Posted by: pinkturtle2 | Jun 14, 2010

Japan 1 – Cameroon 0

(top row L to R) Cameroon's striker Samuel Eto'o, Cameroon's midfielder Joel Matip, Cameroon's striker Eric Choupo-Moting, Cameroon's striker Pierre Achille Webo, Cameroon's defender Sebastien Bassong, Cameroon's defender Stephane Mbia and Cameroon's goalkeeper Souleymanou Hamidou and (bottom row, L to R) Cameroon's defender Benoit Assou-Ekotto, Cameroon's midfielder Jean II Makoun, Cameroon's defender Nicolas Nkoulou and Cameroon's midfielder Eyong Enoh are picture before their Group E first round 2010 World Cup football match against Japan on June 14, 2010 at Free State stadium in Mangaung/Bloemfontein.

(top row L to R) Cameroon’s striker Samuel Eto’o, Cameroon’s midfielder Joel Matip, Cameroon’s striker Eric Choupo-Moting, Cameroon’s striker Pierre Achille Webo, Cameroon’s defender Sebastien Bassong, Cameroon’s defender Stephane Mbia and Cameroon’s goalkeeper Souleymanou Hamidou and (bottom row, L to R) Cameroon’s defender Benoit Assou-Ekotto, Cameroon’s midfielder Jean II Makoun, Cameroon’s defender Nicolas Nkoulou and Cameroon’s midfielder Eyong Enoh are picture before their Group E first round 2010 World Cup football match against Japan on June 14, 2010 at Free State stadium in Mangaung/Bloemfontein.

BLOEMFONTEIN, SOUTH AFRICA - JUNE 14:  Keisuke Honda of Japan scores the first goal past Hamidou Souleymanou of Cameroon during the 2010 FIFA World Cup South Africa Group E match between Japan and Cameroon at the Free State Stadium on June 14, 2010 in Mangaung/Bloemfontein, South Africa.

BLOEMFONTEIN, SOUTH AFRICA – JUNE 14: Keisuke Honda of Japan scores the first goal past Hamidou Souleymanou of Cameroon during the 2010 FIFA World Cup South Africa Group E match between Japan and Cameroon at the Free State Stadium on June 14, 2010 in Mangaung/Bloemfontein, South Africa.

BLOEMFONTEIN, SOUTH AFRICA - JUNE 14: Eiji Kawashima of Japan dives to save a shot on goal during the 2010 FIFA World Cup South Africa Group E match between Japan and Cameroon at the Free State Stadium on June 14, 2010 in Mangaung/Bloemfontein, South Africa.

BLOEMFONTEIN, SOUTH AFRICA – JUNE 14: Eiji Kawashima of Japan dives to save a shot on goal during the 2010 FIFA World Cup South Africa Group E match between Japan and Cameroon at the Free State Stadium on June 14, 2010 in Mangaung/Bloemfontein, South Africa.

Japanese players, including Japan goalkeeper Eiji Kawashima, second from right, celebrate at the end of the World Cup group E soccer match between Japan and Cameroon at Free State Stadium in Bloemfontein, South Africa, Monday, June 14, 2010. Japan won 1-0.

Japanese players, including Japan goalkeeper Eiji Kawashima, second from right, celebrate at the end of the World Cup group E soccer match between Japan and Cameroon at Free State Stadium in Bloemfontein, South Africa, Monday, June 14, 2010. Japan won 1-0.

(L to R) Japan's defender Yuto Nagatomo, Japan's defender Marcus Tulio Tanaka, and Japan's goalkeeper Eiji Kawashima celebrate after  their Group E first round 2010 World Cup football match on June 14, 2010 at Free State stadium in Mangaung/Bloemfontein. Japan beat Cameroon 1-0. NO PUSH TO MOBILE / MOBILE USE SOLELY WITHIN EDITORIAL ARTICLE.

(L to R) Japan’s defender Yuto Nagatomo, Japan’s defender Marcus Tulio Tanaka, and Japan’s goalkeeper Eiji Kawashima celebrate after their Group E first round 2010 World Cup football match on June 14, 2010 at Free State stadium in Mangaung/Bloemfontein. Japan beat Cameroon 1-0.

BLOEMFONTEIN, SOUTH AFRICA - JUNE 14:  A general view of atmoshere during the 2010 FIFA World Cup South Africa Group E match between Japan and Cameroon at the Free State Stadium on June 14, 2010 in Mangaung/Bloemfontein, South Africa.

Blue Samurai kebanggaan Asia

BLOMFONTEIN, Afrika Selatan – Jepun menjadi pasukan Asia kedua selepas Korea Selatan mencatat kemenangan dalam Piala Dunia 2010 apabila menewaskan Cameroon 1-0 pada perlawanan kedua Kumpulan E semalam.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain tengah CSKA Moscow, Keisuke Honda pada minit ke-39.

Honda diletakkan sebagai penyerang dalam perlawanan itu bagi mengatasi masalah ketumpulan serangan Jepun dalam beberapa siri aksi persahabatan.

Separuh masa pertama menyaksikan permainan berlangsung hambar dengan kedua-dua pasukan seakan buntu untuk melepasi benteng pertahanan lawan masing-masing.

Bintang penyerang Cameroon, Samuel Eto’o yang ditempatkan di sebelah kanan juga bagai tenggelam punca hasil kawalan ketat barisan pertahanan Jepun.

Jaringan Jepun terhasil apabila Honda yang tidak dikawal di sebelah kanan gawang Cameroon, tenang menyudahkan bola hantaran lintang gandingan penyerangnya, Daisuke Matsui meskipun cuba dihalang penjaga gol lawan, Souleymanou Hamidou yang merebahkan badan.

Gol itu seakan-akan mula menghidupkan permainan dengan kedua-dua pasukan mula mengatur gerak mengancam kubu lawan.

Empat minit perlawanan bersambung selepas rehat, Eto’o mula menunjukkan belang apabila menggelecek cantik dua pertahanan Jepun sebelum menghantar tepat kepada Maxim Choupo-Moting yang menanti di dalam kotak penalti lawan.

Choupo-Moting bagaimanapun gagal menceriakan rakan sepasukan apabila sepakan lencong dilakukannya meliar ke sebelah kiri pintu gol lawan membolehkan jurulatih Jepun, Takeshi Okada menarik nafas lega.

Perlawanan selepas itu kian rancak terutama menjelang sepuluh minit terakhir perlawanan apabila pada minit ke 82, Souleymanou dipaksa melayangkan badan menepis bola rembatan pemain tengah, Makoto Hasebe.

Rembatan susulan pemain gantian, Shinji Okazaki pula sekadar singgah di tiang gol sebelah kiri sebelum beliau dikesan berada di posisi ofsaid.

Cameroon juga enggan mengalah dengan rembatan kencang tonggak pertahanan, Stephane M’Bia menggegar palang pada minit ke-84 ketika Kawashima sudah pun tertewas.

Tempoh empat minit masa tambahan nyata terlalu panjang buat Jepun apabila mereka diasak bertalu-talu. Namun kekebalan Kawashima di benteng terakhir mengecewakan Cameroon termasuk menghalang cubaan Eyong, dua minit sebelum perlawanan berakhir. – Agensi


Respon

  1. Dalam tahun 60 – 70puluhan dulu ni, Japan dan Korea adalah saingan Malaysia untuk merebut piala merdeka.
    Masa tu Japan dan Korea akan mengelak berjumpa dengan Malaysia dipringkat separuh akhir. Yakut kecundang. Tu dulu….

    Pembangunan sukan bola sepak di negara tersebut, sekarang ini sudah bertaraf dunia, berbanding dengan Malaysia sekarang yang diperingkat Tenggara Asia pun masih ranking yang tercorot. Kenapa Ya?

    Kerana, rasuah yang tidak terkawal bila ada pemain2 yang menjual permainan untuk menambah wang saku tanpa memperdulikan kualiti pertandingan permainan, yang akhirnya menghancurkan sukan bola sepak Malaysia

    Ditambah pula selepas itu, dalam apa juga sukan di Malaysia ini tidak terlepas dari penglibatan pemimpin politik UBN yang menjadikannya sumber mempopularkan diri dan jatuh menjatuhkan dikalangan pegawai yang diamanahkan kerana ingin mengaut keuntungan dari peruntukan yang diberikan oleh kerajaan.

    Begitu lah Bahlolnya pengurusan sukan2 termasuk sukan bola sepak di Malaysia.
    Pembangunan sukan apa yang dicanangkan oleh kerjaan Malaysia kalau mental Pengendali dan Pemimpin sukan yang dididik UBN jika pemikiran mereka ini tidak pernah melangkau kemasa depan.
    Kelemahan sukan di Malaysia bertahap mangkuk ayun sama dengan menteri2nya.

    • Salam Kucing Kota.

      Tu lah, hang.
      Malais membaca.
      Bila kurang membaca.
      Otak tak boleh fikiq.
      Minda kelabu.
      Jadi ahli Kelab U, bolehlah.

      Bola sepak boleh maju, sebab apa.
      Sebab pemainnya baguis2.
      Pemain2nya banguis2, sebab apa.
      Sebab bayarannya lumayan.
      Bayaran lumayan, sebab apa.
      Sebab duit judi bola, lah.

      Kan tu pon, hang tak tau.
      Hang kena fikiqlah.

      Kat Malaysia, sapa boleh bayaq pemain2, juta2.
      Melainkan duit judi.
      Duit judi pon, duit judi bola lah.
      Duit judi lain, mana nak bayaq.

      Sekadaq hang yang tak tau.


Tinggalkan komen

Kategori