Posted by: pinkturtle2 | Disember 8, 2008

Utama

IKLAN UTAMA

rectangle2

banner468

imgcontainerphp

iklan2

klik2

slyia3

Tandatangan Buku Pelawat Dulu,

Letakkan gambar,video,komen dan pesanan anda di sini

Website Kempen Jom Sertai PAS, Klik

pas-for-all2

Top Post Di Pinkturte

Gempar!! Saiful Mengaku Dipaksa ‘konspir 26,044 More stats
Now Showing 20,834 More stats
Video 14,114 More stats
Lihat Betul-Betul Video Ini !! Siapa ber 11,134 More stats
Pembongkaran Berita Terkini Saiful Bukha 10,553 More stats
Gambar Ceramah Anwar Di Stadium Melawati 7,974 More stats
Najib Mengamalkan Ajaran Hindu 7,317 More stats
Hinanya Mereka… 7,072 More stats
Kejam.. Rasanya Video Ini Betul,Tapi Tak 6,918 More stats
Saiful Bukhari Semakin Tenat Dan Menderi 6,649 More stats
GAMBAR TRAGEDI TANAH RUNTUH BUKIT ANTARA 6,448 More stats
Gambar Terbaru Anwar Sebelum Dan Selepas 6,444 More stats
RAMPASAN KUASA DI PERAK 6,416 More stats
GAMBAR OPERASI TANAH RUNTUH BUKIT ANTARA 5,976 More stats
Lagi gambar-gambar dari wartawan antarab 5,959 More stats
Saipull Liwat Mengamuk!!! Mahu Saman Pah 5,614 More stats
Sertai Pakatan: Menanti kejutan wakil r 5,594 More stats
Mengapa Tuanku Tidak Berpihak Kepada Rak 5,576 More stats
Suntikan RM7 Bilion Najib Dibatalkan…. 5,526 More stats
Nak Letak Jawatan Konon!.. Ini Jawapan S 5,396 More stats
Sudah Nampak Tanda-Tanda Najib Bakal Kem 5,374 More stats
Manohara Odelia Pinot: Macam mana najib 5,310 More stats
Saya akan Letak jawatan Jika DSAI Memben 5,187 More stats
Adakah Benar Saiful Diliwat 5,182 More stats
Confirm 100 Peratus Saipull Tidak Diliwa 5,050 More stats
Misteri Imam Wilayah Persekutuan 4,997 More stats
Sah! Sultan Tiada Kuasa Melucutkan Jawat 4,992 More stats
Anwar Dan Najib Hari Ini,Dua Gambar Berl 4,838 More stats
KITA TABIK RAIS YATIM 4,762 More stats
Ketua Polis Perak Boleh Dipenjarakan 7 T 4,753 More stats
Apa Kata Saipull Liwat Dalam Blognya 4,675 More stats
Gambar Colon Pilihan BN: Harap Semua Pen 4,666 More stats
Tunang Saiful Bukhari tetap setia harung 4,658 More stats
10 PENYELEWENGAN BESAR DALAM KES ANWAR 4,621 More stats
Kes Rompakan, Anak MB Sendiri Terlibat R 4,555 More stats
PM Semakin Tertekan…. Najib Juga Bakal 4,483 More stats
Mahathir kembali … Ezam mana nak pergi 4,473 More stats
Beza Mahathir Dan DSAI 4,462 More stats
Perancangan Licik Untuk Memencilkan TG N 4,308 More stats
Najib Altantuya Ambil 60 bilion dari Bak 4,204 More stats
Belum Bertanding Dah Kalah… 4,187 More stats
Polis Dicabar Tangkap Nizar dan Semua AD 4,119 More stats
Gambar-Gambar Terbaru Manohara Odelia Pi 4,068 More stats
Pihak Polis Serbu Bilik Gerakan PKR Buki 4,064 More stats

Most Active

Berita-Berita Bergambar Dari Seluruh Dunia..

Klik 71,374 Views  (323 photos)


podt

MIDEAST-PALESTINIAN-ISRAEL-GAZA-CONFLICT

Inilah tragedi dan nasib  yang menimpa  saudara seislam kita di Palestin pada hari ini

http://www.flickr.com... 125,820 Views (323 PhotoS)

Hebahan Kepada Pengunjung Setia Pinkturtle

laman alternatif pinkturtle di blogspot telah tersedia sekiranya berlaku lagi masalah ke atas blog ini.Sekiranya tiada masalah,kekal di wordpress sahaja.. Klik untuk melihatnya

Pinkturtle tidak bertanggungjawab di atas komen2 yang dihantar, ada sesetengahnya tak dapat didelete tetapi ada sebahagian lagi kami tak sempat nak delete juga.. Kalau kita tak bagi komen,paham je lah… Hancur Komputer+lepas geram

Video Sidang Tergempar Di Bawah Pokok Versi TV PAS !!!

Klik Di sini Untuk Menonton

Video yang mendapat Komen tertinggi di abad ini KLIK

Liputan Langsung Dari Manek Urai

lfmu

Blogger yang terlibat secara langsung bersama saya Sempena PRK Manek Urai… Di bawah Tajaan Semawit Holding  Sdn Bhd

Perisik Rakyat

guanomanikurai

ppmas-proreform

Poster Anak Muda

calon MU 4

Posted by: pinkturtle2 | Julai 13, 2009

Mengapa TPM tak janji saja Jambatan Emas bertatahkan berlian..

nn

ini gambar jambatan sutan yahya petra yang disnap beberapa bula lepas... kalau perasan kat tepi sebelah kanan gambar tu ada beberapa tiang untuk jambatan SYP2. itulah jambatan baru SYP2 namanya.. maybe 3 kali banjir lagi siaplah agaknya..

Lebih Baik  Muhyiddin berjanji Jambatan Emas Bertatahkan Berlian Kalau UMNO Menang Di Manek Urai….

UMNO BN dah lupa ke pada Jambatan Kedua Sultan Yayha Petra yang dijanjikan dalam Pilihanraya yang lalu.. Sampai sekaragpun tak siap lagi.. Projek dah lulus,Duit dah bagi tapi sampai sekarang hanya beberapa batang tiang saja yang ada…Yang ni belum lagi tertunai,dah janji Jambatan kat Manek Urai Pulak… tak malu muka pada rakyat kelantan ke…

Sepatutnya kerajaan UMNO BN tak payahlah nak janji-janji kalau nak buat kebajikan,kebaikan dan kemudahan untuk rakyat jelata… Buat saja apa yang patut untuk semua rakyat jelata samada yang menyokong Umno ke atau PAS dan rakyatlah yang akan menilai sendiri Sesebuah kerajaan itu samada boleh diharap atau tidak untuk memimpin mereka.Sebenarnya rakyat amat tidak suka pada sebuah kerajaan yang banyak menipu rakyat bila tiba setiap kali pilihanraya.Rakyat tak mahu kerajaan yang banyak cakap kelentong tapi kebajikan untuk rakyat terabai sedangkan duit rakyat banyak disapu untuk benda-benda yang tak berfaedah seperti Monsun Cup dll.

Kalau rakyat kita bodoh senang je bagi UMNO BN memerintah… cakap apa pun tak apa,mereka akan aminkan semuanya.Kalau Muhyiddin janjikan Jambatan Emas lagilah mereka suka.Kalau nak nampak hebat lagi,TPM umumkan nak buat lapangan terbang Antarabangsa yang berturapkan Emas lagilah rakyat MU melompat-lompat kerana mereka tak tahu kerajaan tak buat pun… tapi masalahnya Muhyiddin perlu tahu bahawa penduduk MU khususnya, rakyat kelantan amnya dan rakyat malaysia keseluruhannya sudah cerdik dalam menilai setiap apa yang dilakukan oleh Kerajaan dan Pimpinan yang memimpin mereka.Rakyat sentiasa melihat dan memerhati hari demi hari kerajaan dan gerak geri pemimpin mereka.. Semua Maklumat berada di hjung jari sahaja.. Setiap hari mereka akan bercakap pasal politk tanah air dan bertukar fikiran demi masa depan mereka dan anak-anak cucu mereka bersama..

Cukuplah di Manek Urai ini sebagai titik nokhtah kepada Pemimpin-pemimpin UMNO BN membuat janji manis kepada rakyat setipa kali datangnya Pilihanraya… Tak malukah,sudah beberapa piliharaya kecil sebelum MU ini rakyat telah mengajar BN yang tak pernah mengisafi di atas kesalahan mereka dalam mentadbir negara ini… Kalau tidak masakan majoriti rakyat Malaysia menolak BN dalam pilihanraya sedangkan sebelum ini mereka boleh menerima BN seadanya.

Posted by: pinkturtle2 | Julai 13, 2009

Sokongan Padu Anak-Anak Muda Kepada Calon PAS

abe uji2

abe uji3

abe uji4

abe uji5

GELOMBANG ANAK MUDA : Ambo Nak Abe Uji

Sokongan Padu Anak-Anak Muda Kepada Calon PAS

TEMALIR, 12 Julai : Golongan ,muda di Manek Urai menyatakan sokongan padu yang penuh kepada Abe Uji dalam Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai. Petang tadi, calon PAS, Abe Uji telah meluangkan masa bersama pengundi golongan muda di Temalir Manek Urai. Dalam Program Gelombang Anak Muda, Ambo Nak Abe Uji, turut hadir sama YB. Husam Musa, YB. Abdul Fattah Mahmod, YB Senator Dato’ Rosli, YB Zaki Ibrahim dan YB Ustaz Latif. Dalam perjumpaan itu, Abe Uji telah menyampaikan amanatnya supaya golongan muda Manek Urai hendaklah sentiasa menyokong dan berada di belakang Tok Guru Nik Aziz dan menyumbang tenaga mempertahankan kempimpinan ulamak di Kelantan.

Dalam pada itu juga, Abe Uji sempat meluangkan masa melawat tapak pembinaan gelanggang sepaktakraw pemuda di UPU Temalir. Disamping itu, masayarakat setempat juga sempat beramah mesra dengan calon PAS terbabit.

Ayuh orang muda, bersama-samalah kita menyokong PAS dan kepimpinan Tok Guru.

http://prkmanekurai.blogspot.com

Posted by: pinkturtle2 | Julai 13, 2009

Satu lagi bukti wujudnya SPRM hanya membazir wang rakyat

Mendiamkan rasuah politik Manik Urai ; lagi bukti SPRM alat regim Bn

Sekali lagi diulang kenyataan kewujudan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya membuang wang rakyat dan SPRM bukan sekadar hilang maruah tetapi ia sudah mati dari prinsip kewujudanya. Selaku ko ordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) SPRM sudah tidak harus lagi dibicarakan kewujudanya kerana SAMM sudahpun mengistiharkan SPRM mati dihari kelahiranya. Upacara pembakaran dan penyerahan permit kubur SPRm telahpun disempurnakan oleh SAMM di depan Ibupejabat SPRM putrajaya pada 25 Febuari 2009 yang lalu. (sila klik sini untuk baca lanjut)

Sebenarnya SPRM bukan sahaja punya cukup ‘kelengkapan’ dan ‘kewangan’ untuk memenuhi kehendak kewujudanya namun lebih dari itu SPRM sebenarnya punya ramai kakitangan yang punya roh perjuangan ke arah memerangi rasuah dan meningkatkan maruah integriti negara. Malangnya lembu – lembu yang bergelar pegawai tinggi SPRM lebih berminat menjadi tunggagan regim Bn.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan masih berhutang penjelasan mengenai tindakanya selaku Pengarah SPRM N.Sembilan ”meminta’ dan ‘menerima’, wang ’sumbangan’ dengan julah yang besar dari Menteri Besar Negeri Sembilan. che’GuBard dimaklumkan oleh teman seorang anggota satu Jawatankuasa di bawah SPRM telahpun membincangkan perkara ini diperingkat jawatankuasa yang dianggotainya. Tiada penafian dibuat (maknanya tuduhan tersebut benar) cuma dicadangkan tindakan amaran ‘keras’ kepada Pengarah SPRM Negeri Sembilan kerana kesalahan tersebut (ertinya kesalahan berlaku). (sila klik untuk baca lanjut mengenainya)

Terbaru di Manik Urai jika (mendiang) SPRM masih hidup sudah tentu tindakan harus diambil kerana ugutan atau tawaran rasuah politik. Penduduk Manik Urai diugut oleh pemimpin Regim Bn agar mengundi Bn untuk mendapat Jambatan Baru. (sila klik sini untuk baca lanjut) Ini jelas salah !. Selain itu bukan sedikit peruntukan wang rakyat digunakan untuk kempen Regim Bn. Contohnya 6000 pelajar tiba – tiba diberikan peralatan sekolah, kasut dan pakaian sekolah dalam satu majlis Bn. Malah gambar dibawah cukup membuktikan bagaimana Timbalan Presiden komponen Regim Bn (Umno) terlibat dalam rasuah kain batik/pelikat kepada pengundi.
Gambar dirakam oleh Jinggo (jurugambar bebas) di Manik Urai dan
disiarkan di laman foto beliau.

Terbaru mendapat email dari pembaca blog ini yang menghantar maklumat amalan korupsi yang dilindungi oleh lembu (Pegawai Tinggi) SPRM. cheGuBard diperingkat mengumpul bukti sokongan dan pengesahan maklumat sebelum pendedahan dibuat.

Apapun pendedahan dibuat rakyat perlu sedar tidak akan ada tindakan diambil kecuali ia tidak melibatkan kepentingan pemimpin tinggi Regim Bn…..untuk melihat pemimpin tinggi regim Bn atau lembu SPRM ini berlumba masuk ke penjara maka rakyat harus bangkit menghumban Regim Bn.

http://chegubard.blogspot.com

Posted by: pinkturtle2 | Julai 13, 2009

MB Selangor Di Manek Urai

Air Percuma: Tidak ada pemimpin Umno tak nak

Posted by: pinkturtle2 | Julai 13, 2009

Isu Ibu Tunggal: Pegawai Armalah jawab Shahrizat

Beliau membuat ugutan seolah-olah pengundi bodoh dan tidak mempunyai harga diri,Saya minta SPRM menyiasat perkara ini - DSAI

Beliau membuat ugutan seolah-olah pengundi bodoh dan tidak mempunyai harga diri,Saya minta SPRM menyiasat perkara ini - DSAI

Anwar bidas Muhyiddin ‘ugut’ pembangunan

KUALA KRAI: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang membuat janji berbentuk ugutan kepada pengundi Manik Urai sebagai menyalahi undang-undang.

Tegas beliau, wang kerajaan untuk membuat pembangunan adalah hak rakyat sebagai pembayar cukai dan perlu disalurkan berasaskan keperluan semasa rakyat, bukannya dijadikan modal untuk memancing undi.

“Saya minta SPRM menyiasat perkara ini,” kata beliau dihadapan lebih lima ribu yang mendengar pidatonya di Sungai peria dekat sini.

Anwar turut menambah, cara Muhyiddin menabur janji itu menggambarkan beliau memperlekeh rakyat Manik Urai.

“Beliau membuat ugutan seolah-olah pengundi bodoh dan tidak mempunyai harga diri,” katanya.

Muhyiddin dalam satu program kempennya dekat sini menabur janji untuk membina jambatan baru menghubungkan Manik Urai lama dan Manik Urai baru dengan syarat pengundi mesti memilih calon Umno sebagai wakil rakyat mereka.

Selain jambatan Muhyiddin juga menyebut dua lagi janjinya dengan nada sama (sekiranya calon Umno menang) iaitu membina sekolah di Chuchoh Puteri dan membina masjid di Temalir – kedua-duanya dalam kawasan Manik Urai.

“Tujuan pembinaan masjid itu juga salah. Asas membina masjid bukan untuk menang pilihan raya,” bidas Anwar lagi.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berucap dalam majlis itu turut membidas secara sinis janji yang ditabur Timbalan Perdana Menteri.

“Janji kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membina jambatan merentasi sungai Kelantan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri lalu masih belum tertunai sehingga sekarang, hari ini tabur lagi janji baru,” kata beliau.

Malahan kata Nik Aziz pengundi diminta tidak mudah terpengaruh dengan janji manis waktu pilihan raya keraja janji Abdullah yang dilancar projeknya secara rasmipun masih gagal untuk ditunaikan.

“Lagipun tidak perlu mengundi Umno untuk dapat projek kerana BN sebagai kerajaan tetap akan membawa projek juga ke negeri ini. Undi PAS projek PAS pun dapat projek BN pun dapat,” katanya merujuk beberapa projek kerajaan pusat yang telah ada di Kelantan.

Isu pembangunan dilihat menjadi modal utama kempen Umno di Manik Urai selain isu taraf pendidikan calon PAS yang dikatakan hanyalah seorang peraih ikan.

Justeru, disaat-saat akhir sebelum hari membuang undi kempen PAS dilihat menangkis propoganda tersebut habis-habisan termasuk mendatangkan nama-nama besar seperti Anwar dan Penasihat DAP Lim Kit Siang memberi penerangan kepada pengundi Manik Urai.

Jumaat lalu, PAS menganjurkan himpunan para peniaga ikan seluruh negeri Kelantan dengan menaikkan sepanduk ‘jangan hina pekerjaan kami’ – dlihat sebagai usaha menangkis satu lagi myang dikatakan mampu mempengaruhi pengundi.

Himpunan yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan di Laloh itu disifatkan pemerhati berjaya mempengaruhi pengundi khususnya meraih undi simpati. tetapi sumber-sumber PAS menyebut isu menyerang peribadi calon tidak akan berhenti di mana risalah-risalah memburukkan calon PAS dipercayai akan digunakan pada saat-saat akhir.

Berhubung isu pembangunan, kata Anwar, ia bukan lagi menjadi isu utama dalam negara ini kerana yang lebih penting dan diberi perhatian oleh rakyat adalah soal kepimpinan.

Beliau menjelaskan kepimpinan yang berakhlak dalam menjalankan amanah mereka menguruskan negara gagal diwujudkan oleh Umno sehingga berlakunya penyelewengan demi penyelewengan.

“Adakah ada pemimpin Umno sanggup bersumpah di Manik Urai ini untuk menguruskan wang rakyat dengan baik, tidak…mereka hanya berani menabur janji-janji manis sahaja,” bidas Anwar lagi.

Beliau juga mencabar Umno mengembalikan wang royalti petroleum kepada Kelantan jika serius bercakap tentang pembangunan.

Katanya, rakyat perlu menilai sebelum membuat pilihan antara komitmen PAS dan Umno dalam menyediakan kepimpinan yang benar-benar amanah dari segi mengurus dan mentadbir.

“Soal ini yang lebih penting. Sebab itu perlunya memilih calon PAS untuk mempertahankan kepimpinan yang baik, yang menjadi prinsip kepimpinan PAS khususnya dalam mentadbir Kelantan, katanya.

Beliau juga menambah: “Masalah dunia hari ini bukan lagi kerana wang tetapi ketandusan pemimpin yang amanah.”

http://siasahdaily.blogspot.com

Posted by: pinkturtle2 | Julai 13, 2009

TPM merasuah pengundi-pengundi di Manek Urai.. mana SPRM?

MANEK URAI – ANTARA DUA JAMBATAN, MANA ANDA PILIH?

Aku mendapat berita terbaru dari blog Pinkturle, bahawasanya Umno telah mula memainkan taktik lamanya iaitu rasuah pilihanraya akibat terdesaknya Umno untuk mendapatkan sokongan pengundi-pengundi di Manek Urai. TPM di dalam pengumuman pentingnya sebentar tadi mengumumkan projek jambatan bernilai RM7 juta untuk Manek Urai SEKIRANYA Umno menang di dalam PRK Manek Urai Selasa ini. Aku sudah agak, akhirnya Umno akanmengekalkan budaya lamanya iaitu `merasuah’ pengundi-pengundi di Manek Urai. Tidakkah itu rasuah namanya jika menjanjikan pembangunan SEKIRANYA menang sahaja? Jika bukan rasuah, tolong ajar aku apa erti rasuah sebenarnya.

Tumpuan kini tertumpu kepada SPRM dan SPR. Apakah kedua-dua badan ini akan berdiam diri? Umno kehilangan segala tumpuan dan idea mereka untuk mendapatkan sokongan pengundi-pengundi di Manek Urai sehingga sanggup memberikan janji sedemikian. Umno tidak pernah berubah dan tidak akan berubah. Memang benar kata orang, Umno dan rasuah tidak dapat dipisahkan, jika dipisah sumbanglah Umno. Ternyata 11 bungkusan `hadiah’ dari Najib yang baru diumumkan semalam tidak sedikit pun mempengaruhi selera rakyat terutamanya di Manek Urai. Penghapusan PPSMI yang diumumkan oleh TPM juga tidak memberi kesan langsung malahan dipandang penuh curiga oleh rakyat. Isu Kerajaan Perpaduan yang saban hari dimainkan oleh Umno di dalam kempen di Manek Urai ini ternyata memakan diri Umno sendiri. Mereka `terbogel’ di Manek Urai. Lakonan `penoreh-penoreh getah’ taraf `mee segera’ juga dijadikan bahan lawak jenaka penduduk Manek Urai.

Hanya tinggal esok dan lusa hari penentu, Umno begitu tertekan di Manek Urai. Umno tidak lagi sanggup `ditelanjang’kan dan dipertontonkan kepada umat Melayu khususnya dan juga akan dijadikan bahan ketawa oleh rakan-rakan mereka di dalam Bn jika Umno tewas kali ini. Maka, Umno tiada pilihan dan mereka terpaksa `merasuah’ pengundi dengan sebuah jambatan. Rakyat Manek Urai akan makan dan hidup dengan jambatan itu nanti, fikir Umno. Umno tetap dengan janji keduniaannya.

Pas juga menjanjikan `jambatan’ kepada Manek Urai. Jambatan yang dijanjikan oleh Pas adalah `Jambatan Siratul Mustaqeem’. Inilah jambatan yang boleh menyelamatkan manusia tidak kira Melayu atau bukan Melayu asalkan mereka beriman kepada Allah dan Rasulnya. Pas menjanjikan dunia dan akhirat, maka `jambatan Siratul Mustaqeem’ adalah penghubungnya. Apakah rakyat di Manek Urai masih mahu kepada jambatan bernilai 7 juta itu jika dibandingkan dengan `jambatan’ ciptaan Allah ini? Memilih jambatan bernilai 7 juta yang ditawarkan secara `rasuah’ ini sama erti dengan menerima rasuah. Penerima rasuah sudah tentu ditempatkan di Neraka Jahannam. Nau’zubillah.

Berfikirlah dengan akal dan iman. Pilihlah di antara dua jambatan yang ditawarkan oleh Umno dan Pas ini. Seandainya pengundi-pengundi tetap yakin bahawa Umno tidak menawarkan rasuah dengan jambatan ini, maka undilah Pas kerana jambatan tersebut tetap akan dibina oleh Umno sekiranya Umno ikhlas. Tetapi, jika hanya dibina sekiranya Umno menang, pengundi-pengundi yang mengundi Umno dianggap bersubahat dengan janji rasuah seperti ini. Aku yakin, rakyat di Manek Urai tidak pernah diajar oleh MB Kelantan untuk mendekati amalan rasuah seperti ini. Maka, buktikan nanti semasa mengundi.

http://armormech.blogspot.com

Posted by: pinkturtle2 | Julai 12, 2009

Nak jambatan, pangkah BN – TPM

Muhyiddin important announcement in Manek Urai

…………………………………………………………………………………………………………………..

TPM: Undi BN dapat jambatan baru

Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

NONETawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

“Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

“Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN,” katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.

Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.

NONEManek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.

Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.

Kejutan PAS esok

Menurut penduduk kampung, jambatan sekarang dibina kerajaan pusat pada awal tahun 90-an dan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Kosnya dipercayai hampir RM5 juta.

Mengulas lanjut rancangannya itu, Muhyiddin berjanji akan membina jambatan baru itu sejurus sahaja Tuan Aziz menang dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini.

“Saudara jadi saksi, saya akan bangunkan jambatan itu selesai saja kita menang dalam pilihanraya pada 14 haribulan ini,” katanya.

NONEPengumuman Muhyiddin mengenai jambatan baru itu dibuat selepas diwar-warkan beliau akan membuat pengumuman penting petang ini.

Dalam ucapannya itu, Muhyidin turut berjanji akan menjadikan Manek Urai sebagai model “anak emas” kerajaan pusat, dengan menjadikannnya pusat “agropolitan” bagi memajukan penghasilan hasil taninya.

Daripada lebih 12,000 pengundi di Manek Urai, sebahagian besar mereka bergantung rezeki kepada sumber pertanian, terutamanya menoreh getah.

Esok, PAS pula dijadual membuat “kejutan besar” mereka. Kedua-dua tindakan tersebut dilihat sebagai “modal terakhir” kedua-dua pihak bagi memenangkan calon masing-masing.

http://www.malaysiakini.com

BETUL KE TPM CAKAP MACAM TU>>> INI BUKAN ZAMAN BATU Oii… Ini zaman 1malaysia… Zaman it,zaman semua orang dah cerdik… Penduduk di Manek Urai ni bukannya seperti orang asli di post blau… cara tpm cakap tu macam cakap dengan budak-budak sekolah tadika… “kalau buat ini,dapat coklat” kalau masuk kelas dapat gula-gula… kalau zaman 60an boleh lah Tpm cakap macam tu… ini dah 2009, semua orang dah sekolah… semua orang dah cerdik… termasuklah penduduk2 di Manek Urai…

Jambatan Berharga 7 juta kalau BN Menang Di Manek Urai…itulah janji TPM lebih kurang pukul 4 petang tadi di Manek Urai…  Kalau kalah meloponglah jawabnya.. tak kan TPM turun jauh-jauh dari Putrajaya,janji macam ini saja untuk rakyat Manek Urai.. tu pun kalau menang…Nampak sangat amat2 tak jujur kerajaan kita dalam memberi kemudahan dan pembangunan kepada rakyat… sehinggakan kalau BN menang barulah nak bagi Jambatan di Manek Urai… apapun kita tunggulah  dua hari lagi untuk kita melihat respond dari penduduk  Manek Urai tentang janji TPM itu…

Turut Hadir  sama bersama TPM tadi ialah Datuk Awang Adek, Mustapha Mohammad,Razmzi dan beberapa pimpinan yang lain.. gambar2 akan diposting oleh Perisik Rakyat dalam masa terdekat..

Posted by: pinkturtle2 | Julai 12, 2009

MU: Kehadiran polis yang ramai menjadi rungutan penduduk

Polis Jadikan Rumahnya Sebagai POS BN

Pengarah Operasi PRK manek Urai SAbd Fatah Haron berkata terdapat laporan dan rungutan yang banyak diterima dari orang ramai tentang perilaku pihak polis dan kenderaan pihak polis yang terlalu banyak telah mengganggu lalu lintas. Pemimpin Barisan Nasional diminta memerhatikan jejak langkah pihak polis yang bertugas yang memainkan peranan sehingga ada yang menjadikan rumahnya sebagai pos Barisan Nasional.Buletin

Posted by: pinkturtle2 | Julai 12, 2009

MU: Imej buruk Najib tidak boleh dibersihkan – Mahfuz

Posted by: pinkturtle2 | Julai 12, 2009

Umno Zalim kepada Rakyat Kelantan – Bekas Penceramah Umno

Umno Zalim dan tidak berjuang membela Rakyat Kelantan, kata Bekas Penceramah Umno, Ustaz Abdul Hamid Derani sewaktu ditemuabual di Markaz Induk, Jentera Pilihanraya PAS Manek Urai pada 11 Julai 2009

Posted by: pinkturtle2 | Julai 12, 2009

Timb Menteri Sokong DUN Perak Dibubarkan

Posted by: pinkturtle2 | Julai 12, 2009

MU: Saya yakin Pas akan dapat menambah majoriti – Nasharudin


nasha

Pas yakin tambah majoriti di Manek Urai:Nasharuddin

KUALA KRAI – Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yakin Pas dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dengan
majoriti undi yang lebih besar berbanding pilihan raya umum 2008.

“Saya yakin Pas akan dapat menambah majoriti (di Manek Urai) berdasarkan rentak (mood) hasil kemenangan pilihan raya kecil (Parlimen) Kuala Terengganu dan Bukit Gantang baru-baru ini.

“Pas telah berjaya membangkitkan isu membabitkan kehidupan seharian penduduk Manek Urai dan Umno sebaliknya tidak banyak membawa isu yang yang relevan dengan penduduk di sini,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat dhuha bersama Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan para penyokong Pas di Masjid Perial dekat sini hari ini.

Pada pilihan raya umum lepas, calon Pas Ismail Yaacob menewaskan calon Barisan Nasional Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Mengenai dakwaan beliau tidak disenaraikan untuk berkempen bagi Pas di Manek Urai kerana wujud hubungan tegang dengan Nik Abdul Aziz berhubung isu kerajaan
perpaduan baru-baru ini, Nasharudin berkata ia hanyalah andaian yang sengaja dicipta oleh Umno.

Katanya selama ini beliau memilih untuk berdiam diri kerana percaya media di negara ini tidak akan melaporkan perkara sebenar.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan Mohd Fauzi Abdullah, 50. Bernama

Posted by: pinkturtle2 | Julai 12, 2009

Polis Cabuli Sistem Demokrasi Di Manek Urai

Posted by: pinkturtle2 | Julai 11, 2009

Jangan Jatuhkan Kerajaan Kelantan – Bekas Mufti Perlis

Sepanjang beliau memikul amanah Allah sebagai seorang pemimpin di bumi kelantan,kita tidak pernahpun mendengar hamba Allah ini melakukan penyelewengan harta rakyat seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain...

Sepanjang beliau memikul amanah Allah sebagai seorang pemimpin di bumi kelantan,kita tidak pernahpun mendengar hamba Allah ini melakukan penyelewengan harta rakyat seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain...

Jangan Jatuhkan Kelantan

“Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.

Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.”

http://drmaza.com

………………………………………………………………………………………………………..

Ulasan Manjung mari

Ini dia baru seorang tokoh Mujahid Islam, berani berkata benar.. Inilah yang patut semua Mufti-mufti veteran contohi…bukannya asyik siang malam nak ujud Perpaduan Melayu, Ketuanan Melayu… Sila Baca dan fahamilah apa yang dikatakan oleh Dr Asri Zainal Abidin, Bekas Mufti Perlis..

Alhamdulillah, masih ada lagi cendiakawan, bijak pandai Islam yang nampak apa sebenarnya berlaku di Kelantan.

Sepanjang 20 tahun pemerintahannya, beliau sedaya upaya membangunkan Kelantan di bawah moto "Negeri Yang Baik Serta Mendapat Keberkatan Dan Keredhaan Daripada Allah"

Sepanjang 20 tahun pemerintahannya, beliau sedaya upaya membangunkan Negeri Kelantan di bawah moto "Negeri Yang Baik Serta Mendapat Keberkatan Dan Keredhaan Daripada Allah"

Posted by: pinkturtle2 | Julai 11, 2009

MP PAS akan melawat pelantar minyak Kelantan – Husam

Posted by: pinkturtle2 | Julai 11, 2009

Khairy tak hadir debat anjuran Umno bahagian Tanjung

Pimpinan UMNO kebanyakannya termasuk Presiden UMNO dan yang lain-lain hanya berani mencabar, lepas tu buat helah macam-macam tu... Yang mereka berani berdebat seorang diri di depan pengundi, perwakilan UMNO dan wartawan.... -manjung mari

Pimpinan UMNO kebanyakannya termasuk Presiden UMNO dan yang lain-lain hanya berani mencabar, lepas tu buat helah macam-macam tu... Yang mereka berani berdebat seorang diri di depan pengundi, perwakilan UMNO dan wartawan.... -manjung mari

Debat bersama Dr Mujahid, Khairy menghilangkan diri

(Hrkh) - Bagai menanti buah yang tak akan gugur, ramai di kalangan yang hadir di Kompleks Masyarakat Penyayang petang tadi ternyata kecewa apabila Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin tidak hadir dalam debat bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Takut dengan bayang-bayang sendiri,” demikian antara tanggapan orang ramai yang hadir pada petang tadi apabila dimaklumkan ketiadaan Ketua Pemuda Umno itu.

Sebaliknya, tempatnya diambil oleh Pengerusi Biro Agama, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,Afendi Yusuf dalam debat yang berlangsung jam 2 petang tadi.

Selain Khairy, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya juga tidak hadir dalam debat yang mengulas isu; ‘Wacana Minda Perpaduan Ummah’.

Program anjuran Umno Bahagian Tanjung itu dibuat untuk menghurai beberapa masalah yang berlaku di negara selain mendapat pandangan daripada berbagai pihak termasuk PAS yang dikatakan mempunyai banyak formula untuk tanganinya.

http://www.harakahdaily.net

Posted by: pinkturtle2 | Julai 11, 2009

Nasa Di MU: Penjelasan Presiden PAS

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

kategori