Posted by: pinkturtle2 | Jun 17, 2011

Filem Melayu Terhebat Tahun Ini…

9 Julai: Hisham kata jangan, Khairy kata terus

Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam twitter berkata Pemuda Umno tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara itu.

“Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam. Bukan keputusan unilateral saya.

“Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli oleh pembangkang,” tulisnya mengulas kenyataan Hishamuddin supaya hasrat pemuda Umno itu dibatalkan demi keselamatan negara.

Menurut Khairy, beliau dan Pemuda Umno bersedia menghadapai apa sekalipun kemungkinannya.

Menyalahi undang-undang

“Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja,” akhirnya.

Hishammuddin pada sidang akhbarnya, petang tadi memberi amaran kepada Khairy supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu.

“Tak kira sama ada saya bekas ketua pemuda atau tidak, Pemuda (Umno) mesti bersedia menerima akibatnya seperti yang saya hadapi ketika menjadi ketua Pemuda,” katanya kepada wartawan di Putrajaya hari sambil menambah “Kerana ia menyalahi undang-undang.”

Hishamuddin berkata polis melihat perarakan dan perhimpunan itu dari sudut keselamatan negara dan mereka yang menganjurkannya mesti berdepan dengan polis.

Sesiapa sekali pun

“Sesiapa sekali pun…, saya juga mesti berdepan dengan polis (apabila saya ketua Pemuda). Saya jangkakan mereka (Pemuda Umno) berbuat perkara yang sama.

“Ini sentiasa menjadi pendirian saya, tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang,” katanya.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara pada 9 Julai depan.

“Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

“Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan,” kata Khairy.

Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.Malaysiakini

Advertisements

Responses

  1. salam.. mohon linkkan blo saya, blog tuan dh dilinkkan..t.kasih

  2. kite pulak sokong pihak yang nak menambaikkan negara..

    kite tak sokong pihak yang tak segan silu merosakkan negara dengan mengikut agenda-agenda Dajjal..

    100% kita sokong pihak yang ingin mengembalikan kegemilangan Islam..

    kegemilangan Islam di Tanah Melayu telah dimusnahkan oleh tentera-tentera Dajjal ratusan tahun lampau..

    akan tetapi senantiasa ada pejuang-pejuang hakiki yang lahir di bumi Tanah Melayu…SUBHANALLAH..

    INILAH YANG MENJADI REALITINYA, MENGAPA YAHUDI GERUN DENGAN BANGSA MELAYU..

    soalnya, Melayu yang bagaimana yang menjadi gerunan Yahudi tu..?

    adakah kelompok Melayu yang sama-sama ghairah mendirikan monumen-monumen yang melambangkan ‘pemujaan syaitan’ oleh ‘satu kelompok sulit’ yang selalu menyesatkan umat..

    atau..

    kelompok Melayu yang berlapang dada menjadikan Al Qur’an dan Sunnah sebagai pedoman mereka..

  3. bro n sis……..

    wayang pacak dah mula start dahhhh……

    kah kah kah

    • salam nasik kandaq

      seropa hang lah.
      dok main wayang dengan.
      Kucing Kota dan great chief.

      great chief main lalat hijau.
      hang pong main.

      Kucing Kota dok mangkuk.
      hang pong mangkuk.

      sekadaq jangan dok kata kat orang.

  4. Kalau dijadikan sebagai PENGKIANAT ISLAM, apa sahaja akan dikianati.
    dasar umproNO. pengkianat Islam n Melayu.

  5. Khairi nak cuba test najib. Silaplah kamu Khairy. Sedangkan Najib nak naik pentas sama dengan mat sabu pun kecut perut. Mu nak sondol2 apa lagi. Bukan Najib yang tak suka kamu tetapi Rosmah. Selagi Rosmah tak suka kamu jangan haraplah kamu mendapat tempat di sisi Najib. Tak usahlah nak tunjuk hero mcm mana pun. Sia-sia saje apa yang nak kamu buat tuuuuu! Ayuhlah….jangan tunggu lagi……

    • hang jangan dok nak.
      putaq alam.

  6. takdak sapa yang boleh mengatasi undeng-undeng..

    TAPI..hangpa yang dok rghagaih jijak undeng-undeng ciptaan hangpa tuu,,, malaoon ooi..

    undeng-undeng puak malaoon bagi kat rakyat saja, TAPI.. takdak undeng-undeng yang berani untuk puak malaoon ni setakat ni..

    kalu PDRM tu Polis Di Raja M’sia semestinya depa ni profesional bab berhimpun secara aman…TAPI..

    kalu PDRM tuu, Polis Datinsri Rosmah Monggol, pakat-pakat fahamlah..

    kat Isapmutdin nak habag sikit ni.. HOI HANG ISAPMUTDIN !!! HANG INGAT SEMUA ORANG MESIA LANIE CEROI KA, YANG HANG DOK PEKENA, PELEKEH, SEKUPANG DUA..

    INGAT HANG ISAPMUTDIN OOI, HANG TAK KAN TELEPAIH, CAMNA HANG NAK KELEPIAQ NANTI..

  7. Salam,

    DULU slot di berita TV3suku hari2
    KINI jarang2 di ganti dgn. CEK KAK…cekak
    SELAMANYA…..sebagai pembantu pelakon tambahan

    syiok lagi tengok wayang tongkoi…..
    sambil plan2 balun buah dorian…..
    buang burok punya mau ka buat tempoyak…
    TAPI…pelakon pembantu tambahan tu
    cuba nak berlakon jadi berok..bukan
    buang burok…buang tebiat.
    REFRESH BALIK DIA YG. CAKAP.
    ………….tau x pa….barhu ada akai>>>>>

    • salam great chief.

      baguislah, dah hang suka tempoyak.
      hang tau pong.
      the power of tempoyak.
      meruaaap.

      sekadaq baguis dari belacan pulau aman.

  8. jom kita pakat pi BERSIH 2, buat ‘dono’ saja dengan PERKASA tuu..

    PERKASA gerunnya hanya kat nama saja..

    soal nasib anak cucu cicit kita, kita kena perjuangkan..

  9. بسم الله الرحمن الرحيم

    BERSIH 2.0

    kepada pak-pak polis, abang-abang polis dan adik-adik polis, majoriti rakyat sekarang ni, faham akan undang-undang yang melibatkan sesuatu perhimpunan aman..

    jika ianya aman, pak-pak polis kena jaga lalulintas bukan buat provokasi hingga keadaan jadi kecoh..
    pak-pak polis digajikan dari duit kami jugak..

    permit untuk sebuah perhimpunan sebenarnya hanyalah diwujudkan untuk mengekang sesuatu kefahaman yang berlawanan dengan kelompok penguasa..

    penguasa yang tunduk pada ‘the hidden hand’ memperbodohkan rakyatnya malah cuba menyesatkan mereka sesesat mungkin..
    tanpa pak-pak polis sedar, majoriti pak-pak polis sendiri ramai yang sesat..

    para ulama dunia menyokong BERSIH 2 cuma ulama UMNO saja yang sokong PERKASA dan senyap-senyap sokong ‘the hidden hand’..

    kenapa takut dengan BERSIH 2.0..?? ia hanyalah PERHIMPUNAN AMAN yang mendesak kerajaan untuk memastikan PILIHANRAYA YANG ADIL dalam negara kita..

  10. awat budak tempoyak,
    hang mabuk tempoyak kot?

    mai cek kasi ubat fenin putaq alam
    ambik secebis temakau cap kapal terbang
    digulung dgn daun rokok pucuk nipah
    dijadikan sebatang rokok daun
    ambik pulak secolik lidi tahi ayam moner
    cucuk masuk ke dalam temakau secukup rasa
    cucuh api dan hisaplah rokok tu puas2….

    wow!…lumayan pak engak usah lagi
    cari candu, ganja, ketamin, marijuana, cannabis,
    up-john, sabu, air daun ketom atau lain2 jenis dadah
    hang cubalah dulu ye baru hang tau mcm mana alam berputaq.

    sekadar aku nak habaq kat hang bahawasanya
    alam ni bukan mak bapak hang yang punya.
    sedarlah diri tu sikit jangan asyik dok nak hentak orang
    tak pasal2. Bodoooo ubi kayu pun ada nilai………………

    • awat hang ni.

      kadang2 hang.
      putaq alam.

      kadang2.
      hang berada di alam nyata.

      kadang2.
      hang di mimpi di alam maya.

      lama2 hang p.
      ke alam ghaib.

      sekadaq ceredik hang bernilai nilai.

  11. suka hati akulah nak p mana pun
    awat hang kalut sangat budak
    gagoo gilak kauu
    mun sik mau dijolok oghang
    sik boh klakar mengata oghang
    auuuuk!

    sekadaq ceredik hang tak tau ujung pangkal.

  12. Jum turun ramai-ramai bawa pembersihan. Bersih dari jerebu, bersih dari segala perasuah, bersih dalam kepimpinan negara, bersih dalam agama, bersihnya sebuah negara Islam yang dipandang oleh Dunia. Jangan nama Malaysia terkenal di dunia ini
    kerana gejala rasuah, gejala pemerintah yang tidak bermoral, gejala pemimpin yang tidak berlaku adil. Untuk mengadakan himpunan ini pun dah banyak perkara yang TIDAK ADIL dilakukan oleh pemerintah. Begitu juga polis, terlalu angkuh untuk mengikut
    pemimpin yang tidak adil, dacing yang telah berat sebelah dimana menanti rantai dacing untuk putus.

  13. First off I would like to say fantastic blog! I had a quick question in which I’d like to ask if you do not mind. I was curious to know how you center yourself and clear your thoughts before writing. I’ve had a hard time clearing my mind in getting
    my ideas out. I truly do enjoy writing however it just seems
    like the first 10 to 15 minutes are generally wasted simply just trying
    to figure out how to begin. Any recommendations
    or tips? Appreciate it!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: