Posted by: pinkturtle2 | Disember 22, 2011

Orang yang dirasuk syaitan bertanya mana bukti dia dirasuk syaitan? ..PB

Pemimpin PAS cepat melatah diselar

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menyelar pihak tertentu dalam parti itu yang cepat melatah dengan menuduh tindakan beliau menyuarakan pandangan berbeza dari pucuk pimpinan sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

Sambil menyifatkan tuduhan tersebut terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran serta langsung tidak berasas, Nasharuddin berkata, sepanjang pembabitannya dalam Pas, belum pernah beliau mengungkap kenyataan akan menyertai UMNO sebagaimana ditafsir oleh pihak-pihak tersebut.

“Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar. Saya tidak mempunyai niat sebesar zarah pun untuk menyertai UMNO.

“Dakwaan kononnya saya terperangkap dalam agenda musuh politik Pas iaitu UMNO adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan tidak berasas. Malah, belum pernah saya ungkap mahu menyertai UMNO,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini mendakwa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin yang mengkritik perjalanan sistem parti itu sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

Ia kemudian diikuti dengan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bahawa parti tersebut tidak akan menghalang mana-mana pemimpin Pas untuk menyertai UMNO, malah yakin perjuangan parti itu tetap teguh walaupun pemimpin berkenaan meninggalkan parti.

Dalam pada itu, Nasharuddin berharap, penjelasan beliau kali ini memadai untuk menghentikan segala tuduhan oleh pihak tertentu yang mempersoalkan kesetiaannya kepada Pas.

Menyentuh mengenai pelbagai tohmahan yang diterimanya, bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, ia sebahagian daripada hakikat perjalanan hidup yang terpaksa diharungi oleh seorang pendakwah sepertinya, dalam usaha memartabatkan Islam.

“Saya menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan di pentas politik nasional pasti mengundang 1,001 macam cabaran dan dugaan. Saya akur sepenuhnya dengan jalan dakwah yang saya lalui ketika ini malah ia telah lebih awal disusuri oleh para nabi, sahabat dan ulama,” katanya.

Hasan Ali tidak kisah digugurkan sebagai Exco, ADUN

22/12/2011 3:41am

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata: “Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”

“Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A. Talib yang disiarkan malam tadi.

Menyentuh mengenai PAS, Anggota Dewan Undangan Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulamak yang kini hanya 35 peratus.

Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulamak sebagai barisan kepimpinan parti.

Ini adalah kerana golongan ulamak dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya.

Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: “Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja. – BERNAMA

…………………………………………………………………………………

…Yang nak tergelaknya, Dr Hassan juga sebelum itu bertanya mana bukti dia masuk jerat Umno? Teringat la pulak cerita orang yang dirasuk syaitan dan bercakap pun macam syaitan tiba-tiba bertanya mana bukti dia dirasuk syaitan? Memang kita tak nampak duduk tang mana syaitan tu untuk kita buktikan dia dirasuk syaitan. Tetapi kita nampak kelaku syaitan dia tu. Tu la bukti kepada kita dia dirasuk syaitan.

Apa-apa pun, kepada orang-orang PAS yang ada akal, hampa sepatutnya berterima kasih sangat-sangat kepada Saari kerana dia berjaya mengakibatkan Dr Hassan tidak dapat lagi mengawal dirinya sehingga dia merosakkan apa yang sepatutnya berlaku dengan cantik. Punyalah sentap si Dr Hassan tu sehingga dia meletup-letup bukan pada masanya. Bak kata P Ramlee, “rosak ana punya program”.

Sepatutya orang-orang PAS yang ada akal ramai-ramai menghantar ucapan terima kasih kepada Saari.

Kalau Saari tak buat gitu, ca hampa bayangkan kalau Dr Hassan mengambil tindakan disiplin ke atas dirinya sendiri seperti yang dibuatnya sekarang apabila dewan dah dibubarkan nanti dan hampa sibuk sakan nak menghadapi pilihan raya. Kalau masa tu Dr Hassan buat apa yang Haji Mahfuz Omar anggap, iaitu isytihar perangterhadap PAS, mampoih hampa!

Kepada orang-orang PAS yang tak dak akal dan taraf depa sama ja dengan lembu feedlot keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, tak payah ambik pot la fasal depa tu…PBeca


Responses

  1. Salam,

    Di sinun selak kain
    Di sinin londeh kain
    Lebih kurang serhopa ja la
    “””””ala2 kemelayuan membawa kpd. kemaluan”””””
    rojak ngan pasemboq guay ngan tempoyak
    lembu pon tak mau makan eih..
    ”””krosot sunggoh melayu la ni”””
    mujoq ada islam…yg. ni saja dok jadi shield

    • tak mau la tongtiang lebih2
      sat mai panglima melayu Hang Ludah
      tak larat nak tepih..

  2. siapa setannnnnnnnn???…..
    aku bukan setan……
    aku haji……haji Labu…….
    kau setannnnn….kau setan bakhil bin kedekut………
    Labuuuuuuu??,,,,,,
    kenapa kau Labu?
    ahhh kanapaaa…
    kau purak purak bikin tak tau ye………………..
    aku lesing kau,,,,,,,,,

    cua hangpa tengok vid nie;;;;;;ada sama dak ngan yg PB tulis kat atas tuh??
    kalau ada hangpa senyum dah laa……minit ke 5:19

    kah kah kah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: