Posted by: pinkturtle2 | Januari 7, 2012

Azmin berhak tegur sebab pimpinan PAS terlalu lembab dan membiarkan Hassan kucar taik

Mengapa bodoh sangat mcm orang tak sekolah Pemuda PAS ni..sepatutnya dia tegur dan marah kat meloan Hassan bukannya Azmin..meloan hassan yg kucar taik dalam perpaduan Pakatan rakyat.meloan Hassan jg yang menghina Presiden PAS melalui kenyataannya itu.sepatutnya Pemuda PAS berterima kasih pada Azmin menegur Meloan Hassan dan PAS..Orang tolong bagitau kesalahan anak kita,terima kasih je lah..ni tak..marah orang balik...Kenapalah Pemuda PAS menzahirkan sangat kebodohan yang terpendam itu...seperti kata Pak bakaq.. bila diam nampak macam bodoh,tapi bila bercakap confirm bodoh

Azmin tidak patut campur tangan urusan PAS dalam isu Hasan Ali, kata Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Dewan Pemuda PAS pusat kesal dengan desakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali agar parti Islam itu mengambil tindakan terhadap Datuk Dr Hasan Ali kerana mengeluarkan kenyataan menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia.

Menurut Naib Ketua Pemuda PAS pusat Dr Raja Ahmad Al-Hiss, Dr Hasan masih merupakan ahli parti itu dan mengingatkan Azmin agar tidak campur tangan.

Kata beliau, Azmin boleh membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan bukan dihebahkan melalui media terutamanya yang dikuasai Umno.

“Kami jelaskan bahawa Dr Hasan adalah masih lagi ahli PAS dan Azmin perlu menghormati keadaan tersebut.

“Yang keduanya, kami berharap kenyataan yang dilontarkan oleh Azmin sepatutnya disalurkan di dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat dan bukannya melalui media pro-Umno yang ada,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Azmin mendesak PAS mengambil tindakan sewajarnya terhadap Dr Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan exco kerajaan negeri itu.

Azmin berkata kenyataan Dr Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian.

Dr Hasan sebelum ini berkata menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

Bagaimanapun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata akan menyertai perhimpunan 901 menambah “untuk ahli PAS pula terserah kepada masing-masing.”

Esok PAS akan mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat dan kemungkinan besar isu Dr Hasan akan dibangkitkan.

Tambah Raja Ahmad desakan secara terbuka Azmin kepada PAS boleh memburukkan lagi persefahaman dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP.

“Setelah kenyataan Azmin tersebut, kami di dalam PAS juga kurang selesa dengan apa yang cuba Azmin nyatakan seolah-olah tidak menghormati PAS di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri.

“Dengan suasana tersebut, ia seperti usaha campur tangan pihak luar di dalam PAS. Suasana ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap parti di dalam Pakatan Rakyat perlu melindungi ahli parti masing-masing dan bukannya membuat kenyataan seumpama itu,” katanya.

Beliau menambah PAS tidak pernah campur tangan dalam masalah dalaman PKR dan langkah sama juga perlu diambil bagi menjaga hubungan yang telah dibina sejak beberapa tahun lalu.

“Justeru, kami berharap Azmin dapat menggunakan saluran yang ada di dalam Pakatan Rakyat kerana isu seumpama ini amat sensitif.

“Kami juga mengharapkan agar Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat memberikan peringatan keras terhadap kenyataan Azmin dalam masa yang sama jika isu Dr Hasan juga turut dibincangkan,” katanya.

Awal minggu ini Azmin mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya.MI

…………………………………………

Menurut bacaan siasah saya Hasan bukan lagi menjadi duri dalam daging kepada Pas tetapi Hasan adalah musuh yang sudah jelas dan terang benderang yang mana Pas juga perlu mengambil tindakan tegas termasuk memecatnya dari parti yang kini dianggap un Islamicdan bukan berakidah lagi. Hasan yang kalau sebelum ini adalah buah kepayang yang hendak ditelan pahit dan dibuang sayang, kini ia sudah menjadi kepayang yang sudah ketiadaan apa-apa rasa lagi.MSO

Advertisements

Responses

  1. jangan malukan pas, pemuda pas sekarang tahap pemikiran rendah. nak melenting tak tau maudhuknya kemana. seorang doktor mempunyai mentaliti lembab. azmin ali berkata beliau berharap dan pemimpin menasihati atau mengambil tindakan terhadap hassan ali. dia tidak mengarah atau campurtangan. seorang doktor patut tau maksud perkataan campurtangan, cap ayam punya doktor. TGHH sudah tegaskan kita menyokong DSAI bukan setakat dia adalah fraksi PR tapi kita mesti berjuang atas dasar ketidakadilan. salah gunakuasa. penentangan mesti dinyatakan. hassan ali membuat onar dalam parti. memalukan parti dan bertindak seolah-olah parti pas bapak dia punya, tidak ada pemimipin dan pas tidak ada forum dan tidak pernah adakan mesyuarat. kalau nak tunjuk nak jaga pas, desak supaya hassan ahli digugur keahlian pas. aku dah berjuang berpuluh-puluh tahun. aku cukup marah dengan ahli macam hassan ali. bodoh sombong

  2. apa yg parti pas ni dok pikir pon aku xtau, biarkan si hassan ali bedebah dok menjaja kata2 sial…bila ditegor melenting plak org2 muda pas…haiiii apa benda laaa….sedar laaa skit org tegur tu sbb parti nko tu lembab

  3. Sebenarnya HA mmg menunggu PAS memecatnya kerana dia tidak akan keluar dari PAS walau dia dah berpatah arang. Sbbnya semasa dia menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, dgn penuh sedar dan angkuhnya dia pernah buat kenyataan bahawa pimpinan wakil rakyat PAS yg melompat ibarat menceraikan isteri talak 3. Sudah tentu dia x berani lompat sekarang dikhuatiri isterinya terjatuh talak. Ibarat senjata makan tuan. Sekarang mungkin Allah duga dgn sdkt cabaran dan bolak balikkan hatinya sbg ujian atas kesombongan, kelancangan dan keterlanjurannya dahulu utk melihat samada dia mampu atau tidak menjadi askar pejuang barisan depan walau telah ditukar khalifah jamaah daripada asalnya panglima perkasa yg mengemudi tentera. Jgn sekali2 pimpinan pecat dia dari PAS. Biar dia digugur dan digantung dari jadi pimpinan utk 5 thn dan kekalkan sebagai ahli sebagai balasan dan pengajaran didunia dan minta dia muhasabah dirinya sendiri. Tlg jgn beri dia peluru utk menembak kita. Segala perancangan yg dibuat utk hancurkan PAS dan PR akan memakan dirinya sendiri. Percayalah!! Biar masa menentukannya.

  4. OMG HAHA could this be your pic? http://j.mp/yzQziN?=61cRQvA

  5. pasai apa azmin tak leh cakap pula??……
    memang tersangat patut dia bercakap…….
    pasai asang geli nih dah tak dak limit dahhhhh……
    kalo asang nie booleh kacau ketua umum PKR……pasai apa azmin tak boleh masuk campoq?
    dah nama pakatan…..kalo tidak lempaq buang laa pakatan tuh…….
    cubit paha kiri dada atas berasa laa……
    kalo tidak jngn dok bubuh nama pakatan…..

    satu lagi pemuda pas bawah tantawi macam pondan……..
    bila asang geli tibai habih, cerca habih……masih dok pertahan lagi………
    apa sangat yg hangpa nak pertahan mamat geli tu……
    aku dah naik menyampah betul ngan mamat geli nih……
    tak kan nak biaq saja……….

    nasehat aku……..
    pemuda Pas jangan JUMUD dlm bersiasah…..
    jngn syok bawah tempurung sendiri…….
    bawak bincang……..ambil yg utama dari segala yg utama…….
    matlamat asal jngn lari
    janji ABU………
    janji no bighu bighu………

    kah kah kah

  6. hahs…….thanks for the insight……begitu alkisahnya…..patutlah tak ada tindakan tegas terhadapnya diambil oleh pimpinan pas…..spt org lain saya juga mempunyai persepsi yg agak negatif terhadap kepimpinan pas walaupun saya menyokong perjuangan parti ini…..
    apapun mereka yg di’dalam ‘ lebih tahu apa yg patut dibuat, spt yg sdr hahs cadangkan…saya setuju…biarkan malaon tu mati beragan……kah kah kah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: