Posted by: pinkturtle2 | Januari 8, 2012

Bila lantik lembu jadi Exco agama,inilah padahnya…

Alahai Hasan, tak habis-habis fasal "Solar Powered Handheld Talking Bible". Zaman dah berubah. Dalam internet apa maklumat tak ada? Google, pasti akan terdapat lebih hebat lagi dari apa yang engkau dedahkan. Berapa juta umat Islam dah murtad di seluruh dunia? Kalau kat Selangor ni ramai yang murtad seperti didakwa, maka yang bertanggungjawab ialah Hasan Ali dan JAIS. Nak ceramah, dakwah dan ajar agama nak kena ada peermit. Kalau orang macam mantan muftipun nak kena permit, maka apa nak hairan kalau Kristian galak menjalankan misinya? Nasib baik Nabi dulu tak hirau dengan permit, kalau tidak engkau sekarang entah agama apa tak tahu..IAH

Injil tenaga solar dalam simpanan JAIS, kata Hasan

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai bukti sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’ – yang didakwa digunakan untuk mermutadkan umat Islam – dalam milik mereka, kata ahli exco kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Ali.

Apabila ditanya jika sama ada tindakan akan diambil berdasarkan bukti-bukti itu, ahli exco yang exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam itu enggan mengulas lanjut.

“Bukti-bukti ini dimiiki JAIS. Setakat ini tiada tindakan lagi.

“Sama seperti dalam kes DUMC, kami belum memutuskan apa-apa tindakan lagi,” kata Hasan (kiri) pada sidang media selepas Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Seremban hari ini.

“Tetapi bukti penting di sini ialah pengakuan orang-orang yang terlibat dalam cubaan memurtadkan umat Islam.

“Saya terpasa kemukakan bukti daripada penduduk yang terlibat, tetapi saya tidak pasti jika saya akan berjaya atau tidak kerana orang-orang ini enggan tampil dan mengakuinya secara terbuka,” kata Hasan.

Walau bagaimanapun, Hasan engan melayan soalan lanjut wartawan berhubung ucapannya yang mendakwa bahawa orang-orang Kristian telah menyelinap ke masjid-masjid dengan memakai jubah dalam usaha untuk merapati umat Islam dan mengkristiankan mereka.

Pemimpin PAS kontroversi itu meninggalkan majlis berkenaan secara tiba-tiba sebelum Malaysiakini sempat mengajukan soalan tambahan.mk

………………………………………………………………….

sekarang dah ada laptop, Ipad, Iphone, Galaxy Tab, Galaxy S2 itu semua boleh muat turun Injil, perlukah lagi menggunakan mesin zaman batu itu lagi ke? Orang species macam ini yang suka menghuru-harakan keadaan aman Malaysia, tiada siapa pun mempersoalkan kedudukan Islam dalam negara ini, yang mempersoalkan itu hanya ahli politik yang mempunyai kepentingan politik sendiri yang suka memainkan sentimen agama dan perkauman, kononnya dia lebih peka, merupakan hero kaum dan agama dia….Mengdez

………………………………..

Taip jer injil dalam carian goole keluarlah injillll… pak hasan oiii, perbetulkan masalah pokoknya dahulu, mintalah jabatan agama islam seluruh negeri permudahkan agihan atau bantuan wang zakat pada orang2 yg memerlukanya, barulah betul, tak akan ada lagi org islam kat malaysia ni meminta bantuan dari egensi lain kalau betul2 kita menurut kehendak agama islam, ni tak hang diam jerrrrr sibuk tak tentu arah,tak tahu mana kepala dan yg mana ekor. pokok pangkalnya adalah kejujuran, amanah rasa bertangungjawab sebagai pemimpin yg dilantik. kalau pemimpin umno pun hang tak berani nak tegur pasal rasuah, penyelewengan, akidah, fitnah,tak tutup aurat, apa class hang ni.. nak bersyarah pasal agama pun kena apply permit, ni dah tak betul.. tak ada pun hang bising..Carlos

……………………………………..

Ini zaman Ipad dan Anroid lah en Hassan! boleh download percuma lagi.. agaknya en Hassan hidup zaman 80an? tenaga solar? tahap calculator la en Hassan..hanif

…………………………………….

Pemimpin PAS kontroversi itu meninggalkan majlis berkenaan secara tiba-tiba sebelum Malaysiakini sempat mengajukan soalan tambahan…. mungkin soalan dia……..”Apasal bekas mufti perlis bagi ceramah hampa tangkap? dok sibuk kristian sebar ugama depa, hampa sibuk dok tangkap orang islam bagi ceramah… “Hisyam

…………………………………………

Di Mekah banyak org jual Al-Quran digital dan yg solr-powered. Si Hassan Ali ni cabuk sungguh otak dan mulutnya. Gelaran “Dr” dan “Dato'” pula tu…kongkang betul manusia ini. PAS elok pecat dia serta-merta. Org Kristian pasti ketawa betapa bodoh “ulamak” dan Pengerusi badan Islam yg bongok lagi bahlol. Org boleh download injil merata2 dlm Internet. Dalam semua hotel ada kitab Injil dalam laci bilik…hang tak katakan hotel semua di Malaysia nak murtadkan Melayu dan Islam? Bangang punya hassan ali….aida

…………………………………………

Aku rasa Hassan Ali memang bodoh laaaa. Buta ICT dan ketinggalan zaman. Malu saja kat org gereja lihat pemimpin agama Islam lembu macam ni..jawabali

………………………………………

memang pun…lawak dan bodoh juga dia ni…tak pernah seumur hidup saya ni terjumpa orang bodoh mcm dia ni…suka menyibuk agama orang lain saja….org mcm ni..pencetus huru hara saja…tak layak jadi org malaysia…sigar

…………………………………………….

aku baca nih membuatkan aku tergelak sendirian.. seteruk luaran org islam tuh (contoh macam 2-3 kerat artis) bila di tanya mereka kata masih islam.. kalau la kita bagi benda kuno tuh kat depa kata ini bible dengar setiap hari.. rasa2 depa nak dengar ke.. macam bodoh sangat org muslim nih yes.. kalau menyelinap masuk pakai jubah masuk masjid.. hebat benar missionary tuh kalau org yg pi masjid tu senang2 terikut masuk kristian lepas 2-3 kali bercakap dengan missionary kristian.. hok dok pi masjid sembanyah berjemaah takkan la iman goyah macam stadium terengganu.
ntah la makin aku baca pasal cerita hassan ali dan himpun nih makin aku rasa depa merendahkan akidah org muslim tu sendiri. bila pertubuhan agama lain bagi bantuan jabatan agama bising , mintak wang zakat isi borang tunggu berejam pastu dapat seratus saja.. byg bayar guaman org kata ada rumah berjuta 60k bulih pulak keluar.. macam mana org tak pandang islam tu lemah dan tak adil bila penguasa islam tak memnujuk contoh yg baik. donya oh donya..Rex xar

………………………………………………..

injil tenaga solar adalah penemuan terbaru saintis Hasan Ali. kahkah. selepas ini, Hasan Ali akan menjumpai injil tenaga nuklear..benz ali

………………………………………………………

1. orng tua haprk ni sibuk nk alihkn perhatian ketelanjurannya
2. Nk pastikn wajahnya yg memualkn tu sentiasa kluar tv
3. Nk pecah belahkn perpaduan
4. dia cakp luu fikir la sendiri..bonggi

………………………………………………………..

Datuk Hasan….. Menteri pakai duit zakat utk byr kos guaman….. Suami menteri guna duit kerjaan ternak lembu utk beli kondo dll…… Akidah macam ni ke dibenarkan oleh Islam…… Kalau tidak apa tindakan Datuk utk nasihatkan org2 ni….. Datuk tak de idea utk betulkan VIP umat mu yg terpesong, tapi pandai bagi kenyataan dgn hentam agama lain supaya org percaya Datuk ni kerja keras……marimuthu

…………………………………………………..

hassan hassan..buta ke apa ko ni..msih hidup dalam zaman batu ke? jnis spesis mcm ko ni mmg nak huru hara kan ngara je.jnis nak main api.timbulkan isu sensitif..mcm member kat bawah ni cakap ni zaman it, nak dwnload injil dlm google pun bleh..buat malu org islam je..wlpun saya bukan org islam tpi saya mghormati kwn saya yg islam dan begitu juga mereka mghormati saya.malah masa form 6 dlu tamadun islam saya dpat A.DI SWK GEREJA DAN MASJID BLEH DIKATAKAN SEBELAH MNYEBELAH JE..tpi x juga kmi main baling2 kepala babi mcm korg umnogk di smnjung.kmi hidup harmoni di sini..ko mmg sngaja nak pecah belah kan rakyat yg berbilang bangsa..maaf kalo bahasa sya x sopan..norman

Advertisements

Responses

  1. setuju sangan pasal bab membahlolkan Dr Hasan ni, dah buta teknologi, Islam mundur sebab orang macam ini memperlekehkankan ugama, buat ceramah sikit sikit permit, kalau dpat permit jadilah macam Masitah memperlekehkan hudud.

  2. Saya seorang islam dan pembaca bible.. apa salahkanh membaca bible?. mengapa tak keluarkan dana dari pusat zakat untuk memgeluarksan alat yang sama dalam visi Al quran… saya boleh adakan tapi modalnya? kenapa bila kristian boleh adakan alat tersebut kita beria-ia menyekatnya?

  3. Hassan ali dah dipecat :Syukur alhamdulillah atas ketegasan dan keberanian Presiden Pas dalam melonjak nama PAS diarina politik Tanah air. Sokongan diri ini kapada PAS lagi kukuh dan jitu. Terima kasih juga pada semua ahli Jawatan Kuasa Pas Pusat dengan sokongan 100% tersebut. Percayalah nyawa kami akan jadi pertaruhan untuk perjuangan Islam melalui Parti Islam PAS. Kami tidak berkehendakkan pangkat atau wang ringgit; apa yang kami ketagihkan dari pimpinan PAS hanya Keikhlasan, ketegasan dan gerakerja berstrategi politik yang cekap serta berkesan; semoga mendapat keberkatan, keredhaan kepada Allah. Allah huakhbar

  4. TAHNIAH………..!

  5. Dlm perjuangan ni mesti ada prinsip dan ikhlas,brbanyak2 sabar buat Dr. Hasan Ali, tidak malu dipecat.
    Dulu Dato’ Asri Presiden Pas, akhir hayatnya mati dlm UMNO, tak mustahillah suatu hari nanti ramai pemimpin2 tertinggi PAS akan mati sebagai seorang ahli UMNO, semuanya bolih jadi.Tuhan Mahakuasa.

  6. Sabar bat dr Hasan Ali, anda dipecat kerana mempunyai prinsip yg jelas dlm perjuangan.
    Ramai lagi ahli2 Pas yg akan kut jejak langkah anda, keluar dai Pas, insyaallah.
    Dulu Presiden Pas , akhirnya mati sebagai seorang ahli UMNO, itulah politik.

  7. Dato’ Dr.Hasan Ali bukan lembu

    • Salam Mat Said,

      Saya setuju bkn. lembu tapi pakar motivasi raja lawak.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: