Posted by: pinkturtle2 | Mei 16, 2017

BETAPA LICIKNYA LEBAI MENTADBIR, SATU PERSATU TANAH MILIK KERAJAAN TERLEPAS PEGANGAN HILANG BEGITU SAHAJA.. 

Akhirnya esok pagi berlangsunglah Majlis Pecah Tanah Kondo Masjid Telipot yang rentetan surat bantahan kepada banyak pihak supaya Masjid diperbesarkan dikesampingkan dan tidak didengari oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Untuk pengetahuan semua Tanah yang bakal dibina Kondo ini adalah tanah yang anugerahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan semasa zaman Datuk Asri untuk dijadikan Taman Asuhan Kanak-Kanak pertama di Kelantan dan bila Zaman Tan Sri Mohamed Yaacob pula diperkemaskan dengan diletakkan dibawah jagaan YIK (BUKAN DIBERI MILIK KEPADA YIK) bermula 1978 dengan niat ia terus menjadi kawasan institusi pendidikan dan mengembangkan syiar Islam, 
Tapi bila tiba kepada giliran Kerajaan PAS Kelantan sekarang setelah habis tanah hutan difaraidkan untuk balak , mereka senyap2 memasukkan permohonan merancang membina kondominium 24 Tingkat dengan menggunakan Lot 235, Seksyen 20. iaitu Lot Masjid itu sendiri selepas PRU13 pada 21 Julai 2014 ,pada ketika ini Nama YIK masih tiada dalam Geran Tanah tersebut.- 
Persoalan Pertama timbul bagaimana Permohonan Kebenaran merancang oleh sebuah badan yang tiada pemilikan keatas tanah tersebut.
Persoalan Kedua diperingkat ini, bolehkah permohonan merancang atas lot lain tetapi telah menggunakan nama lot lain iaitu lot Masjid itu sendiri.
Pada 20 Ogos 2014 Kelulusan telah dikeluarkan oleh MPKB dan mengejutkan tak sampai sebulan dari tarikh ia dihantar, malah untuk pembinaan Bangunan sebesar ini dikawasan kejiranan sedia ada tiada satupun public inquiry dilakukan bersama penduduk.
Menyedari situasi tersebut Kerajaan Negeri Kelantan menganugerahkan secara tergesa2 kepada Yayasan Islam Kelantan tanah itu pada 30 Julai 2014 iaitu selepas permohonan merancang dihantar atas Lot Masjid Telipot Lot 235. menjadikan Lot baru PT470 keluar geran atas nama Yayasan Islam Kelantan.
Kelulusan ini  secara tidak langsung melanggar apa yang telah ditetapkan oleh Rancangan Tempatan Kota Bharu 2020 (RT2020) yang mengkelaskan hanya pembangunan untuk institusi pendidikan dibenarkan ditanah tersebut.
Pada 10 Sept 2014 , Satu surat bantahan rasmi penduduk kawasan kejiranan sekitar Masjid Telipot iaitu kejiranan Raja Dewa telah dihantar kepada semua pihak berkepentingan termasuk kepada Adun Bunut Payong YB Dr Ramli Mamat , Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Datuk Takiyuddin Hassan , malah kepada MB dan TMB sendiri. 
Bantahan tidak diendahkan dan rentetan itu satu bantahan aman diadakan di perkarangan Masjid Telipot pada 29 Mei 2015. Namun respon Kerajaan Negeri dalam sidang Dun pula menyatakan pihak AJK Masjid tidak membantah projek itu. 
Kerajaan Negeri dilihat cuba memperbodohkan penduduk Kejiranan Raja Dewa kerana Jawatankusa Masjid Telipot ini dipengerusikan oleh Datuk SS sendiri malah beliau juga adalah Ahli Lembaga Yayasan Islam Kelantan itu sendiri , mana mungkin mampu diperingkat Jawatankusa Masjid membantah?. Juga Gambarnya jelas terpampang pada Banner Majlis Pecah Tanah itu.
Setelah kelulusan diperolehi , YIK mencari beberapa pelabur dan tak kurang juga yang tidak berminat sehinggalah pada 21 Jan 2016 Syarikat Jalur Saujana Sdn Bhd yang menandatangani MOU ini untuk membina dan untuk tidak menimbulkan kemarahan Rakyat tentang ini mereka telah menggunakan Orang Islam sebagai Penama dalam syarikat walau hakikatnya ia adalah milik sepenuhnya Protasco Berhad. dibawah Dato Sri Ir Chong Ket Pen. dan mereka maklum kepada Rakyat ini adalah kondo Patuh Syariah pertama seumpamanya di dunia.
Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak Kejiranan Raja Dewa termasuk pada 11 April 2017 ,menghantar surat bantahan kepada Jabatan Perancang Bandar , dan juga memohon kepada YIK jika wang lah yang dikejar mereka mohon untuk jualkan tanah tersebut kepada rakyat dan diwakafkan kembali untuk pembinaan Masjid atau pusat pembelajaran Islam di sebelah Masjid itu. Tetapi apa boleh buat yang berkuasa sudah buta tak dapat melihat apa yang lebih baik.
Begitulah liciknya satu persatu tanah milik Kerajaan Negeri terlepas pegangan hilang begitu sahaja. Lebih menyedihkan peluang untuk Masjid Bersejarah Telipot dibesarkan telah diketepikan demi untuk mengaut keuntungan.
#HELPMASJIDTELIPOT

MOHD ZAKRI

Advertisements

Responses

  1. Kalau belum, buat solat hajat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: