Posted by: pinkturtle2 | Oktober 9, 2016

Memudharatkan rakyat.. hasil dr melantik pemimpin2 yg bodoh

Isu Balak.

Jangan salahkan Taukey Balak 100% sebab memang Taukey Balak, hidupnya berniaga Balak. Kalau aku jadi Taukey Balak, semua kawasan yang ada Balak tak kira dalam Hutan Simpan atau bukan Hutan Simpan aku mohon untuk tebang Balak.

Jangan salahkan Orang Asal yang sekat kerja-kerja pembalakan sebab Orang Asal hanya mempertahankan Hak mereka, Sungai adalah punca utama minuman mereka, binatang hutan adalah makanan mereka. Tanah hutan adalah tempat mereka bercucuk tanam.

Jangan salahkan Taukey Balak yang membalak secara sah dalam kawasan Hutan Simpan sebab mereka diberi kebenaran oleh pihak yang berkenaan untuk membalak dikawasan larangan.

Jangan salahkan Orang Asal yang halang pembalakan dikawasan Hutan Simpan sebab kehidupan Masyarakat Orang Asal terjejas teruk bila kawasan hidupan mereka tercemar oleh aktiviti pembalakan walaupun kerja membalak itu dijalankan secara sah dan berlesen.

Jangan juga salahkan aktivis-aktivis yang menyokong Orang Asal sebab sokongan yang diberi bukan secara membabi-buta tetapi berasas.

Siapa yang luluskan permohonan Taukey-Taukey Balak untuk membalak dikawasan Hutan Simpan…???

Siapa yang benarkan kerja-kerja membalak hingga mengganggu kehidupan Masyarakat Orang Asal…???

Siapa yang luluskan permohonan membalak tanpa memikirkan kesan sampingan pada Bumi dan juga Hidupan…???

Siapa…???

Menteri Besar…??? Timbalan Menteri Besar…??? EXCO-EXCO…??? atau Husam Musa…???

Fb  TP

………………..

Kerajaan Islam jenis apa macam ini.Apa sebenarnya nak ditonjolkan atas nama kerajaan islam yang suci ini.Dalam ceramah mulut berbuih melopong dg suara yg lantang mengaku membela seluruh rakyat dlm jajahannya tapi  malang  sekali  dalam pemerintahannya hanya memikirkan duit dr  tauke2 balak  semata2 dan dalam masa sama tak memikirkan kesan buruk hasil dari Pembalakan (atas nama pembangunan) yang telah menimpa rakyatnya bakal diterima oleh rakyatnya..?

Masalah dari kesan Banjir Mega 2014 pun sampai sekarang masih tak dapat diselesaikan dengan baik, masih ramai mangsa banjir yang tinggal dalam runtuhan rumah, masih juga nak diteruskan Pembalakan dikawasan tadahan hujan.

Pimpinan-pimpinan kerajaan islam yg tak bertanggungjawab macam ni kalau kita jumpa elok bagi teguran  je atas  muka – “kalau  tak  pandai  mentadbir negeri jngan jadi bodoh bangang  tak  nak dengar nasihat Dan teguran rakyat”

Dah la  bodoh tak  boleh diajar kebodohannya pulak merosakkan Dan memudharatkan orang ramai.

Sedikit edit dr  fb TP


Responses

  1. Jangan salahkan tauke balak? Tahukah anda siapa tokey balak yg sebenar? Tak lain tak bukan MB dan TMB lah……ini lah kerajaan islang sekular nusantara. Jgn lwn wow!, nanti munapik!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: