Posted by: pinkturtle2 | Januari 6, 2012

Hassan Ali bertekad untuk menjadikan PAS sebagai musuh….

Daripada kerdurhakaan Hasan Ali terhadap PAS dalam edisi pertama dan kedua, jelas sekali bahawa Hasan Ali telah menang besar. Kemenangan ini diperolehi dengan bantuan pemimpin PAS sendiri. Beliau merupakan "musuh PAS paling istimewa kerana mendapat perlindungan daripada pemimpin PAS sendiri untuk menghancurkan PAS

Adakah Meloun  ini membuat onar kerana mahu dibuang daripada PAS, atau beliau merasa dirinya kebal dari tindakan 

Hasan Ali sudah membuat onar dan akan terus membuat onar lagi kepada PAS. Setiap keputusan yang dibuat parti diperleceh dan dikencing beliau secara terbuka di media musuh.

Nampak pada zahir, bahawa beliau telah bertekad untuk menjadikan PAS sebagai musuh. Pada tanggapan aku, kemungkinan pada peringkat kedua nanti, Hasan Ali akan bertindak menyerang pimpinan PAS, termasuk batang tubuh TGNA mursyid am PAS.
Keberanian Hasan Ali menjadi tanda tanya, adakah beliau membuat onar kerana mahu dibuang daripada PAS, atau beliau merasa dirinya kebal dari tindakan dan telah mendapat perlindungan dari dalam parti.
Daripada kerdurhakaan Hasan Ali terhadap PAS dalam edisi pertama dan kedua, jelas sekali bahawa Hasan Ali telah menang besar. Kemenangan ini diperolehi dengan bantuan pemimpin PAS sendiri. Beliau merupakan “musuh PAS paling istimewa kerana mendapat perlindungan daripada pemimpin PAS sendiri untuk menghancurkan PAS”.Bahkan dengan bantuan daripada beberapa pemimpin tertinggi PAS, beliau telah berjaya mempermain dan memalukan TGNA musrsyid am PAS dan kes minta maaf.
Sebuah parti politik akan menemui kegagalan, jika kepimpinan parti gagal menyelesaikan sesuatu masalah parti dengan segera dan tepat. Bahkan ahli dan penyokong parti akan merasa tidak puas hati dan merasa bosan dengan suasana dalam parti sendiri.
Sesetengah pimpinan parti lebih memenangkan rasa hormat dan malu lebih daripada kepentingan dan masa depan parti. Lihatlah bagaimana Mat Sabu, Mahfoz Omar, Salahudin Ayob dan Mujahid Rawa menunjukkan sikap tidak setuju dengan tindakan Hasan Ali, namun tidak apa yang dibuat kecuali mendiamkan diri dan membisukan mulut.
Tindakan mereka ini bagaikan :’ seorang panglima yang berani di medan perang, namun penakut dengan bini di rumah”
Sementara sesetengah pimpinan meredai dan menyokong kelakuan yang dilakukan oleh Hasan Ali.
Pimpinan PAS seperti Harun Din, Harun Taib, Mustafa Ali, Nasariddin Mat Isa, Nasaruddin Tantawi dan Nik Abduh merupakan penyokong secara langsung ata tidak langsung kepada Hasan Ali. Walaupun mereka tidak menzahirkan diri, namun ahli dan penyokong PAS dapat membacanya.
Sikap TGHH sebagai Presiden parti menambah kekalutan isu Hasan Ali, sikap beliau yang tidak tegas dan membiarkan isu ini berlarutan tanpa jawapan yang nyata, mungkin meninggalkan kesan kepada sokongan dari luar parti yang sangat diperlukan.
Ahli dan penyokong PAS hanya menunggu satu suara keramat daripada pimpinan PAS. Suara ini diharapkan dapat menamatkan penantian yang penuh dengan tanda tanya ini dalam isu ini. Suara TG. Nik Aziz Nik Mat, sebagai mursyid Am PAS… Ultraman


Responses

  1. Bhai PinkTurtle…

    Hassan Ali nih telah/sedang dan akan terus menggunakan teknik, taktik dan strategi “Politik Genggam Telur”…

    Dier punya konsep… gua kena tindakan disiplin.. lu punya rahsia gua kasi havoc…

    Hahahaha…. Hadi Awang sudah kena ini mandrem la… hahahaha


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: