Posted by: pinkturtle2 | Oktober 2, 2014

Tanda-tanda dekatnya kejatuhan kerajaan UMNO BN – MP Bachok

1485071_10152440497967423_7546608405397990429_n

Kenyataan Media
Ahli Parlimen Bachok

Pengumuman kenaikan harga petrol Ron 95 dan diesel oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) adalah sangat mengecewakan dan tidak bertanggungjawab.

Menjelang 12 tengah malam, 1 Oktober 2014, kita semua dapat menyaksikan ribuan rakyat diseluruh negara beratur panjang di stesen-stesen pam minyak bagi memenuhkan tangki kenderaan.

Rakyat kebanyakan hanya dapat mengambil peluang membeli minyak dengan kadar yg lebih murah beberapa jam sebaik pengumuman kenaikan harga minyak dibuat.

Manakala menteri-menteri UMNO saya percaya tidak akan tergesa-gesa mencari stesen minyak bagi mengambil peluang harga sedia ada sebelum kenaikan.

Ini hanyalah salah satu daripada ribuan bukti tanda-tanda dekatnya kejatuhan kerajaan UMNO Barisan Nasional, apabila pemimpin pemimpin mereka semakin jauh dan terpisah daripada permasalahan rakyat.

Setiap rakyat yang beratur panjang di stesen pam minyak seluruh negara adalah bukti betapa ramai rakyat yang terhimpit ekonomi mereka walaupun disaat pemimpin UMNO BN berdegar degar berbangga dengan dakwaan prestasi ekonomi negara yang baik.

Setiap rakyat yang beratur panjang ini, pasti membantah kenaikan harga minyak ini dan mempersoalkan dimanakah menteri atau wakil rakyat UMNO BN yang bersama membantah kenaikan ini.

Dan saya percaya bahawa kenaikan harga minyak ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan UMNO Barisan Nasional seterusnya membawa kepada keputusan bersama bahawa negara ini tidak lagi layak ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.

YB Ahmad Marzuk Shaary
Ahli Parlimen Bachok
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal
Parlimen & DUN Pemuda PAS Malaysia.
1 Oktober 2014


Responses

  1. Salam admin,
    selamat bersua kembali….kudos

  2. aloo geng lama…
    mai laa kerumun balik
    budak tadika, hang jngn lupa mai..
    great chief nanti sampai…

    kah kah kah

  3. maaf yb, rasanya yb hanya sekadar bercakap. bagi saya selagi yb tidak perbetulkan pergolakan dalam pas sekarang ni, umno bukan saja takkan jatuh, malah kelantan juga kemungkinan tumbang.

  4. BN menang, harga minyak naik. “Terima kasih” PM….

  5. Fabulous, what a web site it is! This website gives helpful
    facts to us, keep it up.

  6. Kenyataan media kat atas tu,,macam yakin sangat boleh maintain kelate?
    yg dok wat seghabut laa nie pun hangpa tak leh nk setel..
    kot umnuuuuuu libas balik kot ?

    kah kah kah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: