Posted by: pinkturtle2 | Mac 4, 2012

Dia ni sebenarnya buat kerja nak pelingkup PAS…

 MEMANG BETUL UST AZIZAN TEGAS TETAPI APA MAKNA JIKA TELAH ‘TERSASAR DAN MENYIMPANG’?

 MEMANG BETUL KERAJAAN PAS PERINTAH KEDAH…TETAPI UST AZIZAN MASIH MEMBENARKAN RAMAI ‘ORANG2 UMNO’ BERADA DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI. BILA INI BERLAKU SUDAH TENTU SUSAH NAK BUAT KERJA

 CONTOHNYA…PENGERUSI SYARIKAT AIR KEDAH(SADA) DATUK AZMI DIN IALAH ‘UMNO PURE’ ! MALAH UST AZIZAN ANGGUK KEPADA ‘UMNO INI’ UNTUK NAIKAN TARIF AIR DI KEDAH

MALAH SEMASA LAWATAN DATUK NAJIB KE KEDAH SABTU LEPAS…’SADA’ YANG SPONSER…kah kah kah

 GLC-GLC NEGERI…MASIH RAMAI ‘ORANG2 UMNO’ YANG JADI PENGERUSI. UST AZIZAN BIARKAN TAK NAK TUKAR PUAK-PUAK TU

SEBELUM INI KERAJAAN PR KEDAH TELAH BERJANJI NAK BERI RM500 JIKA ADA ‘KEMATIAN’. TAK KIRA MELAYU, CINA, INDIA ATAU APA BANGSA. TETAPI UST AZIZAN ‘BUAT PEKAK ROSMAH’…kah kah kah. WALHAL ITU JANJI PAKATAN RAKYAT KEPADA RAKYAT KEDAH SEMASA PRU12

LAST SEKALI…INI YANG PALING CANTIK DAN MENAWAN. UNTUK MAKLUMAT BENDAHARI UMNO BHG JERLUN TU IALAH ANAK SAUDARA UST AZIZAN. UST AZIZAN DAH BAGI KONTRAK BUAT JALAN BERNILAI JUTAAN RINGGIT KEPADA ANAK SAUDARA DIA NI…kahkahkahkahkahkahkahkahkah

@@@@MB PAS TOK NENEK APA NI woit…kah kah kah @@@

nak tahu banyak lagi baca kat sini

. …………………………………………………….

Menyusahkan semua orang Kerana Betapa Degil dan gila kuasanya si tua ini

[TERKINI 4.30 PAGI 4/3/2012] ALOR SETAR – Pertemuan khas misi damai yang diadakan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di sini, berlangsung lebih lima jam sehingga 3 pagi tadi, telah mencapai satu penyelesaian yang diputuskan “secara sebulat suara”, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub awal pagi ini.

Menurut beliau, keputusan itu yang diterima semua pihak akan diumumkan dalam waktu terdekat, kemungkinan tengah hari ini, pada sidang media khas.

Bagi Pas, salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat, yang menerajui kerajaan negeri sejak Mac 2008, kontroversi terbaru ini adalah ujian paling besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

“Sudah ada keputusan, keputusan ini keputusan sebulat suara… ia akan diumumkan dalam waktu terdekat. Itu sahaja yang boleh saya cakap buat masa sekarang,” kata beliau kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi sekitar jam 4 pagi tadi.

Wartawan yang menunggu sejak 8 malam tadi dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan hari ini. Lokasinya akan diberitahu kemudian.

Pertemuan lebih lima jam itu dibahagikan kepada dua iaitu pertemuan Salahuddin dengan pemimpin-pemimpin yang menjadi fokus kontroversi, dan keduanya mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri.

Jawatankuasa Kerja Pas Pusat telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan kemelut kepimpinan Kedah ini, di ibu negara Khamis lalu.

Difahamkan pertemuan sesi pertama dipengerusikan oleh Salahuddin selama dua jam manakala mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pula diketuai sendiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bermula 12 tengah malam dan berakhir sekitar 3 pagi tadi.

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang menjadi fokus kontroversi ini, apabila menolak tawaran untuk dilantik semula sebagai Exco pula berkata, biar Pas Pusat memberikan kenyataan terlebih dahulu.

Difahamkan kedua-dua Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi, masing-masing diberi masa sejam untuk mengemukakan hujah dalam pertemuan dengan Salahuddin.

Seorang lagi Exco Kerajaan Negeri yang menolak tawaran pelantikan semula, Dr Ismail Salleh tidak dipanggil untuk memberi hujah.

Kedua-dua pertemuan ini, sebahagian daripada usaha Pas Pusat untuk menyelesaikan kemelut kepimpinan negeri, diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri I dan II. Azizan adalah Pesuruhjaya Pas Negeri.

Dalam laporan awal Sinar Harian Online, disebutkan bahawa pertemuan bersejarah ini, menurut pemerhati dan penganalisis, tidak mungkin akan membawa kepada penyelesaian muktamad. Banyak pihak meragui sama ada pertemuan misi damai akan membawa formula penyelesaian.

Dalam pada itu, antara pemimpin Pas Pusat yang dilihat hadir awal pada pertemuan kali ini di Seri Mentaloon ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Salahuddin serta seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz merupakan pemimpin dari Kedah dan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Pun begitu, Sinar Harian Online difahamkan hampir sebahagian besar ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhububungan Negeri Kedah menghadiri pertemuan kali ini.

Pertemuan misi damai ini hanya bermula sekitar jam 10 malam tadi, lewat sejam berbanding maklumat yang diperoleh sebelum ini.

Keperluan mengadakan pertemuan ini diputuskan pada mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan di ibu negara Khamis lalu susulan kunjungan misi khas oleh Salahuddin ke Kedah awal minggu lalu.

Pihak media tidak dibenarkan masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar untuk membuat liputan, sebaliknya hanya dibenarkan berkumpul di depan pintu masuk utama Seri Mentaloon.

Wartawan Sinar Harian yang berada di lokasi pertemuan sejak 8 malam tadi juga melaporkan bahawa setiap kenderaan yang masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar diperiksa rapi dengan hanya mereka yang berkaitan sahaja dibenarkan masuk.

Sinar Harian Online juga difahamkan dua pemeriksaan perlu dilalui setiap kenderaan yang masuk ke pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar.
Mereka sekali lagi diperiksa sebelum masuk ke dalam dewan mesyuarat.

Malah ada sumber memberitahu bahawa kesemua pemimpin tidak dibenarkan membawa masuk alat perakam termasuk telefon bimbit ke dalam bilik mesyuarat bagi mengelak perbincangan disebarkan kepada umum.SH

…………………………………………….

Kalau PAS Pusat dok layan lagi alasan -alasan si  takabbur ego ni akan jadi huru hara berpanjanganlah PAS kedah…Dia ni sebenarnya hubbu riaasah(gila sangat kat jawatan)..nasihat exco-exco lain dia tak pakai langsung,kalau orang tegur kesalahan dia ,dia akan jawab dengan pelbagai alasan..bukan kata nak mengaku kesalahan dan mintak maaf…apa yang dia pakai kepala otok dia sorang jah dalam mentadbir kedah…


Responses

  1. Kalaulah begitu sila bagi katadua kepada azizan:

    samada dia mohon behenti atau diberhentikan !…..adilkan?

  2. Mai kita baca apa kata Mat Saman Kati:-

    Oleh: MSK

    Ramai orang minta aku tulis pasai Kedah ni.Aku pun tak berapa minat nak tulis pasai Kedah pasai dulu aku dah kata…”mampuih pi la kat hangpa.”

    Aku ada etika berlawan yang aku belajar dari boxing dan wrestling. Kalau lawan kita dah terduduk..kita tak boleh serang. Kalau kita serang jugak..kita
    boleh di singkirkan. (disqualified).

    Sekitar Mei 2011, aku dah tulis pasai Kedah. Aku kata Kedah dalam bahaya..silap-silap boleh tumbang. Aku kata macam tu sebab aku tengok trend pemerintahan Azizan yang lebih mesra-Umno dari mesra-Pakatan. Dalam satu mesyuarat, Ustaz Azizan pi kutuk PKR. “Kita ni dah lama dok kait rambutan..tapi galah tak cukup panjang. Nasib baik ada orang bagi tong untuk berpijak..dapat la kita buah moktan.”

    Ir. Zamry masa tu jawab balik..”dah dapat moktan tu..jangan la tendang tong.”

    Ustaz Azizan pun jawab balik..”tak pa..la ni, kalau tak dak tong pun kami dah boleh panjat”

    Itu cuma contoh antara Azizan dengan PKR. Dengan DAP, Ustaz Azizan kata masa bentuk kerajaan dulu..”BA ni antara Pas dengan PKR saja..DAP tak masuk sama.” Betui la cakap dia tu..sebab masa PRU 2008..bukan ada Pakatan Rakyat lagi.

    Apa yang aku nak cakap kat sini ialah..Azizan gagal memerintah Kedah disebabkan sikap cengei, ketegaq dan angkuh. Dengan reporter pun dia maki semacam ja. Perangai macam ni..akan menghasilkan apa yang berlaku di Terengganu tahun 2004.

    Toksah kata PKR dengan DAP…sesama Pas pun Azizan terlalu cengei dan angkuh. Bila Pemuda Pas Perlis kritik pasai KUIN, Azizan kata..”Sat lagi aku ambik balik Peghelih baru hangpa tau!!” whoa!!

    Tapi masa tu..bila aku tulih..macam-macam la orang kutuk aku balik. Bila aku tulih PRU 13 (Kedah), Kedah Lanie siarkan kembali posting aku dalam blog depa. Macam-macam la orang maki aku. (Tapi leceh sikit..semua komen itu tak boleh diakses lagi. Kecuali kalau di google macam kat bawah ni.)

    Aku tegoq masa hangpa tengah kuat..supaya dapat memperbetulkan keadaan. Tapi masa tu hangpa ingat hangpa kuat, sapa yang menegor dianggap saja nak cari pasai. Bukan tu saja, dalam blog Malaysiatimes pun ada jugak orang yang marah kat aku macam kat bawah ni.

  3. Bab teguq meneguq ni memang digalakkan dalam Islam..
    bab tak boleh teguq ni, kalau kat kampung aku memang “subuq”..
    teguq sikit dah nak melenting, nak bukak silat cekak..hehe..
    bukan apa, bila orang bawah teguq, terasa diri tu dah hilang perfect, dulu semua elok..pasai orang tak bersuara..tapi tak bergerak ke mana..

    teguq tu, pasai nak bagi elok, tak mau bagi jadi macam UMNO..PEKAK!!
    tak mau jadi ‘badan’ yang hipokrit…ptuih.!

    kepada pemimpin cawangan pun, kena basuh kepala sikit..
    orang lantik suruh buat kerja..bukan pi lena, baca surat habag STAR..
    bukan pi nga-nga, buat perabih minyak kereta saja, buang masa, buang tenaga, lebih baik duduk rumah cegah mungkar dalam hati saja..

    zaman lani orang dah dah ada macam-macam maklumat..
    bukan zaman 60-an nuu..
    buat kerja ikhlas tak ikhlas, orang dah boleh bau..
    ilmu, Allah yang bagi..
    jangan besar kepala, jangan pandang hina..
    kehidupan setiap manusia termasuk tuan hamba, ada tiga peringkat semua..

    nanti malam sebelum lena, letak tangan atas kepala..
    pikiaq hakikat laaa…
    kalau ligan dunia, dia hanya sementara..
    kalau dok sandiwara, tak dak la berkat dia..

    semoga kembali CERIA..

    “BIAR MAKIN MANTAP JANGAN KOI MAMLAP”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: