Posted by: pinkturtle2 | Januari 9, 2012

Perlembagaan menyebelahi TS Khalid dalam menentukan barisan exconya – Aziz Bari

Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan perlantikan exco adalah di bawah bidang kuasa menteri besar atau ketua menteri masing-masing - Aziz bari

Hasan Ali boleh dipecat oleh MB Khalid berikutan keputusan PAS untuk menyingkirkan keahliannya

Pakar perlembagaan negara, Dr Abdul Aziz Bari  berkata, perlembagaan menyebelahi Abdul Khalid dalam menentukan barisan exconya.

“Walaupun Hasan Ali adalah exco untuk agama, namun beliau adalah seorang ahli exco yang tertakluk di bawah kuasa MB, bukan sultan,” katanya dalam e-mel kepada Malaysiakini hari ini.

Katanya, Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan perlantikan exco adalah di bawah bidang kuasa menteri besar atau ketua menteri masing-masing.

“Perlembagaan adalah jelas bahawa dalam pelantikan dan pemecatan ahli-ahli kabinet – dalam kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri – istana mesti patuhi nasihat (mereka) ,” katanya.

Katanya, dalam kerajaan campuran seperti Pakatan Rakyat, keputusan jawatan exco yang diperuntukkan ditentukan oleh parti masing-masing.

“Jadi, Hasan Ali boleh dipecat oleh MB Khalid berikutan keputusan PAS untuk menyingkirkan keahliannya.”mk

sebagai seorang ‘gengtleman’ atau bersifat budiman, veteran PAS harus meletakkan jawatan kerana telah hilang keyakinan dan sokongan daripada partinya sendiri.Saya berpendapat beliau sebagai seorang ‘gengtleman’ perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat - MB Selangor


Responses

  1. salam 1Tanah Melayu.

    jangan pecat dia.
    jangan guguq dia.

    sekadaq rihatkan dia.

    • salam bt,

      Betul2 tu saya setuju
      kalau manusia…tapi kalau lembu
      quarintine dulu…hindar dari penyakit.

  2. Waiting for TSK to say u’re fired. Dont think Hasan would want to say I quit


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: