Posted by: pinkturtle2 | Mac 4, 2012

Tak payah tipu nak bela rakyat, kalau duit royalti pun tak nak bagi..

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan isu royalti petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri pimpinan Pas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan dalam beberapa bulan ini, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Pemimpin politik veteran kelahiran Kelantan ini berkata, perkara itu, yang kini didengar oleh mahkamah, adalah isu utama yang perlu diselesaikan jika BN mahu meningkatkan peluang mentadbir semula Kelantan.

Kerajaan Negeri Kelantan ditadbir oleh Pas sejak 1990. Kerajaan Negeri memfailkan kes tuntutan royalti minyak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 30 Ogos 2010, sehari sebelum negara menyambut ulang tahun sambutan Hari Kemerdekaan.

“Saya nak ingatkan kita tak boleh nak kata ini tuntutan Pas, bukan tuntutan Pas kebetulan saja Pas mendapat mandat dan menubuhkan kerajaan di negeri Kelantan tetapi ramai juga orang yang menyokong Umno di sana,” kata beliau dalam temu bual dengan Astro Awani, yang dirakamkan kira-kira seminggu lalu dan disiarkan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan lawatan kerja satu hari ke Kelantan semalam, dan antara lain meminta rakyatnya memberi mandat kepada kerajaan BN untuk memerintah negeri ini pada PRU13 bagi membolehkan perikatan itu menyelesaikan masalah dihadapi rakyat selama di bawah pemerintahan Pas.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN mampu menyelesaikan masalah rakyat termasuk masalah bekalan air, ladang rakyat, kemudahan asas dan perumahan rakyat.

Najib berkata, kerajaan BN akan mengubah landskap Kelantan dengan  pelbagai pembangunan yang menjadikan Kelantan membangun dan maju.

Kerajaan negeri Kelantan memulakan tindakan perundangan dengan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti  dianggarkan RM800 setahun sejak 2005 terhadap hasil minyak diperoleh dari luar pesisir pantai Kelantan.

Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tengku Razaleigh berkata, BN perlu menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak memandangkan ia sudah sebati dengan rakyat negeri pantai timur itu.

“Itu satu hal kerana begitu..begitu terlekat di hati orang Kelantan.

“Jadi kalau kita tak layan macam mana kita nak cari dia nak sokong kita, jadi ini satu faktor yang besar, kita tak boleh nak ketepikan kepentingan dia dan tiba-tiba kita nak dia sokong kita,” kata bekas Menteri Kewangan ini dan juga Pengerusi Petronas semasa perjanjian royalti petroleum ditandatangani dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 1975.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh berpendapat pemimpin Umno perlu mendekati rakyat Kelantan sepanjang masa kalau mahu diterima.

“Jadi kalaulah dekat pilihan raya baru kita nak tunjuk muka saya rasa kita tak laku, apatah lagi ada orang yang berceramah malam siang, selalu dengan mereka, kita hanya datang bermusim susah kita nak mengatasi pengaruh yang ditanam mereka mendekati rakyat umpamanya,” katanya yang merupakan Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1969.

Malah menurut beliau, politik bermusim hanya menyebabkan hubungan rakyat dan pemimpin renggang.SH

…………………………………………

“Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen”. Ini ucapan PM semasa di Baling kelmarin…kalau tengok betul2 pada kata-katanya memang hebat kalau seorang PM berpendirian macam tu…tunduk pada kehendak rakyat dan tunduk pada kuasa rakyat…… tapi hakikatnya PM kita menipu saja.. Duit royalti minyak yang wajib untuk kerajaan dan rakyat kelantan pun dia tak nak bagi..Sedangkan Kerajaan dan rakyat kelantan dah lama tuntut pekara ini…tapi PM najib masih tak tunduk pada kehendak rakyat rakyat kelantan dan kerajaan PAS kelantan…Ini maknanya PM kita seorang Penipu…cakap lain buat lain…Bukan setakat menipu tapi PM kita masih lagi angkuh dan bongkak…



Responses

  1. betul la tu spt kata Kuli ni. Bukan tu je PM kita ni tipu tapi krjasama dgn rejim zionist pun dia rahsiakn dari pengetahuan rakyat.

  2. “PETRONAS untung bersih selepas cukai sebanyak RM55.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, antara catatan tertinggi pernah direkodkan syarikat minyak nasional itu bagi tempoh sembilan bulan”..berita hari ini.

    sumbat kat mulut kau orang jelah!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: