Posted by: pinkturtle2 | November 25, 2011

Banjir di Kelantan kian reda…

 

Muslims on small boats leave a mosque in floodwaters after Friday prayers in Tumpat, Kelantan state, Malaysia, Friday, Nov. 25, 2011. The floods began in late July, fed by heavy monsoon rains and a series of tropical storms which affected Thailand and its neighborhood nations, including northern Malaysia. (AP Photo) MALAYSIA OUT.

Masjid Simpangan Tumpat…

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan petang ini sedikit reda apabila jumlah mangsa yang dipindahkan berkurangan kepada 1,817 orang dari 502 keluarga petang ini berbanding 1,892 orang pagi tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata jumlah pusat pemindahan yang dibuka juga berkurangan kepada 22 berbanding 32 pagi tadi.

“Sehingga petang ini, lima pusat pemindahan di daerah Kuala Krai dan Machang telah pun ditutup menjadikan hanya enam daerah lagi yang masih terbabit dengan bencana banjir.

“Daerah Pasir Mas masih mencatatkan jumlah pusat pemindahan paling banyak iaitu 11,” katanya.

Beliau memberitahu sehingga kini hanya sungai utama di Kelantan, iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, masih berada pada paras bahaya.

Jurucakap itu berkata, jumlah laluan yang ditutup juga berkurangan kepada enam berbanding lapan pagi tadi.

Laluan yang masih ditutup kepada semua kenderaan ialah di Machang iaitu Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata; di Pasir Mas iaitu Jalan Pohon Tanjung-Meranti, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram; di Tanah Merah iaitu Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh; dan di Tumpat iaitu Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti.
“Hanya satu laluan ditutup kepada kenderaan ringan, juga di Tumpat membabitkan Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan.

Di KUANTAN, dua keluarga dari Kampung Chendor Baru, dekat Cherating di sini yang menjadi mangsa pertama di Pahang yang dipindahkan akibat banjir sejak semalam, masih ditempatkan di pusat pemindahan mangsa banjir.

Jurucakap bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang berkata, sehingga 4 petang ini, dua keluarga terbabit yang terdiri daripada enam lelaki dewasa, empat wanita dan seorang kanak-kanak perempuan, berusia antara 11 hingga 63 tahun masih berada di pusat pemindahan banjir di Balai Raya Kampung Chendor.

“Keadaan banjir di kawasan rumah mereka setinggi 0.5 meter itu belum pulih sepenuhnya.

“Berdasarkan pemantauan, empat sungai utama di Pahang juga sudah kembali mencatatkan bawah paras bahaya,” katanya sambil menambah semua penduduk di kawasan berdekatan sungai dan kawasan rendah diminta berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca mendung. – BERNAMA


Responses

  1. Cuma lebih berhati-hati dan lebihkan bersiap-siaga kerana banjir di kelantan tidak pernah datang sekali sehaja….dia mari berulangkali. Hati2 dengan pembangunan yang membuatkan sungai kelantan jadi semakin sempit. Ambo bimbang aliran air akan makin laju dan akan meroboskan sekeliling tebing di sebelah hilirnya. Batang-batang balak yang dihanyutkan air dari hulu, jika tidak disekat dikhuatiri menghentak tiang atau lantai jambatan terutama jambatan lama Sultang Yahya Petra. Kesannya akan jadi lebih buruk kepada rakyat negeri ambo. Tesco di tebing sungai juga hendaklah berjaga-jaga. Sekiranya aliran air dari hulu menerjah terlalu laju dan banyak berlebih-lebihan, dia bukan kira……..

    beringat sebelum kena
    berjimat sebelum habis
    jaga anak-anak molek

    kalu nak gi ke perhimpunan anak-anak kelate di bukit jalil tu pikirlah 100 x.

    • Syukran atas peringatan…

  2. banjir kat kelantan adalah rahmat….
    coba kaji kenapa??………
    budak tempoyak kena belajaq faham ilmu akas…
    lebih senang belajaq Balaghah…….
    kalo tak gheti tanya KK atawa GC……..
    jangan tanya pencacai……..

    kah kah kah………..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: