Posted by: pinkturtle2 | Disember 31, 2011

Babi Mengamuk… Kandang & Pemilik Habis Dirembat..

Tolong Selamatkan TGNA Dari Binatang Ini

Ramai orang yang menyambut baik dan menganggap semuanya sudah selesai apabila ada laporan menyatakan Hasan Ali memohon maaf dan menarik balik segala tohmahannya terhadap PAS.
Tiba-tiba Hasan Ali mengamuk lagi. Dia nafikan laporan Harakahdaily yang menyebut dia turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan.

Hasan Ali kata, dia terkilan dengan laporan itu kerana “memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan.”

Sehubungan itu, Harakahdaily menyiarkan trankripsi penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember .

Sekali gus pendedahan Harakahdaily itu telah meletakkan TGNA berhadapan satu lawan satu dengan dakwaan Hasan Ali tersebut.

Sidang media tersebut tidak dibuat secara formal dan tidak melibatkan Hasan Ali bersama. Ianya hanya pernyataan dari sebelah pihak sahaja.Orang ramai mulai ragu-ragu dan mulai bertanya apakah TGNA berbohong dengan media?

Di sini kita lihat, keperibadian TGNA mulai tercalar. Sosok tubuh yang merupakan penentang utama ’perpaduang’ sudah terperangkap dengan mainan puak-puak perdaduang. Semuanya nampak sebagai satu perancangan – selain TGNA, orang-orang lain yang terlibat semuanya puak-puak perpaduang.

Dua orang pucuk pimpinan parti yang ada bersama mereka pun senyap sepi tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Tolonglah selamatkan Tuan Guru Nik Aziz dan PAS dari gerombolan perpaduang tersebut.

………………………………………………………………………….

Laporan sebelum ini….

Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali. “Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” -Hasan Ali
Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.

Lihatlah betapa bongkaknya si Hasan Ali menafikan tujuan pertemuan bersama Tuan Guru Nik Aziz di Kota Baru kelmarin. Bandingkan pula dengan kata-tutur Tuan Guru yang memuji sikap Hasan Ali. Saya lebih percaya apa yang TGNA katakan.

Walau apa pun ada baiknya dua lagi pemimpin PAS yang eskot Hasan Ali dalam perjumpaan tersebut, iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din memberi sedikit penjelasan mengenai perkara sebenar.

Advertisements

Responses

  1. Selain dari Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.
    Dikatakan juga dalam pertemuan itu, Ustaz Nasha pun ada. Inilah masanya ustaz Nasha mengambil kesempatan untuk memulihkan tanggapan ahli yang beliau tidak akan meninggalkan Pas. Atau…

    Tanpa sebarang penjelasan dan pembelaan terhadap TGNA orang2 ini mungkin akan terus dianggap sebagai mereka yang mencetuskan idea penubuhan kerajaan UG……

  2. Kalaulah begitu keadaannya….habis la tgna sebab anak/menantu dia sendiri geng pejuang perpaduang?????

  3. salam 1Tanah Melayu aka
    salam TGNA tentu suka.

    apalah nak jadi dengan nasib perjuangan PAS
    di Tanah Melayu tercinta ini.

    asyik-asyik ada saja masalah.
    masalah di masa yang kritikal.

    sepatutnya, seharusnya, di kala ini.
    di kala PRU 13 hampir tiba.
    semuanya sekata sehati sejiwa.
    menunjukkan keIslaman masing-masing.
    mengatur strategi, mengorak langkah.
    untuk memenangi semua calon PAS yang bertanding.

    ini, tidak.

    dok tak gi, tak gi.
    dok laghu tu.
    dok bebelit.
    dok pi mai, pi mai.
    dok tang tu.

    TGNA dah laih.
    nampak laih.
    seharusnya dah lama pencen.
    (dulu dah kita kata, tapi geng-geng KK, nk dan gc marah)

    Tak tahu lah, kot TGNA bedegil.
    seropa Gadafi.

    nampaknya TGNA dah jadi.
    “indispensable”.
    Nasib PAS di tangan TGNA?
    kalau laghu ni.
    lorat.

    sekadaq kesianlah pada TGNA dan orang PAS.

    • Ulamak yg menyampaikan ilmu dan berjuang untuk menegakan Islam diatas muka bumi ini akan mewakafkan dirinya sehingga dijemput tuhan. Syekh Yassin pemimpin tertinggi Mursyidul am Hamas dijemput tuhan dgn kematian yang terajis semasa usianya sama dengan TGNA. Beliau syahid.

      Jadi. Budak kanyag sekolah suku tiang, tak payahlah hang nak dok samakan TGNA dengan Gadafi. Pii belajag muqaddam bagi habih duluu…

      Pasai kelibut dalam Pas ni, tak sama dengan tofan yang melanda Umno. Di Sabah Umno tengah dok bergocoh sesama dia, di Sarawak Taib Mahmood dok ugut nak keluaq BN kalau Umno nak campoq urusan parti dia, disemenanjung ni. Najib dengan Mahyudin dok berebut nak letak calon “winable candidate” tapi semuanya pilihan Najib. Mahyudin macam nak kena tendang dengan Najib. Pasai tu depa dok dedah kes rasuah sesama geng depa…

      Semoga Umporno akan telungkup dalam PRU13 ini.

      • salam Kucing Kota.

        hang ni, tak faham-faham.
        TGNA tu boleh memperjuangkan Islam.
        di luar PAS dan berpoilitik tidak berparti.
        suasana di Tanah Melayu tak sama dengan tanah Arab.

        takkanlah, nak berjuang menegakkan Islam.
        pun kena bersama PAS sahaja.
        PAS tak gi, tak gi.
        TGNA pun sama tak gi, tak gi.

        sekadaq sampai tua lah, dok tak gi.

  4. Bro tak sah dok kondem pendapat oge cuba-cuba la pikir lagu mana nak menyelamatkan pas ni…..ni sifat oge penakut. Kesian kepada pejuang kampong habis dah pitih mas dok wak we sedekah…lurut gelang tangan, retat ratai tekok, jual ayam itik…lembu kuba dah…….ni tidak silap sikit kata umno ambik cermin tengok ya ko tidak pas dulu dan la ni…..pikir la sendiri….

  5. Salam,

    Keikhlasan kita kalau semata2 utk. islam
    nescaya tidak akan jatuh miskin papa kedana.
    Janji ALLAH itu benar..kekayaan kita akan kita
    nikmati dan kecapi apabila berhadapan dgn. ALLAH kemudian nnt.
    Insyallah kita perlu pasti & yakin…

    Belum masa lagi ALLAH minta darah utk. mempertahankan islam.
    Hanya sekadar sedikit nikmat rezeki yg. ALLAH beri kemudian
    utk. mengeluarkan sedikit utk. infak sudah meracau.

    yaaiyuhallazi naamanustaiinu bissobriwassolah
    inallahhamaassobiriiin

    • salam great chief.

      hang dok berdakwah untuk sapa.
      semua orang Islam tau.

      kalau tak tahu.
      masih belum cukup Islam lah.

      sekadaq dok heran kat hang.

    • Salam BT,

      Tak eih kita tak dakwah
      kat org. islam.Kita cuma
      plan2 pesan memesan sempena
      ambil ayat wal’as sebagai hujah kerana
      org. islam semua dah pandai pasai
      qur’an & hadith.Tak kan nak dakwah lagi.
      Budak2 laghu hang pon dah ceredik.Hebat2 lagi.

      Tu la dok plan2 pikiaq bila gamaknya
      nak pi dakwah kat org. yg. dok sembah
      tokong & berhala.

      • salam GC…….

        Budak Tempoyak tu bukan paham pe bende dia cakap…..padan pun KK kata pi mengaji muqaddam bagi selesai dulu…….muqaddam pun baru dok takteh…….nak tunjuk lawa konon……..tu pun ada hati nak kondem ulamak…..berjalan pun pengkaq………
        woitttt tempoyak……
        hang kencing dlm tempurung bagi penuh….lepas tu cuba suluh muka hang……….ada ceghedik kaa……
        kalo jenih dok main goli besaq nie…….pagi petang dok menebas rumput……mana ada masa nak mengaji muqaddam…..memang kompom tak khattam……..

        dakwah pun tak paham lagi…..nak cakap lawa……puak kati senget sarkis kuno nie memang semacam semua…….piang sikit……..
        dakwah bukan hanya kpd non muslim……tapi dakwah sesama Islam lebih utama…..terutama yg ramai buta kayu mcm puak sarkis karat biru usang tuh…….
        ramai yg duduk dlm parti usang umngok bukan paham sangat pun mcm mana nak praktis Islam yg sahih…..yg depa tau nak pelaga sesama Islam…..tuh yg mat asang geli dok jadi talibarut umngok sakan laa nie….. pasai terlebih sangat dok rasa pandai dari orang lain……kalo nak dakwah kat asang geli untuk perelok perangai ikut Islam memang dah patut sangat………

        kah kah kah

        kah kah kah

      • salam nasik kandaq.

        hang tak usah dok kah, kah, kah lah.
        penggunaan perkataan binatang pun.
        sudah cukup tak baik.

        sekadaq nak bagitau hang lah.

      • Salam BT,

        Cuba dok tgh. kusyuk tibai bola golf
        otak melayang pikiaq laghu mana kelaku
        dan tabiat binatang.Ingat saja2 ka benda2
        tu semua kena jadi.Tak pon pikiaq tempoyak dgn. budu,
        apple dgn. orange…

        kita yg. main goli pon bleh pikiaq…
        plan2 kayuh..jgn. dok bawa mai krosot

  6. dok betengkaq buat pa, pejuang islam akan berdiam diri bertafakkur memohon bantuan illahi kalau berlaku salah faham yang merunsingkan. ambil contoh khalid al-walid dia tak melenting pun pabila s.umar tak melantik beliau sebagai ketua perang. dia pegi perang juga sebagai tentera biasa. untuk mencapai redha allah ni jgn berebut-berebut jawatan. takut jadi mcm umno. wassalam.

  7. Tajuk ada perkataan babi mengamuk tapi artikel lain plak..ape kes xltk tajuk sesuai?

  8. kah kah kah……

    teman tulis kat atas tu pun Tempoyak tak paham…..
    mike pi tumbuk sambal le……pekena ngan nasik banjar……

    kah kah kah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: