Posted by: pinkturtle2 | Januari 7, 2012

PAS akan merosakkan perpaduan PR selagi tidak membuang PeNgKhiaNat ini..

Saya berharap dan medesak PAS supaya bertindak terhadap kenyataan Hasan yang celupar ini yang tidak sepatut diluahkan untuk agenda peribadinya - Azmin Ali

DI MANAKAH MARUAH PIMPINAN PIMPINAN TERTINGGI PAS

Saya berharap dan medesak PAS supaya bertindak terhadap Hasan – Azmin Ali 

PKR hari ini mendesak rakan kongsinya, PAS supaya bertindak keras ke atas bekas pesuruhjaya Selangor parti itu Datuk Hasan Ali yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang dianggap mencerca dan menghina ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas tulisannya di Twiteer, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini membidas kenyataan Hasan yang juga ahli exco kerajaan negeri Selangor kerana menganggap tuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar sebagai perkara peribadi.

“Biar saya ulangi pendirian PKR dan Pakatan yang bersatu dalam menyokong Anwar dan bahawa dakwaan itu adalah satu rekayasa dan politik murahan yang digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional. Adakah Hasan merestui politik murahan yang digunakan oleh Umno dan BN.

“Oleh itu, ia tidak wajar baginya untuk mengatakan ini adalah perjuangan peribadi Anwar dan salah baginya untuk melibatkan orang ramai kerana kenyataannya itu bukan merupakan pendirian Pakatan.

“Saya berharap dan medesak PAS supaya bertindak terhadap kenyataan Hasan yang celupar ini yang tidak sepatut diluahkan untuk agenda peribadinya,” katanya.

Menurut Azmin, ketika Hasan mencerca ketua pembangkang itu, Anwar sedang mengunjungi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu yang telah menyatakan sokongan beliau.

“Nik Aziz kata beliau akan datang pada 9 Januari ini jika kesihatannya membenarkan. Siapa  Hasan yang berkata sebaliknya (meminta ahli-ahli PAS tidak datang)?” soalnya.

“Saya harap PAS mengkaji mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Hasan. Jika dia tidak mahu hadir, dia tak perlu hadir tetapi demo HIMPUN dia hadir,” kata Azmin.

Azmin mengulas kenyataan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa adalahtidak sesuai mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram itu semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hasan yang juga exco kerajaan negeri Selangor juga mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir pada Isnin ini.

Ditanya sama ada beliau akan mengesyorkan kerajaan Selangor yang diterajui PKR oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menggugurkan Hasan dari barisan exco negeri, Azmin berkata bahawa beliau akan membiarkan PAS mengambil tindakan pertama.Msiakini

………………………………………………………………………

Di mana maruah Pimpinan-pimpinan tertinggi PAS dengan Membiarkan biawak hidup ini merosakkan PAS dan perpaduan bersama gabungan Pakatan Rakyat yang lain.Tidak malukah Pimpinan-pimpinan PAS mempunyai pengkhianat tanpa diambik tindakan atau dibuang sedangkan hari demi hari meloan ini menconteng taik ke muka PAS…Subhanallah

…………………………………………………………………………………………………………….

Saya menyeru agar Dato' jangan terlalu mengikut perasaan. Masa Dato' untuk menjadi Menteri Besar masih ada. Jangan kita merajuk sampai terlupa kita sebenarnya membakar rumah kita sendiri. Masih ada ruang 'untuk berjiwa besar' dengan menoleh sejenak ke belakang. Apakah langkah Dato' sederap dengan pimpinan, atau ia semakin sumbang? Dato' lebih mengerti dengan maksud 'kura kura dalam perahu - Shuhaimi Haji Shafiei Ketua Penerangan KEADILAN Selangor

SURAT TERBUKA KEPADA YB. DATO’ DR. HASAN MOHD. ALI

 

Penerangan KEADILAN Selangor terpanggil untuk memberikan sedikit kenyataan terhadap YBhg. Dato’ Dr. Hasan Mohd. Ali dalam beberapa liputan media kebelakangan ini. Kenyataan ini pastinya adalah pendirian yang dilahirkan setelah sekian lamanya tersimpan hingga “senak terasa di perut!. Hendak di buang ‘angin bimbang berbau busuk, hendak di tahan sakit sudah melata ke dada’.

Saya percaya Dato’ adalah seorang yang istimewa. Saya sendiri, malah ramai rakan-rakan saya bersetuju bahawa Dato’ mempunyai kelebihan dan perwatakan yang menarik, petah dan tegas. Namun saya juga mempercayai bahawa Dato’, dengan sesungguhnya tanpa ragu ragu, mempercayai bahawa Dato’ sendiri terlebih-lebih istimewa.

Perkara ini dapat disimpulkan dalam pelbagai tindakan, ulasan dan gaya Dato’ sehingga kini, terutamanya apabila melihat isu pertelagahan ‘dalam kain’ antara pimpinan Parti Islam SeMalaysia (“PAS”) di Selangor.

Saya tidak begitu ‘berani’ mempersoalkan pentadbiran dalaman sahabat seperjuangan PAS dalam menangani isu ini kerana ‘amat hormatkan saudara tua’, namun apabila saya terlihat temubual Dato’ agar adik-adik siswa dan siswi menjauhkan diri daripada menghadiri hari ‘penultimate’ Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penerangan KEADILAN Selangor tidak terdaya lagi menahan jari untuk menulis kenyataan ini dengan menyatakan ‘perasaan menyampah sangat’ dengan tindakan Dato’.

Apakah siswa dan siswi akan secara otomatisnya gagal dan mencapai CGPA yang rendah apabila memperjuangkan kebenaran dan keadilan? Apakah perjuangan hanya digalas oleh mereka yang berintelek dan berijazah daripada Universiti Pittsburgh?

Secara tidak langsungnya Dato’ telah menghina mereka yang turut merasakan kezaliman rejim UMNO dan BN dan mereka yang dianiaya tanpa pembelaan sewajarnya.

Umum mengetahui bahawa di Malaysia ini ‘justice is only available to those who could afford it’ dan sekiranya manusia Anwar Ibrahim ini dapat menyatukan rakyat untuk menyatakan tidak kepada kes fitnah 2 tanpa bukti kukuh, dan membelakangi undang-undang Syari’ah kepada kedudukan ‘second-tier’, apakah salahnya mereka hadir untuk menyatakan dan menzahirkan sokongan mereka?

Sekurang kurangnya sebagai sokongan moral kepada Anwar Ibrahim: simbol kepada mangsa fitnah berterusan!

Pencapaian akademik tidak selama-lamanya merupakan pre-requisite kejayaan kerana ‘otak tanpa ruh Islam’ akan menyebabkan keruntuhan akhlak para genius Melayu sepertimana berlaku sekarang di United Kingdom dan Eropah.

KEADILAN Selangor hairan, Dato’ seolah-olah terperangkap dengan hujah ‘counter-intelligence’ UMNO bahawa isu ini hanyalah isu peribadi. Sebenarnya Dato’, isu ini adalah isu nasional. Buktinya adalah perjuangan beliau dan rakan-rakan semuanya berlandaskan kepentingan rakyat.

Polisi Pakatan Rakyat dimodelkan atas premis primer ini dan kini Rakyat dapat merasakan hasil titik peluh mereka sendiri walau dinafikan oleh UMNO selama ini.

Sedangkan UMNO dan PDRM sendiri menyatakan bahawa ini melibatkan keselamatan persekutuan! Bagaimana Dato’ boleh mengatakan ia peribadi?

Parti Keadilan Rakyat telah menunjukkan solidaritinya bersama PAS dan Pakatan Rakyat apabila mengheret ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan menyingkirkannya walaupun dalam keadaan genting. Namun tindakan Dato’ Cuma menambahkan derita dengan tidak menggalakkan secara terbuka (melalui RTM dan TV3 juga) agar tidak hadir ke Mahkamah.

Apakah Dato’ sebegitu buta hati terhadap masalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim (“DSAI”)? Apakah sebegitu gelap dan jijik pandangan Dato’ terhadap DSAI? Bukankah isu DSAI itu sendiri membantu Dato’ mendapat kemenangan dalam pilihanraya yang akhirnya menjayakan Dato’ menduduki kerusi empuk di Bangunan SSAAS Shah Alam?

Inilah padahnya jika ‘terlalu kerap terlewat hadir di taklimat dan mesyuarat yang diadakan’. Saya percaya Dato’ tertinggal semua taklimat penting hingga Dato’ tenggelam punca.

Tindakan Dato’ seolah-olah menyatakan bahawa sesiapa sahaja boleh menuduh zina kepada mana-mana Rakyat dan kita harus mendiamkan diri. Tindakan ini adalah tindakan pengecut, pentingkan diri sendiri dan kebas terhadap penderitaan mereka yang difitnah.

Dato’ juga sebegitu pasif dan naïf dalam membuat kenyataan. Dato’ sehingga hari ini gagal menjawab Harakah berkenaan dakwaan Dato’ bahawa pertemuan Dato’ bersama Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan adalah berkenaan permohonan maaf. Apabila kes diumumkan tutup, Dato’ tanpa segan silu menggunakan media UMNO lagi untuk membuat serangan selanjutnya.

Apakah sebegitu dendam Dato’ sehingga sanggup membakar rumah sendiri? KEADILAN Selangor yakin Dato’ sudah ‘terkena sesuatu’.

YB. Dato’ Hasan, sama ada setuju atau tidak Dato’ kini merupakan liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Dato’ mungkin merasakan Dato’ berjuang berlandaskan jalan Allah SWT namun saya ingin Dato’ bermuhasabah diri sendiri dan bertanya sama ada Dato’ benar-benar dipihak yang benar atau benar-benar keliru.

Kedua-duanya lain dan melihat tindakan Dato’ yang terkini, seolah-oleh Dato’ menyatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tersilap dan tersasar. Apakah Dato’ sebegitu fasih, qatam dalam agama sehingga sanggup menyatakan sedemikian?

Sejak bila Islam dan Melayu itu satu Dato’? Islam tidak memerlukan Melayu malah Melayu dan manusia amnya yang memerlukan Islam. Menyatukan keduanya adalah sesuatu yang jahil melihatkan kepada kes perkahwinan jantina sejenis bersongkok dan keruntuhan moral anak bangsa diluar Negara kini.

Saya menyeru agar Dato’ jangan terlalu mengikut perasaan. Masa Dato’ untuk menjadi Menteri Besar masih ada. Jangan kita merajuk sampai terlupa kita sebenarnya membakar rumah kita sendiri. Masih ada ruang ‘untuk berjiwa besar’ dengan menoleh sejenak ke belakang. Apakah langkah Dato’ sederap dengan pimpinan, atau ia semakin sumbang? Dato’ lebih mengerti dengan maksud ‘kura kura dalam perahu’.

Saya memohon maaf sekiranya tulisan saya menyakiti hati dan perasaan Dato’. Sesungguhnya tulisan, ucapan dan tindakan Dato’ telah melukakan hati saya dan ramai teman seperjuangan yang lain termasuk Dato’ Sri Anwar
dan keluarganya. Dalam keadaan mereka memerlukan, sekurang-kurangnya janganlah kita merendahkan moral dan menjatuhkan lagi semangat mereka yang mungkin perlu dipaksa berpisah lagi sekali dan berhubung hanya melalui jeriji besi.

Sila bayangkan sekiranya perkara yang sama berlaku kepada Dato’.

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor /
ADUN Sri Muda


Responses

  1. BUANG SAJA
    BUANG SAJA
    PECAT BUANG
    PECAT BUANG MAMAT GELI NIH……….
    PAS sudah diramas taik ke mukanya oleh mamat geli nih…
    Rumah sendiri pun “””DIBAKAR”””……….
    Tghh, TITM, Harun Taib, Harun Din, dan lain lain……..tunggu apa lagi……
    awat diam seribu bahasa……nak tunggu smpai Pas nazak dulu ke? baru nak bertindak…..nanti kot menyesal tak sudahhhhhhhh…..
    awat takut dia selak kain hangpa semua ke??……
    jngn jngn tak dak “”””Telo”””…….kah kah kah
    yang bersuara aku tengok hanya TGNA sorang saja……tok guru kata “Penyekat Demonstrasi Pengacau”…..
    ruj paper Sinar 06 Jan 12 ms 2…….
    takat nak tulis surat terbuka….tak jadi benda……buang masa….
    takat seruan dari salahudin ayub…….mamat nih nak heran apa…..
    aib yg mamat geli nih bagi kat Pas sudah tak boleh nak dibiarkan lagi…….
    ambil lah tindakan segera…….sebelum dihancur dilebur oleh pencacai umngok yg dok menumpang dlm kain hangpa sendiri……

  2. Assalamualaikum wtb.
    Dia membelakangkan pimpinan tertinggi PAS walaupun nasihat/teguran dah diberikan namun masih dengan jalannya sendiri. Pada saya KELUARKAN! biarkan dia dengan perjuangannya sendiri. Dia telah mengguris serta menyakiti hati2 kami dibawah ni.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: