Posted by: pinkturtle2 | Februari 25, 2012

Rejim Syiah Nusairi basyar Laknatullah mendapat Sokongan padu Syiah Iran

"Kewajipan bagi Syiah untuk memasuki Syria dan berjihad di samping pentadbiran Syria hingga Syria tidak akan jatuh ke tangan musuh Ahlul Bait Rasul - Ayatullah Ahmed Jannati

Rejim Syiah Nusairi basyar mendapat Sokongan padu Kerajaan Syiah Iran menghapuskan umat Islam Syria

Halaman rasmi Pertubuhan Ulamak Islam di Syria: Seorang pakar rujuk Syiah, Ayatullah Ahmed Jannati berucap di Universiti Tehran Jumaat semalam berkata:

“Kewajipan bagi Syiah untuk memasuki Syria dan berjihad di samping pentadbiran Syria hingga Syria tidak akan jatuh ke tangan musuh Ahlul Bait Rasul”.

Lihat kenyataan provokasi ini membenarkan sokongan Iran kepada rejim Syria selama ini. Ulamak mereka membenarkannya atas nama JIHAD dan rakyat Syria yang berpegang kepada aqidah Sunni sebagai “musuh Ahlul Bait” sedangkan Sunni amat menyayangi ahli keluarga Rasulullah tidak sepertimana SYIAH yang hanya berlakon mencintai mereka tetapi sejarah menyaksikan bahawa Syiah Kufah yang terlibat membunuh Husein bin ‘Ali, cucu kesayangan Rasulullah s.a.w

Sumber pembangkang Syria memaklumkan, para saksi memberitahu mereka melihat lebih 10 buah bas yang sarat dengan tentera militia Al-Mahdi, pengikut pelampau Syiah di Iraq,Moqtada As-Sodr di sempadan Syria yang mula memasuki Dir Az-Zur menuju ke Syria. 

Ia ekoran ‘fatwa’ yang dikeluarkan oleh ulamak Syiah di Iran semalam, Ayatullah Ahmed Jannati bahawa perjuangan mempertahankan rejim Syria adalah JIHAD demi memastikan Syria tidak jatuh ke tangan “musuh Ahlul Bait” iaitu (yang dimaksudkan ialah Sunni).

Mereka meyakini pembunuhan dan penyembelihan penduduk Sunni Syria akan dibalas dengan pahala…

…………………………………..

Pencerobohan dan serangan jahat tentera Syria Syiah ke atas Masjid sahabat yang mulia, Khalid Al-Walid di Homs, Syria (dari luar dan dalam) pada hari ini 25 Februari 2012

Masjid Khalid Al-Walid, sebuah masjid besar yang terdapat di wilayah Homs dan dalamnya bersemadi jasad panglima jihad yang juga sahabat agung Rasulullah s.a.w, Khalid Al-Walid r.anhu. Masjid ini cuba dibakar dengan serangan bom oleh tentera Syiah Nusairi Basyar laknatullah.

………………………………..

Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniya menggelarkan rakyat Syria yang menuntut kebebasan dan demokrasi sebagai “wira” sewaktu berucap di dalam Masjid Universiti Al-Azhar, universiti tertua di Mesir itu. Kata Haniya: “Saya mengucapkan salam kepada seluruh negara Arab bahkan Islam, saya ucapkan salam kepada rakyat Syria, wira dan pahlawan yang sedang menuntut kebebasan, demokrasi dan perubahan.” Pemimpin Hamas itu berucap di hadapan ribuan rakyat Mesir selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Al-Azhar di Kaherah semalam.

Perlu disebut, ini adalah pertama kali Hamas menyatakan pendirian secara terbuka kepada revolusi Syria yang sekaligus menyaksikan penentangan terhadap pemerintahan Syria kerana selama ini, dunia menyaksikan pemerintah Iran dan Syria adalah sekutu kepada Hamas.

Haniya turut memuji peranan yang dimainkan oleh Mesir selepas revolusi sambil menyifatkan rakyat Mesir sebagai “rakyat pertolongan dan pencipta sejarah ke atas tanah Palestin”. Beliau merujuk kepada pencapaian negara Al-Azhar itu selepas tumbangnya rejim Mubarak yang berjaya dalam dua siri pertukaran tahanan Palestin yang menyaksikan lebih 1,000 tahanan Palestin dibebaskan dalam penjara Israel dengan seorang askar Israel yang diculik, Glad Shalit tahun lalu. 

Haniya turut mengimbau detik-detik kemenangan Hamas pada pilihanraya 2006 lalu apabila rakyat Gaza memilih Hamas dalam pilihanraya negara itu tetapi Israel telah mengenakan pelbagai tekanan.Antaranya membekukan aset dan harta Hamas bahkan mengepung dan memerangi rakyat di Gaza. 

Kata Haniya: “Mereka melakukan semua itu hanya dengan satu tujuan, untuk kami mengiktiraf Israel. Kami telah tegaskan beberapa kali dari seluruh dataran dan medan di Gaza dan di luar Gaza dan pada hari ini, di tengah-tengah himpunan ini, dari bumi Mesir, dari atas mimbar Al-Azhar yang mulia ini, sekali lagi kami ingin tegaskan kami sama sekali tidak akan mengiktiraf Israel, tidak akan mengiktiraf Israel dan tidak akan mengiktiraf Israel!!,” sambil diringi laungan takbir oleh ribuan rakyat Mesir yang hadir.

Source.. Sini

……………………………………………………

 Kami Bangkit Demimu wahai Baba ‘Amru

 Kami Bangkit Demimu wahai Baba ‘Amru”. Baba ‘Amru merupakan penempatan Sunni dalam wilayah Homs yang telah dikepung dan digempur sejak tiga minggu lalu.

18 orang, 3 orang daripadanya adalah kanak-kanak termasuk 7 orang dari satu keluarga dibunuh di pinggir Hama awal pagi semalam.

Seorang aktivis, Muhammad El-Homsi memberitahu, antara yang terbunuh seorang bapa dan anaknya yang berusia 14 tahun. Mereka berdua dibunuh ketika cuba melarikan diri setelah mengalami kecederaan akibat terkena serpihan bom. 

Beberapa aktivis kemanusiaan memberitahu, tentera Syria membunuh sekurang-kurangnya 18 orang di sebuah perkampungan di tengah Syria, tujuh daripada mereka dari sebuah keluarga. Keluarga yang dibunuh itu bekerja sebagai petani, mereka dari kalangan lelaki, wanita dan kanak-kanak. Lebih memilukan, terdapat kanak-kanak tersebut berusia 7 tahun dan seorang bayi lelaki yang masih menyusu berusia 10 bulan. Kata aktivis, tentera mengarahkan mereka keluar dari rumah dan diperintah berdiri dalam satu barisan dan ditembak beramai-ramai.

Di wilayah Hama, aktivis kemanusiaan memberitahu 12 daripada mangsa yang terbunuh ditembak di kepala.

Video terkini Dari Homs 25.2.2012 Pengembumian Para Syuhada  di Freedom Square Khalidiyah

……………………………………………………….

 The world is just watching them dying one after the other.

After the weak decisions of the meeting in Tunisia, Assad thugs continue shelling the neighbourhood for the 22nd day in row. People in Baba Amro are under siege, under heavy fire while the world is just watching them dying one after the other.
Baba Amro: the neighbourhood is under shelling for the 22nd day in row 25-02-2012 

25.2.2012....Our friend the martyr Anas al-Tarsha lost his legs under shelling

Yang ni lagi sadis dan sayu….


Responses

  1. Fikir-fikirkan…

    http://www.presstv.com/detail/228613.html


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: