Posted by: pinkturtle2 | Disember 24, 2011

Brehim Ali Pelawa Hasan Ali Sertai PERKASA.. CANTIK

KOTA BHARU: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) secara terbuka mempelawa Anggota Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menyertai pertubuhan itu jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, berkata sudah sampai masanya Hasan membuat keputusan menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika merasakan perjuangannya dalam PAS tidak mampu memenuhi hasrat dan cita-citanya itu.

“Beliau kini sudah dipinggirkan oleh PAS,” kata Ibrahim kepada pemberita ketika ditemui pada mesyuarat agung Majlis Tindakan Rakyat Kelantan di sini, hari ini.

Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas, berkata beliau sudah menyatakan hasratnya itu kepada Hasan sebelum ini tetapi setakat ini belum menerima sebarang jawapan.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dilaporkan berkata, parti itu menyimpang daripada perjuangan asalnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam dengan mengubah pendirian untuk membentuk sebuah “negara berkebajikan”. Kenyataan beliau itu mendapat kritikan bebarapa pemimpin atasan PAS. – BERNAMA

Advertisements

Responses

  1. bro n sis….

    elok laa dlm perkasam tu anak ali jugak yg pegang pucuknya……
    anak ali yg baru nie boleh laa join sekali…….
    biaq pekat sikit pekasam tuh……..kah kah kah
    dlm perkasam tuh ramai “””ulam mak””” songkok berjengkal jengkal…….
    dah kena dah…….yg baru nie pun berjengkal jugak songkok dia……….
    bagi yg “”””desperados”””” elok laa pakat masuk ramai ramai dlm pekasam tuh……….

    kah kah kah………


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: