Posted by: pinkturtle2 | Oktober 1, 2016

Kezaliman di bwh serambi Mekah

Andainya TGNA masih ada, ambo yakin Kerajaan Negeri tidak selesa dgn tindakan dan layanan tanpa peri kemanusiaan kepada masyarakat orang Asli, malangnya pemimpin yang ada hari ini terlalu naif utk mengawal nafsu tauke balak dan broker.

Hampir 30 thn pengalaman ambo bersama masyarakat orang Asli, ambo tidak pernah melihat pihak berkuasa bersama tauke balak bertindak kasar ke atas masyarakat yang masih tinggal di pendalaman.

FB Ust Che Ibrahim

‘……………….

 

KENYATAAN MEDIA JKOASM

JAWATANKUASA PUSAT JARINGAN KAMPUNG ORANG ASLI SEMENANJUNG MALAYSIA (JKOASM ) BERHUBUNG KEKERASAN DAN UGUTAN PIHAK BERKUASA ( POLIS DAN JABATAN HUTAN) YANG BERSEKONGKOL DENGAN PEMBALAK TERHADAP ORANG ASLI GUA MUSANG, KELANTAN YANG SEDANG MENGADAKAN SEKATAN JALAN BAGI MEMPERTAHANKAN WILAYAH TANAH ADAT MEREKA.

1. Hutan belantara merupakan Wilayah Tanah Adat dan kawasan berdaulat yang menjadi hak mutlak bagi Orang Asli. Maka ianya menjadi tugas dan tanggungjawab kami untuk menjaga, memelihara dan mempertahankannya daripada sebarang pemusnahan, pencerobohan dan penebangan serta pengambilan hasil didalamnya termasuklah pembalakan. Ini adalah amalan turun temurun yang diamalkan oleh setiap etnik dan suku kaum orang Asli berdasarkan kepercayaan dan hirarki kami didalam suatu kawasan.

2. Berdasarkan kes ugutan serta tindakan kekerasan yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Polis, Jabatan Hutan dan Syarikat pembalakan keatas masyarakat pribumi Orang Asli di kawasan Pos Simpor, Pos Kuala Bering, Pos Gop, Pos Simpur, Kampung Gawin dan Kampung Bering, Gua Musang Kelantan pada 28 September 2016 ketika mengadakan sekatan jalan bagi menghalang pembalakan di Wilayah Tanah Adat mereka, maka Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) merasa kesal dan kecewa serta mengecam sekeras-kerasnya atas segala tindakan kekerasan tersebut, kerana apa yang dilakukan ini adalah sangat-sangat tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi mereka sebagai pemilik kawasan tersebut serta sebagai warganegara Malaysia, sedangkan sekatan jalan yang dibuat adalah bagi mempertahan serta menjaga kawasan tersebut daripada sebarang pemusnahan. Tindakan sedemikian mengesahkan bahawa mana-mana pihak luar termasuk kerajaan negeri, polis, jabatan hutan, syarikat-syarikat balak dan pekerja-pekerja balak memandang rendah dan tidak langsung ada rasa hormat kepada Orang Asli.

3. Kami juga merasa kesal dengan tindakan Polis kerana sering berada dalam keadaan berat sebelah didalam menangani isu sebegini, yang mana mereka lebih menyebelahi syarikat pembalakan berbanding menjadi orang tengah didalam setiap masalah berkaitan Orang Asli. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa insiden pencerobohan Wilayah Tanah Adat Orang Asli ditempat lain seperti di Kampung Lubuk Perah, Bera Pahang, dimana polis lebih menjadi dalang bagi memusnahkan tanah dan hak Orang Asli.

4. Melepaskan tembakan untuk mengugut dan menakutkan Orang Asli (tidak kira ke udara atau ke arah lain) seperti yang dilakukan didalam operasi mereka ini, adalah suatu perbuatan jenayah yang harus disiasat dan diambil tindakan oleh polis, dimana perkara ini tidak harus berlaku sedangkan polis turut berada ditempat kejadian.

5. Orang Asli sering dipersalahkan dan dianggap tiada hak serta sering mendapat layanan buruk dan dipandang rendah oleh bangsa lain didalam isu berkaitan hak tanah dan hak asasi, sehingga mewujudkan perbezaan taraf bangsa dan keturunan mengikut kacamata kerajaan dan penguatkuasa. Setiap tindakan mengambil dan menceroboh tanah Orang Asli juga sering membelakangi kehendak, suara serta keperluan Orang Asli setempat dan dianggap halal, dan sentiasa mendapat izin dari pemerintah tanpa mengira situasi dan kedudukan masyarakat Orang Asli disekitarnya, malah Orang Asli sering dipersalahkan jika tidak bersetuju dengan projek yang diluluskan walaupun iannya akan mengancam kehidupan serta masa depan bangsa kami untuk jangka panjang, ia termasuklah pengeluaran lesen pembalakan disuatu kawasan wilayah Adat Orang Asli.

6. Kami sering terdedah dan mendapat kesan sampingan daripada kemusnahan hutan dan pembalakan yang dilakukan dimana segala sumber pencarian dan kehidupan telah hilang, pencemaran punca air dan hakisan, serta mendapat masalah kesihatan akibat dari punca air yang tercemar.

7. Kami juga amat kecewa dengan tanggapan sesetengah pihak terutama kerajaan dan sekutunya (tidak kira kerajaan negeri atau kerajaan pusat) kerana sentiasa memandang rendah keupayaan dan kebolehan Orang Asli didalam soal hak dan menjaga hutan kerana sering mengangap kebangkitan Orang Asli dalam mempertahan hak adalah atas hasutan orang lain sedangkan telah banyak penafian hak yang dibuat oleh pemerintah terhadap Orang Asli sehingga kami sudah tidak tahan lagi dengannya, maka telah sampai masanya untuk Orang Asli sedar dan bangkit melawan segala penindasan yang berlaku.

8. Kami Orang Asli sangat berterima kasih kepada rakan-rakan NGO serta aktivis hak asasi manusia dan lain-lain yang begitu banyak membantu didalam memberi kesedaran tentang hak sebagai penduduk dan warganegara.

9. Oleh yang demikian kami dari Jaringan kampung ORANG ASLI SEMENANJUNG MALAYSIA sekali lagi menegaskan:

– HENTIKAN KEKERASAN TERHADAP ORANG ASLI YANG SEDANG BUAT SEKATAN JALAN DAN HENTIKAN PEMBALAKAN DENGAN SEGERA!

– MENGUGUT DAN BERTINDAK KASAR KEPADA ORANG ASLI YANG TELAH MENJADI MISKIN DAN MANGSA KERAKUSAN SYARIKAT BALAK SERTA KERAJAAN YANG MEMBENARKAN PEMBALAKAN TERSEBUT ADALAH SATU TINDAKAN TIDAK BERTAMADUN!!!

– HENTIKAN MENUDUH BAHAWA ORANG ASLI DIHASUT DALAM SETIAP TINDAKAN SEDANGKAN ITU ADALAH ATAS KESEDARAN MASYAKAT ORANG ASLI ITU SENDIRI!!
Sekian, Terima kasih.

Disediakan oleh,
Tijah A/P Yok Chopil,
Pengerusi JKOASM
Tel : +6013 5219826


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: