Posted by: pinkturtle2 | Disember 23, 2017

PENAFSIRAN SALAH DAN MENYELEWENG LEBAI HADI TENTANG ISLAM BOLEH MENYEBABKAN ISLAM DIPANDANG JELE


Apakah menamakan calon PM bercanggah dengan adab Islam?.


Presiden Pas menggunakan kiasan pada tempat yang salah justeru pemahaman jenis ini berkemungkinan membawa malapetaka yang besar dalam agama dan masyarakat.


Menamakan atau tidak pemimpin bukan tuntutan agama sebaliknya mesti dinilai berdasarkan realiti dan maslahah dari segenap sudut. 


Rasulullah S.A.W tidak menamakan pengganti, demikian juga saidina Omar R.A Sedangkan saidina Abu Bakr R.A telah menamakan pengganti.


Abu Bakar R.A menulis nama Omar R.A sebagai pengganti dan ia dibaca oleh ramai orang. Apakah beliau ingin tegaskan yang Abu Bakar tidak mengikuti adab Islam.


Bahkan di Malaysia pada ketika ini, menamakan calon PM sangat membantu pengundi membuat  pertimbangan.


Sistem di Malaysia adalah demokrasi berparlimen dimana parti yang paling dominan berkuasa memilih perdana menteri. Hak yang ada pada rakyat hanyalah untuk mengundi wakil rakyat.


Dengan itu menjadi tanggungjawab parti politik menjelaskan kepada rakyat siapa yang akan dipilih menjadi perdana menteri dan rakyat seharusnya tahu siapa calon perdana menteri sebelum memilih wakil rakyat.


Idea tuan guru presiden PAS ini hakikatnya mengajar pengikut untuk taksub buta. Sekadar pilih parti dan yang selebihnya biarkan pemimpin parti tentukan samada mahu melantik malaikat atapun syaitan menjadi PM.


Kalau anda suka ataupun tidak suka menamakan calon PM katakan sahaja pandangan anda tetapi jangan kait dengan agama. Jangan sampai Islam kedengaran jelek kerana tafsiran yang meyeleweng. Salman Ali


Pelik bin ajaib jgk pak lebai ni, bab 1MDB dia senyap seribu bahasa, bab calon PM dia bising siap dg nas lg. Situ dah nampak pak lebai ni cari mkn dan pengampu umara je kerjanya. ulama jauh sekali.


Maybe dia juga dah lupa Yang dia dulu telah mengkhianati amanah perjanjian bersama sahabat² yg lain dg mencadang KuLi sebagai calon PM walaupun sudah berjanji setia dalam pakatan pembangkang. Yang ni nas mana pulak yg dia pakai untuk kelentong pengikut² jahil murokkabnya. Yang ni adab islam mana pulak sampai boleh khianati n menipu sahabat sendiri dalam satu pakatan. Berhentilah menjual agama wahai pak lebai.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1641463639268668&id=100002151421814

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: