Posted by: pinkturtle2 | Oktober 17, 2016

Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat

Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan?

Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan?

Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kawasan hutan yang rosak akibat penebangan secara rakus dibuat oleh syarikat yang mendapat subs dari KPK. Hinggakan kawasan tapak perkuburan orang asli pun mereka sanggup ceroboh gara-gara mengejar kualiti kayu yang bernilai tinggi.

Didalam sosialis, balak adalah salah satu sumber mineral yang wajib disosialkan. Ini bermaksud, kerajaan wajib menguruskan 100% sumber ini supaya keuntungan dapat dimaksimakan untuk penanaman semula dan untuk 1.5juta rakyat.

Apabila balak diswastakan, kapitalis ini akan meninggalkan tanggungjawab sosial kepada alam dan masyarakat sekitar. Sebagai contoh di kampung rondong. Oleh kerana mereka mahu mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda, mereka sanggup menceroboh kawasan perkuburan orang asli. Bahkan, jarak penebangan balak juga tidak menepati standard undang-undang alam sekitar iaitu 50 meter dari sumber air.

Sebelum ini, pemerintah negeri melaung-laungkan bahawa mereka yang terbaik. Mereka juga melaung-laungkan bahawa ISLAM yang dibawa mereka adalah islam yang paling tepat. Tetapi jika kita bandingkan kata-kata mereka dengan perbuatan yang mereka buat, adakah ianya betul? Islam apakah yang mengajar supaya tanah perkuburan agama lain boleh diceroboh? Islam apakah yang mengajar supaya alam sekitar boleh dirosakkan dengan begitu teruk?

Kesan daripada pemberian lesen membalak kepada pihak lain, kerajaan hanya mendapat sekitar lebih kurang RM2000 untuk seekar berbanding syarikat kapitalis balak yang mendapat lebih kurang RM30000 seekar. Jika 1000 ekar, kerajaan (baca rakyat) cuma dapat lebih kurang rm2juta berbanding pembalak mendapat rm30juta.

Persoalannya, adakah pendapatan rm2juta berbaloi dengan apa yang pembalak ini sudah rosakkan?

Megat Arjuna.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: