Posted by: pinkturtle2 | Januari 19, 2012

MB Perangai Macam Hassan Ali

dulu MB ni pernah sebut bila heboh pasal KUIN…Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri

Mb kepala angin.. tak bolih di tegur apa dia buat..

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan tetap dikenakan terhadap mana-mana mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang melakukan kesalahan.

Jelas Azizan, isu sama ada KUIN melaksanakan AUKU ke atas mahasiswa yang melakukan kesalahan bukan isu besar sebaliknya ia boleh diselesaikan secara baik.

Beliau berkata penggantungan lima mahasiwa KUIN tahun lalu dibuat mengikut peruntukan di bawah kesalahan AUKU menambah pengurusan pusat pengajian tinggi itu membuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada.

“Tindakan dibuat kerana kelima-lima mahasiswa ini melakukan kesalahan dan hukuman dibuat mengikut undang-undang sedia ada, jadi tidak timbul sama ada kerajaan negeri Kedah tidak seiiring dengan kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang mahu memansuhkan AUKU.

“KUIN adalah di bawah tanggungjawab penuh kerajaan negeri Kedah, keputusan penggantungan dibuat pentadbiran KUIN…dan saya tidak campur tangan sangat dalam hal ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam kumpulan mahasiswa mendesak Azizan menyatakan pendirian rasmi berhubung AUKU yang menjadi matlamat Pakatan Rakyat untuk memansuhkan undang-undang yang telah menyekat kebebasan mahasiswa selama ini.

Lima mahasiswa itu didakwa di bawah kesalahan AUKU kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, kelima-lima mahasiswa itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Tempoh penggantungan empat mahasiswa yang digantung satu semester sudah tamat.

Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Mohd Safwan Anang berkata penggantungan lima mahasiswa KUIN itu bertentangan dengan janji dan prinsip Pakatan Rakyat untuk memansuhkan undang-undang itu.

“Kita mahukan satu jawapan rasmi dan permohonan maaf daripada kerajaan negeri Kedah dalam perkara ini, jika perlu bayar ganti rugi,” katanya.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

Kes itu akan mula disebut pada 12 Mac depan.

Menyentuh tindakan lima mahasiswa itu, Azizan berkata KUIN akan memberikan hujah-hujah di mahkamah nanti.

“Mereka yang failkan di mahkamah, bukannya kita…kalau kita (failkan) kita akan tarik balik.

“Kita akan jumpa mereka di mahkamah, kita akan lihat siapa yang betul,” katanya.

Beliau juga menegaskan tidak akan membuat permohonan maaf kepada lima mahasiswa itu sambil menyifatkan “tidak melakukan apa-apa kesalahan.”Mi

…………………………………………..

Azizan patut diajar memahami apa itu erti keadilan, dan menjunjung apa yg telah dipersepakati didalam dasar Pakatan Rakyat. Apa alasan sekalipun, AUKU adalah akta zalim. Kalau tak tahu mendaulatkan apa yg sudah disepakati, pastikan PRU13, Azizan mesti “digulingkan” dari kerusi MB. Inilah manusia yg akan merosakkan aspirasi dan cita2 murni rakyat yg mahukan perubahan. Walak dalam PAS ini tidak kena pada tempatnya. Apakah Azizan merasakan dirinya maksum lantas mengenepikan cita2 rakan2 sekutu dalam Pakatan Rakyat…

………………………………

kerajaan tak prihatin, akan ditolak rakyat. undang-undang manusia yang buat , umno boleh guna budi bicara kenapa utz azizan tak boleh. kena fikir juga nasib pelajar. bukan kesalahan jenayah pun………..ada hati nak ambil alih UUM..KUIN pun takbir nak mampus.haha

………………………………

masa belum berkuasa, akta U dan kolej itulah salah, sekat hak pelajar. pabila dah ada kuasa di negeri…sama dgn org di putrajaya yg ada kuasa juga. nak kempen apa lagi pasal AUKU?

……………………………….

Sepatutnya Ustaz Azizan kena tanya kenapa pelajar tu TAK PUAS HATI…. dengan mengeluarkan kenyataan ini, samalah KERAJAAN UMNO-BN dengan KERAJAAN PR. Memang betul AUKU dibawah undang2 persekutuan, tapi tak wajarlah kalau suara pelajar tidak didengar sebelum hukuman dijatuhkan.

Advertisements

Responses

  1. Pakatan rakyat di saat saat akhir riwayat mereka di kedah….semakin caca marba….di selangor pas hilang portfolio agama …. Diberi pulak pada pkr…eloklah hal agama ditadbir oleh org yg bukan ahlinya….sah la manifesto DAP ganti pAS…PaS unta DAP….inilah gara gara imam mahdi pkr nak jadi PM pas pulak caca marba…..hancussss…

  2. Bhai PinkTurtle…

    Ini worang banyak buruk kelaku… kalu perangai camnie… sebijik macam UMNO… sebijik macam Hassan Ali… buat aper simpan…

    PRU13 kiter pastikan orang-orang macam nih tak kira la dalam PR ker BN ker… kiter pastikan terbongkang…..

    • c++…
      agak-agak MB umno berani tak ckp mcm nie kat presiden umno.

  3. PJ Negeri lantikan Hadi kecuali Kelatan kerana TGNA adalah Mursyidul Am. Nak tau kepala presiden tengok kelaku PJ lantikan dia. Apparaaa!

  4. bro n sis……

    kalau KUIN tu……emm bee nie kata hak keraaan negeri….dan auku tu hak persekutuan….PR perintah negeri……
    tup tup nak pakai hat orang meluat tu…..pasainya zalim lah……..yg tu pun nak kena ajaq ka??? tapi puak nie bukan nak dengaq kata………
    kalo dah KUIN tu negeri punya……pakai undang undang tubuh sendiri lah hukum pelajar tuh…..tak laa orang kata kita pegang kuasa sama 2×5 mcm umngok jugak??….
    aku pun pelik jugak ngan perangai emm bee nie…..tak mau dengaq kata orang langsung….mcm nie ka nama sepakat berjamaah??……
    krosotttttttt laa lagu nie……..kah kah kah

    lagu nie boleh join ngan mamat asang geli tu laa…….biaq pakat pakat geli……tapi yg nie dah jadi emm bee……lagi satu punya dok berangan nak jadi emm bee……tapi dah telepaih……guni bocoq……..padi tumpah merata…….kah kah kah
    sari dua nie ada orang dlm Pas dok main dang dut……dang dut pas cara depa laa……….

    kah kah kah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: