Posted by: pinkturtle2 | Januari 13, 2012

Hinanya mereka yang menolak Jemaah Islam..

Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri – MB Selangor

Hasan Ali digugur dari jawatan exco k’jaan S’gor

Sultan Selangor hari ini berkenan untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali – yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu – daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi ini.

“Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.

“DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri,” kata menteri besar dalam satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pagi tadi.

Pada masa yang sama, katanya, sultan telah menurunkan kuasanya kepada beliau untuk melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru.

“Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak-pihak,” tambahnya.

Sehubungan itu, kata Khalid, pelantikan exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada hari Rabu minggu depan.

Ditanya mengenai pengganti Dr Hasan, Khalid berkata, secara rasmi beliau belum menerima senarai calon tersebut.

“Dalam (tempoh) dua hari ini, saya akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS pusat untuk berbincang perkara ini,” katanya.

Menurut Khalid lagi, beliau tidak menerima surat peletakan jawatan Dr Hasan sebaliknya mengesahkan menerima surat permohonan cuti dan tidak menghadiri mesyuarat exco.

Khalid juga berkata ekoran pemecatan Dr Hasan sebagai exco, hak keistimewaan beliau yang juga ADUN Gombak Setia, turut digugurkan.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan ada tempoh untuk Dr Hasan menyerahkan hak keistimewaan itu kepada kerajaan negeri.

Ditanya tindakan menggugurkan Dr Hasan dilihat mendahului keputusan Majlis Syura kerana beliau masih lagi boleh merayu, Khalid berkata, tidak ada peruntukan bagi ADUN bebas untuk menjadi exco.

Ditanya perasaan beliau dan exco di atas ‘kehilangan’ Dr Hasan, Khalid berkata: “Soalan tersebut sepatutnya ditanya kepada PAS”.Mk

……………………………….

Alhamdulillah…
Saya bersyukur atas kelancaran dlm menghadapi kemelut ini.
Hukamak sebut: “masa itu adalah pengubat…”. Hikmah dari keputusan syura amat tinggi nilainya di sisi Islam.

– Utk Dr Hasan, carilah medan perjuangan baru utk gerakkan perjuangan Islam Dato’, kerana PAS sebagai sebuah gerakan Islam, mahupun parti politk mempunya dasar & cara kerja yg telah dipersetujui bersama.

– Oleh itu jika Dato’ tidak mahu bersetuju dgn dasar dan cara kerja yg telah dipersetujui itu, berangkatlah teruskan perjuangan Islam Dato’ dlm medan yg lebih serasi dgn Dato’.

– Saya sarankan Dato’ bersama dgn ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) sebab Dato’ mempunyai dasar perjuangan yg secocok dgn mereka. Tumoukan kepada gerakerja bukan politik & motivasi ummat Islam. Byk kerja lain yg Dato’ blh lakukan…

– Jangan pula masuk PEKIDA & PERKASA pulak walau pun UMNO dan mereka semua itu sedang menantikan Dato’…Ahmad sayuti

……………………………,

Orang yang banyak ilmunya adalah orang yang memberi kebaikan dan bermanfaat pada masyrakat bukannya menghuru-harakan dalam masyrakat…


Responses

  1. salam 1Melayu aka
    salam TGNA suka.

    asyik dok bertelagah saja.
    asyik dok kata mengata.

    manalah ada masa.
    nak membela Melayu dan Islam.
    nak membangun.

    hang kata aku.
    aku kata hang.

    sekadaq nasik kandaq tahulah.
    hang hang tu.

  2. bro n sis….

    bila sifat ‘ananiyah bersarang berakaq dlm diri seseorang…..amat payah sekali dikeluarkan dari dlm diri sosok tadi…..
    sifat ‘ananiyah berkait rapat dgn sifat ujub dan heran diri……ini cukup bahaya dari sudut akidah…….
    orang yg selalu mendendangkan pasai bab akidah pun belum tentu dia boleh kelepiaq buang atau tepis buang penyakit ini……
    sifat penyakit ini antaranya,……
    * tak mau dengar pandangan lain selain dirinya saja yg betul dan benar…
    kononnya depa saja yg boleh motibasikan orang lain….jadi, motibasi ni
    mcm arta meghedak dia sorang saja laa……..kah kah kah
    * soal jamaah tidak penting baginya….yg penting dia saja……..
    * merasa diri terlampau pandai……sentiasa agungkan sijil dan
    degree yg ada pada diri seorang itu…..
    * menggunakan ilmu sebagai alat menunjuk nunjuk dan caghi
    makan….bukan untuk tunduk dan patuh taat serta tawadhu’…..kesannya
    akan nampak “””kepalsuan”” akan nampak “””dibuat buat”””

    di antara kecantikan Islam seseorang ialah meninggalkan dan membuang perkara perkara yg tidak menguntungkannya………

    p/s…….
    untuk budak budak kurang syndrome…
    yg dok bertelagah tu dah kena buang….terlampau nusyuz…..kah kah kah
    yg masih bertelagah yg dok tokak hang aku ialah puak karat biru biru sendiri…….puak mcm hang tuh…termasuk dgn hang sekali yg tak pernah setuju dgn jamaah…NFC punya pasai mami pun ambik cuti……puak hangpa kat atas sana tu dok kata mcm mcm jugak kat mami tanjung nih…..suruh berenti laa, suruh itu suruh nie……laa dah jadi liability pulak dahhhh…..

    maksud hadis, ” sesipa yg memisahkan jamaah, bila dia mati, matinya sebagai seorang jahiliyyah”……..

  3. Ok, nak jelajah seluruh negara? Cantik tuuuuuu……! seluruh rakyat nak kenal lebih dekat siapa kamu……!:

    1. Sape parasit sebenar dalam PAS melainkan Hasan Ali;
    2. Sape hidung tak mancung bontot tersorong2 melainkan Hasan Ali; dan
    3. Sape yang terkenal seluruh M’esia dan di sentario dunia melainkan bukan Hasan Ibrahim Ali tetapi Anwar Ibrahim…….!

    kah kah kah…..geli hati aku Hasan Ali ni…..oi !!! Lu sapaaaaaa haaaaaaa!….Cit…!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: