Posted by: pinkturtle2 | Ogos 25, 2009

Gambar dan berita terkini… penyokong Umno bertakbir

NASIHAT... Pengarah Pilihan Raya Negeri Kelantan, Abd. Rahim Mohd. Salleh menasihatkan penyokong PAS menanggalkan lambang parti itu pada topeng perlindungan pernafasan di kawasan Samagagah. Penyokong PAS ini pula berhujah ia cuma topeng perlindungan pernafasan bagi mengelak dijangkiti wabak influenza A(H1N1). SPR menguatkuasakan larangan mempamerkan lambang, logo dan bendera parti di kawasan sekitar pusat pengundian pada hari mengundi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

MULA MENGUNDI...Orang ramai mula melaksanakan tanggungjawab masing-masing seawal pukul 8 pagi untuk membuang undi bagi memilih wakil rakyat di DUN Permatang Pasir.Foto THE STAR Oleh:MUSTAFA AHMAD

MULA MENGUNDI...Orang ramai mula melaksanakan tanggungjawab masing-masing seawal pukul 8 pagi untuk membuang undi bagi memilih wakil rakyat di DUN Permatang Pasir.Foto THE STAR Oleh:MUSTAFA AHMAD

Riot police line up against a wall of Pas supporters along the main roads of Permatang Pasir – Photo courtesy of Wartawan Rasmi Laman Reformasi

Riot police line up against a wall of Pas supporters along the main roads of Permatang Pasir – Photo courtesy of Wartawan Rasmi Laman Reformasi

permatang-pasir

Penyokong Umno pula bertakbir

Kebiasaannya, penyokong PAS akan bertakbir tetapi berlainan pula suasana di pusat penggundian di SMK Sama Gagah pagi ini.

Sebaliknya, penyokong Umno pula beramai-ramai bertakbir di situ.

Manakala penyokong PAS pula membalasnya dengan berselawat beramai-ramai.

Penyokong Umno juga turut melaungkan ‘Hidup BN’ dan ‘Hidup Melayu’.

Suasana itu berlaku pada kira-kira jam 9.50 pagi ini.

Sementara itu, Calon PAS, Mohd Salleh Man tiba di sekolah itu pada masa yang sama.

Beliau memberitahu pemberita, beliau gembira dengan sokongan dari pemimpin Pakatan Rakyat yang turun memberi sokongan termasuk pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan exco-exco kerajaan negeri.

Beliau juga gembira dengan sokongan pengundi terhadapnya.

Calon BN, Rohaizat Othman tiba kemudiannya dan bersalaman dengan Mohd Salleh.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.

Mohd Salleh mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.

Beliau berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.

Malaysiakini

KERJA-741725

Respon

  1. Kita bimbang para betulkah penyokong UBN melaongkan ucapan takbir, sebab sebelum ini UBN alertgic dengan ucapan itu, tetapi jika jelas bunyi ucapan itu Takbir, alhamdulillah mari kita ajak mereka mengenali dan membesarkan Allah.

    Kalau dilihat dalam blog tulisan Blogers UBN ini dalam isu arak di negeri Selangor, banyak blogers UBN mengejek tindakan Dr. Hassan Ali dengan laongan tulis “TAKE BEER”. Harapan kita bukan penulis beragama Islam yang mempersendakan ucapan Takbir itu. Dan jika sekiranya penulis itu dilebelkan nama dan mengaku sah beragama Islam. Kita memohon semoga Allah turunkan laknat ke atasnya dengan apa yang diniatkan oleh penulis blog tersebut.

    Iman, Islam dan Talaq bukan ucapan untuk dipermainkan. Setiap pengucapan ini ada musibahnya kepada pengucap.

  2. Tak kira umno ke pas ke asalkan islam. Jom ramai2 bertakbir.

    Tapi jangan pula pihak Umno laung take beer.
    Terguris umat islam.

    Salam Ramadhan buat semua umat islam.
    Moga Allah memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang islam.

Tinggalkan komen

Kategori