Posted by: pinkturtle2 | Disember 13, 2011

Ini Kes Berat…. Rasanya Sudah Sampai Masanya

Orang itu merasa dirinya paling sempurna..

Hei Bahalol...Perjuangan menegakkan Islam ini ada cara dan kaedahnya…bukan main hentam semboromo je,bukan boleh pakai kepala otak kita seorang.. Kita dah ada jemaah,kita dah ada ketua..kita dah ada ikatan kesepakatan bersama… Kamu berada di dalam saf  kepimpinan, tetapi mengapa yang  kamu ni bodoh sangat 

Sekarang kamu dah nampak bahawa kamu lah yang terbaik di bumi Malaysia ini dalam memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah.Orang lain semua banyak lagi kena belajar dari kamu.kamu memang yang terbaik… .Kalu macam inilah perangai kamu, memang kamu tak layak berada dalam jemaah… Jemaah tabligh pun tak layak

………………………………………………………………………

Katakanlah: Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan (Qur’an, 18: 103-4)

Imam Ali (a) berkata:  “Hati yang mana ‘ujub (megah diri) telah meresap, akan ditimpa kemusnahan”.

Imam Ali (a) berkata: Barangsiapa yan merasakan dirinya mulia di sisi Allah adalah sebenarnya tidak berguna [Al-Amidi, Ghurar ul-Hikam wa Durar ul-Kalim, hadith # 8609]

Imam Ali (a) berkata: “’Ujub adalah punca kebodohan.”

………

Ujub adalah perasaan keterlaluan terhadap sifat baik dan amalan baik yang dilakukan, membuat jangkaan berlebihan serta berpuas hati dengan amalan tersebut, malah berasa dirinya amat penting. Seseorang yang ‘ujub merasakan dirinya bebas daripada kekurangan dan kelemahan.

Merasakan dirinya lebih hebat dan merasakan dirinya seorang manusia yang lebih baik daripada yang lain. Dia menganggap dirinya lebih sempurna daripada orang lain dari segi wajibat (amalan wajib) dan muharromat (benda yang dilarang). Dia sensitif terhadap kesalahan orang lain tetapi tidak menyedari kesalahan sendiri. Dia merasakan orang lain tidak sempurna dan tidak berharga. Sehinggakan dia tidak dapat menerima segala kebaikan dan pandangan orang lain.


Responses

  1. bro n sis……

    Ini Kes Berat…. Rasanya Sudah Sampai Masanya…….
    tak payah dok rasa lagi laa,,,,,,dah kenai pun…..
    di luar PAS pun saya tak ada masalah…….kah kah kah….
    saya tak dak masalah nak padu padu punya………kah kah kah

    ahhhh,,,,jngn cakap peletorang putih laa,,,,,,,
    tergamak kau ye……aku tangan kosong……
    mcm nie tak adil la Labi……..

    Labu, Labu……cua tengok kasut kau tu cantik laa labu!!!….
    mana kau beli???
    tentu laa nie mahalllllll……….
    aikkkkkk!!!! aku jugak yang kenaa……….
    lama hangpa tak tengok gambaq nie……..

    kah kah kah……….

  2. Salam,

    Ingatkan tayar sekat ja gelong.Rupa2nya manusia lagi terlebih gelong.
    Tak pa lah parking sandaq kat dinding runaih skit2 kot2 boleh guna..Lama2 jadi besi burok lempaq ke laut buat tukun.Tak kan lah tak tau kalau hijau putih campoq ngan biru kluaq mai haru biru.2nd. cut taruh pi sama dia lah..settle ma…patah tumbuh hilang berganti..masakan tak rheti2.Dok nak kesian apa kat lembu2 di sana.Mengkala mai raya korban kita selinap semua bagi rapat..Kalau mai di Jelutong tak dan sembelih dah tergolek kena jerot..
    “””mangkak”””

  3. Mari kita periksa, apa sebenarnya telah berlaku pada mamat nii….

    Mamat ni pernah menjadi pegawai tinggi kerajaan, pernah jadi pegawai daerah dinegeri Selangor dan yang jelas pernah menjawat pengarah Biro Tata Negara dengan kerajaan persekutuan.
    Untuk menjawat Pengarah BTN pastinya ada pengisian2 wajib memantapkan aqidah Umno, rukun dan syarat meletakan perjuangan UMNO jangan dilupakan dan ditinggalkan. Tentu saja yang didokterinkan. Umno itu tinggi tiada lebih yang tinggi melainkan Umno. Kesan itu bukan mudah untuk ditanggalkan, tidak semudah dicuci dengan Klorox.

    Mamat ini kalau merasa dirinya sempurna, adakah dalam perkara keilmuan Islam, dia merasakan dia lebih alim dan warak mengatasi Prof. Dr. Datuk Harun Din?. Tentu saja tidak! dan adakah kerana dia dikatakan motivator dan moderator terkenal pada suatu ketika dahulu telah melayakan dirinya dinilai sebagai sempurna!?

    Kalau dia merasakan dirinya seorang pengurus yang baik dan berpengalaman. Bilakah dia pernah menjadi koprat mengurus sebuah agensi staraf Sime Derby seperti yang diamanahkan kepad MB Selangor. Khalid Ibrahim?. Kalau begitu! apakah betul dia memilih untuk bersama dengan Pas sebuah parti dan organisasi gerakan Islam?.
    Apa kata kerana keakraban dia dengan Harun Din dan Ismail Kamus ilmuan dan pendakwah terkenal pada masa itu yang mempengaruhi dia menjadi ahli Pas dan diberi kesempatan pernah menduduki barisan utama kepimpinan Pas. Apakah dihati kecilnya, dia boleh menerima budaya Islam yang diamalkan oleh Pas sedangkan jiwa dan pemikirannya didokterinkan oleh sekular Umno dari seawal pendidikan hingga dilantik menjadi Pengarah Biro Tata Negara…????

    Kesilapan mamat ini memilih pembangkang sebagai landasan perjuangan konon untuk menegakan Islam, banyak meninggalkan implikasi ekonomi dan bisnes yang pada ketika itu sedang semarak dengan keuntungan melebihi gaji dan elaun exco yang disandang sekarang.
    Sebab itu selepas pilihanraya, bila tawaran ganjaran akan dilantik menjadi menteri besar sekiranya satu usaha membentuk kerajaan politik perpaduan dapat dilaksanakan, Mamat ini membayangkan peningkatan kerjaya mendapat kuasa dan pangkat, tentulah “Smart learning” camp Motivasi dan lain2 bisnes yang terancam bankrupt dapa diselamatkan disamping mendapat peluang sumber kewangan yang baru.

    Janganlah marah kepada mamat ini. Lihat saja apa terjadi kepada seorang insan Roslan Kasim seorang tokoh Umno yang terkenal suatu masa dahulu. Titik

  4. aku nampak muka pitis je belako……..
    perjuangan utk agama bangsa dan negara dok nombor ggusuk jah sebenarnya. Apatah lagi kalu oghe lagu ni.Dulu ambo pernah panggil dia utk talk motivasilah konon. Setiausaha dia kata nak rm6 ribu utk 1/2 hari
    takdok rm6 ribu dia suruh ambo panggil orang lain

    habih tu lagu mano boleh caya ke kat oghe muka penyu lagu ni……?

  5. Aku undi hassan ali….asal bukan DAP…(ABABi)…takbir,!,


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: