Posted by: pinkturtle2 | Januari 9, 2012

Tidak ada parti atas muka dunia yang tidak pernah pecat ahlinya yang tidak senonoh – Mursyidul Am PAS

Tidak ada parti atas muka dunia ini yang tidak pernah pecat ahlinya yang tidak senonoh.Persoalan tak usah sebut. Dia (AJK Pas Pusat) pecat, pecat sudah - Mursyidul Am PAS

PENGKALAN CHEPA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat keahliannya dari Pas semalam disifatkan sebagai ahli yang tidak senonoh.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak ada satu parti di dunia ini yang sanggup berdiam diri daripada melakukan sebarang tindakan terhadap ahlinya yang boleh menimbulkan masalah kepada perjuangan parti.

“Pecatlah…laki bini lagi bercerai. Tidak ada parti atas muka dunia ini yang tidak pernah pecat ahlinya yang tidak senonoh,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang telah membuat keputusan sebulat suara memecat keahlian Dr. Hasan sebagai anggota parti berkuatkuasa serta-merta.

Semalam, melalui mesyuarat bulanan AJK tersebut Dr. Hasan dipecat keahliannya berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli Pas kerana dipercayai ekoran kenyataan-kenyataannya yang bertentangan dengan dasar parti.

Pemecatan Dr. Hasan merupakan tindakan kedua parti itu selepas membuat tindakan yang sama terhadap Datuk Zulkifli Nordin kerana perbezaan ideologi dan matlamat perjuangan yang berbeza.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung persoalan atau alasan terhadap tindakan yang dianggap drastik itu sewaktu ditanya pemberita.

“Persoalan tak usah sebut. Dia (AJK Pas Pusat) pecat, pecat sudah,” katanya ringkas.

Bulan lalu, Dr. Hasan mengkritik Pas dalam isu kawalan media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 kerana meninggalkan matlamat perjuangan Islam atas faktor politik.

Malah, beliau sebelum ini secara terbuka menuduh Pas telah tergelincir daripada landasan asal dan matlamat perjuangan parti dengan memperkenalkan prinsip negara berkebajikan berbanding negara Islam sebelumnya,

Dr. Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor turut menerima kecaman daripada rakan-rakan partinya apabila mengatakan penyertaan terhadap perhimpunan pembebasan Anwar berhubung kes liwat hari ini adalah perbuatan sia-sia.

Sebuah portal hari ini melaporkan Dr. Hasan mengakui pemecatan ke atasnya berpunca daripada Anwar ekoran segala kenyataan negatifnya terhadap Penasihat Ekonomi Selangor itu sebelum ini.

Dalam pada itu pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat akan bermesyarat Rabu depan untuk membincangkan kedudukan Dr. Hasan yang dipecat secara mengejut bagi mencari penggantinya.SH


Responses

  1. Bhai PinkTurtle…

    Itu mamat Hassan Ali nak kecoh lagie aper hal… bukan ker masih lagi boleh merayu… kalu mau ….. rayu la… hahaha

    • c++…ambik syarat je tu,tak lh nampak sgt kena halau keluar…ada seorang pimpinan pas kata tadi,kalu blh jgn dilayan lagi kerenahnya selepas ini..makin dilayan makin menjadi gilanya..sari 2 lagi dia akan serang balik tgna dengan kenyataan terbaru tgna ini…

  2. Dengan membuang sampah dalam mata ini maka mata dan hati pimpinan PAS akan terang jelas danlebih istiqamah dgn arah tuju dan strategi parti untuk hadapi PRU13 nanti. Moga allah memberkati dan meredhai segala tindakan AJK PAS PUSAT serta semua pimpinan.

  3. Salam,

    Ringkas saja org. lama bagi komen.
    Tak banyak cakap tapi pedas.Nescaya
    selepas ini masih lagi HA bersuara sudah
    pasti iblis menguasai jiwa.

  4. salam 1Tanah Melayu aka
    salam TGNA suka.

    ini bukan ahli tak senonoh.
    ini.
    bekas pesuruhjaya tak senonoh.
    adun tak senonoh.
    exco tak senonoh.
    apa yang ada senonoh.

    sekadaq nak tambah nasik.
    kandaq.

    • Salam BT,

      Perangai tak senonoh kalau utara
      sini mari kata “””perangai serhopa pelak””
      tau ka…plan2 ambik faham..

  5. salam gc…….

    tak senonoh tu kamjat le….
    Kamjaton………
    tidak pun sighu…..
    budak budak mana laa nak tau nie semua……
    tak senonoh betoi laa, kata orang tua tua……..
    maknanya kes teruk laa tuh……….
    kalau senonoh….
    rumah tangga sendiri tentu tak dibakaqnya……..
    kalau senonoh……
    tak berkawan laa ngan mamat jelly pekasam..
    tak kamcing laa ngan mamat kulum lompat lompat tuh………
    kalau senonoh……
    tak laa dok habaq mai yg dia sorang saja ada phd…….
    yg dia sorang saja pandai buat kajian………
    mcm orang lain semua bo bo do do doh………..
    kalau senonoh……
    cara cakap tu jngn tunjuk ujub kat diri sendiri sangat……….
    kalau senonoh…….
    rajin rajin laa muhasabah diri…..

    kah kah kah

    • salam nasik kandaq.

      hang pon seropa.
      tak senonoh.

      tengok yang hang tulih.
      mana senonoh.

      kalau tulih senonoh tu.
      copy n paste lah.
      apa lagi.

      sekadaq seropa KK lah.

      • kah kah kah…….

        Tempoyak pun meroyan jugakkkkk………
        meroyan tu pun kira tak senonoh le yob oiiii….

        kah kah kah

  6. Ustaz Nasha jangan masuk perangkap lagi sudah! Cukup HA untuk tahun ni

  7. salam Mohd Hafiz Yusof (@_hafiz)………

    mat nasha tu dah masuk perangkap pun…..
    dah kena jerat…..saja dia tak nak mengaku………
    yg eloknya mat nasa nie pun patut isi borang amno jugak……
    biaq ramai sikit puak umang nie dok dlm umngok tu………..

    Pas pun dok tengah ushar ngan mamat nih…..
    nak panggil ustaz pun kat dia nie…..aku berasa segan……

    kah kah kah………….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: