Posted by: pinkturtle2 | Oktober 7, 2016

Khianat dan tidak amanahnya mereka dalam mengurus harta rakyat

fb_img_1475843198898fb_img_1475843207980fb_img_1475843215280fb_img_1475843222626

 

Perniagaan paling mudah dan cepat kaya ialah balak… Cara2 nye sebagaimana berikut:-
1. Tubuh syarikat sole prop… nama trade tu biar islamik skit laa.. buat d ssm .. jenis perniagaan ialah perniagaan kayu atau balak
2. Pastu create political network.. plg cepat.. buat kawan dgn yb2 yg berpengaruh…
3. Lobi lah..siang malam atas nama islam… itu ini islam blako…
4. Bila napok jalan.. push skit… masuk line dgn kaki2 pejabat hutan negeri.. atau kepala hutan… cam kawasan…buat permohonan minta kawasan balak… pah janji laa dgn yb2 atau penyelia dun utk bui sumbangan ko parti… tabung putik..tabung serambi mekah…
5. Bila dah dpt surat kelulusan dan pelan .. lari cari tokey cina selalu laaa… sbg rakan kongsi.. utk ambik pitih nk byr premium kpd phnk …gi pejabat ssm masuk nama tokey cina tu laaa… pah dpt laa pitih utk byr premium tuh… dpt resit bayaran gak kiro bulih masuk kawasan doh laaa… buka akaun bank dan cino tu pegang buku cek…
Cino pong akan byr laaa sejumlah bayaran yg dipersetujui.. skalo gak rm1500 sekar .. kawasan yg byk kayu malaysia keras… kalau hutan simpan yg byk kayu kuin, merbau, meranti mahal skit…

Jadi kesimpulannya.. kerajaan negeri hanya dpt premium lebih kure rm96k – rm120k .. utk 250 ekar kawasan…
Wal hasil dlm erti kata lain.. selebihnye hasil bumi kelate tu sudah bertukar tangan kpd ore cino jugok… begitu lah nasib negeri ambo…
Jadi pak lebai dok back up habisan utk tokey cino yg dikembalikan kpd rakyat kelate sejumlah kemusnahan hutan dan ekosistem hutan … x blaja laa dgn bala banjir 2014 … ko nk tunggu dgn bukit2 dan balak2 singgah depan SUK ko…

Pengalaman ambo selama menceburi sukan 4×4 ni.. byk kemusnahan yg ambo tgk d depan mata.. mmg susah dah nk cari sungai comey.. landskap comey di dlm hute kelate loni…

Ambo menyarankan supaya dihentikan sepenuhnye aktiviti pembalakan di hutan simpan kekal… pls3….

Kerislok Amanah

………………………

ULASAN SAYA

Silapnya kita apabila memilih pemimpin yg alim berkopiah tapi jahil dlm urusan pemerintahan,jahil dalam urus tadbir memerintah sebuah negeri..Sbb itu Rasulullah saw tidak memberi jawatan kepada Abu dzar ra apabila ia meminta walaupun Abu dzar seorang yg alim dan fakih..kerana  yg alim dan fakih ini belum belum tentu lg mahir dlm masalah urus tadbir sebuah kerajaan..

Janganlah berhujjah alim berserban lepasan azhar ini syarat menjadi seorang mampu mentadbir sebuah negeri..ya memang dia seorang pemimpin yg baik tp bodoh dalam urustadbir sebuah negeri menyebabkan sebuah negeri boleh lingkup yg menatijahkah rakyatnya akan susah menderita ..yg lemah akan tertindas,yg menderita tetap menderita,yg fakir miskin tidak terbela,yg susah memerlukan duit zakat tidak diberi dr khazanah jutaan duit zakat..

Semua ini kerana apa.. Kerana ketidakpekaan seorang pemimpin yg di anggap alim terhadap rakyat2 yg fakir miskin akibat dr jahil tentang urus tadbir sebuah negeri sebuah amanah yg dipikul nya..wlaupun belajar, mengajar 10 kali seminggu di sepuluh buah masjid sekalipun tapi itu semua tidak bermakna kepada rakyatnya yg sgt2 menderita fakir miskin..penderitaan mereka tidak sedikitpun mendapat perhatian dg kuliah mingguan di dataran ilmu. walaupun dlm kuliah mingguan itu disebut contoh sifat kepimpinan syaidina Umar ra yg hebat dan mulia mengenai caknanya syaidina umar ra pd rakyatnya yg miskin sehingga berjalan di waktu malam mencari rakyatnya membantu rakyatnya yg miskin tapi itu hanyalah kuliah yg bermodalkan air liur semata2, teori semata2 tp dari sudut amalanya jauh panggang dr bara..mereka hanya pandai berkata 2 tp mereka tidak buat apa yg mereka katakan.

Mereka sedikitpun tidak cakna pada rakyat mereka yg fakir miskin dlm kesusahan di ceruk2 kampung..banyak NGO2 yg turun membantu setelah kesusahan dan kehidupan yg dhaif mereka diviralkan di fb2.Di manakah prihatinya sebuah kerajaan Islam???

Prihatin mereka hanyalah dlm ceramah2 agama mereka di masjid2 dan di dlm ceramah2 parti mereka..Bantuan utk parti mereka lebih penting dan lebih besar dari bantuan pada rakyat yg fakir miskin..

Pemimpin2 sebegini yg dianggap alim dan warak di kalangan penyokong2 mereka yg jahil sebenarnya bodoh dlm masalah urus tadbir sebuah negeri..tetapi oleh kerana penyokong2 mereka yg taksub ini telah ditanam dlm otak mereka haram utk memeilih pemimpin selain mereka yg alim berkopiah maka kefahaman yg sesat inilah menyebabkan permasalah rakyat bertambah parah dari hari ke sehari.Yg fakir miskin tidak akan terbela oleh pemimpin yg tidak cakna dan tidak mesra pada rakyat.Pilihlah seorang pemimpin yg amanah dlm mengguruskan hasil mahsul harta negeri walaupun dia tidak sealim mana dr yg beserban.kalau dia berilmu dan amanah serta cakna mesra pd rakyatnya itulah yg lebih baik dan terbaik utk ummat ini..

Bersambung…

 

Hujah lebai apabila ditanya mengapa tebang balak di kawasan hutan simpan KEKAL:

a) Konsesi pembalakan sudah diluluskan sejak awal lagi dan mendapat kebenaran jabatan perhutanan negeri (tiada tarikh tepat) – BOHONG!

b) Bantu Orang Asal meneroka tanah baharu untuk pertanian dan membimbing mereka dengan sumber pendapatan baharu (contohnya kayu gaharu dan depu) – BOHONG!

c) Kerajaan negeri prihatin dengan kes pembalakan haram oleh syarikat yang tidak diluluskan lesen atau melanggar syarat pembalakan di konsesi terdahulu – BOHONG!

d) Peningkatan mendadak dari sektor perumahan dan pembinaan untuk kayu bergergaji dan hasil sampingan lain seperti tongkat ali dan kacip fatimah – BOHONG!

e) Hutan yang telah diteroka sudah ditanam semula dengan sawit, getah dan durian kunyit menambah hasil pendapatan kerajaan dalam bentuk cukai, premium tanah dan sewa tapak bagi jenis pertanian lain – BOHONG!

Apakah mereka masih tidak tahu malu terus menipu rakyat dengan slogan membangun bersama Islam???

#RIPLebai
#LawanPembodohanLebai

ZNAO

………………………

Ambo masih ingat ketika mula2 Pas memerintah Kelantan, sekitar tahun 1991, ambo bersama rombongan Dewan Pemuda Pas mengikuti rombongan aTGNA sebagai MB Kelantan membuat lawatan ke beberapa Pos Orang Asli di kawasan pendalaman. Semua kawasan penempatan Orang Asli yg kami lalui masih dikelilingi hutan rimba kecuali kawasan yg ditebang utk tanam padi bukit dan ubi kayu.

Kini kawasan2 tersebut;

– Bermula drp Pos Blau, Ong, Salyet, Hendrop, Mendrop hingga ke Broke telah bertukar menjadi ladang sawit dan getah klon.
– Bermula drp Pos Jedip, Sunway, Bahung, Sendrop, Lojing hingga ke Kuala Tahu telah bertukar menjadi ladang sayur pertanian tanah tinggi.
– Bermula di Lambok, Galang, Hau, Enching hingga ke Balar telah menjadi Ladang Rakyat. Khabarnya juga Dakoh hingga ke Belatim dan Bihai Lama (Tendrip) juga telah diberi kpd Ladang Rakyat, namun tergendala kerana ada kes di Mahkamah.
– Bermula dari Kuala Betis hingga ke Tohoi, Penad, Jadam dan sekitarnya telah menjadi ladang Hutan.
– Bermula dari Pulat ke Pasik, Bring, Wias dan Kuala Wok semuanya bertukar menjadi ladang.
– Di sebelah Taman Negara pula, drp Aring 5 hingga ke Kuala koh dan Sungai Pertang pun sudah terang benderang.
– Adapun disebelah Gunong Chamah, di kawasan yg melibatkan Simpor, Gawing, Pichong, Tembaga dan Gob, pembalakan dalam kawasan konsesi KPK sedang menggila. Yg tinggal hanya sedikit di Kampung Kerong di kaki Gunong Chamah.
– Tuel,Plug dan sekitarnya menunggu masa utk digondolkan kerana kawasan tersebut juga telah lama diberi kepada Ladang Rakyat.

Dimanakah lagi boleh dicari kawasan penempatan Orang Asli yang masih asli dengan hutan rimbanya?

Fb CIM

………………………..

KAMI BUAT BLOCKED ADALAH BENAR TIDAK MAHU TERJEJAS HUTAN DAN TIDAK MAHU NASIB ORANG ASLI DIHIMPIT…

Disini saya ingin sampaikan foto-foto yang terjejas di hutan dan alam semula jadi yang telah rakusan hinggga berlubang-lubang dan ada juga foto yang bencana pada tahun 2014 yang telah dihadapi rakyat seluruh Kelantan, kerana orang yang ingin kekayaan dan tidak pernah berfikir kepada nasib komuniti orang asli macam kami ini yang telah mendiami di pendalaman sejak turun-temurun nenek moyang kami beribuan tahun, disini kami komuniti orang asli rasa terhina, disini kami komuniti orang asli ingin menyuarakan kerajaan negeri harus mempertimbangkan kami masyarakat orang asli dibumi Kelantan ini dan kerajaan negeri Kelantan harus mengiktiraf hak tanah wilayah adat kami.

Foto ini dihasilkan oleh Arif Kg Pos gob
Lokasi kg Pos gob daerah gua musang

Dari FB orang Asli yg sayang hutan dan tanah mereka.. FB Pujanga hutan rimba

………………………..

What Do You Say? | The massive flood disaster has claimed more than 14 lives and displaced tens of thousands. A quick look by Muhd Harris Nasril on Google Maps revealed several locations with deforestations near flood areas in the east coast of Malaysia.

Do you think that illegal and uncontrolled logging contributed to the flood disasters? Tell us what you think about it. #floods #prayforeastcoast #malaysia

(Video credit to Muhammad Harris Nasril: https://www.facebook.com/video.php?v=10152875511623592&set=vb.716388591&type=2&theater&notif_t=video_comment_tagged).

………………..

 

 

 

FB_IMG_1475447207998.jpg

RUU 355 ni BUKAN HUDUD.

Rasanya semua org jelas bab ni. PAS AMANAH PKR UMNO semua dh tahu ni.

Tp bila sy sebut RUU355 BUKAN HUKUM ISLAM dan BUKAN SYARIAT ISLAM ramai pula yg marah huhuhu td faham skrg tidak faham.

RUU355 ni undang2 MANUSIA yg di reka dan di gubal oleh MANUSIA. Jadi bagaimana ia boleh jadi SYARIAT pula??

sapa2 yg WAJIBKAN sesuatu yg boleh di tolak dan di terima adalah gologan yg zalim

Sama seperti AKTA HASUTAN dan SOSMA ini ciptaan manusia sahaja.

Undang2 di gubal oleh KERAJAAN sama ada lulus atau tidak ianya di tentukan oleh kerajaan dan ahli parlimen dgn kiraan undi. Tp ahli parlimen yg ponteng tidak akan dikira dgn kata lain undi rosak jadi lainkali jgn ponteng

Jika ada yg mengatakan SAPA TIDAK SOKONG RUU355 GUGUR IMAN. Ini menunjukkan org itu SANGAT JAHIL BAB UNDANG2 MANUSIA.

ATGNA juga menolak RUU355 yg di bentangkam di parlimen dahulu. Ini membuktikan RUU355 boleh di sokong dan di tolak seperti undang2 manusia yg lain.

Bila org PAS ckp RUU355 ni untuk menguatkan undang2 islam sy hairan.

BILA MASA TGHH BENTANGKAN RUU355 ni??

Kan belum bentang jadi macam mana mereka kata BAGUS?

Jawapannya SENANG. Krn alasannya sama seperti mana ahli umno menyokong akta hasutan dan sosma.

Ya jawapannya krn WALA WALAU TIDAK FAHAM.

Bg mereka apa saja president buat kita KENA DAN WAJIB SETUJU.

Sama lah dgn PKR DAP AMANAH. Ini sama je semua.

Sbb apa ahli AMANAH rasa RUU355 ada masalah ?

Ada yg tahu krn membaca dan menilai dr text dan bukti.

Tapi ramai yg hanya IKOTTTT JE.

……

RUU355 ni bukan undang2 islam. Jadi kita wajib dgr dahulu TGHH bentangkan.

Sy takut 1 pekara je. Apa yg islam larang di lakukan.

Contoh

Nak memperkasakan RUU355 ni sebagai contoh kes curi hukuman yg sedia ada 1 tahun penjara dan denda RM1000.

Bila di perkasakan hukuman jadi 2 tahun penjara dan denda RM3000.

…..nampak di perkasakan. Tp tidak ADIL bahkan ZALIM.

Ini lah undang2 manusia skrg. Dan ini lah antara sebb ATGNA MEMBANTAH DAHULU.

BAGAIMANA JENAYAH BOLEH MENJADI KEUNTUGAN KEPADA KERAJAAN?

Lihat DENDA RM1000 ke RM2000 ke ….kepada siapa kita bayar?

Apa yg mangsa dpt?? Yg untung siapa??

Ni bercangah dgn agama. Tp bg kaki2 WALA mereka tidak akan faham. Krn bg mereka kalau A yg keluar dr mulut pemimpin maka A itu lah yg betul dan bagus sekali pun mereka tidak faham.

Masalah umat islam di malaysia adalah

KITA NAK BEREBUT JADI LEMBU DI CUCUK HIDUNG.

Persoalannya APAKAH SYARIAT ISLAM ADALAH RUU355??

Syariat islam adalah HUDUD tp ahli PAS tahu yg RUU355 ni bukan hudud cuma mereka rasa RUU355 ni undang2 islam yg Allah turunkan. Tp TGHH yg bentangkan huhuhu

Sbb mereka tidak faham.

Selepas TGHH bentangkan baru kita boleh beri keputusan SOKONG atau TOLAK.

Sorry la kalau nk tanam sy kat jerat cina pun.

Sbb RUU355 bukan hukum Allah dan bukan syariat.

Jagan mainkan agama mcm ni.

Jika baik kita SOKONG jika bermasalah kita TOLAK.

Bagaimana kita nilai AKTA HASUTAN dan SOSMA. Begitu lah RUU355 ni di nilai krn semuanya undang2 manusia.

RUU355 ni di islamkan oleh PAS je dgn mengatakan ini syariat islam. Tidak ada Allah turun ayat denda RM1000 atau 1000 dirham. Islam menghukum untuk mendidik bukan untuk ambil harta org.

Abdul Hadi

……………………

ULASAN

Syariat, ialah ‘hukum hakam yg difahami drp nas, TANPA perlu apa2 ijtihad, atau dengan ijtihad yg begitu minimum’. Ini krn hukum tersebut begitu jelas dinyatakan dlm nas, sehingga tak perlu ijtihad apa-apa untuk mengistinbatkannya.Ia seperti rukun iman, hukum hakam fara’id dan hukum hudud (bagi setiap kesalahan).
Berapa byk harta pusaka yg diperolehi setiap waris, boleh difahami dgn mudah daripada ayat2 Quran, tanpa perlu berijtihad apa-apa.Begitu juga hukuman hudud (potong tangan, sebat dsb). Tanpa sebarang ijtihad, dapat difahami dgn mudah daripada nas.Ini namanya Syariat.Syariat adalah maksum!
Mengingkarinya boleh mencabut iman!
Kerana ia adalah wahyu ilahi dan kalam nabawi.

RUU 355 adalah semata2 ijtihad manusia!!! Ijtihad utk memperkasakan RUU 355 yg sudah sedia ada diamalkan oleh mahkamah Syariah sekarang ini.Boleh jadi ijtihad itu betul (dan betul2 dapat memperkasakan Mahkamah Syariah, dan boleh jadi sebaliknya!!)Mcm mana iman boleh tercabut semata2 menolak RUU 355 yg merupakan ijtihad manusia yg tidak maksum???

Jadi berpada2lah dalam menghukum seseorang  berdasarkan kejahilan kita krn musibahnya  akan kembali pada diri kita semula.Seperti ada seseorang yg menolak hukuman denda rm3000 yg diamalkan di mahkamah syariah sekarang ini kerana kesalahan berkhalwat atau berzina,maka tak terjejas sedikit pun imannya kerana hukuman itu adalah undang2 ciptaan manusia bukannya ciptaan Allah walaupun diamalkan dalam semua mahkamah syariah di seluruh Malaysia.Bahkan menolaknya atau membantahnya lebih mulia disisi Allah bg yg benar2 mengaku beriman kepada Allah.seolah2 kita cuba utk mempermain2kan Allah dg menggunakan nama syariah Allah..sedangkan ianya jauh sekali menyamai undang2 Allah.Lagipun kita semua tahu tak kemana pun dg RUU355 wlpun ianya mendapat kelulusan drp kerajaan pusat sekalipun kerana itu bukanlah undang2 Hudud yg diperjuangkan PAS selama ini.. Inilah dia RUU 355 yg hangat diperdebatkan skrg ini yg cuba utk dibentangkan oleh oleh Pas melalui timbalan ketua kesatuan ulamak sedunia ..Kalau tak faham lagi mmg confirmlah jahil murokkab

FB_IMG_1475368227685.jpg

Ni ambo tak tahu apa yang nak dibanggakan oleh Kepimpinan Negeri Kelantan…. CNMC sudah kaut hampir 1000 kg emas dari bumi Kelantan , dia hanya bangga 2.975 kg bernilai RM400,000 pada bulan Julai tahun 2012 yang bukan dapat kepada Kelantan (melainkan sedikit royalti)….. sedangkan untuk tahun 2014 Kelantan hanya menerima RM4.7 juta sahaja royalti emas, dan hanya 3% tribute kepada SEDC yang kononnya USAHASAMA.

Tak cukup dengan itu ,kini terbaru diberi kebenaran kepada CNMC untuk meneroka bumi sokor secara tidak terhad. Terlalu bodohkan anak Kelantan sehingga mahu menggali emas dibumi sendiri pun tak mampu?

Kelstone (Anak Syarikat Kerajaan) yang dibarisi adun2 pun juga tak mampu mencatat keuntungan dan tak mampu nak uruskan emas dibumi sendiri….. #sampaibila? #bangunlahKelantan

MAT JEK

……….

FAKTA

.2015 – mereka kaut 31,205.85 oz atau 885 kg apa yang Kelantan dapat?

.projected asal masa mula company ni masuk katanya dapat 10 juta tp hanya dapat RM4.7 sahaja 2014, ini adalah jumlah keseluruhan semua lombong2 emas dikelantan.dan mereka kaut nilaian emas lebih dari RM100juta

.Memang byk emas wat tubik…rugi, sepatutnya 100% guna kepakaran anak Kelantan dapat hasil 100% kat kerajaan negeri. Setakat dapat royalti sajo x padan.

.kita x tahu terma perjanjian dia dgn SEDC sbb kerajaan negeri bui melalui SEDC , SEDC pajok ko CNMC aii raso berdamas jugok laa habis pitis.

……….

ULASAN SAYA

Apa yg rakyat dapat hanya slogan royalti di tengah laut.rakyat yg susah menderita terus menderita tanpa dapat apa2 hasil atau bantuan bulanan dr kerajaan membangun bersama Islam..YB2 Exco2 nak tanya khabar masuk kampung bertanyakan rakyat2 yang hidup susah sampai anak2 tak ke sekolah krn kemiskinan jauh sekali..inikah yg dinamakan pemimpin2 islam yg mencontohi sunnah Rasulullah saw..ingatlah pemimpin2ku kamu semua akan dipersoalkan dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah tentang kepimpinan kamu pada hari ini..Ramai lagi rakyat2 kamu merintih siang malam memerlukan perhatian bantuan makanan pakaian rumah dan sebagainya..Adakah kamu merasa aman tenang di rumah2 yg beraircond di waktu malam sedangkan rakyat2 kamu yang fakir miskin mengharapkan bantuan kamu dr harta kerajaan yg diamanahkan Allah ke atas bahu bahu kamu..

Daripada kamu berhabis duit di bulan ramadhan dg perkampungan ramdhan di dataran stadium atau melancong sampai ke krabi sampai ke timur tengah menggunakan harta rakyat lebih baik kamu habiskan semua perbelanjaan tadi utk rakyat2 kamu yg fakir miskin mustadafin yg sangat2 memerlukan duit utk kelangsungan hidup harian mereka..Itu lebih bermakna dan lebih bertanggungjawab di sisi Allah dr membazirkannya utk program2 di atas wlpun atas alasan cantik apa sekalipun kerana maslahah nya tidak kembali kepada rakyat kamu atau dg lain perkataan setiap keputusan yg kamu buat itu tidak selari dg kepentingan rakyat kamu.. Rakyat yg teramat miskin tidak dapat apa pun dari hasil lawatan kerja kamu di Krabi..Rakyat miskin yg keputusan bekalan makanan di wakaf bharu tidak mendapat apa2 pun drpd lawatan kerja kamu di timur tengah.apa yg mereka dapat hanyalah penderitaan demi penderitaan dan kebencian kepada pemimpin2 munafik yg cakap lain buat lain,yang mengajar lain beramal lain.

 

Posted by: pinkturtle2 | Oktober 1, 2016

Kezaliman di bwh serambi Mekah

Andainya TGNA masih ada, ambo yakin Kerajaan Negeri tidak selesa dgn tindakan dan layanan tanpa peri kemanusiaan kepada masyarakat orang Asli, malangnya pemimpin yang ada hari ini terlalu naif utk mengawal nafsu tauke balak dan broker.

Hampir 30 thn pengalaman ambo bersama masyarakat orang Asli, ambo tidak pernah melihat pihak berkuasa bersama tauke balak bertindak kasar ke atas masyarakat yang masih tinggal di pendalaman.

FB Ust Che Ibrahim

‘……………….

 

KENYATAAN MEDIA JKOASM

JAWATANKUASA PUSAT JARINGAN KAMPUNG ORANG ASLI SEMENANJUNG MALAYSIA (JKOASM ) BERHUBUNG KEKERASAN DAN UGUTAN PIHAK BERKUASA ( POLIS DAN JABATAN HUTAN) YANG BERSEKONGKOL DENGAN PEMBALAK TERHADAP ORANG ASLI GUA MUSANG, KELANTAN YANG SEDANG MENGADAKAN SEKATAN JALAN BAGI MEMPERTAHANKAN WILAYAH TANAH ADAT MEREKA.

1. Hutan belantara merupakan Wilayah Tanah Adat dan kawasan berdaulat yang menjadi hak mutlak bagi Orang Asli. Maka ianya menjadi tugas dan tanggungjawab kami untuk menjaga, memelihara dan mempertahankannya daripada sebarang pemusnahan, pencerobohan dan penebangan serta pengambilan hasil didalamnya termasuklah pembalakan. Ini adalah amalan turun temurun yang diamalkan oleh setiap etnik dan suku kaum orang Asli berdasarkan kepercayaan dan hirarki kami didalam suatu kawasan.

2. Berdasarkan kes ugutan serta tindakan kekerasan yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Polis, Jabatan Hutan dan Syarikat pembalakan keatas masyarakat pribumi Orang Asli di kawasan Pos Simpor, Pos Kuala Bering, Pos Gop, Pos Simpur, Kampung Gawin dan Kampung Bering, Gua Musang Kelantan pada 28 September 2016 ketika mengadakan sekatan jalan bagi menghalang pembalakan di Wilayah Tanah Adat mereka, maka Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) merasa kesal dan kecewa serta mengecam sekeras-kerasnya atas segala tindakan kekerasan tersebut, kerana apa yang dilakukan ini adalah sangat-sangat tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi mereka sebagai pemilik kawasan tersebut serta sebagai warganegara Malaysia, sedangkan sekatan jalan yang dibuat adalah bagi mempertahan serta menjaga kawasan tersebut daripada sebarang pemusnahan. Tindakan sedemikian mengesahkan bahawa mana-mana pihak luar termasuk kerajaan negeri, polis, jabatan hutan, syarikat-syarikat balak dan pekerja-pekerja balak memandang rendah dan tidak langsung ada rasa hormat kepada Orang Asli.

3. Kami juga merasa kesal dengan tindakan Polis kerana sering berada dalam keadaan berat sebelah didalam menangani isu sebegini, yang mana mereka lebih menyebelahi syarikat pembalakan berbanding menjadi orang tengah didalam setiap masalah berkaitan Orang Asli. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa insiden pencerobohan Wilayah Tanah Adat Orang Asli ditempat lain seperti di Kampung Lubuk Perah, Bera Pahang, dimana polis lebih menjadi dalang bagi memusnahkan tanah dan hak Orang Asli.

4. Melepaskan tembakan untuk mengugut dan menakutkan Orang Asli (tidak kira ke udara atau ke arah lain) seperti yang dilakukan didalam operasi mereka ini, adalah suatu perbuatan jenayah yang harus disiasat dan diambil tindakan oleh polis, dimana perkara ini tidak harus berlaku sedangkan polis turut berada ditempat kejadian.

5. Orang Asli sering dipersalahkan dan dianggap tiada hak serta sering mendapat layanan buruk dan dipandang rendah oleh bangsa lain didalam isu berkaitan hak tanah dan hak asasi, sehingga mewujudkan perbezaan taraf bangsa dan keturunan mengikut kacamata kerajaan dan penguatkuasa. Setiap tindakan mengambil dan menceroboh tanah Orang Asli juga sering membelakangi kehendak, suara serta keperluan Orang Asli setempat dan dianggap halal, dan sentiasa mendapat izin dari pemerintah tanpa mengira situasi dan kedudukan masyarakat Orang Asli disekitarnya, malah Orang Asli sering dipersalahkan jika tidak bersetuju dengan projek yang diluluskan walaupun iannya akan mengancam kehidupan serta masa depan bangsa kami untuk jangka panjang, ia termasuklah pengeluaran lesen pembalakan disuatu kawasan wilayah Adat Orang Asli.

6. Kami sering terdedah dan mendapat kesan sampingan daripada kemusnahan hutan dan pembalakan yang dilakukan dimana segala sumber pencarian dan kehidupan telah hilang, pencemaran punca air dan hakisan, serta mendapat masalah kesihatan akibat dari punca air yang tercemar.

7. Kami juga amat kecewa dengan tanggapan sesetengah pihak terutama kerajaan dan sekutunya (tidak kira kerajaan negeri atau kerajaan pusat) kerana sentiasa memandang rendah keupayaan dan kebolehan Orang Asli didalam soal hak dan menjaga hutan kerana sering mengangap kebangkitan Orang Asli dalam mempertahan hak adalah atas hasutan orang lain sedangkan telah banyak penafian hak yang dibuat oleh pemerintah terhadap Orang Asli sehingga kami sudah tidak tahan lagi dengannya, maka telah sampai masanya untuk Orang Asli sedar dan bangkit melawan segala penindasan yang berlaku.

8. Kami Orang Asli sangat berterima kasih kepada rakan-rakan NGO serta aktivis hak asasi manusia dan lain-lain yang begitu banyak membantu didalam memberi kesedaran tentang hak sebagai penduduk dan warganegara.

9. Oleh yang demikian kami dari Jaringan kampung ORANG ASLI SEMENANJUNG MALAYSIA sekali lagi menegaskan:

– HENTIKAN KEKERASAN TERHADAP ORANG ASLI YANG SEDANG BUAT SEKATAN JALAN DAN HENTIKAN PEMBALAKAN DENGAN SEGERA!

– MENGUGUT DAN BERTINDAK KASAR KEPADA ORANG ASLI YANG TELAH MENJADI MISKIN DAN MANGSA KERAKUSAN SYARIKAT BALAK SERTA KERAJAAN YANG MEMBENARKAN PEMBALAKAN TERSEBUT ADALAH SATU TINDAKAN TIDAK BERTAMADUN!!!

– HENTIKAN MENUDUH BAHAWA ORANG ASLI DIHASUT DALAM SETIAP TINDAKAN SEDANGKAN ITU ADALAH ATAS KESEDARAN MASYAKAT ORANG ASLI ITU SENDIRI!!
Sekian, Terima kasih.

Disediakan oleh,
Tijah A/P Yok Chopil,
Pengerusi JKOASM
Tel : +6013 5219826

Posted by: pinkturtle2 | Oktober 1, 2016

Wahai pemimpin! Janganlah menzalimi rakyat

DENGARLAH SUARA ORANG ASLI KELANTAN

Melihat foto deretan Orang Asli, termasuk wanita dan kanak-kanak, membuat sekatan ke atas pembalak untuk masuk – mengharukan.
Ia adalah isu kemanusiaan besar yang memerlukan perhatian semua pihak, khususnya Kerajaan Negeri.

Tidak patut Kerajaan Negeri membisu.

‘Orang Asli juga adalah manusia seperti kita. Mereka adik beradik kita’, begitulah antara kata-kata Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang masih saya ingat.

Mereka juga adalah rakyat Kelantan. Kerajaan Kelantan WAJIB menjaga dan memelihara kepentingan dan nasib mereka.
Mereka diiktiraf Islam sebagai pihak yang mempunyai hak dan maruah. Hak untuk melindungi kehidupan mereka.

Jika benar bumi mereka telah dibersihkan, sesuatu perlu dilakukan untuk membetulkan keadaan.
Sebagai sebuah Kerajaan yang menggunapakai Islam sebagai slogan, kecuaian menguruskan isu ini dengan baik dan berkesan akan mencemarkan nama baik Islam.
WAJIB bagi Kerajaan Kelantan melindungi nama baik Islam dari tercemar dengan insiden yang sedang berlaku kini dengan bertindak berani, pantas, adil, berperikemanusiaan dan prihatin.
Ini adalah kewajipan agama, bukan hanya kewajipan demokrasi dan tanggung jawab sosial.

Jagalah nama baik Islam.
Saya telah berkali-kali memberikan teguran atas amalan pembalakan semborono. Apa lagi jika ia secara langsung mengakibatkan kemusnahan kepada penduduk sekitar, sekali pun mereka adalah Orang Asli.

Insiden yang sedang berlaku kini, sekali gus menunjukkan pembalakan atau pembalakan tebang habis untuk perladangan telah masuk jauh ke dalam kawasan pendalaman Kelantan.

Aktiviti ini sedang mendaki Banjaran Titiwangsa!
Saya agak, kawasan terlibat agak tinggi kedudukannya dan curam kontornya.

Saya tidak dapat bayangkan kemusnahan yang boleh berlaku tatkala hujan lebat musim monson tiba.

Curahan air yang banyak melanda deras dari puncak tinggi!
Laungan dan jeritan batin anak-anak Orang Asli dan perempuan-perempuan mereka, mungkin sebenarnya untuk menyelamatkan rakyat Kelantan yang lain dari bencana.

Bukan kita selalu diajar, bila manusia tidak mempunyai manusia untuk bersimpati atas musibah yang menimpa, meraka akan berpaling ke Langit untuk mengadu?
Ketika itu, Allah jua yang tahu!

Oh pemimpinku, di manakah telinga dari hati nurani anda.

Husam Musa
29 September 2016
27 Zulhijjah 1437

ADMIN

Tonton Sendiri Video Ini dan SEBARKAN;

 

KANDUNGAN MEMORANDUM RESTORASI ….

MEMORANDUM MENUNTUT KEMUDAHAN AIR BERSIH DI SELURUH NEGERI KELANTAN

Kepada

YAB USTAZ DATO’ HJ. AHMAD BIN YAKOB
MENTERI BESAR KELANTAN

Daripada

GABUNGAN BERTINDAK RESTORASI AIR KELANTAN
(RESTORASI)

Sekalung penghargaan kepada YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar diatas persetujuan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan memuktamadkan rundingan Penstrukturan Semula Bekalan Air Negeri (MIGRASI AIR).

RESTORASI percaya komitmen kedua-dua Kerajaan digerakkan oleh kesungguhan mahu meningkatkan kualiti hidup penduduk Kelantan.

Bagaimanapun RESTORASI berpendirian, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tidak berkeupayaan memikul amanah selaku operator air dan ini akan menjejaskan niat murni MIGRASI AIR.

Justeru, RESTORASI menggesa YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar supaya:-

1. Suatu audit secara menyeluruh ke atas kesemua projek-projek AKSB seperti Projek NRW, Projek Telaga Jejari HWC dan projek-projek penukaran Smartmeter dijalankan oleh juruaudit bebas seperti Public Account Committee (PAC) atau Hisbah dan seterusnya mengisytiharkan keputusan audit tersebut kepada seluruh penduduk Kelantan.

2. Suatu Jawatankuasa Bebas ditubuhkan bagi memantau perjalanan pengurusan AKSB, dan

3. Suatu rombakan dan penstrukturan semula pentadbiran di dalam AKSB dilakukan bagi memastikan tadbir urus AKSB menjadi lebih cekap dan efisyen, demi memastikan penduduk Kelantan tidak terus tertindas dan terbeban dengan mutu perkhidmatan bekalan air yang teruk akibat daripada kelemahan di dalam pentadbiran dan pengurusan AKSB.

RESTORASI dengan ini menggesa agar YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar menyatakan komitmen secara terbuka kepada seluruh penduduk Kelantan mengenai tuntutan di atas SEBELUM perjanjian Penstrukturan Semula Bekalan Air Negeri dimeterai.

Terima kasih.

#RESTORASI
bagi pihak ahli-ahli gabungan.
6 September 2016
#sokongmigrasi #rombakAKSB
Baca dan Fahamkan serta sebarkan…

Posted by: pinkturtle2 | Ogos 23, 2015

Haram gunakan dividen tahunan ASB…

ASN-ASB

Saya difahamkan sekarang ini menjadi 1 trend untuk orang buat personal loan dari bank konversional lalu dilaburkan dalam ASB, lalu mereka gunakan dividen tahunan ASB untuk bayar hutang bank dan setelah 15-30 tahun, mengaut keuntungan penuh…

Nasihat saya bertaqwalah dan tinggalkanlah kemungkaran yang besar ini jika anda sayangkan agama. buat personal loan yang ada interest (riba) untuk keperluan hidup adalah 1 dosa besar, apatahlagi membuat loan untuk bermewah-mewahan dikemuan hari. tiada keberkatan dengan melanggar perintah Allah. Bahkan saya kira makan babi ancamannya lebih ringan berbanding makan riba.

Tentang ASB, maaf saya tidak sependapat dengan majlis fatwa kebangsaan. selagi mana mereka terus melabur dalam maybank (antara institusi riba terbesar dimalaysia) dan pelaburan-pelaburan lain yang tidak dipastikan status halalnya, selagi itu haram kita terlibat dengannya…. salman ali

wallahu alam.

Posted by: pinkturtle2 | Ogos 22, 2015

Jawapan penuh MB Selangor berhubung isu DEIG

484326164 484326210 484326212 484326332 484326628

Generated by  IJG JPEG Library

Generated by IJG JPEG Library

KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengenal pasti dua rakyat Malaysia yang terbunuh dalam insiden letupan di Bangkok semalam sebagai Lim Saw Gek dan anak lelakinya Neoh Jai Jun.

Menurut kenyataan Wisma Putra, ketika ini mayat mereka berada di Hospital Besar Polis di Bangkok untuk dibedah siasat.

Dua lagi rakyat Malaysia, dikenal pasti sebagai Tan Rui Hun dan Tan Kim Siok, juga cedera dalam insiden itu.

Rui Hun kini berada di Hospital Hua Chiew Hospital untuk rawatan lanjut manakala Kim Siok dibenarkan keluar selepas menerima rawatan, kata kenyataan itu.

Kementerian Luar juga berkata mereka melalui Kedutaan Malaysia di Bangkok juga bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam menghulurkan bantuan yang perlu kepada para mangsa dan anggota keluarga mereka yang terlibat dalam insiden itu.

“Kami mengucapkan takziah dan simpati kepada mangsa-mangsa dan anggota keluarga mereka yang terlibat dalam insiden itu,” kata kenyataan itu.

Menurut polis Thai, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan banyak lagi yang cedera dalam letupan bom di pusat bandar Bangkok.

Letupan pada 7 malam tadi, (8 malam waktu Malaysia) berlaku di persimpangan Ratchaprasong, berhampiran kuil Hindu terkenal, Kuil Erawan dan kawasan beli-belah mewah di Bangkok…mStar

Posted by: pinkturtle2 | Ogos 18, 2015

Fiqh Hadith Mentaati Pemerintah Yang Zalim

Undur Najib

Fiqh Hadith Mentaati Pemerintah Zalim ( Satu Pandangan)

Hadith mentaati pemerintah yang zalim ialah hadith yang sahih. Fiqh kepada hadith mentaati pemerintah yang zalim berlainan dengan fiqh biasa. Fiqh mentaati pemerintah yang zalim tidak kelihatan dan tidak jelas maslahah dan mafsadahnya, mudarat dan manfaatnya. Ia cuma jelas setelah negara menjadi huru hara dan kacau bilau serta hancur lebur.

Tidak boleh diqiyas dengan logik akal yang terhad. Kita boleh lihat kesannya sepertimana yang berlaku di Mesir, Syria, Iraq dan Libya. Kesemuanya berlaku akibat rakyat keluar menentang pemerintah mereka yang dicanang sebagai zalim.

Dalam kaedah fiqh biasa, mencegah kemungkaran didahului berbanding menyeru ke arah kebaikan.

Berdasarkan hadith Rasulullah : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya, sekiranya tidak mampu, hendaklah mencegah dengan lidahnya dan sekiranya tidak mampu, maka hendaklah merasa benci didalam hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman. ( hadith sahih riwayat Muslim)

Tetapi didalam kaedah fiqh mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah, terdapat hadith-hadith khusus berkenaan dengannya. Tidak boleh diqiyas dengan hadith diatas. Ini kerana mudarat yang menimpa kepada rakyat lebih besar berbanding manfaat yang berlaku apabila pemberontakan rakyat terhadap pemerintah zalim dilakukan.

Hakikatnya, hadith mentaati pemerintah dan tidak boleh memberontak keatasnya hanyalah terhadap pemerintah yang zalim. Sebabnya pemerintah yang adil mendengar teguran rakyat dan amat-amat mengalu-alukan pandangan rakyat tentang corak pemerintahannya. Lagikan pula, rakyat tiada sebab untuk memberontak sekiranya pemerintah tersebut seorang yang adil.

Lagi satu, hadith mentaati pemerintah hanya khusus di zaman fitnah. Bukan bermakna hadith taat pemerintah bermakna pemerintah dibenarkan untuk berbuat sesuka hati terhadap rakyat.Kezaliman, penyelewengan, rasuah kesemuanya telah maklum ianya dosa dan tiada sesiapa yang menghalalkannya.

Kefahaman bahawa bilamana membawa hadith mentaati pemerintah bermakna pemerintah secara mutlak sebagai maksum, ialah satu kefahaman yang silap. Pemerintah ditaati kerana tidak mahukan mudarat yang lebih besar menimpa kepada umum berbanding apabila keluar memberontak kepadanya.

Tiada siapa memahami, dengan hadith mentaati pemerintah bererti bahawa rakyat wajib menjadi hamba abdi kepada pemerintah dan pemerintah boleh berbuat sesuka hati kepada rakyat. Ia lebih kepada menjaga maslahah dan mafsadah rakyat dan juga negara daripada mafsadah yang lebih besar seperti huru hara, kekacauan, hancur lebur, campur tangan kuasa asing dan seumpamanya.

Kaedah demokrasi yang memberikan suara kepada rakyat hakikatnya satu penipuan yang terlalu licik. Hakikatnya tidak begitu. Rakyat sebenarnya terpengaruh dengan isu-isu yang dimainkan oleh pihak media yang berkepentingan. Mereka mampu mengubah persepsi dan realiti serta pandangan rakyat melalui isu-isu yang dipilih.

Pemikiran dan persepsi rakyat dipandu dan dirancang oleh isu-isu yang dimainkan media dalam keadaan tanpa sedar kerana media mempunyai akses yang lebih luas.

Demokrasi hanya satu alat yang memperlihatkan bahawa setiap rakyat berkuasa atas para pemimpin mereka tetapi secara hakikat, demokrasi di negara Islam hanya melahirkan perpecahan kesatuan umat Islam akibat berbeza parti. Dalam masa yang sama ia cuba ingin menafikan hadith mentaati pemerintah akibat kelihatan tidak begitu relevan dengan sistem dan kaedah demokrasi.

Hakikatnya political funder lebih berkuasa berbanding suara rakyat.

Adakah hadith mentaati pemerintah berlawanan dengan logik akal?

Kita jawab, secara jujurnya tidak buat mereka yang mengkaji hadith dan beriman dengannya…fb Huzaifah Hadis

Posted by: pinkturtle2 | Oktober 23, 2014

Wajib bertaubat pada pekara yang tidak berdosa – Fatwa sesat

10341976_823296914388909_8504444020903389964_n

‘I Want to Touch a Dog’ & ‘karut marut’ Mazhab Syafie

Khusus dalam soal menyentuh (menjamah) anjing, Mazhab Syafie melihat haiwan itu dalam dua keadaan. Iaitu keadaan kering dan basah.

Anjing dalam keadaan kering, tidak najis (yakni tidak menajiskan sesuatu yang bersentuhan dengannya).

Justeru, ia boleh disentuh. Tetapi, dengan syarat orang yang menyentuhnya juga dalam keadaan kering.

Anjing hanya dianggap najis, dan tidak boleh disentuh-tanpa sebab-jika ia dalam keadaan basah. Atau pun, orang yang menyentuhnya dalam keadaan basah, biarpun anjing itu sendiri kering.

Ringkasnya, anjing tidak menajiskan orang yang menyentuhnya jika kedua-duanya (anjing dan orang yang menyentuh) dalam keadaan kering. Jika salah satu daripadanya basah (anjing atau orang yang menyentuh), anjing itu menajiskan bila bersentuhan.

Ini disebut dengan jelas oleh seorang ulama besar Mazhab Syafie, Syaikh Ramli dalam Nihayatul Muhtaj (Nihayatul Muhtaj, jld.2, ms.342) :

jika dipastikan anjing [telah] bersentuhan dengannya (bekas air) yang disertai dengan ‘kebasahan’ salah satu pihak (iaitu anjing atau bekas), maka ia (bekas) menjadi najis. Dan jika tidak [basah kedua-duanya], maka tidak [menjadi najis bekas tersebut]“.

Fakta penting di sini ialah–menurut Mazhab Syafie-anjing yang kering tidak najis.

Semua maklum, menyentuh sesuatu yang tidak najis-secara sengaja atau tanpa sebab-tidak berdosa dan tidak haram.

Sama seperti sengaja menyentuh haiwan lain yang tidak najis seperti kucing, harimau, biawak, ular, ulat dan lain-lain. Menyentuh haiwan-haiwan ini hukumnya harus, dan tidak haram. Ini kerana ia tidak najis.

‘Kesalahan’ besar

Bertolak daripada fakta ini, rasa pelik dan persoalan timbul tatkala bersua dengan ‘fatwa’ yang mewajibkan penganjur ‘I Want to Touch a Dog’, dan peserta muslim yang menyentuh anjing dalam program itu, bertaubat.

Lebih daripada itu, sesiapa yang menyokong program itu-walaupun tidak menyertainya- turut diminta bertaubat oleh ‘ulama’ tertentu!

Adakah wajib bertaubat disebabkan perbuatan sengaja menyentuh haiwan yang tidak najis, iaitu anjing dalam keadaan kering?

Bila pula ‘sengaja menyentuh haiwan yang tidak najis’-anjing dalam keadaan kering-menjadi satu dosa, sehingga orang yang menyentuhnya wajib bertaubat?

Persoalan seterusnya yang membenih tanpa dapat dibendung, bagaimana muslim yang sengaja menyentuh haiwan yang tidak najis-anjing dalam keadaan kering-boleh disabitkan dengan ‘kesalahan’ yang amat berat, iaitu menghina hukum Allah?

Sengaja menyentuh haiwan yang tidak najis-anjing dalam keadaan kering- bererti menghina hukum Allah?

Persoalan lain yang turut berangkaian, ialah sejauh mana perbuatan menyentuh haiwan yang tidak najis-anjing dalam keadaan kering-wajar disifatkan sebagai perbuatan yang hanya dilakukan oleh orang yang ‘ada ulat di dalam kepala’?

Turut muncul ialah persoalan tentang sejauh mana program yang menyediakan peluang untuk muslim menyentuh haiwan yang tidak najis-anjing dalam keadaan kering- wajar diyakini sebagai menyimpan agenda mempromosi fahaman liberalisme dan pluralisme agama di kalangan umat Islam?

Ringkasnya, satu-satunya ‘kesalahan’ yang dilakukan oleh saudara-saudara seagama itu ialah ‘menyentuh haiwan yang tidak najis’-anjing dalam keadaan kering.

Dengan ‘kesalahan’ yang ‘besar’ itu, maka mereka diwajibkan bertaubat, disifatkan sebagai menghina hukum Allah, ‘ada ulat dalam kepala’, dan terjebak dalam program yang mempromosi liberalisme dan pluralisme agama!

Hakikat Mazhab Syafie

Mazhab Syafie memutuskan bahawa yang diharamkan ialah sengaja menyentuh benda najis tanpa sebarang sebab yang munasabah. Seperti sengaja menyentuh najis haiwan tanpa sebarang sebab yang wajar.

Dalam erti kata lain, ‘illah’ atau sebab sesuatu itu haram disentuh tanpa keperluan, ialah kenajisannya. Oleh itu, ini bermakna, sesuatu yang tidak najis, tidak haram disentuh biarpun dengan sengaja.

Oleh kerana anjing dalam keadaan kering tidak najis, maka menyentuhnya-biarpun tanpa sebab-bukanlah haram.

Justeru, ‘fatwa’ yang mengatakan bahawa anjing haram disentuh secara sengaja meskipun ia dalam keadaan kering, adalah fatwa yang tiada sandarannya dalam  Mazhab Syafie.

Kenyataan bahawa “Mazhab Syafie melarang umat Islam menyentuh anjing secara sengaja kerana ‘menajiskan’ diri tanpa tujuan munasabah, adalah haram di sisi Islam”-tanpa membezakan anjing yang kering dan basah-juga tersimpang daripada hakikat sebenar Mazhab Syafie berhubung soal ini.

Kenyataan Syaikh Ramli di atas dikukuhkan lagi oleh fatwa seorang lagi ulama besar Mazhab Syafie, iaitu Imam al-Mawardi dalam karyanya, al-Hawi al-Kabir, jld.1, ms.641-642 :

jika anjing menyentuh baju yang basah, atau ia menyentuh dengan badannya yang basah [akan] baju yang kering, atau ia memijak dengan kakinya yang basah [akan] tanah atau hamparan [yang kering], maka [semua itu] adalah seperti [perbuatan anjing] menjilat dari segi kewajipan membasuhnya (iaitu benda yang disentuhnya) tujuh [kali] termasuk sekali [basuhan] dengan tanah“.

Rentetan daripada kenyataan dua ulama besar Mazhab Syafie ini, perbuatan menyentuh anjing dalam keadaan kering-seperti yang berlaku dalam program terbabit- oleh itu tidak tepat disifatkan sebagai mencabar Mazhab Syafie yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini.

Ia sebenarnya lebih tepat disifatkan sebagai mencabar budaya orang Melayu yang sememangnya tidak ‘mesra’ dengan haiwan itu.

Tulisan ini tidak bermaksud menyokong kempen ‘menyentuh anjing’ yang bersifat provakatif kepada budaya orang-orang Melayu-Islam di negara ini.

Sejauh yang mahu dicapai oleh artikel ini ialah melandaskan diskusi isu ‘menyentuh anjing’ ini-setakat termampu- di atas landasan Wasatiyyah yang bersifat tidak ekstrem, dan tidak pula mengabaikan.

sumber

Posted by: pinkturtle2 | Oktober 20, 2014

Tentang anjing …

“Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim,” tulis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dalam tulisan menerusi facebook semalam, bekas Mufti Perlis itu menyatakan ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam dan ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam.

“Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi,” tulisnya lagi di bawah tajuk ‘Anjing dan isu masyarakat Malaysia’ sebagaimana di bawah.

Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut:

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.

Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya” (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?

Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

Memelihara Anjing Dalam Rumah?

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah”. (Riwayat al-Bukhari).

Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing… Dr Maza

Posted by: pinkturtle2 | Oktober 2, 2014

Tanda-tanda dekatnya kejatuhan kerajaan UMNO BN – MP Bachok

1485071_10152440497967423_7546608405397990429_n

Kenyataan Media
Ahli Parlimen Bachok

Pengumuman kenaikan harga petrol Ron 95 dan diesel oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) adalah sangat mengecewakan dan tidak bertanggungjawab.

Menjelang 12 tengah malam, 1 Oktober 2014, kita semua dapat menyaksikan ribuan rakyat diseluruh negara beratur panjang di stesen-stesen pam minyak bagi memenuhkan tangki kenderaan.

Rakyat kebanyakan hanya dapat mengambil peluang membeli minyak dengan kadar yg lebih murah beberapa jam sebaik pengumuman kenaikan harga minyak dibuat.

Manakala menteri-menteri UMNO saya percaya tidak akan tergesa-gesa mencari stesen minyak bagi mengambil peluang harga sedia ada sebelum kenaikan.

Ini hanyalah salah satu daripada ribuan bukti tanda-tanda dekatnya kejatuhan kerajaan UMNO Barisan Nasional, apabila pemimpin pemimpin mereka semakin jauh dan terpisah daripada permasalahan rakyat.

Setiap rakyat yang beratur panjang di stesen pam minyak seluruh negara adalah bukti betapa ramai rakyat yang terhimpit ekonomi mereka walaupun disaat pemimpin UMNO BN berdegar degar berbangga dengan dakwaan prestasi ekonomi negara yang baik.

Setiap rakyat yang beratur panjang ini, pasti membantah kenaikan harga minyak ini dan mempersoalkan dimanakah menteri atau wakil rakyat UMNO BN yang bersama membantah kenaikan ini.

Dan saya percaya bahawa kenaikan harga minyak ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan UMNO Barisan Nasional seterusnya membawa kepada keputusan bersama bahawa negara ini tidak lagi layak ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.

YB Ahmad Marzuk Shaary
Ahli Parlimen Bachok
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal
Parlimen & DUN Pemuda PAS Malaysia.
1 Oktober 2014

Posted by: pinkturtle2 | Oktober 2, 2014

Terima kasih PM dan BN atas kenaikan harga MINYAK

bngilobabi

bngilo

Kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen menimbulkan pelbagai reaksi rakyat…mai tengok apa komen rakyat malaysia ttg kenaikan harga minyak semalam…

‘Minyak dah naik nti kluar ayat pawer yg akan di cetak rompak mcm ni ( kita akan pastikan kenaikan ini x akan membebankan
RAKYAAT.’ – Mohamad Mustaffa Abu Bakar

‘najib dah belajar dri tun mahathir….. melayu ni kl bagi umpan molek sikt seminggu dua dekat pru …. mabok k.o terus! …. tak nampak dah bulan … nampak dacing semata-mata….melayu mudah lupa!!!… mcm prk pkln kubur itu hari la!! ‘ – abdulqahhar14

‘hahahaha….itu adalah pm yg anda pilih…memiskin kan lagi rakyat yang telah pun miskin…gaji tetap ditakuk lama…puiii ‘ – Muhamad Faizal Mansoor Faizal

Angkara BN yang tidak berperikemanusiaan langsung kepada golongan yang tidak berada… – Salman Farisi

‘Najib !cukup cukup sudah sampai di sini saja.elok letak jawatan sebelum nasi menjadi bubur.Tun pun beri nasihat yang sama.’ – Redzawan Mohammad

‘DALAM APA2 KENAIKAN JANGAN TAKUT RAKYAT MESTI KAMI UTAMAKAN,,’ – Suara Kebebasan Rakyat

‘Yang memilih pemimpin yang ada sekarang kenalah memikul tanggungjawab….. tak-habis-habis nak seksa rakyat…alasan lapuk kalau minyak dunia tak naik dia orang guna alasan nak kurangkan subsidi…harga barangan harian tak dapat dibendung ditambah lagi alasan peniaga akan naikan harga barangan lagi….ramai-ramai berdoa agar Allah membantu mereka yang teraniaya..aaammin’ – Exora Jls

Posted by: pinkturtle2 | Oktober 1, 2014

Pecat Khalid: Wan Azizah, Saifuddin Ke ROS hari ini..

DS Dr Wan Azizah

PETALING JAYA: Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipanggil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjelaskan isu berhubung pemecatan Tan Sri Abdul Khalid daripada parti itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan memberi keterangan di ROS, Putrajaya pada Rabu.

Kedua-duanya akan ditemani peguam, Ragunath Kesavan di mana temujanji ROS dengan Saifuddin ditetapkan pada pukul 2 petang, manakala Dr Wan Azizah pula pada pukul 2.30 petang.

Ragunath ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu dan memaklumkan tarikh dan waktu berkenaan dipersetujui pihak terbabit.

“Surat ROS memanggil kedua-dua pemimpin PKR itu diterima lebih awal dan atas kesibukan masing-masing tarikhnya dipinda dan akhirnya dipersetuji untuk diadakan esok (Rabu),” katanya.

Sebelum ini, ada aduan dikemukakan terhadap Lembaga Disiplin dan Majlis Pimpinan Pusat Keadilan berhubung keputusan memecat bekas Menteri Besar Selangor itu.

Bulan lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dipanggil ROS untuk menyediakan laporan mengenai tarikh Khalid dipecat, komposisi Lembaga Disiplin parti itu dan buku kehadiran ahli jawatankuasa pusat PKR yang hadir semasa keputusan pemecatan dibuat..mstar

Posted by: pinkturtle2 | Oktober 1, 2014

Pesan Memesan Setelah Ianya Jadi Mayat..

Posted by: pinkturtle2 | September 30, 2014

MB Selangor yang baru..ni dia

azmin n anwar

Betul sangat jangkaan orang ramai bahawa jawatan MB yang sungguh sungguh di usahakan oleh suami isteri keluarga 69 dari Parti Keluarga Rakyat, PKR bukan berkhidmat untuk rakyat, tetapi untuk kesinambungan keluarganya..

Kerana terlalu gelojoh, terlondeh siapa sebenarnya MB Selangor..lagi

Posted by: pinkturtle2 | Disember 24, 2012

Media Malaysia jangan jadi ‘lidah syaitan’…

188647_10200175078797150_1741608684_n

MEDIA ‘LIDAH SYAITAN’: JAWATAN NAIB PRESIDEN DIMANSUHKAN DALAM PERLEMBAGAAN BARU

Kecewa dengan laporan sebuah siaran berita televisyen Malaysia yang mendakwa peletakkan jawatan Naib Presiden, Mahmoud Mekki sebagai “tamparan hebat” kepada Mursi yang sebenarnya satu kenyataan palsu, fitnah, lagi bohong.
Saya telah mengulas peribadi Mahmoud Mekki seorang tokoh perundangan yang disegani.

Mekki adalah Naib Presiden yang pertama dan terakhir bagi Mursi kerana selepas ini, Perlembagaan baru Mesir yang diterima rakyat semalam memansuhkan jawatan Naib Presiden.

Mekki telah berjanji beliau akan meletakkan jawatan jika rakyat bersetuju kepada perlembagaan. Beliau sebagai orang nombor dua negara sudah dapat merasai ‘angin kemenangan’ yang dikehendaki rakyat lalu meletakkan jawatan.

Itu sahaja dan tiada isu yang perlu dikaitkan dengan Mursi. Harap media Malaysia jangan jadi ‘lidah syaitan’…

FB Abd Malik

Posted by: pinkturtle2 | Disember 18, 2012

Nasib umat Islam Palestin Di Syria Lebih Teruk Dari Gaza…

……………………………….

Tentera syiah Syria mengebom Masjid Al-Yarmouk di kawasan kem  pelarian Palestin di Syria, dengan 2 roket dari jet MIG-22. Mayat-mayat bergelimpangan dan kami masih menghitung jumlah angka yang terbunuh, ada yang hangus terbakar ,terputus tubuh badan dan dikerat-kerat tubuhnya.

ليس لكم إلا الله، و لا حول و لا قوة إلا بالله

 

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori