Posted by: pinkturtle2 | Januari 21, 2012

The Red Warriors Menang Besar..

The Red Warriors Menang Besar

Kelantan menamatkan badi selepas cemerlang membenam Kedah 3-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan Kelantan menduduki carta pertama Liga Super untuk sekurang-kurangnya sehari apabila pencabar terdekat, T-Team akan turun melawan Terengganu, Sabtu ini.

Pada perlawanan malam tadi, Kelantan seharusnya pulang dengan jaringan lebih besar namun kegagalan menyempurnakan beberapa peluang terhidang menyebabkan mereka terpaksa berpuas hati dengan tiga gol.

Babak pertama menyaksikan perlawanan sedikit membosankan selepas kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati melakukan serangan.

 

Sehinggalah minit ke-35, Kelantan dianugerahkan satu sepakan penalti selepas Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan Fauzi Nan didalam kotak. Mohamad Ghaddar bijak menyempurnakan sepakan tersebut untuk gol pertama pasukan pelawat.

 

 

 

Selepas jaringan tersebut, Kelantan mendapat dua peluang keemasan untuk menambah jaringan tetapi gagal menewaskan Helmi Eliza di pintu gol Kedah.

 

Bersambung babak kedua, Sang Kijang terlebih dahulu mendapat peluang melalui Norshahrul Idlan tetapi tampanan penyerang Kelantan tersebut didepan gawang tidak membahayakan pintu gol tuan rumah.

 

Pada minit ke-55, Indra Putra mendapat satu peluang keemasan didepan gawang hasil gerakan solo Norshahrul Idlan tetapi Helmi Eliza lebih pantas menepis keluar.

 

Bagi menambah sengat jentera serangan, Peter James Butler melakukan pertukaran memasukkan Danny Antwi bagi mengantikan Mohamed Ghaddar.

 

Kemasukan penyerang import dari Ghana nyata berjaya mengucar-kacirkan jentera pertahanan tuan rumah yang diketuai Sabree Abu.

 

Pada minit ke-78, Antwi bijak melepasi kawalan tiga pemain pertahanan Kedah memberikan Norshahrul Idlan peluang cukup luas untuk meledak gol kedua Kelantan.

 

Ketika perlawanan hampir ke penghujung, Antwi menggunakan kesilapan awal Helmi Eliza untuk jaringan ketiga dan penutup perlawanan.

 

Kesebelasan Pemain:

 

Kedah : Nidzam Adha Yusoff.

Helmi Eliza (Gk), Sabree Abu, Azmizi Azmi, Fauzi Nan, V. Thirumugan, Badrol Bakhtiar (Kp), Amar Rohidan (Danial Soares), Faizal Abu Bakar (Mohd Syamim), Mohd Khyril Muhaimeen dan Kamal Azira.

Kelantan : Peter James Butler.
Khairul Fahmi Che Mat, S. Subramaniam (Rizal Fahmi), Farisham Ismail, Daudsu Jamaludin (Zamri Ramli), Aziz Ismail, Badri Radzi (Kp), Shakir Shaari, Indra Putra, Norfarhan Mohamad, Mohamed Ghaddar (Danny Antwi) dan Norshahrul Idlan Talaha

Source: http://redsfcnews.gegar.my

Advertisements

Responses

  1. sepatutnya coach kedah patut di buang shja,tiada taktikal padang hanya skill individu pemain kedah shj terselah..ye kelatan patut dpt tembisi byk gool jika kena cara nya…pemain kedah pulak mcm hilang tumpuan..main agak keras dan tiada motivasi diri.tgk mlm nie t-team jika dapat kalah kan terengganu…mungkin carta berubah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: