Seorang pakar bedah Perancis, Jack Bairis telah mengadakan lawatan ke Homs dan membuat kesimpulan setelah kembali ke negaranya bahawa keadaan di sana “kejam dan tidak tertanggung”. Bairis yang telah mencecah usia 70 tahun dan pengasas kepada organisasi “Doktor Tanpa Sempadan” turut memuji keberanian penduduk Homs yang cekal dan tabah. Katanya, Homs menjadi “bumi sembelihan” dan dirinya bukan sahaja terkesan dengan kesengsaraan penduduknya tetapi keberanian mereka walaupun terpaksa mengalami kehidupan yang amat sulit. Katanya, tugasnya ialah pergi ke tempat yang orang lain tidak pergi dan menambah, dia sudi untuk kembali ke Syria.
Katanya: “Saya cukup sedih, melihat penderitaan yang tidak terkata,buruk dan kejam, manusia mati tetapi orang lain tidak dapat melakukan apa-apa.”
Kematian pada Sabtu 25 Februari 2012: Seramai 109 orang:
-44 orang di Homs
-22 orang di Hama
-17 orang di Dar’a
-14 orang di Idlib
-12 orang di Halab.
-Tentera Syria juga melakukan penyembelihan di sebuah perkampungan di wilayah Dar’a yang menyebabkan 13 terbunuh dan 24 orang cedera akibat serangan meriam yang dilepaskan secara rambang. Beberapa mayat dilaporkan berkecai.
-Sumber pertubuhan revolusi Syria juga melaporkan, tentera membunuh 8 orang rakyat yang ditahan di Kampung Ifs di Idlib dalam operasi yang dilancarkan. Selain membunuh, mereka turut membakar rumah-rumah.
-Tentera turut menangkap tiga orang wanita yang merupakan isteri kepada aktivis pembangkang di bandar Inkhil, wilayah Dar’a bertujuan mengenakan tekanan kepada aktivis-aktivis tersebut supaya menyerahkan diri.
…………………………………………..
Bagi mereka yang mahukan bukti keterlibatan Iran membantu rejim Syiah Bashar laknatullah
Lagi laporan yang disiarkan oleh laman web Islam Story di bawah seliaan pendakwah terkenal, Dr.Raghib Sirjani berkaitan kenyataan jahat berbentuk provokasi yang dikeluarkan ulamak Syiah Iran, Ayatullah Ahmed Jannati yang menyeru penganut Syiah wajib berjihad membantu rejim syiah nusairi Basyar laknatullah di Syria …baca di sini
Cuba anda fikirkn sekirany Syria, Hezbollah & Iran tlh lenyap d hapuskn oleh kuasa kuffar. Adakh negara Islam brtambah kuat?? Brani sy katakn masa depan timur tengah akan brgolak besar skirany tiada lagi musuh kuasa kuffar & mrk akn brmaharajalela d timur tengah. Palestin hanya akan d merdekakn sekirany kuasa d atas brjaya d hapuskn.
By: ReSearch on Februari 27, 2012
at 4:28 pm
berita yg tidak akan d siarkn oleh media barat & yg brsekutu dgnny..
http://www.presstv.com/detail/229016.html
By: Pikirlah skitt.. on Februari 28, 2012
at 2:27 pm
pada pandangan saya, ini bukanlah suatu peperangan mazhab, mahupun kesan rantaian arab spring.tidak jelas apa kekejaman basyar al assad selama ini.sudah berbelas tahun memerintah, syria masih aman dan tiada kekecohan berlaku.
tiba2 kita dimomok tentang kekejaman basyar al assad kini, kononnya tentera menyerang org2 awam khususnya wanita dan anak2.
jarang sekali fenomena sebegini dilihat di dunia Islam baik di Iran atau di tempat2 lain.
cumanya di bahrain…mungkin ada persamaan…dan jelas kenapa amerika, israel dan sekutunya di arab memainkan peranan dlm isu ini.sedangkan dlm isu palestin…tidak ada apa2 pun reaksi dr mereka.
agak curiga juga kenapa Arab Saudi beria2 dlm kes ini…sedangkan isu palestin diam seribu bahasa…
By: noname on Februari 27, 2012
at 10:02 pm