Posted by: pinkturtle2 | Februari 25, 2012

Mintak PAS Pecat MB Cerdik Yang Menyusahkan Pas Dan Pakatan…

Pasai apa dia nak hantar surat, saya tak buat tawaran lagi, kalau hantar surat, baru boleh tolak, surat tak hantar, tawaran nak tolak macam mana - Kenyataan bangang dan bodoh MB Bebal..Dia suka sangat jaw soalan wartawan pakai kepala lutut dia..Pakai otak la sikit bangang!!!

Bersama Dengan Masalah MB Bangang Yang Bodoh Berpanjangan…

– Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pemilihan exco kerajaan negeri adalah hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Azizan berkata, beliau telah menyerahkan senarai nama exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.

“Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidang kuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri.

“Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau,” katanya kepada pemberita malam ini.

Beliau berkata senarai exco dari Pejabat Sultan Kedah dijangka diterima Ahad ini.

Azizan juga berkata sebenarnya tidak timbul soal menolak pelantikan semula oleh dua Exco seperti yang dilaporkan kerana beliau belum mengeluarkan surat tawaran kepada mereka.

“Pasai apa dia nak hantar surat, saya tak buat tawaran lagi, kalau hantar surat, baru boleh tolak, surat tak hantar, tawaran nak tolak macam mana.

Spekulasi ni ada benda betul, dan ada tak betul,” katanya.

Beliau mengulas khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada beliau bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.

Dua Exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II Datuk Dr Ismail Salleh, yang dipercayai kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

Kedua-dua Exco tidak mengesah atau menafikan khabar angin itu, dan menyerahkan perkara tersebut kepada Azizan.

Majlis pelantikan anggota Exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar. – Bernama

…………………………………………..

MB Jenis Bebal Dan Bangang…PAS Nak Tunggu Apa Lagi…

SHAH ALAM, 24 FEB : Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak oleh Exco Kedah dan kalangan pemimpin parti itu untuk memecat Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan serta merta.
Desakan itu semakin lantang susulan tindakan Azizan meluluskan pemberian kontrak penyenggaran jalan bernilai berpuluh juta ringgit kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang pemimpin Umno Kedah.
“Pemberian kontrak itu adalah kemuncak rasa tidak puas hati Exco-exco Kedah terhadap Azizan dan di kalangan pemimpin PAS serta Pakatan Rakyat sendiri,” kata sumber-sumber rapat dengan parti itu kepada Antarapos.com.
Adalah difahamkan pimpinan Pas telah diberikan bukti-bukti dan dokumen berkaitan yang menunjukkan kerajaan negeri memberikan kontrak itu kepada syarikat berkenaan.
Akhbar The Star hari ini mengesahkan bahawa dua Exco Kerajaan Negeri daripada Pas iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh telah memaklumkan kepada Hadi keputusan mereka tidak mahu dilantik semula sebagai Exco jika Azizan dikekalkan sebagai Menteri Besar.
Dua lagi Exco Kedah yang dijangka mengambil langkah sama adalah Datuk Taulan Mat Rasul dan Dr Hamdan Mohamad Khalib.
“Saya amat bimbang tentang apa yang sedang berlaku namun biarlah kita tunggu dan lihat apa keputusan presiden parti (Hadi). Segalanya bergantung kepada presiden,” kata Taulan.
Bagaimanapun Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi menafikan ada menerima sebarang laporan berhubung isu itu.
“saya tiada terima laporan apa-apa lagi hal itu. Itu khabar angin saja, kita tidak boleh percaya khabar angin,” beliau dipetik sebagai berkata.
Hadi, menurut Sinar Harian, menegaskan bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mempunyai kuasa melantik atau menggugurkan mana-mana exco.
Selain pemberian kontrak kepada syarikat yang dianggap “musuh” Pas, Azizan juga dikatakan menimbulkan rasa tidak puas hati dengan gaya kepimpinan yang dilihat autokratik dan membelakangkan kepentingan Pakatan Rakyat.
Azizan memberitahu akhbar The Star bahawa beliau tetap Menteri Besar namun tidak menjangka exco-exco berkenaan akan bertindak demikian.
“Kecewa bukanlah perkataan sesuai. Saya amat tidak puas hati. Saya tidak pernah bayangkan orang dalam parti saya sendiri akan bertindak sedemikian terhadap saya,” kata Azizan.
“Sudah ada banyak cubaan sebelum ini untuk menjatuhkan saya namun saya sentiasa yakin. Saya tidak panik. Saya sentiasa ‘cool’,” tambah beliau.
Berbeza dengan negeri lain, ahli Exco di Kedah dilantik secara kontrak yang diperbaharui setiap tahun mengikut budi bicara Menteri Besar.
Senarai baru lantikan Exco sepatutnya dipersembahkan untuk perkenan Sultan Kedah minggu lalu. Bagaimanapun majlis angkat sumpah exco baru akan diadakan 28 Februari ini.
Barisan Exco Kedah merangkumi tujuh wakil daripada Pas dan tiga daripada Parti Keadilan Rakyat.
Adalah difahamkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri melahirkan kebimbangan dengan kemelut di Kedah dan kesannya ke atas peluang Pakatan Rakyat di negeri itu pada pilihanraya umum akan datang…antarapos

……………………………………

Pada Pengampu2 MB Sombong….

walau apa pun hak azizan dalam soal lantikan exco , tapi dia tidak boleh sombong dan ego  dengan bercakap begitu kerana parti yg lantik dia menjadi menteri besar.dia menang pilihan raya pun atas tiket parti bukannya atas tiket parti Bebas….sepatutnya nak buat ulasan tu berlapik la sikit.contoh… walau pun kuasa melantik exco itu di tangan menteri besar , walaubagaimana pun saya akan dapat kan dahulu nasihat dari  presiden  parti dalam hal ini.ada lah berlapik sikit… ni tak sombong sangat bunyinya.tu la yang aku kata dia pakai kepala lutut…tua2, ckp la caro orang tua kalau tak malu kat parti yang lantik kita pun…Pada aku ,kalau perangai macam ni dengan umur setua ini payah dah kita nak ajar atau nak didik..kalau bukan jenis ego sombong senang diajar sikit…lebih baik ditukar je dengan  spesis yang tidak ego dan tidak bodoh sombong… 

Mintak2 lepas ini Presiden PAS jawab atau sindir dalam mesyuarat atas muka si ego ni… “Saya ada hak untuk lantik PJ yang membawa laluan kepada jawatan MB Kedah”

…………………………………………………………………………………

Kepada pengampu2 azizan yang juga dok kalut kata benda ni mainan isu yang sengaja direka media penjilat UMNO…

Ia bukan khabar angin yang sengaja ditaburkan media massa penjilat buntut lagi, tetapi sesuatu yang betul. Yang tidak betul dan fitnah ialah kononnya gangguan ke atas Azizan itu dilakukan oleh golongan atau puak tertentu yang memonitor di Kuala Lumpur. Jauh sekali kalau ia ada kena mengena dengan Anwar Ibrahim. Perkara itu sengaja dilambungkan oleh media lidah syaitan yang akan cuba mengaitkan nama Anwar dengan apa-apa juga keadaan buruk dalam negara ini.

Tindakan empat orang Exco yang tidak bersedia untuk ‘bersama’ kabinet Azizan ialah kerana tidak senang dengan cara Azizan mentadbir kerajaan Kedah yang lebih bersikap autokrasi dan tidak sedia menerima pandangan kawan-kawan pimpinan lain. Tindakan Azizan melantik beberapa orang Umno untuk memegang jawatan CEO dalam agensi kerajaan juga menjadi punca wujud rasa kurang senang terhadap MB Kedah itu.

Manakala kemuncak kepada kemarahan itu apabila Azizan menggunakan kuasa eksekutifnya untuk memberi kontrak maintaince kepada kroni Umno bernilai hampir RM1 billion (Pembetulan: sebenarnya RM5 juta menurut email salah seorang CEO yang dipecat)

Tindakan inilah yang menyebabkan kepimpinan Azizan Razak sebagai MB dipertikaian. Bukan itu saja Azizan juga tidak mahu menerima pandangan dan nasihat daripada pimpinan lain sama sekali dan bertindak mengikut pandanganya.

Ada munasabah juga kalau Exco berkenaan hilang sabar dengan tindakan Azizan itu. Untuk apa mereka memegang jawatan, diberi tugas untuk mentadbir negeri kalau pandangan dan nasihat mereka tidak dihiraukan dan Azizan hanya ikut kepalanya seorang saja.MSO

baca juga kat sini,  sini Dan sini


Responses

  1. Kalau ada kita baca dan respons tetapi kalau tak ada nak buat macam mana. Mungkin dia sudah bosan dengan karenah manusia dalam dunia ni atau mungkin dia sudah kena pulas telinga atau sudah dibayar untuk diam!…………..wallahualam!

    By: alam on Oktober 28, 2011
    at 9:26 pm

    2012 ni pinkturtle u turn. Dalam bulan Ogos dan Sept 2011 dia hilang…..jenuh kita dok tertanya2 manalah dia ni p. Rupa2nya dia kena p kursus dan kena karen otak. Dia sudah terpusing otak dia jadi zero balik. Maka tu tahun 2012 dia bukan lagi pinkturtle tahun2 sebelumnya. Dia sudah menyerang Azizan beberapa kali sebagai membuktikan taat setia dia kepada tuan baharu dia. Selamatlah kau pinkturtle. Kesiaaaan diaaaa. Good bye !

    • salam bro alam……

      aku agree ngan hang pasai PTurtle nie……lama sangat dia ‘uzlah’ dulu tuh…..ropanya kena basuh kena cuci kena clorox…u-turn habih…
      bab emm bee azizan nie dia dah hantam dekat lima kali lebih……
      nie semua kerja puak tak dak teloq dlm grombolan…..dia acah mcm mcm bagi puak Pas n pkr main dang dut…..menari sana terselak sini terbuka sana terkoyak sinun…….tu laa keroja depa…..
      pasai tu ramai dah blah bagi komen kat sini……artikel dia pun ntah apa apa tak tau….

      pasai artikel atas tuh….sah dari tangan puak karat bighu…..orang jamaah tak kan tulis mcm tuh…….
      Ini jawapan Dr Hamdan seorang exco dlm kerajaan kedah….
      depa tak tau pun ribut yg karat biru dok buat kat luar tuh…..
      link dia…….
      http://greenboc.blogspot.com/2012/02/lagi-exco-nyatakan-sokongan-kepada-ust.html
      http://kerabubersuara.blogspot.com/2012/02/azizan-seperti-bapa.html?

      p/s…….untuk PT…selamat jadi pencacai tegar……..kah kah kah

      • salam nasik kandaq.

        bukan u-turn.
        bukan, bukan, bukan.

        dah turn turtle.
        kerana hang lah.
        dok tulih merapu.

        sekadaq seropa parpu.
        jugak lah.

  2. salam 1Malaysia aka
    salam TGNA suka-suka.

    kita dah lama kata.
    PAS tu.
    Parti Arab SeMalaysia.
    mana Islamnya.
    pasai tu dok ikut perangai Pak Arab.
    dok asyik KeLiBuT saja.

    dok ikut perangai KeLiWoN.
    yang selalu KeLiRu.

    nak KeLiBuT pun KeLiBuT lah.
    tapi, janganlah ToNgOnG.
    dekat PRU 13 pun.
    dok BoNgOnG lagi.

    sekadaq BeNgOnGlah penyokong2.

  3. Serangn dalaman PAS prlukan kesabaran & kepintaran yg paling tinggi. Jentera PAS wajib punyai think-tank krn Umno-APCO sudh mula menyelinap d dlm gerakan parti lawan. Pimpinan PAS prlu selesaikn isu ini kadar segera.

  4. salam 1Malaysia aka
    salam TGNA suka.

    nampaknya.
    nampaknya, melepaslah lagi.

    seropa terlepas ayam.
    ada pula yang lekat kat tangan.
    Kucing Kota tahu sangatlah.
    yang magkuk-mangkuk tu.

    seropa terlepas pengandaq.
    abis berteraboq.
    dalca-dalca.
    nasik kandaq tau lah.

    sekadaq great chief yang tetap tak tau.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: