Posted by: pinkturtle2 | Jun 2, 2011

UMNO Mahu Nasharudin Mat Isa Menang jawatan Timbalan Presiden PAS

Nasharudin Mat Isa walau pun dalam Parti Pas tetapi memiliki niat dan mimpi untuk menjadi borjuis besar - borjuis nasional. Cita-cita untuk menjadi borjuis nasional ini hanya akan termakbul jika sekiranya Pas dan United Malay National Organisation dapat bersatu dan bekerjasama dalam satu perserikatan yang baru. Penyatuan ini dibawah lambang Perpaduan Melayu.TT

Nasharudin Mat Isa walau pun dalam Parti Pas tetapi memiliki niat dan mimpi untuk menjadi borjuis besar

Beberapa tulisan dalam akhbar Utusan semuanya memperlihatkan bahawa United Malays National Organisation merasa takut jika sekiranya Mat Sabu berjaya mengalahkan Nasaruddin dan Tuan Mat. Utusan kelihatan berhempas pulas menabur racun berkempen agar ahli Pas akan mengenepikan Mat Sabu

Lalu timbul persoalan? Kenapa Utusan sibuk mahu Mat Sabu kalah? Jawapan untuk soalan ini ialah kelas. Dalam pemahaman politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas Mustadhafin atau kelas tertindas. Dalam bahasa politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas kaum proletar – kaum buruh dan kaum tani – kaum majoriti yang tertindas.

Nasharudin Mat Isa walau pun dalam Parti Pas tetapi memiliki niat dan mimpi untuk menjadi borjuis besar – borjuis nasional. Cita-cita untuk menjadi borjuis nasional ini hanya akan termakbul jika sekiranya Pas dan United Malay National Organisation dapat bersatu dan bekerjasama dalam satu perserikatan yang baru. Penyatuan ini dibawah lambang Perpaduan Melayu.

Justeru pertembongan Mat Sabu, Nasa dan Tuan Mat ini memiliki implaksi yang amat jauh merentas markas tarbiah Pas di Gombak. Kemenagan Mat Sabu akan membuka satu garis baru didalam Pas. Garis ini ialah garis memperjuangan gulungan tertindas. Jangan lupa Mat Sabu ini pernah menimbulkan isu Padi Kunca di Kedah dimana tuan tuan pemilik tanah sawah yang luas merasa tergugat.

Tuan-tuan tanah ini ada yang menyokong Pas. Lalu mereka merasa marah kerana kain sarong topeng agama mereka telah diselak terbuka oleh Mat Sabu. Manakala Nasarudin tidak memiliki apa-apa budaya politik melawan. Malah Nasa ini dikatakan amat beersedia untuk bersekongkol dengan United Malay National Organisation. Manakala Tuan Mat mencelah bertanding untuk memastikan garis musthadafin yang dibawa oleh Mat Sabu dikuburkan.

Dari sini amat jelas menunjukkan bahawa kepentingan kelas melintasi kepentingan parti politik. Ini samalah seperti United Malay National Organisation yang melaungkan ketuanan Melayu tetapi akan sedia berkerjasama dengan para cukong dari MCA atau MIC untuk kepentingan kelas mereka.

Pasti ada sosok-sosok dalam Pas yang bersedia berkerjasama dengan United Malays National Organisatuion untuk memastikan – inshaaalh – mimpi mereka untuk menjadi borjuis nasional termakbul. Juga memastikan kepentingan ekonomi mereka dipertahankan dan dikembangkan. Jangan pula hairan jika saya katakan hari ini sosok-sosok jenis Nasa ini juga ada dalam PKR dan DAP. Cuma ketika ini suasana politik tanah air kita belum memberanikan mereka menunjukkan muka.

Jelas disini United Malay National Organisation mahu garis Mat Sabu dikalahkan. Tetapi semuanya terpulang kepada ahli Pas sendiri. Mereka yang membuat keputusan untuk memilih diantara dua garis politik ini. Politik kuasa orang kaya disatu pihak dan politik kaum buruh dan kaum tertindas disatu pihak lagi.(TT)

…Gambar kenangan di atas dan di bawah tak dapat dilupakan sampai bila2…

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempat berjenaka dengan Timbalan Presiden parti Nasharudin Mat Isa (kanan) pada sidang media selepas satu perjumpaan khas diadakan di pejabat agung parti itu semalam. Nik Aziz berkata parti itu sebulat suara bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku di antara pemimpin atasan parti akibat permainan politik UMNO. -- fotoBERNAMA

Advertisements

Responses

  1. UMNO juga suka jika TITM menang.
    yg paling ditakuti UMNO ialah jika Mohd Sabu yg menang.

  2. “Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata”.

    Begitulah muktamar Pas yang ke 57 ini tentunya tidak terlepas dari persepsi perwakilan terhadap calon2 yang menawarkan diri menduduki kerusi pimpinan tertinggi parti.
    Kepimpinan Pas yang terdahulu telah diuji kekelibaran dan keupayaannya bersaing dengan kepimpinan DAP dan PKR bagi menjuarai nasib rakyat yang tertindas dengan segala eksploitasi hak dan kepentingan rakyat oleh kerajaan Umno/ Barisan Nasional.

    Tiga penggal amanah dan peluang telah diberi kepada crew kepimpinan TGDS Haji Hadi dan timbalannya bagi melakar politik Pas, kalau tidak lebih hebat dari Almarhum Ustaz FadhilNoor sekalipun tetapi kalau berupaya mengekalkan standard berpolitik Almarhum, itu sudah dikira hebat dan mengujakan…

    Tetapi malangnya senario itu tidak berlaku, yang jelasnya timbalan dan “backing Powder” dibelakang Presiden tidak membangkitkan wajah Pas menjadi harum dan menyelerakan. Pas menjadi cake yang batat dan mandom dipasaran, sehingga ada penguli2 cake ini macam terpaksa menjaja produknya untuk ditawarkan kedalam dulang Umno Barisan Nasional. Apa sebenarnya yang ada dalam rencah resepi presiden dan timbalan presiden untuk bersama dalam mangkuk Umno yang berlemoih ini?. hanya Allah sahaja yang tahu.

    Kerana pangkat dan jawatan? Atau iyakah kerana bangsa dan Agama?….

    Begitulah halnya, Pas dibawah timbalan presiden yang lalu, masih muda, dididik oleh Almarhum Ustaz Fadhil dengan harapan bijak berpolitik dengan berasaskan ilmu Islam dan akademik yang dimilikinya. Malangnya harapan Almarhum telah tersasar. Kalau TGDS haji Hadi seorang tokoh pendakwah tersohor dalam zaman mudanya dengan mengekalkan gaya politik lurus bendulnya, tetapi beliau tetap dinobatkan sebagai Tok guru yang berpengaruh dengan kuliyah2 agama yang disampaikannya. Berbanding dengan Ustaz Nasha yang tidak punya ciri2 itu ditambah pula tidak punya gaya politik yang menyakinkan meskipun mentornya adalah Almarhum ustaz FadhilNoor…. Persoalannya, adakah wajar Ustaz Nasha diberi amanah lagi untuk membawa Pas dalam gelanggang politik yang sasarannya untuk menjadikan “Pas ganti Umno” ?.

    Kempen nak menonjolkan calon yang tetentu dalam pemilihan sekali ini agak sunyi, tiada lagi dewan2 atau tokoh tertentu mengadakan pertemuan dengan pimpinan kawasan2. Kumpulan2 ini bagai terdah’ak bila isu komporomi kerajaan UG menjadikan Pas kelihatan batat dan mandom. Pas bagai harimau yang tidak bergigi, kerana itulah Umno tidak henti2 mempelawa dan memujuk Pas ” Mai masuk berkubang” bersama2….

    Agenda ajak berkubang ini akan diteruskan oleh Umno. Utusan lidah biawak Umno tidak lagi menyerang Pas. Yang diserang ialah bekas Naib presiden Mat Sabu dan Datuk Husam Musa. Bagi Umno jika 2 tokoh yang masih dikira muda dalam Pas ini berjaya menduduki kerusi Timbalan presiden dan Naib Presiden, tentu saja Umno menjangka senario Pas berpolitik akan berubah 300 darjah dan isu kerajaan UG akan terhakis menjelang PRU ke 13. Apatah pula kedua tokoh ini akan diapit oleh Dr. Dzulkifli Ahmad, Khalid Samad, Mazlan Aliman dan Nizar Jamaludin biarpun tidak ada kepimpinan pemuda yang bersengat untuk menjadi “Feeder”kepada kedua mereka.

    Pas mesti berubah agar setanding sesama pimpinan PR, supaya tidak dilebelkan Pas tunggangan DAP atau PKR. Pas adalah Pas yang dasar perjuangannya untuk menegakan Islam dengan Alquran dan Hadith…

    • salam Kucing Kota.

      hang tulih panjang-panjang pong.
      tak guna.
      hang cerita bagaimana hebatnya pong.
      tak guna.

      kalau dah 57 pong.
      masih tak gi tak gi.
      masih dok laghu tu.
      takdak dah.
      takdak apa.
      kosong.

      sekadaq jangan dok bermimpi.
      di cekerawala.

      • Salam BT,

        Kaki baca tulih
        panjang hang kata
        tak guna.Mmg. sahih
        kaki bom la hang.
        Balik pi tanya org. kpg.
        tempoyak laghu mana
        peel kaki bom…..

        Saja mengesot mai plan2
        bagi npk. ghamai skit.
        Sekadaq tanya apa habaq
        lama x singgah mai.
        Hidup mati ka kita pon x tau.
        Ada soraaaaa kigha ok la tu…
        Plan2 sapu brasso bagi berkilat
        kerih bersilang tu.
        Tok sah dok loghat sangat
        org. lain punya hal.

      • salam great chief.

        yang hang dok melalut, buat apa.
        kita tak kata pong, pada Kucing Kota.

        kita pong, tak mau kata kat dia.
        nanti dia merajuk.
        p menyorok.
        kat lrg kucing@pulau tikuis.
        kitsiang jugak kat dia.

        nak tanya khabaq, tk lah.
        kalau tak dengaq tu.
        cuti sekolah ni, kita sibuk.
        main dan tengok golf kat ASTRO.

        hang tu.
        patut tulihlah sikit.
        kitsiang kat PAS.

        PAS tu dok tunggu input.
        dari suku2tigasukusakat hang.
        nasik kandaq, KeLiWoN.
        mana depa.

        ni, hang tulih kat kita.
        buat apa.

        sekadaq nak bagitau la.

    • bro n sis…….

      ropanya ada jugak orang dok main bola kecik dlm masa cuti sekolah nie……
      teman ingat depa dok pi imarah kat mana mana semejid……..
      tapi nak kata apa……..memang budaya sarkis mcm tu…terutama budaya tempoyak………meruap tak kena tempat………kah kah kah

      dua minggu lebih aku tak dak dlm negara………
      baru balik……..demam sikit….tukaq cuaca……..
      tu pasai tempoyak dok melilau melalut sorang-sorang………

      masa aku tak dak nie laa…..muktamar Pas bersidang…….
      berita Mat Sabu ngan Husam menang nie……aku terima masa dok di Mekah…….
      alhamdulillah……team yg rajin dok kautim dgn puak kerih dah semakin terpinggir……..
      puak kerih tak boleh terima team mat sabu nie……pasai jarum depa tak boleh jalan,,,tu pasai depa momok macam macam pasai mat sabu nie………

      samada dgn team padu padu……..
      atau dgn team mat sabu…….
      puak kerih telanjang sepanjang masa tak akan pernah ikhlas dlm pelukan depa……
      semua yg depa mau tu hanya berkiblatkan keuntungan sementara depa saja…….pasai depa dah nak karam sangat……dah nak jadi golmar…jadi karbata……..
      lepaih tu kok mana pun depa akan tokak balik puak puak tu…….
      fikrah mcm nie orang Pas kena yakin……kena pegang…kena gigit kuat kuat……..
      kerih telanjang tak pernah ikhlas dlm ukhuwah depa………
      sama sama depa pun dok becakaq tak habih……….
      jadi puak perpaduang yg dok mimpi nak jadi juak besaq ngan kerih……yg dok harap nak jadi orang bersaq….berjwtan besaq……..RENTI kan laa mimpi karut toh……..
      berjuang laa dgn ikhlas dlm jamaah……harapkan lah keredhoan ilahi dlm menegakan sistem hidup Islam dalam diri….jamaah dan negara……..itu lebih utama dari dok cari keuntungan dgn puak sam sam kerih tak dak sarong toh…….

      kah kah kah……………

  3. Jadual Am Pengajian Bersama Al Habib Ali Zeinal Abidin Al Hamid

    Majlis Bacaan Kitab Shohih al-Bukhari (InsyaAllah sampai khatam) Bersama Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqoush

    Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki (Bulan JUN)

    Jalsah Bersama Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith ه

  4. salam, saya ni kurang mahir dalam dunia politik, tetapi memalui pemerhatian saya, seandainya Nasharudin Mat Isa menang, lambat laun PAS akan pecah berkecai kepada dua kumpulan yakni golongan muda dan golongan ortodoks kerana Nasha ni akan digunakan semaksimumnya oleh Umno. Jika Mat Sabu menang, PAS agak sukar ditembusi oleh Umno kerana kumpulan ortodoks ni sukar dibawa berunding. Tuan Ibrahim ni saya pasti perwatakannya mungkin sama spesis Ibrahim Ali…..

  5. Perhimpunan Ahli-Ahli Syurga. kahkahkah

  6. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Lama dah, kita bagitau.
    Buat Perubahan.

    Husam jadi Presiden.
    Mahfuz jadi Timbalan.
    Yang lain2 tak kisahlah.
    Ramai boleh.

    Kita nak PAS kuat.
    Sama kuat dengan UMNO.

    Baru senang.
    Senang buat pilihan.

    Baru ada alternatif.
    Senang ganti.

    Ini tidak.
    Dok tak gi, tak gi.

    Sekadaq nak saranlah.

  7. Ada olang, ugama sahaja ISLAM. Tapi persedakan org-org ISLAM.
    ISLAM ala UMNOPRONO

  8. Salam 1Malaysia.

    Muktamaq PAS kali ini, sekurang2nya.
    Memintak Kerajaan Pusat.
    Tidak memberi projek melebihi.
    1Billion untuk satu Konsortium.
    Kalau dah bagi, kurangkan sekarang.

    Contohnya.
    MMC-GAMUDA JOINT VENTURE.
    Projek Landasan bekembaq KTM.
    Kalau sudah melebihi 1Billion.
    Kurangkan.
    Sektoq PPinang Kedah Perlis.
    Bagi pada syarikat lain.

    Ini contoh saja.
    Muktamaq boleh buat yang lebih.
    Baik.

    Tapi, kalau.
    Buat pemilihan pong.
    Dok krosot, dok mengkala-mengkala, dok pelan-pelan.
    Payah lah.

    Sekadaq nak cerita lah.

  9. budak tadika, v.nat,
    rempahman, peter dan sukusakat
    penyakat penyangak

    Jaga diri hangpa sendiri bagi elok
    jgn dok jaga tepi kain olang
    hangpa p mabuk minum arak
    lps tu nak komen kat sini..ceh!

    perhimpunan Umno tu elok ka?
    perhimpunan tu lagi tak boleh pakai
    perhimpinan seks, porno, zina, mabuk, tipu,
    penyangak mcm2 lagi

    hangpa sama jg dengan Ah Lee bin Ah Tan
    otaK SAMPAH

    sekadaq aku nak tlg habaq kat hang…”hang bodo!”

  10. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Tahniah PAS.
    Sudah ada perubahang.
    Sikit pong tak apa.

    Sepatutnya kali ini.
    Husam dah jadi Presiden.
    Mahfuz dah jadi Timbalan.

    Tapi tak apa.
    Pelan-pelan pong tak apa.
    Kena ikut jugak sikit great chief.
    Tapi, jangan pelan-pelan sangat.
    Nanti dok korosot, payah pulak.

    Kena ikut Budak Tadika.
    HA dan MS, kali teakhiq ni.
    Kena kemudi PAS elok-elok.

    Kena satukan mereka.
    Tak kiralah dari mana depa mai.

    Kena groom Husam.
    Kena groom Mahfuz.
    Kena groom Salehuddin.

    Yang lain2, yang tua2.
    Dudok di belakang, bagi sokongan.
    Bagi nasihat, bagi panduan, bagi tunjukajaq.
    Jangan dok hukum sana, hukum sini.
    Parti Islam kena buat elok-elok.
    Bukang saja elok, kena murni.

    Kita pong nak tengok PAS kuat.
    Boleh kita tumpang undi.
    Boleh kita jadikang alternatif.

    Sekadaq baguis sikit kali ini.

  11. Keputusan rasmi telah diumumkan.

    Hj Mohamad Sabu a.k.a Abg Mat
    menang pertandingan merebut jawatan
    Timbalan Presiden PAS.

    Jumlah undi Ustaz Nasha agak mengaibkan
    apabila berada dibelakang Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man,
    yang umum menganggap beliau kurang popular berbanding Nasha.

    UMNO-BN frust menonggeng dengan keputusan ini…!!!

    KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

    • aik.
      kita pukol 5 dah tulih.
      MS (Mohd Sabu) menang.
      hang baru nak tulih.
      awat lambat sangat.
      nak tanya saja.
      jangan marah pulak.

      hang ikut ceramah great chief ka.
      dok plan plan.
      pong nak tanya saja.

      sekadaq nak nasihat, berentilah mengata orang.

  12. Faktor kekalahan teruk Ust. Nasharudin selain dari sebab ust. Tuan Ibrahim
    “U turn” bersedia untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden, ialah propaganda berita muka depan akhbar Utusan Meloya sahari sebelum pemilihan dijalankan..

    Sekiranya pertandingan jawatan ini satu lawan satu kemungkinan salah seorang dari calon akan kalah dalam jumlah undi yang kecil. Keadaan ini memungkinkan ust. Nasha boleh jadi dapat mempertahankan jawatannya. Persoalannya siapa yang meloby ust. Tuan Ibrahim supaya membuat pusingan U untuk turut merebut jawatan Timbalan Presiden ini?….

    Atau kalau kepimpinan dewan ulamak berhasrat supaya ust. Tuan Ibrahim menduduki kerusi Timbalan itu!. Kenapa mereka tidak berkomporomi dengan ust. Nasha supaya menarik diri?. Yang beriya iya berharap supaya calon ulamak menduduki kerusi Timbalan ini ialah. Umno!. kerana mereka masih percaya gandingan calon ulamak dan presiden yang juga seorang ulamak akan memberi ruang citacita kepada Umno untuk pembentukan kerajaan UG…..

    Kenapa Umno yang terkenal dengan politik wang tidak menggunakan kesempatan merasuah ust. Nasha atau ust. Tuan Ibrahim supaya salah seorang yang dijangka menang menarik diri?. Apakah 5 juta itu terlalu besar bagi Umno?.. atau mereka takut kedua calon ini tidak akan terima rasuah.. Belum cuba belum tahu….

    Dan yang paling bangang. Apabila akhbar Umno utusan Meloya berkempen dalam pemilihan kepimpinan dimuktamar ini untuk meloby perwakilan supaya memihak kepada ust. Nasha.
    jikalau ada sekalipun perwakilan membaca akhbar utusan Meloya ini, tidakkah editor akhbar ini boleh faham yang perwakilan dan ahli Pas 90% tidak percaya dengan laporan artikel yang dimuatkan dalam akhbar ini, bahkan loby akhbar ini kepada Ust. Nasha telah menambahkan lagi prejudis pewakilan kepada beliau.

    Kesimpulannya, akhbar lidah syaitan inilah sebagai penyumbang kepada kejatuhan ust. Nasha dalam haraki kepemimpinan Pas…

    • salam Kucing Kota.

      hang tak payah bebicara panjang panjang.
      PAS tak payah toleh toleh belakang.
      tutup buku lama.
      lupakang yang negatif.
      ambil yang baik baik saja.
      buka buku baru.
      seperti manusia yang baru lahiq.

      hang dan sukusakat hang.
      kena berubah.
      berfikiran rasional dan berwawasan.
      atur strategi dang bergerak bertaktik.
      jangan dok sondoi-sondoi lagi.

      ini peluang terakhiq bagi PAS.
      TGHA kena bersara lepais ini.
      Mat Sabu pong kena bersara jugak.
      sebelum besara di penggal ini.
      depa bedua kena bina PAS.
      jadikang PAS sebagai alternatif.
      untuk rakyat memilih.

      hang kena tolong ubah pebetoi.
      cara sukusakat hang berfikiq.
      kalau hang penyokong PAS lah.
      kalau tidak, hang jangan dok ganggu depa.

      sekadaq teringat nak cerita kat hang lah.

      • Salam BT,

        Dok berubah la.
        Kena plan2…x bleh
        gelojoh laghu puak sinun.
        Tgk. changes yg. dah nampak
        dalam pemilihan.
        Changes tu hijrah la.
        For betterman laghu Robbie William.
        Dok nampak puak sinun
        awat dok gigit jari laghu nampak
        aci baru lagi cuuuuuuuuuuuun.

  13. bro n sis……..

    Tahniah Mat Sabu…….
    hang dah menang sabung……..
    tapi lepaih nie depa puak kerih akan pelangkung hang bersambung sambung…..cukup cukup
    kat ampang dah keluaq cerita lama hang masa kat kelate dulu tu……
    puak kerih memang tak suka kat hang……
    dgn meloya depa reka mcm mcm cerita…….hang tunggu laa…..
    kerih hanya gheti attack bab porno saja……..tu la sanjata depa yg ada……
    depa lebih kotoq dan loklaq dari tu pun,,,,,depa buat……mcm laa depa tu ‘suci’ kononnya………
    depa kerap telepaih bukan pasai apa………the power of iempoyak ada kat depa…….the power of rempah n authar putar dah jadi mainan depa……apa nak heran……..kah kah kah……..

    http://shalehudin.blogspot.com/2011/06/padan-muka-mat-sabu-menang-timb.html

    hang balik guar petai nanti……buat la kenduri sikit……
    insyaallah kami akan pakat pi peramai………..

    kah kah kah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: