Posted by: pinkturtle2 | Mei 20, 2011

Wikileaks dedah 19 ‘aktor pengaruh’ dalam kitar politik Najib

Malaysian Prime Minister Najib Razak (C), followed by officials, leave the Jakarta Convention Center following the conclusion of the 18th Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Summit on May 8, 2011. ASEAN leaders met in Indonesia capital under the cloud of conflict on the Thai-Cambodia border and ongoing rights abuses in Myanmar.

Wikileaks dedah 19 ‘aktor pengaruh’ dalam kitar politik Najib

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib (gambar), adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.

Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.

Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.

Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

“Syed Mokhtar Albukharry… mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:

• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;

• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;

• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);

• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;

• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;

• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;

• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;

• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;

• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;

• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;

• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;

• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;

• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan

• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.

Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.malaysianinsider


Responses

  1. bro n sis……

    budak tempoyak…
    rempah gilin…..
    authar putar mutar……

    depa tiga nie tak masuk senarai ke???…….
    padan jadi pencacai sajaaaaaaaaa……

    kah kah kah……….

    • salam nasik kandaq.

      tak payah masuk senarai.
      tempoyak memang ada power.
      laghi lama, laghi meruap.

      sekadaq hang kena tulih lain.

      • hai nasi kandaq @ nasi kangkang
        tahap sokongan hang takat ada dalam senarai ka??? tulah duduk lagi celah kangkang…. tahap sokongan yg hangpa bagi pada pakatan bila ada habuan!!!!itulah pemikiran orang orang anwar dan melayu pencacai dap seperti ini…
        ada masukkk ada sokongggg…..bodo punya orang!!!!!sanggup gadai maruah pun tak apa punya….janji masukkkkkkk

    • Salam TOLAK 1Malaysia

      UMNO BN pengkianat ISLAM N Melayu

      Pengkianat BUMIPUTERA Melayu

      Mana bank BIMIPUTERA?

      Pengkaiant anak haramjadah

      UMNO Pecaqcaui MCA N MIC

  2. Kalau seseorang pengerusi persatuan, melantik diri sendiri jadi Bendahari jaga duit. Apa akan jadi dengan duit persatuan itu?.

    Kalau seorang PM sesebuah negara melantik diri sendiri jadi menteri Kewangan.
    Apa yang akan berlaku kepada kewangan negara itu?

    Beranikah SPRM menyiasat salah urus dan salah guna kewangan negara itu?
    Beranikah PDRM menangkap Big Mama?
    Beranikah KDRM mengeledah bagasi Big Mama?.

    Cer jawab mai?…..

    • salam Kucing Kota.

      kalau jawab pong.
      bukang hang paham.

      hang dok paham.
      cara hang lah.

      sekadaq hang dok laghu tu lah.

    • kalau pengerusi tak jaga kewangan…alamat dia kena kencing kota…kucing ooi. decission buat buat sorangg wei…tak sangka bodoh jugak no walaupun dok kota…

  3. Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd,
    Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary,

    Tan Sri Vincent Tan

    dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

    Bank Bumiputera?. Siapa PENGKIANAT?.

    DAP?
    PAS?
    PKR?
    ???????

  4. salam 1Malaysia aka
    salam TGNA suka.
    aka salam nasik kandaq berduka.
    aka salam Kucing Kota derita.

    takkang hampa bedua tak tau.
    great chief dah lama tau.

    dia pong ada aktor.
    aktor pertama, nasik kandaq.
    aktor kedua, Kucing Kota.
    aktor ketiga, KeLiToNgOnG.
    aktor keempat pjoloq.
    aktor kelima lejas.
    aktor keenam gubiq.
    aktor ketujuh Neutron.
    aktor kelapan mat.
    aktor kesembilan BOBOI.
    aktor kesepuluh ikutCelamah.
    nah sepuluh jugak.

    cuma kitsiang kat great chief.
    aktor-aktor dia malais membaca.
    aktor-aktor dia 3xOng, Tong Bong dan Beng.
    tu setakat, dok mengaku great saja.
    lain-lain kaput.

    sekadaq the power of tempoyak.

    • apa yg hang dok merepet nie tempoyakkkkkkkk !!!!!!…..???
      nampak sangat hang dah terkucil n terkancing !!!!!……
      ini laa tahap komen pencacai……….kah kah kah

      dengaq cerita…..
      ramai puak tempoyak yg dok kat ataih tu pi makan angin sakan di negara hollywood……
      dengaq cerita…….depa shopping sakan sangat……..

      yg dok kat sini………
      sedang bertarung dgn mcm mcm benda yg dok naik……
      gula…minyak…susu
      pada laa yg nie pun……..
      yg lain nanti pakat berjangkit…….
      konon kata depa……
      memang kena penaik…..tak larat nak tanggung subsidi……
      so n so….kena selaraskan lah sekali lagi……kah kah kah
      tapi kan !!!!……..
      puak cukong yg dok juai tenaga tu pula dpt subsidi sampai 29B….apa kejadah nya tu…….
      nie laa cara depa dok senangkan ‘kroni’ kronik depa……..dgn depa depa sekali…….kah kah kah

      teruk laa pak cik mak cik kat bagan datok…..kat sumpitan….kat tj moktan…..kat felda lawin…….
      nak masak tempoyak….
      nak gilin rempah…..semua kena pakai minyak…..
      nak authar putar kena pakai karan aje……..
      saghi dua lagi karan pun dah nak naik jugak……..

      meloya pencacai ada siarkan satu berita……
      “RAKYAT DIMINTA BERSAMA KERAJAAN KURANGKAN SUBSIDI”…….kah kah kah……….
      lepaih tu rakyat laa kena bahadi….
      kena taji……kah kah kah

      laa nie depa guna istilah baru pulak dah…….
      ” rasionalisasi subsidi”…….
      apa meghega tu???…..

      2 rasionalised is 2 give away 2 cronies…….
      whats ur opinion?? Mr Tempoyak !!!!!…….

      kah kah kah……

      • salam nasik kandaq.

        kita mana p u lagi.
        hang lain.
        dah keluaq masuk, kat canada.
        hang tau semua.

        tapi dah hang tau lawin dan sumpitan.
        maka hang pong tau raban.
        tu yang kadang2 hang dok meraban.
        sapai hang sauk abis.
        kadang hang sendiri, tekuak, kuak.
        dok seach sapai kat bing.

        hang lain lah, hang ada pengandaq.
        kita, apa yang ada.
        kita.
        setakat boleh jaga diri sendiri, cukuplah.
        ada buku, baca.
        ada duit sikit, belanja sikit.
        harga minyak naik, rebuus.
        harga petrol naik, lebih bebasikal.

        depa nak p makang angin, makanglah.
        kita makang nasik gulai tempoyak.
        cukuplah.
        asai tak makang nasik kandaq.
        bukang sedap pong.

        depa nak rasionalise subsidi.
        biaq p kat depa lah.
        kita bukang nak subsidi pon.
        yang dok nak sangat.
        puak sukusakatmalais.
        malais bekerja.

        seropa .
        great chief, yang dok krosot pelan2.
        Kucing Kota tekunang-kunang mata.
        ikutCelamah, p ceramah nak makang free.
        pjoloq yang tak reti jaga duit, dok pporno.
        KeLi dok menggelepaq sana sini.
        hang, yang dok kandaq-kandaq sapai la ni.

        Sekadaq, kalau ada ilmu, guna.

      • Salam,

        Mengkala mai krosot
        laghu ni …kita terpaksa
        jugak la rungkai plan2.
        Tak kalau lemaih terjerot
        sana sini.Payah jadi nya.

        Ada duit mengunong pon
        kalau dok patet & cangkui
        plan2 boleh runtuh jadi rata.
        Cuma masa saja main peranan.
        Apatah lagi kalau jenih mai
        ada duit skit belanja sikit,,
        minyak naik ..rebuh
        petrol naik ….naik gerek atau sekat.
        Takut sekat tak dak …ragaih bas la…
        jadi miskin…chances tiarap jadi papa
        kedana….is greater… young boy oiiiii

        tahap papa kedana ni ..tahap fakir miskin la
        tahap yg. menerima subsidi…
        subsidi ni bukan main2
        tuntutan dari pencipta
        dia yg. set.

        Malang skali ada ilmu..
        ilmu sonsang.
        Banyak baca..
        jadi isim pulak dah
        Kalau umat Muhammad saw
        Utusan ALLAH
        semua laghu ni punya ada
        Pakai bab subsidi ni kena mansuh lah.
        Pasai apa….
        Pasai tak dak org. nak kluaq subsidi.
        Semua level sama…fakir miskin
        Tapi tak boleh mansuh…sudah tertulis
        Kena patuh ikut saja..jgn. bantah…

        Umat melayu macam dok ada la
        Depa pon rasa diri melia
        Hebat la ..mana taknya
        UTUSAN MELAYU depa ada..
        Sampai budak2 la ni pon terikut
        laghu peel depa..
        haru biru sunggoh

      • salam great chief.

        sekadaq, kalau ada ilmu, guna.
        hang dok.
        mengkala mai krosot.
        dok rungkai plan2.
        buat apa.

        hang kena guna ilmu hang.
        sebab hang yang ada ilmu.
        sikit.

        yang dok ambik BO BO Ilmu.
        jadi aktor aktor, hang, buat apa.

        kang kita dah lama bagitau.
        nasik kandaq BOBOI.
        Kucing Kota BOBOI.
        ikutCelamah BOBOI.
        KeLiWoN BOBOI.
        pjoloq BOBOI.
        dll lah.

        sekadaq aktor2 BOBOI, takdak guna.

      • sudahlah bangang….punya nasi kangkang…merapu!!!!saja tau
        janji masukkkkkkkk….

    • Mangkuk Ayun budak tongong.
      Kami bukan nak baca komen merepek hang.
      Kami mau hang buat satu komen yang hang boleh bagi orang paham.
      Komen berfakta.

      Hang tak buat apa2 komen, hang dah kata orang tak paham.
      Otak hang ni berselut dengan kebodohan.
      Pasai tulaa… komen hang tahap tadika kemaih sampai bila2…

      Hang bukanlhn jenih campoq dengan orang.
      Hang jugak jenih tak paham membaca atau tak baca2 ..

      Hang jenih melekap depan PC bukan pasai nak baca…
      Tapii seronok buat komen2 gila… dlm blog nii….

      • Salam Kucing Kota.

        Hang ni, apa nak jadi.
        Tak paham paham.
        Kalau kata bukang hang paham.
        Hang marah.

        Takkang hang tak paham.
        Kita budak tadika.
        Hang, Kucing Kota.
        Bukang sebarang Kucing Kota.

        Ini Kucing Kota yang dok tolong-tolong.
        Ambik kitab-kitab kat Acheen St.
        Yang ramai ada pak-pak sheikh.

        Hang tolong ambik saja.
        Hang tak payah baca.
        Pong hang dah ceredek.
        Hang pong, dah boleh jadi aktor.
        Setakat aktor great chief, boleh lah.

        Sekadaq hang aktor tak ceredek.

  5. la hai..ade satu lagi big power yg x mask dalam wikidol nie? wikidol nie pun silap, sepatutnya bigpower nie yg mengetuai semuanya..sampai 1Kencing nie pun tergolek…semua tahu sapa dia 1BIG MAMA..lagi power dr 10 or 200 ekor yg dilaoprkan oleh WIKIDOL? Idup BIGMAMA, Idup 1Kencing Malaya??? Dah lama x dengaq laih kekencingan ko Prime Minster Malaysia, 1Kencing Malaya???

    Ikhlas daru DollahTido…kawan tu mana ilang? tido aje ke????? zzzzzzzzzzzzzzz

  6. http://abgrara.wordpress.com/2011/05/21/kejadian-tanah-runtuh-di-hulu-langat-5-mati-setakat-ini/

  7. SEJARAH RINGKAS PENGASAS WIKILEAKS.

    Julian Paul Assange, seorang warga Australia menubuhkan Wikileaks pada tahun 2006. Walaupun media antarabangsa mewar-warkan beliau sebagai pengasas Wikileaks, Assange tidak pernah mengesahkannya. Beliau lebih gemar merujuk dirinya sebagai “Ketua Editor”.

    Kata-kata beliau ini menimbulkan misteri siapa sebenarnya di belakang Wikileaks. Kemungkinan Assange hanya sekeping “wayang kulit” yang dimainkan oleh “Tukang Karut” yang tidak diketahui siapa orangnya. Walaupun beberapa blog di Malaysia mendakwa Wkiliaks didalangi Zionis, tiada bukti kukuh untuk mensabitkan sedemikian.

    Mr. Assange pernah menyalahkan Yahudi sebagai dalang disebalik konspirasi memburuk-burukkan namanya dan reputasi Wikileaks di mata pemimpin-pemimpin dunia yang berpengaruh.

    Namun yang peliknya, apabila Mr. Assange dikehendaki diekstradiksi ke Sweeden atas dakwaan salah-laku seks, salah seorang penjamin beliau adalah seorang anak jutawan tycoon emas berketurunan campuran Inggeris-Yahudi, Jemima Goldsmith. Bapa Jemima, Sir James Goldsmith merupakan seorang billionaire British berbangsa Yahudi.

    Untuk rekod, Jemima merupakan bekas isteri selebriti kacak kriket Pakistan, Imran Khan. Mereka berkahwin pada Mei 1995 dan dikurniakan dua anak lelaki, Sulaiman dan Kassim, dipercayai masing-masing kini berusia 13 dan 12 tahun. Imran dan Jemima bagaimanapun bercerai pada Jun 2004.

    Hak penjagaan Sulaiman dan Kassim dikatakan diperolehi Jemima, yang kini menetap di London. Imran Khan pula dikatakan menetap di Islamabad, Pakistan setelah mengambil keputusan terjun dalam arena politik. Beliau juga terlibat membina dan menguruskan sebuah hospital khusus kepada pesakit kanser di Pakistan. Dilaporkan, 70 peratus pesakit di hospital berkenaan menerima rawatan pemulihan kanser secara percuma.

    Balik kepada latarbelakang Mr. Assange, beliau datang dari sebuah keluarga yang kucar-kacir. Zaman kanak-kanak beliau agak kacau-bilau apabila ibunya bererai lebih daripada sekali.

    Julian Paul Assange lahir pada Julai 1971 di Queensland, Australia. Tidak dapat dipastikan bila bapa Assange, John Shipton bercerai dengan ibunya, Christine. Christine berkahwin buat kali kedua dengan Brett Assange, yang kemudian dipukul-canang sebagai bapa kandung Julian Assange (hakikatnya bukan!). Perkahwinan ini juga tidak kekal lama. Christine berkahwin lagi buat kali ketiga pada 1979, menurut sumber di Wikipedia.

    Mr.Assange dikatakan hidup berpindah-randah sebanyak 30 kali sebelum berusia 14 tahun, akibat daripada institusi keluarganya yang berpecah-belah itu. Beliau dipercayai bermastautin sementara di 50 bandar dan bertukar-tukar sekolah sebanyak 37 kali dalam tempoh 5 tahun sahaja iaitu antara 1979 hingga 1983!

    Berdasarkan sejarah kehidupan Mr.Assange, kredibiliti beliau dalam menyebarkan pelbagai berita kontroversi boleh dipertikaikan. Pentadbiran White House pernah memanggilnya kerana menyiarkan banyak berita politik yang diklasifikasikan sebagai amat sulit dan persendirian (Extremely Private & Confidential).

    Walaupun Mr.Assange menyatakan bahawa Yahudi merupakan dalang disebalik memburuk-burukkan namanya, saya percaya semua ini adalah lakonan. Takkan White House tak berani mengambil apa-apa tindakan keras keatas Mr.Assange, yang sekali pandang pun macam orang tak terurus!

    • hang ceredek sikit.
      sikit saja, dari Kucing Kota.

      hang tulih laghu ni.
      hang ambik kat mana.

      kalau Kucing Kota, dia.
      copy bulat bulat n paste.

      tang hang ni.
      adalah nampak modified.
      tu pong tak banyak.

      kalau dok main copy.
      hang tak boleh jadi aktor.
      setakat jadi aktor great chief.
      kawan dengan Kucing Kota.
      boleh lah.

      sekadaq nak jadi aktor, bukang senang.

      • Hang nak tau
        aku ambik dari mana???

        PI CARILAH SENDIRI…!!!!

        KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

  8. salam budak tadika, saya budakbar..
    Allahuakbar..Allah Maha Besar..

    • salam budakbar.

      semua orang Islam tahu Allah Maha segala-galanya.
      budakbar pong tahu.

      kalau sudah kita tahu.
      kita ikutlah ajaranNya.

      ikut.
      bukangnya susah.

      sekadaq ikut, jangan tak ikut..

  9. salam 1Malaysia aka
    salam TGNA suka.

    siapa.
    siapa wikileaks.
    siapa rpk.

    kena tahu.
    kena selidik.
    kena ambik tahu.

    sudah tahu.
    baguis.
    jangan terpengaruh.

    jangan pecahbelahkang.
    bangsa.
    masyarakat.
    porakperandakang Malaysia.

    sekadaq nak pesanglah.

  10. aktor ke 20-penyokong totok amno…karat biru..

  11. Komen org umno tegar mcm budak bodoh.
    Ada soalan pun tidak dijawab atau pun mencuba.

    komen org umno tidak berkualiti langsung.

  12. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Tahniah Malaysia.
    Tahniah kerana negara akan dapat.
    Pengkalan TUDM di Sendayan.
    Takniah aktor.
    Mungkin aktor ke 20 kerana pembangunan.
    Pengkalan TUDM Sendayan.

    Tetapi.
    Ada dua tetapi.
    Jangan tutup Pengkalan TUDM Sg. Besi KL.
    Jangan jual Pengkalan TUDM Sg. Besi KL.

    Kena.
    Ada dua kena.
    Kena simpan tanah TUDM Sg. Besi KL
    untuk kegunaan Tentera Malaysia masa depan.
    Kena simpan tanah TUDM Sg. Besi KL
    sebagai warisan tanah air.

    Sekadar Pengkalan TUDM Sg. Besi KL
    mesti di kekalkan seperti sekarang.

  13. TAHNIAH UMNO..

    PROJEK beri pada cina.

    Memang UMNO pengkianat MELAYU.

    Bank Bumi pun dikianati.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: