Posted by: pinkturtle2 | Februari 14, 2012

Tubuh suruhanjaya siasat PATI jadi pengundi..

 

PR gesa kerajaan tubuh suruhanjaya siasat PATI jadi pengundi

Pakatan Rakyat (PR) hari ini sepakat mendesak kerajaan segera menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat pendatang asing, yang didakwa diberi kewarganegaraan untuk melayakkan mereka mengundi dalam pilihan raya.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak sepatutnya hanya fokus di Sabah kerana ia melibatkan isu negara.

“Kita ingin tahu segera tentang kesahihan status orang yang layak dan yang tidak layak mengundi sebelum pilihan raya umum nanti ,” katanya pada sidang media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, di ibu pejabat PKR, di sini, tadi.

Sebelum ini, PR mendedahkan bahawa wujud satu sindiket, yang dinamakan “Projek IC”, didakwa memperdayakan warga asing di Sabah untuk membayar sejumlah wang tertentu untuk mendapatkan kad pengenalan dengan syarat mengundi Barisan Nasional (BN).

Anwar berkata, adalah tidak munasabah kerajaan menjadikan isu ini sebagai satu agenda politik sempit untuk memenuhi tuntutan yang terbatas, terutama membabitkan warga asing di negara ini.

Laporan media kelmarin menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin di Sabah ketika lawatannya ke sini minggu ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, mesyuarat Kabinet terkini telah membincangkan perincian mengenai cadangan suruhanjaya itu.

“Memang tidak mustahil beliau akan buat pengumuman itu jika anda semua bertanya kepada beliau mengenainya,” katanya.

Pada November lalu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mencadangkan agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat “Project IC”.

Projek IC didakwa dijalankan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an.SH


Responses

  1. Jumlah Pati yang paling banyak didaftarkan sebagai pengundi nii.. di Selangor. Kita kena ingat selepas Selangor jatuh ketangan pakatan Rakyat Umno cukup terkujat. Sumber tabung Umporno banyak datang dari Selangor.. Nii semua pemimpin Umporno tahu…Kalau tidak takkan Khir Toyo dalam tempoh dua penggal jadi Mb boleh beli rumah bernilai 3.5 juta…

    Yang Pas ni pulak pasaipa nak suruh tubuh Suruhanjaya siasat pengundi Pati. Takkan hangpa tak kenang budi. bukankah Umporno Selangor yang sponsor Muktamar hangpa pada tahun 2009 yang lalu, melalui SYABAS dengan Jururunding Hassan Ali PHD.
    Harapan Hassan PHD dengan bodek cara nii .. Pas akan termakan budi dan setuju buat kerajaan Perpaduang dengan Umporno. Najib pun setuju. Kalau berjaya, Hassan PHD boleh jadi MB, dia jugak akan kaya macam Khir Dr. gigi. Pasai Selangor ni negeri kaya..

    Bila rancangan kerajaan perpaduang akhirnya gagal.. Tuu lah yang Najib telah bersumpah akan tawan semula Selangor dengan apa cara sekalipun dalam PRU yang ke 13 ini. Diantara strategy Najib ialah mendaftar semua Pati menjadi pengundi, sebab Najib tahu, di Selangor lah Pati paling banyak bermatautin…

    Jadi. Pas dok nak suroh tubuh suruhanjaya siasat Pati ni bukan perkara mudah. Pasai dia berkait dengan Agong. Agong pulak hendaklah mendapat nasihat dari PM Najib. Takkan Najib nak buat sesuatu ghaflah yang nak menghalang sumpah dia… Umporno yang dok tengah gila mereyan takut hilang kuasa, takkan buat Surohanjaya yang buleh jadi sebab pemimpin Umporno gila babi

    Laanii depa tengah gila sawan lembu….

  2. Pati tempoyak cukup meloyakan kalo buat sambal….meghuap sampai kepala…….kah kah kah
    aku tak pikiaq depa gomen boleh tubuh s/jaya yg mcm PR mintak tuh….
    awat dah habih ikhtiaq ke??.cua pujuk elok elok……kalo ada bukti…..jngn dok simpan…….tunjuk mai……pi pelekat rata tempat…..bagi rakyat tengok sama…..buat mcm cerita cowboy hollywood tuh….jesse james…….reward sana reward sini…..reward…….
    cua hangpa tengok yg nih……Pati semua dah jadi “””cowboy””” daaa…….


    ini semua ngko punya pasal la labu…….ahhhh kau punya mau la labi…..mcm mcm hal kau bawa labuuuuu…….

    kah kah kah

  3. itu semya kerja sesia.
    hok bawak masuk berjuta2 PATI
    tu sapeee!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: