Posted by: pinkturtle2 | Februari 10, 2012

Akibat Kedegilan Azizan,Hasrat Pakatan Rakyat Dipertikai

kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Kedah hampir tidak ada beza dengan kerajaan Umno-BN, yang menafikan hak bersuara mahasiswa. Sebelum ini Umno/BN, bila mahasiswa bersuara dikenakan AUKU. Di Kedah, kerajaan Pakatan Rakyat, bila mahasiswa bersuara, tindakan yang sama diambil- Presiden Majlis Perwakilan Pelajar KUIN

Akibat Kedegilan Dan Kebodohan Azizan,Hasrat Pakatan Rakyat Dipertikai

Dua pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) – yang digantung pengajian April tahun lalu – menyifatkan janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) atau akta yang mirip dengannya hanyalah “sia-sia dan mengarut”.

Sambil menyatakan kekecewaan terhadap tindakan itu, pelajar Fakulti Usuluddin Mohd Faiz Mohd Arsyad berkata janji yang dinyatakan itu “tidak selaras” dengan tindakan kolej – yang dimiliki kerajaan Pakatan Kedah – menggantung pengajian mereka.

“Pada kami, janji Buku Jingga sia-sia sahaja. Ia tidak selaras dengan Buku Jingga yang hendak hapuskan AUKU dan akta mirip dengannya.

“Tindakan dilihat lebih bersifat mencantas, apabila mereka (mahasiswa) yang ke hadapan, dilarang bersuara dan dinafikan hak itu. Bukan untuk memimpin, rundingan di meja bulat (pun) tidak dibuat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Susulan tindakan itu juga, Mohd Faiz mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu “hampir tidak ada beza” dengan kerajaan Umno-BN, yang didakwanya menafikan hak bersuara mahasiswa.

“Sebelum ini Umno/BN, bila mahasiswa bersuara dikenakan AUKU. Di Kedah, kerajaan Pakatan Rakyat, bila mahasiswa bersuara, tindakan yang sama diambil,” katanya yang juga presiden Majlis Perwakilan Pelajar KUIN.

Mohd Faiz antara lima pelajar KUIN yang digantung pengajian kerana didakwa terlibat dengan demonstrasi membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan kolej Kediaman Ar-Razi April tahun lalu.

Menang pilihan raya

Beliau digantung pengajian selama dua semester yang berakhir April ini, manakala tempoh penggantungan empat lagi rakannya telahpun berakhir dan telah mengikuti semula pengajian mereka di KUIN.

Empat mahasiswa tersebut adalah Muhamad Aiman Ab Razab, Zuki Latif, Ahmad Remy Mohd Arof dan Mohd Azlan Mat Zin – masing-masing digantung satu semester.

Sementara itu, ketika dihubungiMalaysiakini, Muhamad Aiman pula menyifatkan janji Pakatan dalam Buku Jingga itu sekadar “hendak menang dalam pilihan raya”.

“Hendak didik mahasiswa jiwa besar tetapi tunjuk diktator. (Saya lihat) janji Pakatan Rakyat mengarut,” katanya yang juga pelajar Fakulti Muamalat yang turut menyatakan kekecewaannya berhubung tindakan penggantungan itu.

Ahad ini, jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat dan memanggil Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan memberi penjelasan berhubung isu penggantungan kelima-lima pelajar tersebut.

Malah, kedua-dua mahasiswa itu – Mohd Faiz dan Muhamad Aiman (kiri) – menunggu keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.

Bagaimanapun, Muhamad Aiman berkata beliau akan menyertai demonstrasi bersama-sama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 19 Februari ini, jika Azizan tidak memenuhi tuntutan menarik balik penggantungan yang menggunakan AUKU atau akta yang mirip dengannya.

Manakala Mohd Faiz pula berkata beliau tidak pasti dan belum membuat keputusan sama ada menyertainya ataupun tidak.

Ketika ditanya berhubung perancangan mereka sepanjang tempoh penggantungan, Mohd Faiz – yang berasal dari Batu Gajah Perak- bekerja sebagai motivator di sekolah sekitar Butterworth dan Ipoh.

Buat bisnes

“Sekarang saya buat bisnes sikit. Saya buka (syarikat) konsultan motivasi dengan kawan-kawan,” kata Mohd Faiz akan meneruskan pengajiannya bagi tahun keempat Julai ini.

Manakala Muhamad Aiman pula berkata beliau juga menjalankan perniagaannya sendiri dengan membekalkan sistem alat pembesar suara untuk majlis tertentu di sekitar Selangor.

“Ia masih berjalan. Saya berkongsi dengan rakan-rakan yang lain,” katanya sambil mengikuti kelas pengajian ‘Maqasid Syariah’ sewaktu tempoh penggantungan.

Muhamad Aiman berkata walaupun tempoh penggantungannya sudah tamat, beliau memutuskan  untuk menangguhkan pengajiannya selama satu semester lagi bagi “menyelesaikan masalah peribadinya”.

Bahkan, beliau menafikan tanggapan akan meninggalkan terus pengajiannya di KUIN walaupun menerima tawaran belajar di institusi pengajian lain di ibu negara.

“Saya masih sayang dengan KUIN. Prospek KUIN jauh. Semua mahasiswa berebut-rebut menuntut ilmu khususnya bahasa Arab. Saya sayang sangat KUIN,” katanya.MK

…………………………………………..

Ini semua gara Menteri Besar tunjuk lagak – tunjuk kuasa tak mahu langsung menggunakan budi bicara sama saja dengan pemimpin UMNO. Mungkin disebabkan kepala batu MB ini Kedah akan dirampas kembali oleh BN ..

…………………………………………

Memang undang-undang dibuat oleh kerajaan pusat, tapi penguatkuasaannya bergantung kepada pihak universiti sendiri. Kalau universiti tak nak guna AUKU undang-undang tak akan berkesan. Kolej dan Universiti swasta lain tak endah pun dengan AUKU.

………………………………………….

undang2 mmg tetap undang2. tp kerajaan negeri ada hak untuk tidak mengenakan tindakan ke atas pelajar tu kalau dia tak setuju auku. lgpun apa yg dibuat pelajar tersebut tak salah kalau ikut pemikiran pakatan rakyat. kebebasan bersuara. sebab tu diorg ckp buku jingga ni sia-sia.

………………………………………..

MB Azizan Razak mempunyai kuasa budi bicara samada hendak menggunakan Akta 555 (Akta IPTS) dan Akta 30 (AUKU). Beliau mempunyai PILIHAN utk pakai atau tidak pakai akta tersebut. Tak wajib.Disinilah nampak bodoh dan bangangnya azizan ni..tak nak ikut apa yang telah  diputuskan oleh Pakatan Rakyat


Respon

  1. woiii… pinkturtle ko ni sape hah, suka hati jer nak hentam ustaz azizan. awat bagus sangat ke. baru tulis blog nak tunjuk kurang ajar.

  2. xs baca habis lagi la undang undang encik pinkturtle ni.tau ka demo tu tak pa.takdak polis atau pengawal yg halangpun.yg kena tindakan sebab provokasi melampau atas ajakan pembangkang di negeri kedah ni.ipts kt tmpt lain ada demo ka.mb azizan ada kewajaran beliau untuk tidak masuk campur urusan pentadbiran kuin.baca dulu baru publish jgn jadi mcm blogger umnoporn.balun tulis tak kena gaya.sok dah jadi kerajaan persekutuan bukan saja auku batal pinjaman pelajaranpun takda.tulis ikut pertimbangan yg wajar bukan ikut kati.

  3. aku naqal balik ayat atas tuh,…”janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) atau akta yang mirip dengannya hanyalah “sia-sia dan mengarut”…..

    PR belum lagi pegang Putra Jaya…..PR hanya berjanji akan rebus buang AUKU nie bila depa dapat P’ra Jaya….tak kan siswa yg dok kata depa ceghedik tak boleh nak paham yg nie kot??,,tunggu laa sat……PRU 13 pun belum lagi……..yg hangppa dok kalut pasai apa??…yg nak marah us. azizan sangat nie….pasai tu saja ke??……..pasai lain yg us. azizan buat bagi elok…..penaik nama PR……penaik nama kedah……hangpa semua dah buta ke??…..awat hangpa tak mau sebut sama??…….
    aku kadang tu pelik jugak ngan budak budak nih……kalo dah berani buat tuh……tanggung laa sendiri…….yg tu pun tak boleh pikiaq ke…….awat kalo dah PR perintah kedah…….hangpa nak buat ikut suka hangpa lagu mana pun……….
    azizan sebenaqnya bukan hakim yg nak jatuhkan salah atawa tidak budak budak tuh…….KUIN ada board dia sendiri…..semua hangpa letak atas bahu embi nie apasal??……..

    aku ingat posting kat ataih tu mai dari puak umporno jugak…..memang depa suka main dang dut…..nak bagi puak PR lompat ikut gendang depa…….pirrrahhhhhhhh

    kah kah kah

    • salam nasik kandaq.

      tok guru nik aziz.
      degil.
      tak mau besara.
      dok tak gi, tak gi pun.
      tak mau nak besara.
      sapa pun tak kata.

      sekadaq hang pun degil.

      • w’kumussalam BT……

        hang pi mana??.baru jengoi….teman ingat hang dah merajuk…..
        dah puas rebus tempoyak hang tuh??
        kalo keluaq mai sini……jangan laa dok teng tgna…..
        dia masih dok bertenaga lagi…..
        dlm politik……no limit punya…..sampai padam baru boleh berenti……no pencen pencen….

        kah kah kah

      • salam nasik kandaq.

        kita sibuk sikit.
        dok main golf.
        tak kisah lah.
        MB Azizan degil ke tidak.

        hang, laghu mana.
        sihat?
        apa khabaq sukusakat hang?
        great chief dan Kucing Kota.
        kirim salam kat depa.

        saja nak tanya lah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: