Posted by: pinkturtle2 | Ogos 18, 2015

Fiqh Hadith Mentaati Pemerintah Yang Zalim

Undur Najib

Fiqh Hadith Mentaati Pemerintah Zalim ( Satu Pandangan)

Hadith mentaati pemerintah yang zalim ialah hadith yang sahih. Fiqh kepada hadith mentaati pemerintah yang zalim berlainan dengan fiqh biasa. Fiqh mentaati pemerintah yang zalim tidak kelihatan dan tidak jelas maslahah dan mafsadahnya, mudarat dan manfaatnya. Ia cuma jelas setelah negara menjadi huru hara dan kacau bilau serta hancur lebur.

Tidak boleh diqiyas dengan logik akal yang terhad. Kita boleh lihat kesannya sepertimana yang berlaku di Mesir, Syria, Iraq dan Libya. Kesemuanya berlaku akibat rakyat keluar menentang pemerintah mereka yang dicanang sebagai zalim.

Dalam kaedah fiqh biasa, mencegah kemungkaran didahului berbanding menyeru ke arah kebaikan.

Berdasarkan hadith Rasulullah : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya, sekiranya tidak mampu, hendaklah mencegah dengan lidahnya dan sekiranya tidak mampu, maka hendaklah merasa benci didalam hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman. ( hadith sahih riwayat Muslim)

Tetapi didalam kaedah fiqh mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah, terdapat hadith-hadith khusus berkenaan dengannya. Tidak boleh diqiyas dengan hadith diatas. Ini kerana mudarat yang menimpa kepada rakyat lebih besar berbanding manfaat yang berlaku apabila pemberontakan rakyat terhadap pemerintah zalim dilakukan.

Hakikatnya, hadith mentaati pemerintah dan tidak boleh memberontak keatasnya hanyalah terhadap pemerintah yang zalim. Sebabnya pemerintah yang adil mendengar teguran rakyat dan amat-amat mengalu-alukan pandangan rakyat tentang corak pemerintahannya. Lagikan pula, rakyat tiada sebab untuk memberontak sekiranya pemerintah tersebut seorang yang adil.

Lagi satu, hadith mentaati pemerintah hanya khusus di zaman fitnah. Bukan bermakna hadith taat pemerintah bermakna pemerintah dibenarkan untuk berbuat sesuka hati terhadap rakyat.Kezaliman, penyelewengan, rasuah kesemuanya telah maklum ianya dosa dan tiada sesiapa yang menghalalkannya.

Kefahaman bahawa bilamana membawa hadith mentaati pemerintah bermakna pemerintah secara mutlak sebagai maksum, ialah satu kefahaman yang silap. Pemerintah ditaati kerana tidak mahukan mudarat yang lebih besar menimpa kepada umum berbanding apabila keluar memberontak kepadanya.

Tiada siapa memahami, dengan hadith mentaati pemerintah bererti bahawa rakyat wajib menjadi hamba abdi kepada pemerintah dan pemerintah boleh berbuat sesuka hati kepada rakyat. Ia lebih kepada menjaga maslahah dan mafsadah rakyat dan juga negara daripada mafsadah yang lebih besar seperti huru hara, kekacauan, hancur lebur, campur tangan kuasa asing dan seumpamanya.

Kaedah demokrasi yang memberikan suara kepada rakyat hakikatnya satu penipuan yang terlalu licik. Hakikatnya tidak begitu. Rakyat sebenarnya terpengaruh dengan isu-isu yang dimainkan oleh pihak media yang berkepentingan. Mereka mampu mengubah persepsi dan realiti serta pandangan rakyat melalui isu-isu yang dipilih.

Pemikiran dan persepsi rakyat dipandu dan dirancang oleh isu-isu yang dimainkan media dalam keadaan tanpa sedar kerana media mempunyai akses yang lebih luas.

Demokrasi hanya satu alat yang memperlihatkan bahawa setiap rakyat berkuasa atas para pemimpin mereka tetapi secara hakikat, demokrasi di negara Islam hanya melahirkan perpecahan kesatuan umat Islam akibat berbeza parti. Dalam masa yang sama ia cuba ingin menafikan hadith mentaati pemerintah akibat kelihatan tidak begitu relevan dengan sistem dan kaedah demokrasi.

Hakikatnya political funder lebih berkuasa berbanding suara rakyat.

Adakah hadith mentaati pemerintah berlawanan dengan logik akal?

Kita jawab, secara jujurnya tidak buat mereka yang mengkaji hadith dan beriman dengannya…fb Huzaifah Hadis


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: