ini adalah untuk memberi maklumat salah kepada rakyat di Sarawak kerana ada pilihan raya esok,” katanya lagi.

    • Sabaq rempahman….

      Jangan kalut-kalut…

      Tak perlu “bangun-bangun”….

      Patutnya dari dulu hang kena “BANGUN”…

      BANGUN dari mimpi …. ….

      ….BODO INC. ……!!!!

      KAH..!!! KAH…!!!! KAH…!!! KAH…!!!

      Sabaq sat rempahman noo….

      Sat lagi…

      Ramai lagi spesis macam RPK dalam PKR
      pi “BERAMBUS”….!!!!

      Time tu, hang dah tak larat
      nak ucap alhamdulillah……

      KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

  10. bro n sis…….

    feed back vs rempahman on April 15, 2011
    at 8:46 am……….

    aku setuju yg solat hajat orang orang Pas dan sekutunya telah menampakan hasilnya…..
    walau pun sikit saja dok nampak….Maha benar Allah dalam janjiNya….
    tapi kesannya……membuatkan puak kerih bekarat…..tak senang nak duduk….ada saja helah…ada saja putaq belit….ada saja autar putar yg depa dok kena pikiaq tak habih habih nak pelingkup orang tu orang nie………
    depa dok reka bukan bukan…..
    omega laa….boroi laa…janggut laa…
    bulu laa..tilam laa
    mcm mcm lagi laa……

    salat hajat……
    dan doa orang yang dizalimi mola dah membuatkan puak yg dok buat petenah cukup resah gelisah…
    dah mola tak tentu arah…..
    tidoq tak basah…….mandi tak kenyang…….makan koi kurang………
    depa yang terlibat dalam konspirasi fitnah 2 tu….lebih kurang lagu tu laa yg ‘kitak’ dok nampak……

    ada habaq dok mai yg kata hidup depa laa nie….
    terlalu keluh kesah…..
    ada yg dok bagi tau kat kita…..
    terdapat mereka yang terlibat secara sedar dan tidak langsung semakin tertekan….
    ada habaq jugak dok mai kat kitak kitak sumua……..
    ada yang dah blah pi luaq negara….konon nak cuti sambil belajaq?……….
    yg tak ketahuan hala pun dah koi bertambah……..

    jngn remehkan sendi ajaran Islam…..
    cukup bahaya terhadap ‘aqidah’………
    nak kutuk….nak pemain….
    caghi benda lain……

  11. Raja Petra: Video Itu TV3 Rakam Dua Bulan Lalu
    KUALA LUMPUR, 15 April: Pengasas laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, yang muncul dalam TV3 sejak beberapa hari ini tampil menjelaskan bahawa beliau adalah konsisten selama ini dan berkata video TV3 dirakam dua bulan lalu.

    Dalam satu wawancara dengan akhbar milik Umno, New Straits Times, Petra sekali lagi menafikan bahawa beliau telah menarik balik tuduhannya selama ini.

    Beliau hanya telah membuat pengakuan bersumpah supaya pihak berkuasa akan bersungguh-sungguh melakukan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu pada 2006.

    Media pro Umno menyiarkan berita sensasi kebelakangan ini akibat satu wawancara beliau yang disiarkan TV3 yang menggambarkan beliau seolah-olah telah membuat ‘pusingan U’ terhadap tuduhan bahawa perdana menteri terlibat dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

    “Apa yang saya kata ialah pemberi maklumat telah memberitahu saya terhadap perkara tersebut,” kata Petra ketika ditanya. “Jadi, sudahkah anda membaca SD (pengakuan bersumpah) saya? Saya rasa tidak, sebab banyak komentar berbuat demikian tanpa membacanya,” beliau menambah.

    Sambil mengatakan bahawa beliau tiada mood untuk menjelaskan ‘spin’ media tradisional itu, Petra, 61 berkata sekarang sudah tiba masanya untuk beliau hendak mendapat kembali haknya terhadap orang yang menipu tentang dirinya.

    “Kerja mereka hanya untuk menghentam saya, dan itu yang mereka tengah lakukan. Sekarang, selepas tiga tahun dihentam, saya menghentam balik. Ini bukan hak saya ke?” tanya beliau.

    sumbangan dari – http://kerabubersuara.blogspot.com/2011/04/raja-petra-video-itu-tv3-rakam-dua.html

  12. semua sampah….masa si bongok ni attack kerajaan,semua pkr semua guna dia…bla bla bla…bile si bongok ni attack pulak pkr semua,bn pulak ambik kesempatan…

    akhirnya,dua-dua pihak termasuk si bongok ni tak guna untuk malaysia…nak politik bukan nak tolong rakyat pun…masing2 nak tu ni tu ni tu ni…

    kalau betul org politik ni nak tolong rakyat,senang…sape2 yg terpilih,pembangkang ke,pro kerajaan ke,diaorg duduk lah rumah kerajaan,kerajaan kasi gaji…mcm penjawat awam lain….duduk office bukak pintu untuk org datang kasi tau masalah….tak yah kasi apa2 istimewa…

    hakikatnya dua-dua pihak kene main dengan si bongok ni…hahaha…

  13. scenicmesia, solat hajat tu untuk kita, hamba-hamba-Nya mohon pertolongan Allah s.w.t. yang digalakkan melakukannya kepada sesiapa yang beriman..

    scenicmesia, memang banyak dah Allah tunjukkan kebenaran, cuma sesetengah kita tak mau pikiaq, masih taksub dengan parti kafir yang tolak Islam, sebab tulah hati jadi GELAP, terburu-buru percaya pada sesuatu berita, walaupun diketahui sumbernya dari orang yang FASIK..

    sumber yang sama memaparkan gambar-gambar separuh bogel secara mingguan malahan harian, tapi tak pula dikategorikan lucah, contoh, Utusan Meloya..
    TV3/4 takyah ceritalah, bapak segala fitnah semua mula kat sini, bapak penyesat umat-umat Islam..

    scenicesia, jemaah PAS, insyaAllah takkan keluar parti sebab, jemaah PAS akan lebih faham dan makin teguh imannya..
    jemaah PAS takkan tergoda dengan kekayaan dunia..
    jemaah PAS takkan jadi macam puak UM4NO yang sesat..
    jemaah PAS takkan takut pada kekalahan..
    jemaah PAS dijanjikan pahala oleh Penciptanya..
    jemaah PAS yakin pada janji-janji Penciptanya..
    scenicmesia, yakin ker, dapat pahala dengan tegar pada UM4NO???..
    scenicmesia yakin ker, dengan ketegaran tu, akan diakui umat Rasulullah s.a.w. oleh baginda kelak??..

    rempahman, kalu orang yang banyak membaca akan membawa kepada pemikiran yang positif dan boleh membezakan yang mana bahan bacaan yang elok untuk diri dan mana yang tak elok..
    banyakkanlah baca buku-buku agama dan selalulah ke ceramah-ceramah agama agar diberi hidayah..

    kutukan rempahman saya terima, cuma nak nasihat sikit pada scenicmesia(kalau muslim..kalau non-muslim sila abaikan), jangan mempermainkan/mempersendakan ajaran agama KERANA BOLEH MENGAKIBATKAN AQIDAH ANDA TERGELINCIR..

  14. RPK memang pelacur politik.

  15. fanaqua,
    Saya tidak mempermainkan ajaran Islam. Saya memang suka kalau org Islam selalu sembahyang hajat memohon kepada Allah tunjuk kebenaran, tapi bukanlah doa menghancurkan sesama Islam. Patut berdoa dibuka hati PM supaya menjadi pejuang Islam umpamanya bolehlah saya terima. PAS cuma sebuah parti politik yg bertopengkan Islam. Dengan DAP boleh berpeluk peluk tetapi dengan org Islam UMNO bermusuh macam tak hengat. Ahli-ahli PAS belum tentu dpt pahala kalau menyokong membabi buta. Kalau jadi kuda tunggangan Anwar, tak tahulah apa balasannya. Kita tengoklah. Doa org Islam yg dilabel kafir oleh PAS mungkin lebih mustajab dr org pas yg zalim. Allahualam.

  16. ada bukti ke RPk dapat apa2 dari Najib? kalau dia ubah statement..
    kalu x dak bukti dan setakat nak merapu x payah la nak tuduh BN bg duit ke, makan ke, minum ke kat RPK..buang masa ja ang ni


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: