Posted by: pinkturtle2 | Mei 9, 2017

Pendedahan Prof Ahmad Atory Hussin – Part 3


Rumusan menarik wawancara GHB Media TV dgn Prof Ahmad Atory Hussin:
1. Pas dilihat kuat/kukuh dari segi parti kerana solid menyokong Presiden. Namun belum tentu kuat dlm ruang macro politik Malaysia.
2.  Strategi Pas bersendirian, satu strategi yg silap dlm lanskap politik multi racial di Malaysia.
3.  RUU355 menjadi faktor secondary dlm memikat pengundi tetapi faktor penentu sama ada Pas bersama PH atau  bersama UBN.
4.  Pandangan profesional Prof Ahmad terhadap Dap telah berubah yg dulu dianggap ultra Chinese kepada pandangan bhw Dap telah berubah kepada sikap sederhana dan “menerima”  kedudukan org Melayu, Islam, bahasa Melayu dan Raja Melayu.
(Prof Ahmad hairan selama lebih 20 tahun berkawan dgn Dap dan dgn bantuan Ku Li dan Anwar Ibrahim, Dap berjaya disederhanakan. Tetapi kini Pas mengganggap Dap sebg musuh utama dalam keadaan byk kerusi yg dimenangi Pas dgn bantuan Dap. 
Bagi Prof Ahmad, sikap baru Pas ini merugikan mereka. Dalam keadaan kesederhanaan Dap ini Tun Mahathir memperoleh manafaatnya dgn bekerjasama dgn Dap).
5.  80 kerusi parlimen yg disasarkan oleh Pas, besar berkemungkinan wujudnya kerjasama dgn Umno.
6.  Potensi PH menguasai Putrajaya: Prof Ahmad Atory memberi unjuran positif bahawa PH mampu memguasai Putrajaya atas hujah berikut:
a.  Pas kerugian kerana bermusuh dgn Dap, kehilangan undi Cina. Dipetik dapatan Rafizi, 40% ahli Pas berpindah sokongan ke pihak lain termasuk Amanah.
b.  Faktor penetrasi media baru yg mendedahkan isu² nasional dalam kalangan rakyat Malaysia hatta di pedalaman Sabah dan Sarawak.
c.  Umno kini menghadapi masalah integriti yg dipersoalkan rakyat hasil drpd pendemokrasian maklumat tetapi Umno dilihat tidak mahu berubah dan pemimpinnya byk yg tidak “perform”.
d.  PH diwakili oleh pemimpin2 yg telah dikenali oleh rakyat Malaysia yg begitu “perform” spt TM, Muhyidin dan Anwar Ibrahim. Kerisauan dan keraguan trhdp kemampuan PH mengambil alih Putrajaya dapat ditolak. Hujah ini selari dgn hujah Datuk Husam Musa.
e.  Bagi yang bersikap pesimistik pimpinan dalam Bersatu/PPBM berasal dari UMNO, Prof Ahmad menegaskan tiada pimpinan yg benar² bersih 100%. Yg penting mereka insaf, menubuhkan parti baru utk menentang Umno yg tiada integriti dan menawarkan utk mengambil alih negara. Mereka adalah pemimpin yg wibawa.
7.  Prof Ahmad Atory optimis PH mampu menang dlm pru14 nanti.
Nota: Terima kasih pd GHB Media TV. Prof Ahmad ini dulunya peminat tegar UMNO.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: