Posted by: pinkturtle2 | Januari 6, 2012

901 : Presiden kedua PAS keluar kenyataan bercanggah..

Hasan Ali: Jangan sertai kempen Bebas Anwar 901

………………………………………………………………………………………………………………………

Apa yang setiap ahli perlu dengar dan lihat ialah daripada arahan presidennya. Kita tidak ada presiden lain. Presiden sendiri akan turun pada hari itu (9 Januari), jadi sekarang tidak timbul apa-apa masalah lagi - salahhuddin ayub

Kempen 901: Patuh keputusan parti, Salahuddin jawab Hasan Ali

SHAH ALAM – Naib Presiden Salahuddin Ayub menegaskan Pas hanya mempunyai seorang presiden dan oleh itu setiap ahli perlu patuh arahan ketua, bukannya pihak lain berhubung keputusan menyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901.

Mengulas kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali semalam, Salahuddin berkata, partinya tidak memiliki presiden lain selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu tegas beliau, Hadi sendiri akan sama-sama menyertai perhimpunan Bebaskan Anwar 901, Isnin ini.

“Apa yang setiap ahli perlu dengar dan lihat ialah daripada arahan presidennya. Kita tidak ada presiden lain. Presiden sendiri akan turun pada hari itu (9 Januari), jadi sekarang tidak timbul apa-apa masalah lagi,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Hasan berkata perhimpunan Bebaskan Anwar 901 Isnin ini tidak perlu disertai dan tidak wajar diadakan kerana tujuannya hanya membabitkan isu peribadi seorang pemimpin, bukannya soal masyarakat.

Tambah Salahuddin, beliau menyerahkan kepada ahli Pas dan rakyat untuk membuat penilaian terhadap kenyataan Hasan semalam. “Itu saya serahkan pada ahli dan rakyat untuk menilai apa yang telah beliau (Hasan Ali) katakan semalam. Saya tidak mahu mengulas apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak harus timbul isu berhubung keputusan mengambil bahagian dalam perhimpunan Isnin ini.

“Kita sudah membuat keputusan untuk menyertai perhimpunan, jadi tidak timbul langsung isu… kita buat keputusan (menyertai perhimpunan) dalam mesyuarat baru-baru, pimpinan Pas akan turun sama,” kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.

“Ya, ya, kita kena menghormati apa yang telah diputuskan oleh parti,” katanya lagi.

Selain itu kata beliau, keputusan untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan Isnin ini juga merupakan “keputusan bersama dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.”Sinar

Kita sudah membuat keputusan untuk menyertai perhimpunan, jadi tidak timbul langsung isu... kita buat keputusan (menyertai perhimpunan) dalam mesyuarat baru-baru, pimpinan Pas akan turun sama - Dato Tuan Ibrahim Bin Tuan Man

 

Jadi bengong abih pimpinan PAS kalau dok layan hok gilo sekor ni..suruh reject tak nak reject,tanggunglah akibatnya..dia pun claim dia pimpinan PAS pusat jugak…punah ranoh abih dok kucar taik dalam PAS..buatlah keputusan segera walau pahit macam mana sekalipun…Bangkai tak akan berubah baunya menjadi harum,bahkan akan bertambah busuk jadinya…


Responses

  1. PAS kecut dgn Hasan ali…….

  2. “seperti ikan kering, mata sentiasa terbuka tapi tidak nampak apa-apa (kebenaran)” lebih sesuai bagi pimpinan PAS yang sedang nyawa-nyawa ikan dewasa ini. Strategi misti tepat, jitu dan pantas ini ada krisma pada Mahadthir dan TGNA. Sampah dalam mata kena buang segera sebelum memusnah seluruh mata dan membuta seperti ikan kering ;” Celek tapi tiada lihat apa pun.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: