Posted by: pinkturtle2 | Oktober 28, 2016

Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini..

Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa perkara yang aku lihat.

Pertama, Exco agama Kelantan serang peribadi Dato Husam bila gagal menjawab soalan. Seperti biasa, budaya mengejek sambil menyerang keperibadian lawan adalah gaya politician melayu. Mujur Husam tidak bertanya apa kelulusan akademik yang Exco agama Kelantan miliki sehingga melayakkan dia dilantik Exco agama? Dan mujur juga Husam tidak menawarkan debat dalam bahasa Inggeris atau Arab kepada Exco agama Kelantan diluar dewan kerana Husam boleh menguasai kedua-dua bahasa tersebut dengan baik. Dan tipikal pelajar melayu lulusan Mesir rata-ratanya tidak boleh berbahasa inggeris dengan baik hatta bahasa inggeris yang asas. Apatah lagi jika pelajar tersebut tidak habis belajar atau tidak lulus.

Kedua, Exco agama Kelantan dilihat terlalu sangat kekampungan bila bercakap menggunakan laras bahasa kedai kopi. Sebagai orang yang mengaku diri Ulama, memegang portfolio Exco Agama tidak wajar beliau menggunakan bahasa jelek. Politik ialah ilmu membincangkan khidmat kepada rakyat. Politik bukan ilmu mengejek dan menyerang peribadi lawan. Sekiranya selepas ini keperibadian Exco Agama Kelantan diserang dan diaibkan tidak kira dari mana-mana pihak , jangan disalahkan kepada sesiapa kerana beliau sendiri bersikap sedemikian kepada orang lain. Sepatutnya hujah perlu dilawan hujah. Bukan sentimen dan prejudis. PAS Kelantan adalah rujukan PAS seluruh Malaysia. Jika intelektual Exco Agama Kelantan hanya sekadar itu maka tidak hairan orang tidak berpelajaran seperti Mokhtar Senik dan Azli Taliban boleh dianggap Ulama PAS diluar Kelantan.

Ketiga, satu pujian kepada Adun PAS Tawang kerana berani mengkritik Husam secara anak jantan. Beliau juga mengkritik Exco Agama Kelantan sebagai penakut tanpa berselindung. Hanya di Kelantan, boleh dilihat perkara ini. Adun PAS dari Tawang membidas Adun PAS dari Meranti secara anak jantan. Adun PAS dari Tawang juga merupakan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan.

Keempat, kesemua Exco gagal menjawap persoalan Dato Husam dengan baik. Dewan gamat seketika bila Husam yang mewakili DUN Salor meminta laporan audit dalam dibentangkan secara terbuka di dewan. Beberapa Adun UMNO turut menyokong cadangan Husam. Isu balak turut diungkit oleh Husam Musa. Husam terus menerus menyerang kesemua Exco Kerajaan Kelantan. Dan kesemua Exco tidak menjawab dengan baik dan memusing kenyataan bila menjawab.

Secara peribadi, aku sayang Kelantan. Aku bukan politician dan tidak berminat untuk jadi politician. Aku rakyat marhaen yang melihat PAS telah gagal memberi manafaat baik kepada rakyat. Pengurusan sisa pepejal dan sampah pun PAS gagal urus. Belum lagi dikira kegagalan PAS tarik pelabur asing untuk beri ruang kerja kepada rakyat Kelantan. Persepsi dan prejudis dijadikan modal kempen politik PAS. Realitinya PAS bukan memberi khidmat yang baik. Aku non-party. Aku lebih suka hidup bebas. Tanpa terikat dengan mana-mana parti. Aku bahagia hidup sebegini. Hidup berparti membuat kita cenderung tinggi untuk tidak bersikap adil. Hidup berparti juga berpontensi untuk kita bersikap assobiyah iatu sikap yang tidak diakui umat oleh Nabi. Namun, aku teringat pujian Prof Madya Dr Maza kepada Husam pada tahun 2013 di Putrajaya. Kata Dr Maza, Husam adalah ahli politik berkualiti tinggi. Terbukti, dakwaan Maza itu benar. Seorang diri Husam telah membuatkan kesemua Exco Kerajaan Kelantan kelam kabut untuk menjawap persoalan. Sehingga Exco Agama Kelantan terpaksa menyerang peribadi Husam sebagai point. Ya Allah, selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini..

FB Muhammad Kamal


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: