Posted by: pinkturtle2 | Mei 17, 2017

KONDO MEWAH VS MASJID TELIPOT.. SURAT TERBUKA UNTUK MB KELANTAN

Tahniah MB.. 

Terima Kasih MB… 

Selesai sudah majlis pecah tanah untuk projek kondo mewah tepi Masjid Telipot.. 
Sebagai rakyat MB dan sebagai  Pengerusi Amanah di Dun Bunut Payung yang mana projek kondo mewah ini terletak dalam dun Bunut Payung, ambo ingin bertanya beberapa soalan pd MB.
1.Oleh kerana tanah ini tanah milik  kerajaan, jadi apa kepentingan, manfaat dan pulangan kepada rakyat hasil dari terbinanya kondo mewah ini dan terlepasnya tanah milik kerajaan ini kepada pemaju. 
2. Apakah alasan MB sehingga tidak memperdulikan dan mengendahkan bantahan penduduk2 setempat, NGO2 terhadap projek ini.Dan surat bantahan rasmi penduduk telah dihantar kepada MB sendiri pada 10 sept 2014.
3. Sebagai seorang ustaz, adakah MB tidak mengetahui bahawa betapa berdosanya seorang pemimpin yang tidak memperdulikan rintihan rakyat dan tidak mengambil peduli permintaan Rakyat dengan alasan2 yang munasabah agar tidak membina kondo mewah bersebelahan dengan masjid telipot ini. 
4.Adakah MB tidak membaca hadis2 yang banyak membicarakan tentang konsep Amanah kepimpinan dan urusan pemimpin dengan rakyat di dalam Islam. Sebagai satu contoh sebuah hadis yang saya tulis ini. Saya rasa MB selalu membaca hadis riwayat Bukhari ini dan faham maknanya .
 أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
“Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Semua kamu adalah pemimpin,dan kamu semua akan disoal dan dipertanggungjawabkan oleh Allah di atas kepimpinan kamu”.
Dan akhir sekali saya ingin berpesan sebagai peringatan buat MB takut2 terlupa, Sekiranya tidak ada apa2 pulangan manfaat untuk rakyat dengan projek mewah ini, usahlah kerajaan pimpinan MB meneruskan projek di atas tanah milik kerajaan ini. Kerana kaedah fekah telah menyatakan ” Setiap tindakan atau keputusan yang akan dilakukan oleh pemerintah mesti selari dengan kepentingan atau maslahah untuk rakyat jelata”
Dan Syaidina Umar ra. sendiri telah menyebut beberapa kalimah yang cantik untuk pedoman pemimpin2 dalam pengurusan harta kerajaan ini yang menjadi asas terbinanya kaedah fekah yang saya sebut di atas . Katanya ” Sesungguhnya  aku meletakkan diri aku dalam menguruskan harta2 kerajaan ini sepertimana aku menguruskan harta anak yatim, sekiranya aku amat memerlukan aku mengambil sekadar keperluannya. Sekiranya ada lebihan drp apa yang aku ambil, aku akan mengembalikannya Semula.Dan sekiranya aku merasa cukup,aku akan menahan diriku dari mengambilnya ”
Nak tanya ust MB.. Tanah ini bukan tanah milik MB atau Exco2 yang lain kan??? 
Jadi tanah ini adalah tanah hak milk kerajaan yang sewajibnya dijaga dengan baik oleh pemimpin2 yang telah diamanahkan oleh Allah dengan beban kepimpinan.Setiap keputusan atas tanah ini mesti maslahah kepentingan terbesarnya hendaklah kembali kepada rakyat..
APA MASLAHAH KEPENTINGAN YANG RAKYAT DAPAT ATAU BOLEH DIKECAPI DENGAN TERBINANYA KONDO2 MEWAH INI.. DI SINILAH PERSOALANYA YANG MB DAN EXCO EXCO KENA JAWAB KEPADA RAKYAT DALAM PUBLIC ENQUIRY..
APAKAH USTAZ2 FAHAM SEBENARNAY TENTANG URUSAN KEPIMPINAN DAN KEPENTINGAN RAKYAT JELATA…
Sumber

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: