Posted by: pinkturtle2 | Januari 13, 2012

Tidak bertamadun.. Askar AS kencing mayat orang Islam

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) sekali lagi melakukan perbuatan biadap dan menghina orang Islam di Afghanistan apabila video menunjukkan askar negara itu kencing di atas mayat penduduk negara itu mula tersebar di Internet.

Tindakan tidak bertamadun tentera laut AS itu terdedah selepas rakaman dimuat naik di laman web YouTube menunjukkan empat askar AS berpakaian celoreng kencing di atas mayat tiga lelaki yang didakwa anggota Taliban.

Semasa melakukan perbuatan memalukan itu, seorang daripada tentera dalam video itu dapat didengar mengeluarkan kata-kata “semoga bergembira, kawan” kepada mayat tersebut sementara seorang lagi askar membuat jenaka memualkan mengenai tindakan mereka.

Pendedahan itu memaksa jurucakap tentera laut AS, kelmarin, mengumumkan siasatan akan dijalankan mengenai kesahihan video itu.

Perbuatan askar AS itu dikecam kumpulan hak asasi Islam di AS.

“Askar yang bersalah mesti dihukum dengan hukuman paling berat angkatan tentera dan mengikut undang-undang,” menurut Majlis Perhubungan Amerika-Islam.

Sebelum ini, askar AS pernah melakukan perbuatan serupa apabila gambar diterbitkan majalah Rolling Stone, Mac tahun lalu, menunjukkan anggota tentera mengambil gambar dengan seorang budak lelaki Afghanistan yang dibunuh mereka.SH

Advertisements

Responses

  1. mari kita pakat berdoa……memohon kepada ALlah SWT supaya dilaknat segala dajjal amerika inie…….
    Amien Ya Rabb Al ‘Alamien…….

  2. Salam,

    Tak brapa nak heran dgn. puak kufar ni.
    Yg. heran 54 tahun dok kencing kita spesis
    yg. sama boleh dok balun tempoyak,ayaq asam,
    budu dan cincalok.Satu ja nak bagi contoh..
    Trengganu kite ada wang ehsan dan ada royalti..
    Hok kelate kedah mai habaq…. boleh ke depa…

    suka lagi tgk. kelaku yg. angkat kaki sebelah pancut
    kat tayaq keta….nahaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiii


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: