Posted by: pinkturtle2 | Mei 15, 2017

LEMBAH SIREH SUDAH KELAUT, LEMBAH BINJAI PULA RAKYAT TERPAKSA TANGGUNG. 

​Lembah sireh adalah satu contoh kegagalan  kerajaan Islam kelantan dalam pengurusan urustadbir sebuah kerajaan. Tergadai begitu sahaja tanpa pulangan yang menguntungkan di pihak kerajaan seperti yang dijanjikan pemaju dalam perjanjian asal.Di pihak rakyat pulak,apa maslahah yang rakyat dapat hasil dari tidak pandainya kerajaan dalam mengurus harta Negeri yang merupakan hasil mahsul yang sepatutnya maslahah daripada tindakan kerajaan itu akan kembali untuk kebajikan dan kebaikan Rakyat jelata.
Agenda rakus dan pelahap ustaz2 yang bergelar ulaaamak yang tidak pandai mentadbir negeri ini seterusnya adalah Projek lembah Binjai dengan pemaju yang telah mereka pilih tanpa ada perbincangan dua hala dengan rakyat jelata terlebih dahulu.Rakyat yang mana tanah2 mereka terlibat dalam perwartaan ini bangkit membantah pada kerajaan Islam pimpinan ustaz ustaz yang telah terbukti rekod mereka tidak mahir dalam hal ehwal pentadbiran sebuah Negeri sehingga banyak merugikan Negeri dan rakyat.Dan yang paling malang sekali dalam kes kes seperti ini sebelum ini adalah rakyat jelata.Merekalah yang menanggung akibatnya dengan terlepas tanah2 mereka begitu sahaja..
Insaflah wahai pemimpin2 rakus berjubah berkopiah yang bergelar ulamak atau ustaz (setengah tu tak layak dipanggil ustaz sebab fail di mesir x dapat sijil) hentilah kerja2 menyusahkan rakyat. Dengarkanlah aduan dan rintihan rakyat jelata. Janganlah mengkhianati amanah Allah dalam menguruskan hasil mahsul kerajaan untuk Rakyat. Sedarlah semua ini akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah taala nanti.
Dipihak rakyat jelata pulak, kita semua akan berdosa sekirannya memilih lagi pemimpin2 yang tidak amanah dan tidak mampu mentadbir negeri sebagai pemimpin dalam pemilihan yang akan datang kerana amanah ini berdosa sekiranya kita memberi kepada yang bukan ahlinya.Untuk menjaga duit masjid pun berdosa sekiranya kita memberi kepada yang tidak amanah yang celiko dengan duit,kerana itu melibatkan duit derma orang ramai. Inikan pulak sebuah Negeri yang kaya dengan pelbagai hasil mahsul Balak, emas, lombong bijih, tanah dan sebagainya lagilah amat memerlukan seseorang yang benar2 amanah dan mampu dalam pengurusan urustadbir sebuah Negeri.

Advertisements

Responses

  1. Besar sungguh nafsu serakah olamak2 Pas ni……..warisatul ambiya ke ni?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: