Posted by: pinkturtle2 | Oktober 17, 2016

Penyalahgunaan kuasa oleh jabatan perhutanan Kelantan. SPRM???

 

Kenyataan Akhbar
14/10/2016

PSM dan Rakyat Malaysia yang prihatin akan membuat laporan polis di seluruh negara berkenaan halangan Jabatan Perhutanan Kelantan (JPK) di jalan masuk Pos Tohoi / Pos Simpor, Gua Musang, Kelantan

Kami ingin memaklumkan bahawa PSM dan rakyat Malaysia yang prihatin akan membuat laporan polis di seluruh negara berkenaan tindakan JPK yang telah menghalang jalan masuk seperti di atas sejak 11/10/2016. JPK sepatutnya menjaga hutan-hutan di Kelantan melalui Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984 (APN). Apa yang berlaku sekarang di Kelantan ialah JPK menggunakan Seksyen 47 untuk menghalalkan pembalakan hutan di Hutan Simpan Balah, Gua Musang.

Ini adalah salah guna kuasa yang sangat jelas. Jabatan Kerajaan yang dipertanggungjawab untuk menjaga hutan di Kelantan kini ‘memakan’ hutan itu sendiri seperti pepatah ‘harapkan padi, padi makan pagar’. Apakah yang akan dibuat oleh JPK selepas ini, manahan OA yang menghalang lori balak? Adakah ini akan dibantu oleh agensi-agensi Kerajaan lain seperti polis dan; Pejabat Tanah & Galian (PTG) Kelantan?

JPK harus menghormati hak dan kebebasan OA seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. JPK juga harus berterima kasih terhadap kaum OA kerana menolong menjaga hutan-hutan di Kelantan.

Kami tidak akan berdiam diri memerhatikan pencabulan hak OA!

Kempen laporan polis ini akan berterusan selagi JPK tidak membuka halangan mereka di jalan masuk Pos Tohoi / Pos Simpor. Sampel laporan polis ini adalah seperti dalam lampiran di bawah

Sekian.

Yang benar,
Suresh Kumar,
Biro OA PSM
019-569-6964

Sampel laporan polis
Aduan Polis Terhadap Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Kerana Menyalahguna Kuasa Jabatan Perhutanan Kelantan (JPK) Untuk Mengepong Masyarakat Orang Asli (OA) di Pos Tohoi / Pos Simpor

1. Lebih kurang sebulan yang lepas, masyarakat Orang Asli di Pos Tohoi / Pos Simpor, daripada 33 buah kampung OA telah menghalang pergerakan lori-lori kayu balak di kawasan mereka. Lori-lori ini menangkut kayu balak dari Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah.

2. Pembalakan di kawasan sekeliling kampung-kampung mereka telah menghancurkan ekonomi tradisi mereka. Hasil hutan seperti binatang yang biasa diburu, pokok dan tumbuhan makanan, ubatan tiada lagi di situ. Bekalan air mereka menjadi keruh akibat aktiviti pembalakan ini.

3. Pada 3/10/2016, Pengarah JPK, Zahari Ibrahim telah mengumumkan bahawa pembalakan akan ditangguh buat sementara di HSK Balah. Masyarakat OA berasa lega dan gembira kerana mereka anggap masalah mereka diambil berat jabatan kerajaan.

4. Tetapi pada 11/10/2016 pihak JPK telah menyekat akses ke kawasan blokade. Barang makanan pun tidak dibenarkan dibawa masuk. Peguam mereka dan wartawan juga dilarang masuk.

5. JPK memang memunyai kyasa untuk sekat kemasukan ke mana-mana kawasan hutan mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984. TETAPI KUASA INI ADALAH UNTUK MELINDUNG HUTAN DARIPADA PENCEROBOHAN KOMERSIAL. Kuasa ini tidak boleh disalahgunakan untuk mengepong OA yang sedang berjuang untuk menghentikan pemusnahan hutan di keliling mereka. OA ini sebenarnya sedang membantu Jabatan Perhutanan untuk menjaga kawasan hutan.

6. Tindakan Jabatan Perhutanan mencabuli hak asasi Masyarakat OA di Pos Tohoi / Simpor. Kami mahu pihak polis menyiasat:

a.) Siapakah yang memberi arahan menyekat akses ke kawasan ini? Adakanya arahan ini datang dari EXCO Kerajaan Negeri Kelantan ataupun adakah ini keputusan Pengarah JPK sendiri?

b.) Apakah kaitan komersial / rasuah di antara pihak yang memberi arahan menyekat akses dengan pemilik syarikat-syarikat pembalak yang beroperasi
di kawasan itu?

c.) Adakah menyekat akses ini boleh dikaitkan dengan hubungan rapat di antara JPK dengan Persatuan Usahawan Perkayuan Kelantan (PUPK)? Hubungan ini dikatakan rapat kerana kami sering membaca di suratkhabar berkenaan majlis makan yang dianjurkan oleh PUPK untuk JPK. Di dalam majlis-majlis sebegini, kedua PUPK dan JPK mengambil giliran menuduh OA menghalang pembalakan di Kelantan. Contohnya pada 10/4/2016 [Rujuk Sinar Harian Edisi Kelantan]

d.) Adakah sekatan ke kawasan blokade mencabuli hak OA tempatan dan penyokong mereka dari luar? Adakah ini menyekat kebebasan seperti yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia?

e.) Adakah menyekat barangan keperluan asas seperti makanan dan ubat merupakan satu kesalahan di sisi undang?

Kami mahu pihak polis bertindak secara profesional dalam situasi ini dan elak dari menyebelahi JPK atau pun Kerajaan Negeri Kelantan. Kami mahu pihak polis menyiasat perkara-perkara yang telah kami sebutkan di atas dan menasihati JPK supaya tidak mencabuli hak OA dengan mengabaikan tugas asas mereka; iaitu menjaga hutan di Malaysia.

Sekian laporan kami.

Yang benar,

Nama:
Nombor kad pengenalan:


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: