Posted by: pinkturtle2 | Disember 8, 2008

utama..

IKLAN

Posted by: pinkturtle2 | September 13, 2015

PAS wajar tanding semua kerusi, ajar PKR biar lidah terus terbelit..

12002146_1004195356269144_1986262459696375334_n

kawan ape..macam khinzir semua sondol tak kira kawan atau lawan

Org Pas Klate bukannya bodoh. Jgn buat org Klate mcm tikus makmal, bahan ujikaji. Masa lemah kamu datang kami sediakan kerusi-kerusi. Masa kuat kamu lompat sekali dgn kerusi – kerusi. Saing grade berapo demo ni?.. man gandum

Posted by: pinkturtle2 | September 11, 2015

Membina Malaysia yang Aman Sejahtera tanpa DAP

zzz

DAP ni memang betul betul trouble maker. Mereka menyebabkan orang2 bukan Islam berprasangka kpd PAS dan Islam. Dan ini mengundang kemarahan orang2 Islam.

Mereka campur tangan urusan dalaman PAS.

Sekarang mereka mahu tentukan urusan PKR pula.

PAS pernah hadapi keadaan ahli yg lebih patuh kepada pemimpin luar dari pemimpin sendiri.

Sekarang giliran PKR yg sedang hadapi kemungkinan ahli yg lebih patuh kemahuan DAP berbanding pemimpin pemimpin tertinggi mereka sendiri.

63% rakyat Malaysia yg beragama Islam sedang memerhati gelagat DAP yg merasa terlalu besar dan boleh arah semua orang ikut kemahuan mereka. Tak perlu ulas pasal GHB.

Saya harap dengan segera vakum kumpulan bukan Islam/bukan melayu yg lebih sederhana dan bersifat saling menghormati ditampilkan segera sebagai ubat penenang bagi memperbaiki kerosakan ditimbulkan DAP.

Ahmad Amzad Hashim

Posted by: pinkturtle2 | September 11, 2015

Bekas pengarah pilihanraya pas yg khianat

hatta

Ini bekas pengarah pilihanraya pas ..

Antara tugas pentingnya meletakkan calon calon dan berunding pembahagian kerusi sesama pakata rakyat saru masa dulu ..

Jadi jangan pening risau dok musing laa pasal apa pas banyak kalah pru lepas .. pasal apa ada mp dan adun pas khianat lompat parti ..

Dia nih yg dok ator pemimpin ikram yg bersarang dalam pas dapat jadi calon …

Calon calon yg di hantar oleh kawasan terpadam ghaib namanya dek aturcara pengarah pilihanraya pas ini jugaklaa ..
Kerusi kerusi sedap yg dicula menang selamat dan kuat diatur utk diletakkan calon dari kalangan kumpulan mereka ..

Begitu juga kerusi pas yg di runding diserah pada pkr .. kerusi kerusi pkr yg jentera pas dok buat kerja selepas calon pkr menghilangkan diri setelah kalah dalam pru sebelumnya dikembalikan pada pkr kerana potensi yg ada setelah jentera pas buat kerja hasil kerja buat dia nih jugaklah …

Kerusi keruai bertindih dan pertembungan 3 penjuru hasil kerja dia nih jugaklah sewaktu jadi pengarah pilihanraya pas pusat ..

Jadi hari nih mp dan adun yg lompat parti khianat amanah pas toksah dok heran lah .. memang kumpulan mereka sejak sekian lama diatur utk menguasai kerusi sama ada dalam pas ataupun pkr terdiri dari kumpulan mereka ..

Amk pkr hari ini juga dalam pemilihan pkr yg lepas menguasai jawatan penting dan menyingkirkan org lama dalam pkr hasil kerja kumpulan ini jugaklah ..

Hari nih x heran laa geng geng ikram nih dok istihar serah borang masuk parti mereka… bukan saja ikram dalam pas .. ikram dalam pkr jugak dok pakat masuk pan cuma x diwar warkan ..

Hari nih dah ada pemimpin pkr yg terperasan lalu diadakan kempem masuk pkr di kotabaru apabila mereka dapati penyokong tegar mereka di sana dah masuk pan ..

Jadi .. x payah dok pening laa nak buat analisis bodoh konon pas dah hilang sokongan bila adun dan mp istihar keluar parti ..sebab mereka dah x bersama parti sejak dalam pas lagi .. mereka lebih mengutamakan kumpulan mereka dari amanah dalam parti ..

Apabila gagal menguasai pas dalam muktamar lepas di tumbangkan semua kumpulan mereka dari menganggotai ajk pas pusat terus merajuk keluar parti .. x payah pening pening .. kita kenal mereka dah lama .. bukan baru sehari dua ..

Dato Seri Dios Berantogis

babi22

Hidup melarat dan merempat.. Sendiri buat sendiri lah tanggong

Kesian puak yg keluar pas tu….membawa diri hulu hilir……nak tumpang rumah KITA ada org nak saman……setelah di halau maka punggah la kain baju cari tempat berteduh, jumpa la rumah burok org tak dudok nama nya quarters PEKERJA…

Suka nya hati maklum lah dpt rumah baru takpa lah rumah org tinggal pun janji dpt jugak berteduh …..maka di cat lah rumah tu dan tepek nama parti amanah negara (PAN)…..heboh la satu kampong ajak org masok rumah baru yg burok nama PAN…..

tup2 baru hari pertama dudok, dapat pulak notis dari pehak berkuasa kata tak boleh guna rumah tu atas sebb bla bla bla …..

Taktau lah pulak pasni nak kehulu hilir kemana lagi…..jadi anjing kurap lah jawab nya barangkali

Entah lah , bunyi nya profesional dan cerdik pandai tapi akibat gopoh dan rela nak jadi pak turut org lain maka lihat lah apa jadi pada mereka ……hidup melarat dan merempat tak ketahuan hala…..

Sendiri buat sendiri lah tanggong…..akibat tak dengar nasihat …..

Yuusuke Godai

…………………………………..

Kerana jawatan , duit gaji mereka sanggup korbankan Isteri dan maruah…hinanye org yg melanggar sumpah atas nama Allah

Kalau sayangkan isteri sepatutnya sabarlah dulu sampai Bubar Parlimen / DUN sebelum lompat parti. Tak pun dah tak tahan sangat nak lari dari PAS, letak jawatan yg dimenangi dengan pengorbanan wang ringgit, ahli2 yg buat kerja, seluruh jentera PAS yg berkempen.

Ini bukan keadaan darurat yg terpaksa, kalau tidak, boleh libatkan nyawa.

Ada ruang masa untuk berfikir. Dapatkan nasihat.

Tapi tetap juga mahu dilanggar walau dah berkali kali dinasihati.

Kalau dosa mencuri rukun taubatnya tidak cukup merasa kesal dan azam untuk tidak mengulangi. Akan tetapi wajib memulangkan kepada pemilik apa yg dicuri.

Begitu juga kesalahan mengkhianati PAS, mana cukup dgn bayar denda kaffarah. Ia melibatkan hak milik parti yg memberi watikah pencalonan dan membenarkan membawa logo parti.

Jika menganggap isteri dan rumah tangga begitu berharga, jangan korbankan mereka kerana ada pilihan untuk mengelak dari terjadi begitu.

Bukan tiada jalan keluar. Remedinya ada.

Ahmad Amzad Hashim

Posted by: pinkturtle2 | September 3, 2015

Benteng penghalang calon dr melakukan perbuatan haram…

11885229_1524623157828404_8699536563781541921_n

Sabda Rasulullah SAW: “Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia berbohong, jika berjanji dia mungkiri, dan apabila diberi amanah dia mengkhianati.” (HR. Bukhari Muslim)

tambahan

11986973_851111728290861_3722395829119938909_n

Posted by: pinkturtle2 | September 2, 2015

Ini bukan ahli majlis syura Pas..

11225078_948981241810523_7150644144134240894_n

Posted by: pinkturtle2 | September 2, 2015

Selamat Jalan Abg Mat Peter Pan…

11913880_10153502406158592_1893781633026056539_n

SELAMAT JALAN ABANG MAT KARBALA..

Semasa bersama kami dulu Abang Mat kami hormati dan naikkan walaupun Abang Mat tidaklah punya kelayakan hebat mana tetapi kerana kesungguhan dan semangat Abang Mat kami lonjakkan membelakangkan mereka yang lebih layak dan para ulamak.

Kami jaga kebajikan Abang Mat. Dan Abang Mat kini terima pencen ahli Parlimen 3 penggal hasil dari susah payah dan pengorbanan orang-orang kami di bawah.

Jawatan kedua tertinggi parti kami beri kepada Abang Mat mengalahkan para ulamak kerana kami percayakan Abang Mat.

Tiba-tiba apabila tewas jawatan Abang Mat terus merajuk dan memburukkan parti dan pimpinan. Abang Mat lupakan kami yang banyak berkorban untuk Abang Mat dulu.

Macam Nakhaei yang Abang Mat kutuk masa lompat masa Umno dulu Abang Mat pun rupanya lebih kurang sama.

Mungkin tawaran dan janji-janji DAP lebih hebat dan mengkagumkan Abang Mat dari cita-cita bersama yang kita kejar dulu.

Pergilah Abang Mat dulu kita sahabat tetapi apabila Abang Mat sendiri pilih untuk jadi pengkhianat hari ini kita bertarung. Cita-cita perjuangan Islam dan jemah PAS ini serta kepimpinan ulamaknya lebih mahal dan berharga buat kami dari Abang Mat hari ini.

Abang Mat yang pilih begini. Kami insyallah akan pertahankan PAS walau terpaksa berdepan dengan Abang Mat sekalipun.

Allahuakbar!!!

Oleh : Roslan Sms

………………………………………..

Jangan Pandang Ringan Pada Baiah.

1) Semua YB PAS yang bertanding dalam pilihanraya terikat dengan baiah.

2) Mereka berbaiah dgn PAS bukan dgn PR sebab PR tak didaftarkan utk bertanding..Dan tidak disebut pun dalam baiah jika PR bubar maka baiah terbatal.

3) Semua bertanding atas tiket parti masing masing.

4) Dalam baiah terang terang menyebut parti PAS bukan sebut PR pun.

5) Nampaknya mereka dah tak mengiktiraf baiah dan tidak mengendahkannya. Mereka sangat yakin bahawa baiah terbatal dan tiada laknat lagi.

6) Setelah mereka langgar, Kita serahkan kpd Allah membuat keputusan diatas sumpah laknat yg telah mereka lakukan dengan bersumpah atas nama Allah bahawa mereka tak akan tinggalkan parti, tak akan mengkhianati parti, akan patuh arahan parti.

7) Lafaz Ikrar baiah telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS yg wajib dibaca sebagai baiah di depan pesuruhjaya di peringkat negeri negeri.

8) Inilah Lafaz baiah setiap wakil rakyat PAS yg telah diputuskan oleh parti menjadi calon dalam PRU13.

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الإنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين…. أما بعد

Bahawa kami berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Dan bahawa kami bersumpah dengan nama Allah

والله وبالله وتالله

Sekiranya kami meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi ahli dewan undangan negeri atau dewan rakyat atau dilantik menjadi Senator…

Maka kami akan DILAKNAT oleh Allah, Rasulnya, orang orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.

Dan segala perbelanjaan kami dengan menggunakan wang elaun ahli dewan yang tersebut adalah haram.

Dan bahawa kami juga bersumpah dengan nama Allah…
والله وبالله وتالله

Untuk meletak jawatan dari menjadi ahli dewan negeri atau dewan rakyat yang tersebut. Apabila kami keluar atau dipecat dari parti.

والله على ما أقول شهيد

Dan Allah bersaksi di atas apa yg saya tuturkan ini.

9) Kemudian tanda tangan surat akuan baiah depan Pesuruh Jaya PAS negeri negeri.

Hazwan faisal

Logo kredit pd Muhamad Harris Nasril

Posted by: pinkturtle2 | September 1, 2015

awal lagi dah tak amanah ….khianat amanah

11949511_10153503211858592_5685934373293154971_nPARTI AMANAH NEGARA (PAN)…

..aku nak ulas pasal amanah sikit….

>>> awal lagi dah tak amanah ….khianat amanah penyokong pas yg memilih mereka atas nama dan lambang pas ….

>>> tak amanah pd janji atau baiah yg di lafazkan ….jika baiah atas nama Allah pun senang saja mereka engkari mana mungkin puak ni dpt memegang amanah dlm perkara lain …

>>> perkataan amanah mmng mudah di sebut….adakah tuan2 yakin parti PAN ini dpt memikul amanah yg besar iaitu mmpertahankan prinsip menegakkan hukum Allah jika dalam pas pun mereka gadai kan prinsip tersebut demi dap dan kemaruk angan2 putrajaya ??

Pikir ambik lah..

10984232_1523540407936679_6029496093042118784_n

Perpecahan DAP dengan PAS adalah bukan kerana Jawatan tetapi Kerana Menegakkan Hukum Agama

Hari Ini terpaksa kita dedahkan beberapa siri kisah DAP terhadap PAS yang selama ini tidak diketahui serta imej sebenar DAP.

* Sebenarnya kita kena faham Tahaluf Ialah Kerjasama atau persefahaman diantara dua pihak ataupun lebih dalam PERKARA-PERKARA YANG DISEPAKATI

* Sebelum DAP menang dan mengusai Pulau Pinang, Lim Guang Eng meyakinkan orang Islam dengan berkata bahawa

“ Kita tidak perlu takut kepada Undang-undang Hudud kerana hudud hendak menghukum orang yang jahat sahaja dan kita yang tidak jahat tidak perlu takut”

* Kemudian selepas kali pertama mengusai Negeri Pulau Pinang, Lim Guang Eng menambahkan lagi kepercayaan orang Islam kepada DAP dengan memberi ucapan Islamiknya yang berbunyi
“ Tuan-tuan jangan bimbang, saya akan memberi keadilan kepada semua sebagaimana Umar Abdul Aziz yang memberi keadilan kepada semua rakyat ”

* Seterusnya Pada 9/3/2012 DAP dengan sombong dan angkuhnya meluluskan Piliharan Raya Kerajaan Tempatan semasa sidang DUN Pulau Pinang walaupun tidak mendapat persetujuan daripada Pas. Dan sekaligus mengkhianati Persetujuan bersama kononnya dipegang oleh DAP selama ini.

* 27/1/14 Adun PKR dari Kajang Meletak jawatan dan mengosongkan kerusi tersebut tanpa membincangkan terlebih dahulu dengan PAS serta merahsiakan daripada Pas tujuan sebenar kekosongan tersebut iaitu untuk pelantikan Menteri Besar.Sedangkan PAS tidak bersetuju dengan Tujuan mereka yang Matlamat menghalalkan Cara

* Rakan Pakatan Rakyat yang lain mengenepikan keputusan Pas yang menolak “Kajang Move” serta pelantikan Datuk Sri Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru sebaliknya PAS terpaksa mencadangkan Yb Azmin Ali setelah pemecatan Yb Tan Sri Khalid Ibrahim secara tidak bermaruah

* Pas menolak Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar atas dasar pegangan Islam yang dibawa serta lantikan itu tidak memenuhi tuntutan Syara’. Sebagaimana sabda Baginda dalam hadith sahih iaitu apabila mendapat berita tentang pelantikan Anak Perempuan Raja Kisra sebagai pemimpin selepas kematian bapanya. Baginda bersabda yang mafhumnya
“ Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang melantik orang perempuan sebagai pemimpin ”

* 13 Mac, Pemimpin DAP yang tidak serupa bikin ini, yang tidak seIslamik dahulunya iaitu sebelum memenangi pilihan raya dengan angkuhnya berkata
“ DAP konsisten menentang Hudud”. Kata-kata ini dikeluarkan semasa taklimat oleh wakil PAS Kelantan kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat berkaitan Hudud di bangunan Parlimen.

* 19/3/2015 Sidang DUN Kelantan tetap meluluskan Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 1993 pindaan 2015 walaupun mendapat tentangan DAP yang sebelum ini pernah meluluskan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan walaupun tidak dipersetujui oleh Pas.

* Mereka tetap meluluskan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PRKT) dan “Kajang Move” yang bertujuan untuk kepentingan peribadi dan kekuasaan mereka,walaupun mendapat bantahan Pas.Sebaliknya Hukum Kanun Jenayah Syariah yang diluluskan demi Allah dan kepentingan umat Islam ditentang habis-habisan.

* 23/3/2015 DAP terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan President PAS ( Bermaksud putus hungan dengan Pas) serta menuduh President PAS sebagai tidak jujur,mengkhianati rakan Pakatan Rakyat, tidak bermaruah dll.

* Ekoran itu pada 27/3/2013 DAP Sarawak terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan PAS

* 30/3/2013 DAP Sabah turut menurut jejak yang sama untuk memutus hubungan dengan PAS iaitu 3 bulan sebelum PAS melangsungkan Muktamar pada Jun 2015 dan sebelum cadangan untuk batal Tahaluf dengan DAP.

* 4-6/6/2015 , PAS hanya baru MENGUSULKAN/MENCADANGKAN untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

* 11/7/2015 iaitu sebulan kemudian Barulah PAS memutuskan hubungan dengan DAP melalui keputusan Majlis Syura Ulama.
Sekaligus menangkis tuduhan GHB yang menuduh PAS terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan DAP.

* Pimpinan PAS yang kalah dalam muktamar menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) atas alasan kecewa dengan PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP.

…………………………………………………

TUAN-TUAN

* Perpecahan DAP dengan PAS
adalah bukan kerana Jawatan, kerana Kuasa dan lain-lain tetapi Kerana Menegakkan Hukum Agama.

* Perbincangan kerajaan PAS Kelantan dengan Kerajaan Pusat berkaitan kepentingan Islam iaitu Hudud dituduhnya DAP bahawa PAS ingin bergabung dengan Umno, Tetapi perbincangan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP berkaitan Jambatan ke-2 dan Kerajaan Selangor berkaitan Air dan sebagainya maka tidak pula PAS tuduh mereka bersekongkol dengan UMNO

* Cadangan President PAS untuk mewujudkan Unity Government yang pada asalnya dipersetujui oleh DAP dan PKR telah diseweng oleh puak ini dengan tuduhan bahawa PAS mahu bergabung dengan UMNO. Sedangkan cadangan PKR untuk Konsensus Nasional dan Save Malaysia oleh DAP tidak pulak PAS menuduh mereka sebaliknya.

* Banyak Isu yang berkaitan dengan Agama Islam akan ditentang oleh DAP, dan yang menyedihkan terdapat segelintir daripada kalangan Islam yang membenarkan atas alasan bersikap terbuka

* Perlembagaan Malaysia mengatakan bahawa Agama Islam adalah agama persekutuan dan agama selain daripada itu bebas di Amalkan.Tetapi DAP masih menghalang kebebasan orang Islam mengamalkan Ajaran kita sedangkan mereka bebas beragama tanpa halangan daripada kita.

* PAS tidak bermasalah sekiranya bukan Islam tidak menyokong Hudud tetapi menjadi masalah apabila DAP mula MENENTANG hudud,iaitu bererti menentang pegangan orang Islam

* DAP juga menentang pengharaman Arak di kawasan majoriti Melayu semasa pimpinan Datuk Hassan Ali sebagai Exco Agama.

* DAP juga menentang Cadangan pihak Daerah untuk mengasingkan tempat duduk pasangan yang bukan mahram semasa menontong wayang di Bandar Seri Iskandar Perak.

* DAP tetap membina sebuah gereja yang besar di Prai Pulau Pinang yang bermajoriti Melayu walaupun mendapat bantahan dari pegawai kerajaan negeri yang beragama Islam semasa mesyuarat.

* Isu kalimah ALLAH banyak diwakili oleh Peguam DAP dalam membenarkannya.

* Isu pengunaan pembesar suara semasa azan turut dibangkitkan DAP

* Isu merobohkan pusat penternakan Khinzir di Kedah suatu masa dahulu turut mendapat tentangan DAP.

* DAP pernah mendesak PAS untuk buang perkataan Islam suatu masa dahulu, akhirnya DAP keluar dari Barisan Alternatif.

Boleh dikatakan DAP akan iktiraf Islam yang kita perjuangkan jika memenuhi kehendak kumpulan 25% minoriti Cina ini. Mereka selesa dengan GHB yang meringankan tanggungjawab Islam.Dimana Gah dan Rasa Mulianya 55% Islam berbanding 25% yang menentang ini.?

Jadi bagi ada yang tawar hati dengan PAS dan ingin berhijrah ke wadah baru yang dikatakan GHB ini,dinasihatkan jadilah orang yang bijak untuk berfikir, dapatkan maklumat yang cukup dalam segenap sudut.Janganlah sampai mudah diperalatkan sehingga sanggup menggadai prinsip atas nama keterbukaan. Dan janganlah terlalu mengharapkan janji-janji kemenangan yang segera sedangkan redha Allah dilupakan. Siapa yang berani jamin bahawa DAP akan sewenang-wenangnya memberikan kebebasan Islam yang diperjuangkan oleh GHB sedangkan PAS majoriti Islam serta mempunyai keahlian yang lebih 1 juta orang dan mengusai negeri pun masih ditekan oleh DAP. Apatah lagi GHB.

Sebaliknya Kekalah dalam Jamaah Islam dan Bekerjalah untuk mendaulatkan Islam,serta yakinlah dengan kemenangan dengan pertolongan Allah. Angkat dan letakkan kemuliaan Islam pada tempat yang sepatutnya.

Percayalah janji Allah berbanding janji orang Kafir.Masakan Allah tidak menolong kita sedangkan kita bersungguh-sungguh untuk Agama Allah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ ۖ فَآمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (Agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan AgamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamila

Hazwan Faisal

Posted by: pinkturtle2 | Ogos 30, 2015

Sebelum ni depa tak berani buat mcm ni…

11896261_807446226043798_2806515737839507287_n 11953187_807446162710471_2569308601973688793_n

kan aku dah cakap. dah jadi pesta maksiat bersih4 kali ni! bersih sblm ni depa tak berani mcm ni.

tunggu lepas ni aku upload gmbr pro lgbt bercium time tidur ramai2 atas jalan..

Hazwan Faisal

bbb

Kenapa saya tidak turun sertai Bersih 4 – Ong Lian Kheong

Ramai sekali yang marah saya apabila saya bertegas tidak bersetuju dengan perhimpunan kali ini. Ramai juga yang memandang serong terhadap pendirian saya mengenai Bersih 4. Bermula daripada himpunan Bersih pertama hingga ke-3, saya tidak pernah terlepas untuk tidak hadir.

Di awal penubuhan Bersih, dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang sedia untuk menggalas amanah rakyat bagi memastikan pilihan raya di negara kita berlangsung dan berjalan secara adil dan saksama.

Selepas berjayanya dan hangat sambutan ke atas himpunan Bersih yang pertama itu pada 2007, Bersih semakin dipandang dan diangkat oleh masyarakat umum. Tidak ketinggalan, badan-badan hak asasi antarabangsa juga cuba untuk membina hubungan dengan Bersih.

Malang sekali, wujud pula anasir-anasir daripada “bapak kapitalis” nombor satu dunia, Amerika Syarikat yang juga cuba mendapatkan Bersih untuk membina jambatannya dengan kumpulan yang semakin “menang” itu.
Menang, bukan bermakna mereka berjaya dalam tuntutan yang mereka minta daripada kerajaan, tetapi “menang” bermaksud mereka berjaya mendapatkan perhatian rakyat umum dan diminati serta mendapat kepercayaan utuh rakyat agar Bersih boleh diharap sebagai badan yang akan membawa isu-isu rakyat berkaitan ketelusan pilihan raya.

Kita puji usaha Bersih generasi pertama ini kerana keikhlasan mereka dan juga kesungguhan mereka memerah keringat dan berhempas pulas membawa kesedaran rakyat ke tahap lebih tinggi dalam konteks pemahaman rakyat berkenaan sistem pilihan raya dan menimbulkan rasa berani dan yakin rakyat untuk menuntut hak mereka sebagai pengundi.

Selepas usaha-usaha hebat yang mulanya dipelopori generasi Bersih 1 mendapat perhatian banyak pihak, Bersih dengan gabungan pelbagai pihak itu mula memikirkan satu jalan untuk membina satu badan yang lebih sistematik dan tersusun organisasinya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang serius serta membina pejabat dan membayar kakitangan untuk menggerakkan Bersih dengan lebih serius dan terancang.

Lebih daripada itu, mereka juga memilih jawatankuasa melalui pilihan raya dalam kalangan NGO dan NGI. Bersih 2 tertubuh dengan jayanya dan seterusnya melahirkan protes yang lebih berjaya berbanding Bersih 1 dengan penyertaan yang lebih ramai pada 2011.

Banyak kedutaan asing juga berlagak prihatin dengan nasib menimpa Bersih dan isu rakyat Malaysia. Negara yang paling menunjukkan kesungguhannya untuk membantu Bersih adalah Amerika.

Amerika mula memberikan dana kepada Bersih secara tahunan dengan jumlah yang besar seperti yang tercatat dalam laporan sebuah badan di bawah kedutaan Amerika, NED.

Ia bukan setakat sebuah badan biasa tetapi sebuah badan yang banyak melakukan perkara tidak bertanggungjawab di negara-negara yang anti dengan Amerika seperti di Venezuela, Iran dan Russia.

NED mendanai kumpulan berbahaya yang cuba menimbulkan ketegangan di Venezuela dengan cara bersenjata. Mereka mendanai gerakan pembangkang yang ingin menjatuhkan Hugo Chavez kerana Hugo Chavez adalah satu-satunya presiden negara bukan Islam yang kaya dengan petroleum dan gas yang lantang bersuara menentang kerakusan Israel di Palestin dan melawan Amerika di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Akhirnya, NED dihalau oleh kerajaan Venezuela dan terbaru, Russia mengisytiharkan NED sebagai sebuah agensi CIA yang bertindak mengumpul maklumat bagi tujuan peperangan dan keganasan di negara itu.

Selepas himpunan Bersih 2 berjaya mendapat perhatian dunia dengan penyertaan 100,000 orang peserta yang majoritinya dikerah oleh parti PAS pada 2011 itu, dalam diam para jawatankuasa induk yang oportunis ini menjalin kerjasama erat dengan NED untuk mendapatkan dana yang jumlahnya ratusan ribu dolar setiap tahun bermula tahun tersebut.

Di dalam jawatankuasa Bersih, tiada pemimpin parti politik yang dibenarkan menganggotai majlis mesyuarat jawatankuasa dan memegang jawatan dalam Bersih 2 itu. Oleh demikian, baik PAS, PKR mahupun DAP memang tidak tahu menahu dengan dana itu sehinggalah perkara ini terdedah sendiri hasil buah mulut media dan propaganda kerajaan.

Pendedahan demi pendedahan oleh media pada ketika itu berjaya membuktikan Bersih menerima dana daripada NED dan NED terpaksa menulis perkara itu dalam laman sesawangnya.

Jawatankuasa berelaun, penginapan di hotel besar untuk mesyuarat dan program, maka mulalah ramai golongan yang cuba merebut kerusi dalam jawatankuasa Bersih. Pada pilihan raya Bersih 3, akhirnya Bersih terlepas kepada tangan-tangan korporat yang menjadi sebahagian daripada Bersih 3.

Bukan susah, penyertaan ke dalam Bersih adalah terbuka asalkan mereka ada NGO yang dibina atas nama syarikat. Ramai juga korporat yang daripada pemikiran Barisan Nasional (BN) selama ini, secara tiba-tiba berminat menjadi sebahagian daripada Bersih dengan memeterai perjanjian dengan Bersih 3, dan masuk bertanding untuk jawatan dalam Bersih walaupun NGO mereka hanya ada dua tiga kerat sahaja.

Jangan terkejut, lobi-melobi ketika pilihan raya Bersih 3 adalah lebih teruk berbanding lobi melobi pemilihan PKR atau DAP.

Nama-nama aktivis seperti Pak Syed Ibrahim, Ahmad Syukri Razab, Badrul Hisham (Che Gu bard) terus tersingkir daripada senarai walaupun umum tahu mereka merupakan hardcore dalam perhimpunan Bersih yang berjaya selama ini.

Sebaliknya, nama-nama korporat yang kita tidak pernah dengar selama ini, yang mempunyai pangkal nama dengan panggilan “datuk” dan “doktor” secara tiba-tiba naik menjadi pemimpin utama dalam Bersih 3.

Mujurlah nama Maria Chin berjaya memenangi jawatan pengerusi Bersih sekali gus membawa Bersih dalam penghayatan rakyat marhaen kebanyakan. Namun para jawatankuasa, masih dikuasai golongan bukan aktivis sebaliknya korporat kapitalis.

Peranan golongan korporat dalam Bersih 3 ini sedikit sebanyak berjaya mematikan usaha Bersih dengan cara protes jalanan. Hampir-hampir Bersih 3 mengumumkan menolak protes jalan raya kononnya cara ini tidak profesional dan tidak akademik. Namun, pendirian ini banyak ditentang oleh jawatankuasa pemandu Bersih yang sejak awal seperti Hishamudin Rais dan Syukri Razab.

Sudah mula ramai politikus mencari peluang untuk menaikkan nama dengan cuba melobi diri mereka menjadi sebahagian daripada jawatankuasa badan induk itu. Tidak terlepas juga, para korporat yang cuba mencari pengaruh dengan menubuhkan NGO-NGO akademik bagi tujuan melayakkan diri bertanding untuk jawatan-jawatan yang ada dalam Bersih pada pemilihan Bersih ke-3.

Selepas mereka berada dalam Bersih 3, mereka boleh melobi dan berkenalan dengan para duta khususnya dari Amerika dan Eropah bagi tujuan meminta geran untuk projek-projek tertentu. Maka kedudukan mereka di dalam Bersih bukan lagi untuk membela kepentingan rakyat, sebaliknya membina kepentingan peribadi dengan pihak tertentu bagi mendapatkan projek-projek melalui skim dan geran setiap kedutaan.

Namun, saya masih meletak kepercayaan kepada Bersih 3 untuk membawa tuntutan rakyat ke jalan raya. Malangnya, selepas melihat Bersih 4 ini, secara tiba-tiba Bersih menukar tuntutannya daripada membela rakyat kepada membela politikus, ditambah pula dengan mendapat sokongan pimpinan BN sendiri untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semata-mata demi memastikan BN boleh memerintah lebih lama jika Najib ditukar kepada seorang lagi pemimpin BN, saya sudah mula mahu ingkar.

Malahan, lebih menyedihkan saya ialah, pada himpunan Bersih yang lalu, ada antara jawatankuasa Bersih yang tidak langsung turun ke jalan raya sebaliknya didapati berada di restoran-restoran mewah sambil berbincang agenda peribadi tatkala rakyat berhadapan dengan rejim.

Ini membuatkan hati saya tertanya-tanya, atas sebab apakah mereka menjadi jawatankuasa Bersih? Mereka mendapat elaun dan kemewahan, disaat rakyat yang turun ke jalan dan berhadapan dengan pembantaian? Menggunakan nama rakyat bagi tujuan mendapatkan kepentingan peribadi sendiri?

Dan apabila “pemberi dana” meminta mereka membentangkan laporan, kamu mendakwa ia adalah kejayaan kamu sedangkan rakyat yang melalui saat-saat cemas dan sukar itu.

Maka saya, memilih untuk tidak lagi turun ke perhimpunan anjuran Bersih. Saat saya dibantai teruk dengan polis, “datuk-datuk” yang menjadi jawatankuasa Bersih ini sedang menghirup kopi-kopi segar dan mahal di restoran-restoran mewah Barat. Selepas kami habis berhimpun dileraikan, barulah mereka hadir membuat sidang media dan mendakwa “mereka” yang menjayakannya.

Bersih 4 mendapat kutipan derma orang ramai sebanyak RM 1.5 juta seperti diisytiharkan oleh pengerusinya. Ini membuatkan saya tertanya-tanya juga, dengan dana ratus ribu dolar oleh NED setiap tahun, ditambah pula dengan 1.5 juta daripada rakyat Malaysia, untuk apakah dan ke manakah wang ini dibelanjakan?

Jika hanya untuk membayar elaun para jawatankuasa yang terdiri daripada para datuk dan datin, maka Bersih tiadalah bezanya dengan Najib.

Bersihkan Bersih. – 26 Ogos, 2015.

* Penulis adalah bekas aktivis Bersih 1.

* Bukti bahawa tindakan PAS yang tidak mengerahkan ahli ke BERSIH 4.0 adalah tepat..

sumber

…………………………………..

saham2 sampingan dr bersih four  dot zero 

11951393_1017453464954035_7411840184604155261_n 11953198_10203779351559005_3683306619456761622_n

11898844_1486827621638334_3268980463871539196_n

Posted by: pinkturtle2 | Ogos 29, 2015

Nak tengok video bersih klik…

type=2

nk tgk video bersih paling hot klik 

dan sambungan di sini

Posted by: pinkturtle2 | Ogos 29, 2015

Dap dan Pap..sejarah bakal berulang di Malaysia

lim

Dap, Ghb dan Pas

🔅Dap dah buat kajian mereka. Kerjasama Dap dan Pap(spore) dalam hal intelligence memang telah menjadi rahsia umum

🔅Ada pimpinan muda Dap buat kajian tentang politik Islam termasuk Pas dan Umno, dibawah biaya spore.

🔅 Antara hasil kajian mereka ialah Umno tidak akan bertahan lama sbg tonggak politik Melayu di Malaysia

🔅Dengan apa yg sedang berlaku, isu Najib vs Mahathir, umno sedang gali kubur, tunggu masa utk masuk dan kambus sendiri.

🔅Umno akan jadi tak relevant dan hilang sokongan sbgmana terjadi kepada MCA, Gerakan dan MIC.

🔅Persoalannya ke mana Melayu selepas berkuburnya Umno?

🔅Dap dan semua tahu, Pas adalah pembawa obor politik Islam di negara ini.

🔅Org Melayu dgn mudah boleh beralih kpd Pas, lebih lebih lagi Kalau pas mula jadi champion agenda Islam-Melayu.

🔅Kesedaran agama yg tinggi sekarang memudahkan hijrah org Melayu kpd Pas.

🔅Halangan kpd penguasaan politik Dap di negara ini hanya lah Pas.

🔅Pkr dah dalam tangan mereka, dgn Anwar merengkok di penjara, dan lebih lebih lagi kalau mereka berjaya jatuhkan Azmin, dan ganti dgn Wan Azizah di Selangor (Dap di belakang isu DEIG)

🔅 Maka Pas adalah seteru nombor 1 Dap sekarang. Bukan Umno/BN krn umno akan mati sendiri, parti lain dlm BN (MCA, mic, gerakan) dah pun mati.

🔅 Maka pecah dan lemahkan Pas menjadi agenda nombor 1 Dap sekarang.

🔅 Dap sokong kumpulan Jebon masa muktamar Pas baru baru ini dgn harapan Jebon menguasai Pas, dan mereka pula menguasai Jebon.

🔅Selepas proses pencalonan, amat jelas kumpulan Jebon akan tewas, jadi objektif Dap bertukar kpd memecahkan Pas. Keluarkan seramai mungkin ahli dan pimpinan Pas drp Pas.

🔅GHB sebenarnya merupakan kejayaan besar pertama Dap dalam menghancurkan Pas, seterusnya melemahkan kuasa politik Islam-Melayu.

🔅GHB bukan utk ganti Pas bagi politik Islam Melayu. Dap tahu itu amat sukar berlaku.

🔅Hanya pimpinan GHB yg masih berangan dan tidak sedar mereka hanya buah catur yang dipergunakan dan diperkudakan Dap.

Dr. Ahmad Abdullah
Ahli Ikatan Ilmuan Nasional

……………………………………………………………

Dap dan Pap..sejarah bakal berulang di Malaysia

PAP ditubuhkan pada awal tahun 1954 yang dipelopori oleh setiausaha utamanya, Lee Kuan Yew. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 1965, pendaftaran PAP  di Malaysia dibatalkan.


Namun, pada 1966, parti itu didaftarkan menggunakan nama Democratic Action Party  dan diluluskan.  Sehingga kini, DAP meneruskan aspirasi perjuangan PAP di Malaysia.


Jika kita boleh mengimbau kembali modus operandi yang digunakan oleh Kuan Yew pada masa itu, kita hampir tidak menjumpai sebarang perbezaan dengan apa yang dilakukan oleh Guan Eng kepada rakyat Malaysia pada hari ini.


Lee Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu melayu demi menambat hati orang melayu Islam. Turun naik masjid adalah suatu kebiasaan. Penampilannya yang berbaju melayu dan berkain pelikat menambah keyakinan orang melayu untuk mendokongnya.
Setelah berkuasa, apa yang berlaku?


Orang melayu Islam ditinggalkan dan dinafikan hak-haknya.  Mereka disisihkan selama 20tahun daripada menyertai latihan wajib khidmat negara , kouta pendidikan yang tidak melebihi 25% daripada kaum lain, para profesional melayu sukar menjawat jawatan tinggi terutama di firma Cina tempatan selain jumlah perwakilan Melayu di parlimen juga dihadkan bilangannya. Tidak kurang juga suara lantang yang memperjuangkan hak samarata antara kaum dan agama.

Seolah-olah apa yang diperlihatkan sebelum ini tidak pernah berlaku. Lee Kuan Yew dikenali sebagai pemimpin yang bermuka-muka dan selalu menimbulkan sikap tidak puas hati kepada Melayu Islam. Akhirnya, keturunan melayu dibersihkan di singapura pada masa itu dan masih bersisa sehingga ke hari inibaca lagi di  Dap dan Pap..sejarah bakal berulang.. ..dan sini …dan yg paling panas di sini 

STRATEGI HALUS PAP PINGGIRKAN MELAYU DI SINGAPURA

…………………….

banyak lg boleh rujuk sdri di google kalu rajin…kalu nk berpolitik dg semangat saja yg berkobar2 tp bodoh bab sejarah dan tipu daya politik orang kafir baik dop rumah saja jaga anak bini..yg bodoh2 bersemangat bersih ni depa ingat politik org kafir ni macam mana..wahai melayu islam yg bermimpi mahliga putrajaya..depa ada strategi jangka pendek n jangka panjang la ..jangan jd mcm pak pandir menang sorak negara tergadai dapat kokram….

Berhentilah jadi lembu2 DAP

……………………………………..

Hari ni Cina (DAP & MCA)akan tunjukkan kesatuan depa dlm himpunan bersih..melayu2 yg Turun sebagai alat depa saja utk dijadikan benteng drpd FRU….lepas bersih nanti tok yakin,cina2 akan bergabung jadi satu atas satu tiket….bersih cumalah platform utk depa pecahbelahkan melayu saja..!!!

TUC
29/8/2015

Posted by: pinkturtle2 | Ogos 27, 2015

Ahli Pas.. tak suka PAS.. hari2 dop maki PAS..

11903778_874639652627658_2999177941321116034_n

Tak nak keluar PAS tapi tak suka PAS. hari2 dop maki PAS. nak tubuh parti baru tapi takut nak keluar PAS. takut jadi BEBAS...man gandum

Posted by: pinkturtle2 | Ogos 27, 2015

Nak berpolitik tp tidak bermaruah dan jumud..inilah jadinye

11887847_1026283070724829_2813964660715841725_n 11951366_1026283270724809_5428941333529844279_n

Assalamualaikum wbt.
Salam Subuh.

Bukan mudah untuk menjadi panglima tetapi amat mudah untuk menyebutnya.

Tidak saya faham sebenarnya kenapa orang2 yang galak hendak menubuh parti baru,malah meletak jawatan beramai2 dalam PAS tetapi masih bertenggek didalam PAS.Menggelarkan diri mereka Gabungan Harapan Baru,tindakan mereka ini seolah2 mereka takut dengan bayangan mereka sendiri,riuh berarak satu Malaysia hendak menubuhkan parti baru,Parti Amanah Rakyat,sudah ditubuhkan jawatankuasa,sudah berlapis tarikh diumum,usah dicerita pelbagai persepsi & andaian buruk terhadap PAS tetapi masih bertenggek didalam PAS.

Sikap apakah ini semua?Mana gen2 hebat yang digah sebagai pahlawan tetapi seumpama suara sekuat petir tetapi diri menikus.Lebih jantan lagi,letaklah jawatan sebagaimana ramai dari anda menyuruh Ibrahim Ali meletak jawatan sebagai MP Pasir Mas ketika beliau isytharkan diri calon bebas satu ketika dulu.Anda bukan calon PR secara teknikalnya,pergilah dunia mana pun,mahkamah mana pun,anda tetap calon PAS,PR secara undang2 tidak pernah wujud.Natijahnya memang PR wujud tetapi telah terburai segalanya,PR telah tiada & memang PR tiada.Jadi anda tetap calon PAS & sedarlah anda masih ahli PAS.

Jadi,pesanan saya pada Khalid Salad,Mujahid Yusof Rawa,Hanifa Mydin,Dr Zulkifly Ahmad,Nizar Jamaluddin & seangkatan dengannya yang galak berGHB@PAR,LETAK JAWATAN sebagai AHLI PAS serta sebagai MP atau ADUN.
Jangan tabur pasir dalam periuk nasi yang telah beri anda peluang dalam berpolitik.Sikap anda semua bertarik tali seolah cuba menghasut ahli PAS menyertai anda.

Seperti juga sikap bacul,pengecut,tidak bermaruah,manusia jahat lagi munafik orang2 yang menyebarkan Whatsapp & SMS menggunakan nama Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad mengenai Bersih 4.0,beliau tidak ada kaitan dengan segala whatsapp & sms tersebut,talifon beliau telah diceroboh.Begitu bacul & jijik manusia sekarang,berlagak paglima didepan tetapi sebenarnya bacul & penakut.

Hidup tidak selalunya indah,adakala bernasib baik & adakalanya tidak.Maka tunggulah tika dunia terbalik,maka ketika itu jangan bersedih.Ingat balasan Allah,maka anda akan sedar diri.

Istiqamah Hingga Kemenangan.

Ana Realist.
27/8/2015.

………………………….

RoseleeYousoef d’Olie DjMisai – Apakah mereka masih d bayangi sumpah Bai’ah? Buatlah apa yg mereka nak buat, tp penyokong dan pendukung parti yg berhempas pulas mengalirkan keringat, tenaga, wang ringgit utk memenangkan mereka ini, akan menuntut kembali hak yg d khianati, tak d dunia, d akhirat kelak…..

Anuar Nuar – Tak payah lah nak ambil kesempatan atas nama pati pas.rakyat dah tahu..tak payah lah nak berlakun..pemusnah bangsa melayu..mat labu dan kuncu2 nya.

Adam Safie – Biarkan GHB nok kata ape pun kita jgn peduli sebab Pas x perlu kan para pejuangnya yg bermotifkan selain drp berjuang dan menegakkan undang2 lslam ini d Malaysia. Itu sekiranya kita menang dlm PRU 14 nanti. Klu kita berjuang dlm jemaah lslam dan x sempat dgn kemenangan di dunia kita jgn risau kerana walaupun kita kalah d dunia di sisi Allah nilai pejuang lslam adalah tinggi dan akan d balas oleh Allah seperti yg telah d janjikan oleh Allah…

Awan siok – orang nak berpolitik kita nak politik juga..tp kita penakut dan bodoh bangang..nampak sangat tindakan kita bacul dan tidak bermaruah.utk akan datang jangan harap rakyat nak percaya dan bagi peluang pada pelacur2 politik bangsat macam ni…

Posted by: pinkturtle2 | Ogos 27, 2015

Isu Kereta TMB Kelate

maxresdefault

Isu Kereta TMB

Menjawab sedikit tentang kereta yang didaftarkan atas nama TMB sebagaimana yang telah diviralkan adalah sememangnya betul. Hal ini adalah kerana Dato’ TMB tidak pernah merahsiakan aset yang dimilikinya.

Manakala semua kereta tersebut dibeli secara pinjaman Sewa Beli dan bukan dibeli secara sekaligus serta bukannya secara tunai (cash). Purata pinjaman sewa beli kereta yang dibuatnya dalam satu masa adalah sebanyak 2 hingga 3 buah kereta. Selepas habis membayar pinjaman sewa beli tersebut, barulah kereta yang baru akan dibeli.

Kereta yang terdahulu pun ada yang telah dijual samada yang telah ditukar nama atau tidak. Sebuah kereta juga dibeli atas nama beliau digunakan untuk kegunaan Pejabat Dun Panchor. Kereta isteri dan anak juga didaftarkan atas nama beliau.

Trend rakyat kini pula adalah memiliki dua atau tiga buah kereta setiap keluarga adalah perkara biasa. Apatah lagi TMB memiliki keluarga yang ramai seperti kereta untuk kegunaannya, isterinya dan beberapa anaknya yang telah dewasa. Ketiga-tiga anaknya telah habis pengajian masing masing dan sedang bekerja. Jadi tanggungan dan komitmen pengajian kepada anak-anaknya sudah tiada.

Berkenaan Kereta Range Rover Autobiography yang dikatakan mencecah lebih RM 500,000.00, saya telah bertanya sendiri kepada Dato’ TMB tentang harga kereta tersebut semasa program Konvensyen Anak Muda di Perantauan di KL. Katanya harga kereta tersebut adalah sekitar RM 200,000.00 yang dibeli daripada rakannya yang menjadi ejen kereta Import.

Kereta tersebut bukanlah First Hand sebagaimana didakwa tetapi sebaliknya adalah kereta Second Hand. Manakala Kereta Velfire dibeli adalah untuk kegunaan keluarga di Kuala Lumpur. Hal ini kerana untuk memudahkan urusan beliau semasa ada program di Kuala Lumpur, kegunaan anak-anak di sana dan sanak saudara yang berkunjung ke Kuala Lumpur. Kereta Velfire tersebut dibeli dan dibayar melalui Skim Pinjaman daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

Pembelian kereta tersebut adalah dalam kemampuannya kerana beliau menerima pencen sebagai Bekas Ahli Parlimen, menerima Elaun TMB, menerima gaji sebagai ADUN dan isterinya juga mempunyai pendapatan sendiri sebagai guru.

– Mohd Ariff Abdullah –
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa

Posted by: pinkturtle2 | Ogos 26, 2015

Toksah dok pi..biar dap dan ambiga ada akai sikit…

11923599_1594614384146441_187680986308159905_n
Tok harap tiada ahli Pas yg ikut serta dlm bersih 4.0

Biarlah melayu PKR & GHB saja yg pi utk jadi lembu DAP dlm Bersih 4.0.

Toksah dok pi,..bg Cina dap dan ambiga ada akai sikit…

Kalu dengan Cina DAP semua betoi dan sempurna …

Dengan ulamak semua x betoi & salah dimata depa,itulah hakikat mentaliti yg dok bersarang dlm otak melayu GHB & PKR yg sanggup mengabdikan diri kepada DAP.Mungkin mati nti pon LKS & LGE yg akan pi bungkuih & kamboih depa kot…agak2 hampa depa mau x LKS uruskan depa kalau mati????

. tok usin

Posted by: pinkturtle2 | Ogos 25, 2015

Matlamat mereka adalah menjatuhkan PAS bukannye Umno BN

11891040_440842546119854_5147669177205351662_n

Dengan pos yang ditulis oleh che ibrahim ini ternyata matlamat mereka adalah menjatuhkan PAS. Dah jelas menjatuhkan UMNO BN bukan tujuan mereka. Tujuan mereka adalah memusnahkan PAS sebab itulah PAS jadi sasaran mereka sepanjang masa.

Jadi tidak hairanlah sekiranya bekas ketua umno bahagian tumpat yang join GHB atau PAR ni.

Satu lagi perasan tak parti ANGAN-ANGAN ni asyik berangan-angan sebab itulah mereka asyik dok menggunakan perkataan jika, jika, jika ….

Manakala pertanyaan yang bergaris merah itu menunjukkan mereka tidak faham politik, jadi macam manalah mereka bermain politik tak faham pun yang akan membentuk kerajaan adalah yang memilikki kerusi majoriti.. Che Murad Abdullah

…………………………..

Mustakin Rafizul Mohamed – Dia ingat wakil rakyat pas di kelantan ni mcm wakil rakyat barua dap agaknya….bodo

Harapan Baru Mung – Xbergabung pn boleh tubuh mlainkan par gabung dgn umno..

che murad abdullah – HARAPAN BARU HARAPAN MUSUH2 ISLAM..Betul atau tidak?

11222648_676482329119911_5309886455829692964_n 11903893_676482309119913_3514803092040881169_n

SIAPA KATA KERAJAAN NEGERI TIADA KUASA MEMBANTU PENDUDUK KPG MUTIARA ?
ADAKAH DAP SAMA SAJA SEPERTI KERAJAAN BN YANG LALU?


JOM BUAT PERBANDINGAN SEBELUM DAN SELEPAS PRU 13. SIKAP KERAJAAN DAP KETARA BERBEZA SETELAH MENDAPAT MANDAT KUASA KEMBALI PADA PR
U 13.


A) PERBANDINGAN SELEPAS PILIHANRAYA 2013
1) Kampung Mutiara Bakal dirobohkan pada 24 Ogos 2015 iaitu sekali lagi 7 Hari sebelum MERDEKA.
Kerajaan Negeri membisu tiada usaha mempertahankan Lebih kurang 500 keluarga @ 1000-1500 Ahli keluarga akan kehilangan tempat tinggal yang Majority Melayu Islam.
2) Sebagai Mantan Pengerusi Lajnah Tanah Negeri sesi 2011-13 Dan 2013-15 usaha Lajnah Tanah Pas Negeri Dan Pusat bersama Mazlan Aliman ketika itu telah turun mendesak Kerajaan Negeri supaya masuk campur Dan Menyelesaikan kemelut Kampung Mutiara.
Memorandum demi memorandum telah diberi kepada Ketua Menteri Dan Timb.Ketua Menteri.
Namun usaha mereka seperti Acuh tidak Acuh.
TIDAK SEPERTI SEBELUM PRU 13 LALU
B)PERBANDINGAN SEBELUM PILIHANRAYA 2013.
3)Pada 2010 ketika sebuah Kampung dihuni 16 keluarga melayu Dan cina di Pekan Teluk Kumbar Bayan Lepas P.Pinang telah mendapat arahan dari makamah oleh tuan Tanah untuk merobohkan perkampungan itu untuk mendirikan Hotel.
Ketika itu Kerajaan Negeri telah MENGARAHKAN PENGUATKUASA MPPP DAN JABATAN BANGUNAN MPPP turun mempertahankan dari diroboh oleh jentolak pemaju .Usaha PEROBOHAN GAGAL .
AKHIRNYA KERAJAAN NEGERI MENGAMBIL INISIATIF MEMANGGIL 16 KELUARGA BERKENAAN DAN BERBINCANG BERSAMA TUAN TANAH SERTA BERSETUJU MEMBERI RUMAH KOS RENDAH KEPADA 16 KELUARGA INI
4) KAMPUNG BATU UBAN 17 OGOS 2012 diberi tempoh 14 Hari untuk PEROBOHAN.
Sebanyak 48 keluarga melayu terlibat dalam PEROBOHAN RUMAH . Pada 17 Ogos mereka menerima bailif dari Makamah Tinggi dan diberi tempoh 14 hari utk pindah yang jatuh pada 31 Ogos HARI MERDEKA.
Manakala pada 17Ogos pula bersamaan 27 Ramadan iaitu 3 Hari sebelum Raya Aidilfitri .
Saya menghantar sms kpd Ketua Menteri supaya memberi bantuan. Ketua Menteri membalas sms saya ,beliau berada di Korea Dan mengatakan Raya ke 3 beliau akan turun bersama Timb.Ketua Menteri.
Pada 3 Syawal Ketua Menteri bersama beberapa Exco Dan YB Batu Uban turun melawat Dan memberi Arahan kpd pemaju Era Kemas SDN BHD utk menarik balik arahan makamah jika tidak mahu di senarai hitamkan oleh Kerajaan Negeri.
Akhirnya Perundingan Kerajaan Negeri dengan 48 Penduduk yg terlibat menghasilkan perjanjian antara pemaju dan penduduk menghasilkan penduduk akan diberi RUMAH GANTI RUMAH di KAMPUNG BATU UBAN.
5) KERAJAAN NEGERI MEMPUNYAI PELBAGAI KUASA UNTUK MEMBANTU RAKYAT . Samada Nak Bantu Rakyat atau memusuhi Rakyat dengan Kuasa EROGAN yang dimandatkan oleh Rakyat ,mari kita lihat sejaumana benar DAP = BN ?
5) Sebagai Ahli Majlis Dan Pengerusi Lajnah Tanah Pas P.Pinang pada Sesi 2013-15 ketika itu saya telah mengambil initiatif membawa Pesurjaya Pas Negeri Tuan Haji Mat Sabu supaya perihatin dengan isu Kpg Mutiara. Beliau turun melawat Dan berjanji untuk Bantu.
SAMPAI SEKARANG HABUK PUN TIADA. USAHA LANGSUNG PUN TIADA.
HANYA INDAH KHABAR DARI RUPA.
KINI GHB DAH KONONNYA HEBAT DITERAJUI MAT SABU…
MANA MAT SABU KALAU HEBAT TURUN DAN SELESAIKAN KEMELUT KAMPUNG MUTIARA.
KALAU BELIAU GAGAL BERMAKNA BELIAU TIADA GUNA LANGSUNG MEMPERJUANGKAN AMANAH KEPADA PERJUANGAN RAKYAT.
6)Kerajaan Negeri P.Pinang TERBUKTI tidak Acuh dengan KAMPUNG orang Melayu Islam jika berhadapan dengan tindakan dirobohkan setelah menang PRU ke 13.Ini terbukti KAMPUNG CETTI yang juga berada di Batu Feringgi majority bukan Islam juga menerima nasib yang sama tetapi telah mendapat bantuan Kerajaan Negeri untuk mendapat pembelaan.
Begitu juga KAMPUNG SIAM di Pulau Tikus juga majority Adalah bukan Islam telah dibantu Kerajaan Negeri untuk mendapat pembelaan


APAKAH ITU DINAMAKAN DENDAM PILIHANRAYA LALU KEPADA PENGUNDI MELAYU ISLAM YANG TIDAK MENYOKONG MEREKA???
DAP = BN ?

Sekian
Iszuree Ibrahim
Pengerusi Peneroka Bandar
Lajnah Tanah Pas Pusat.

Older Posts »

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers