Posted by: pinkturtle2 | Jun 10, 2009

Penyelesaian: Tiga pekara yang wajib dibuat oleh Presiden dan Nasha

Dari awal lagi Mursyidul Am dah Tegur... Tapi tak mahu ambil peduli.. Inilah jadinya

Dari awal lagi Mursyidul Am dah Tegur... Tapi tak mahu ambil peduli.. Inilah jadinya

Tiga pekara ini boleh meredakan dan menjernihkan kembali kepercayaan Ahli PAS dan Gabungan Pakatan Rakyat

1. Tuan Presiden Dan Timbalan Presiden Wajib Membuat Kenyataan Terbuka Bahawa PAS Menolak Sekeras-kerasnya Kerajaan Perpaduan dengan UMNO atau BN yang sedang diperkatakan Sekarang ini.. Jangan sekali-kali cuba lagi untuk menafikannya atau dengan menggunakan apa-apa istilah yang boleh meragui ahli-ahli  atau penyokong-penyokong yang semua kita kena maklum bahawa sebahaginya berada di ceruk-ceruk kampung… mana mereka semua ini faham kerajaan perpaduan ke,kerajaan jahanam ke atau apa-apa istilah yang memerlukan kepada penjelasan…

2.Dan juga wajib Meminta maaf secara terbuka di atas kesalahan yang telah kita lakukan.. kerana Kita semua bukannya maksum, maka untuk menyakinkan lagi penyokong-penyokong kita serta gabungan Pakatan rakyat adalah dengan memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.. Dan sebaik-baik orang yang telah melakukan kesalahan adalah memohon maaf.Kesalahan ini besar… ia melibatkan amanat seluruh ahli-ahli PAS yang memberikan kepercayaan kepada Tuan Presiden dan timbalan.. Kerana Seluruh ahli PAS,penyokong dan pengundi PAS tak pernahpun membenarkan kepada kita pergi berbincang-senyap-senyap dengan UMNO BN suatu ketika dahulu.. Bila-bila,kalau nak buat sesuatu yang pelik tu tanya Mursyidul Am dahulu…

3. Yang ni Khusus untuk Timbalan Presiden… Tolong mintak maaf dengan Mursyidul Am Pas Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (ic tak ingat) di atas keterlanjuran mulut yang kurang ajar itu… Dah la kita tu bukannya Tok Guru,jauh sekali untuk dipanggil ulamak,kurang-kurangnya hormatilah sikit atau banyak pun tak apa pada seseorang yang bergelar tok guru… lantak pi lah nak letak nama Mursyidul Am ke Mujaddid Ke, Imam Mujtahid Ke, Khalifah ke, amir mukmin ke, dalam organisasi PAS tapi kalau mung semua tak nak  dengar dan patuh atau wala padanya… tiada guna langsung nama-nama itu… Orang kelantan khususnya dan yang lain-lain amnya amat-amat dan sangat-sangat menghormati Nik Aziz bukan kerana gelaran atau apa-apa panggilan yang diberikan oleh PAS atau Kerajaan Malaysia kepadanya tetapi kerana Dia Seorang Tok Guru Yang Warak Dan Zuhud.. Dia amal apa yang beliau ajar…dengan limpahan ilmu yang ada padanya,dia dapat curahkan kepada seluruh rakyat kelantan dan di luar kelantan dan dia amalkan ilmu itu di dalam kehidupan sehariannya sama ada sebagai seorang pemimpin sebuah kerajaan,pemimpin sebuah Jemaah PAS atau pemimpin kepada sebuah keluarga…

Pandangannya tentang Kerajaan Perpaduan adalah bukan pandangan yang bersifat peribadi seperti yang kamu katakan tempoh hari kerana Tok Guru adalah mursyidul Am PAS…dan beliau berhak membetulkan kesilapan dan kecelaruan yang berlaku di dalam PAS. Dan kalau kamu sendiri melakukan kesalahan pun Tok Guru akan menegurnya dan Tok Guru tidak ada apa-apa kepentinganpun dalam PAS sehingga mengeluarkan kenyataan yang dianggap peribadi sebegitu. Tok Guru ingin sangat melihat keharmonian dan ukhuwwah yang terjalin bersama Gabungan pakatan Rakyat tidak dirosakkan dan dikhianati oleh individu-individu yang gila kuasa dan bengong di dalam PAS.Sebab itu Tok Guru sangat-sangat menentang cadangan Kerajaan Perpaduan bersama dengan UMNO BN.Mengapa kamu bengong sangat sampat tok guru beberapa kali mengulangi pendiriannya itu…

Adab kita bersama ulamak atau tok guru,cukuplah sekali sahaja tegurannya… mudah-mudahan kita semua boleh Faham… ini sampai berkali- kali? bengong sangatkah kita?Dah lah mintak maaf tak mahu… masih lagi ulanginya di muktamar dan selepas muktamar… berbeli-belit pula tu menfikannya… itu la , ini la… janganlah kita nak jadi bengong sangat walau apa seklipun pangkat kita… bila tok guru dah bersuara, berhentilah kerja bengong kita tu…

………………………………………………………………………………………………………………………………….

Ulasan wfauzdin
Pada pandangan saya, tiada jalan lain yang dapat dilakukan oleh pimpinan kecuali secara tegas dan muktamad membatalkan segala ucapan berkaitan isu ini. Keputusan muktamar yang lalu diguna pakai semula termasuk kata-kata Tuan Guru Presiden sebelum ini bahawa isu `Kerajaan Perpaduan’ bersama Umno dinoktahkan. Jangan kita salahkan rakyat dan ahli yang memperbesarkan isu ini kerana isu ini sememangnya besar, jika tidak masakan disebut di dalam muktamar?

selanjutnya boleh baca di http://wfauzdin.blogspot.com

……………………………………………………………………………………………………………

Makkal Sakhti

Persoalan yang timbul ialah bilamana kenyataan pimpinan seperti Konsep Kerajaan Perpaduan tidak dibuat melalui keputusan jamaah, pendek kata ianya hanya kenyataan peribadi, bukannya hasil rumusan mesy AJK PAS Pusat atau majlis Syura Ulamak atau melalui keputusan muktamar. Manakala keputusan muktamar tahun lepas iaitu memperkasakan Pakatan Rakyat dgn tidak menolak perbincangan dgn mana2 badan tidak diambil kira. Sebab itu pandangan TGHH tidak kolektif, iaitu bukannya keputusan jamaah. Kalau ianya keputusan jamaah, maka wajib ia dipatuhi. Jika tidak masakan TGNA menentangnya malah menyifatkan Kerajaan Perpaduan sebagai idea mengarut.

Sebahagian menyokong, manakala ramai yg menentang konsep kerajaan perpaduan. Yg menyokong konsep ini mengambil bersandarkan kepada hujah keputusan muktamar lepas iaitu “…..tidak menolak perbincangan dgn mana2 badan termasuklah UMNO.” Sedangkan adakah sama mengadakan perbincangan dgn mengujudkan kerajaan perpaduan?”. Saya rasa hujah ini tidak tepat. Samalah seperti hujjah “pergilah kau berdakwah kpd firaun…” bknnya bermaksud kita bersama membentuk kerajaan perpaduan dgn firaun. Ahli disuruh walak kpd pemimpin, tetapi bagaimana pula pemimpin tidak walak kpd keputusan muktamar? Amatlah besar kebencian Allah kepada mereka yang mengatakan sesuatu yg ia tidak melaksanakannya.

Ahli walak kepada pemimpin adalah bermaksud walak kpd keputusan pimpinan, bukannya keputusan peribadi seorang dua pemimpin sebab kepimpinan kita adalah secara kolektif (syura). Sebab itulah bermulanya perbedaan pendapat. Perbedaan pendapat adakalanya bagus, tpp banyak juga mudaratnya terutamanya bilamana pendapat itu bertentangan dgn keputusan muktamar iaitu memperkasakan pakatan rakyat tidak diambll kira dgn sebaiknya. Mengapa tidak dicadangkan pembentukan organisasi yg sah seperti BN?, jika benar2 mahu memperkasakan PR? Apakah wujud kerjasama kukuh diperingkat negeri, kawasan dan cawangan? Kenapa perlu dilontarkan Kerajaan Perpaduan dgn BN, sedangkan MCA sendiri menentangnya? Kenapa tidak diperkukuhkan kerjasama dgn PR sdgkan PR sendiri memerlukan PAS sbg rakan kerjasama politik yg berupaya meggantikan tempat UMNO! Ingatlah, kematangan politik sahaja yang berupaya membezakan mana kaca dan intan, mana musuh dan kawan!

https://pinkturtle2.wordpress.com

……………………………………………………………………………………………………………………

Ulasan byPASs

Harus diingat, lembu dipegang dengan talinya, manusia dipegang dengan janjinya. PAS adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat, dan sudah tentu ada perjanjian yang sudah termetrai di antara ketiga-tiga parti ini, janganlah memungkiri janji dan ‘mutual understanding’ yang telah dicapai.hormatilah dan jagalah perasaan rakan-rakan kita, jangan kita mudah lupa apa yang membawa kita ke tahap sekarang.

Selanjutnya bacalah di http://bypass308.blogspot.com


Respon

  1. antara semua post yang ini yang aku nak…dengar..buat penjelasan berkaitan UG.

    Yang paling hati jadi panas bila ustad nasa kata kenyataan TG Nik Aziz sebagai kenyataan peribadi..woi…woi tolong sikit… itu kenyataan Murshidul Am la . Faham tu ostad. Apa lagi minta maaf secara terbuka sahaja yg dapat menjernihkan suasana…
    Moga kembali aman dan sentosa.

  2. wala’ kepada keputusan. Bukan wala’ kepada batang tubuh. Ngaji dulu bab al-wala’ dan al-barra’.

  3. Sedar atau tidak nasa n hj hadi…idea UG ni merugikankan pas n menguntungkan umno…

    x serik2 lg apa yg umno buat kat pas n pr di perak??x payah bcakap soal kjaan ppaduan..
    soal ketua kg yg di lantik kjaan PR pun di kacau oleh UMNO dgn melantik JKKKP.bukan itu dah memecah balahkan ppaduan rakyat.umno sekat peruntukkan kpd kjaan kelantan n pr,umno bg peruntukkan kpd JPP.

    MP PR di parliment dpt x peruntukkan spt mana MP BN dapat???

    Dulu dato asri bawa pas masuk BN..Pas bpecah 3..berape lama pas nak pulih??????tahun 90…

    Hormatlah nasihat dari TGNA yg tolak kjaan ppaduan karut…sepatutnya pas benankan umno next PRU..bkn bg talian hayat kat umnoi yg dah nyawa2 lembu tu

  4. PUNCHA KEGELOJOHAN LIDAH MENGELUARKAN KATA-KATA…

  5. Alangkah molek kalau Tuan2 telah menbuat silap meminta maaf kepada TGNA dan penyokong2 PAS.

    Presiden and Timb. presiden bukannya maksum. Apa yg diharapkan oleh semua ialah permintaan maaf dari Tuan2. Jadilah pemimpin yg berani. Jangan lah sesekali Tuan2 sombong dan angkuh.

    Jangan cuba menipu dan mengkhianati amanah rakyat kerana tanpa sokongan rakyat, Tuan2 tidak akan berada pada kedudukan sekarang.

    Semoga pimpinan Tuan2 kekal relevan untuk semua rakyat Malaysia insyaAllah. Jika Tuan2 merasakan tidak mampu, diharap Tuan2 dpt melepaskan obor pimpinan kepada pemimpin PAS lain yg berkelayakan.

    Itulah lumrah manusia akan mudah lupa diri setelah lama berapa ditampuk kuasa. Diharap PAS tidak menjadi seperti UMNO/BN.

    Ingatlah pemimpin datang dan pergi. Janganlah Tuan2 dijatuhkan akibat sesombongan diri sendiri yg merasakan lebih baik dan pandai dari org lain.

    Rakyat kerdil

  6. Saya menuntut Nasa tidak lagi dibenarkan bertanding mana-mana kerusi di Kelantan

    Saya menuntut Nasa dan Hj Hadi dilucutkan dari jawatan masing-masing sebagai Timbalan dan Presiden.

    Saya menuntut agar Nasa dah Haji Hadi dihantar ke kelas/kursus “communication skills”

    Rgds
    – Ahli PAS no 667768

    • setuju!! 😛

      • kita buat usul undi tak percaya pada mereka. setuju tak? Errr undi tak percaya tu menatang apa hah?

  7. owh, ya Nasa tu,elok hantar kat Selatan thai,biar kena tembak je 😛

    • woi diatas jgn la zalim macam tu sampai nak hantar ke selatan thailand….NASA nama besar kat Amerika sebab hantar kapal ke angkasa..
      heh-heh keh….marah pun berpada-pada la….

  8. Woi dahlah bergaduh…

  9. Semua orang dah marah…. tapi yg salah bukan saja pemimpin ni.

    Para perwakilan PAS juga salah kerana mengundi si Nasa jadi timbalan.. angkara terpengaruh tohmahan Mustafa Ali dan balacinya MSO. Akibatnya si Nasa yg lembab dan tak sedar diri tu makin naik tocang. Lalu dia gunakan kedudukan ini untuk memanipulasi bagi mencapai hasratnya untuk bersama UMNO memerintah 1Malaysia dengan lebih cepat. Dah terkincit macam ni pun masih tak sedar diri, masih berdolak dalik kejap kata nak berpaduan dgn UMNO, kejap kata tiada pakatan…

    Wahai Nasa… untuk memulihkan keadaan ini, bukannya dengan meminta orang ramai berhenti bercakap soal kerajaan perpaduan, tapi engko tu yang patut letak jawatan berenti jadi timbalan dan Mustafa Ali tu dibuang kerja.

  10. Kerangka Kerajaan Perpaduan hanya ada dlm pemikiran TGHH dan Nasa. Tak ada seorang pun yang tahu maksud sebenar Kerajaan Perpaduan. Itu sebabnya semua jadi keliru. Ditambah pula dengan jarum2 halus syaitan UMNO dan BN menyusup utk memporak porandakan PAS. Bila rakyat tak tahu, maka dikatakan rakyat tak reti ilmu siasah Islam. Sebenarnya pemimpin sendiri tak ada satu usaha pun untuk memberikan kefahaman mengenai ilmu siasah Islam melalui penulisan, kuliah, blog dan ceramah2 mereka. Jadi jgn disalahkan rakyat jika mereka kurang faham. Saya sendiri memahami Kerajaan Perpaduan itu ialah kerajaan gabungan PAS dan UMNO. Adakah logik lain selain daripada itu? Kalau sekadar berdakwah, itu bukannya Kerajaan Perpaduan. Berdakwah itu kita boleh terima atas nama muzakarah ke, muqabalah ke, berdebat ke, itu tidak ada masalahnya. tetapi bekerjasama dengan UMNO dlm bentuk kerajaan itu sudah jadi lain halnya sedangkan kita sudah ada persefahaman dengan Pakatan Rakyat. Mana nak letak PR dalam UG? Hal ini langsung tak ada dlm kerangka persefahaman dengan PR.
    Idea boleh dilontarkan, tetapi masa melontarkan idea itu perlu diambil kira. Mood sekarang rakyat bersama PR, bukannya bersama UMNO. Kalau dah nak berpadu sangat, syorkan kepada pemimpin UMNO, sertai sahaja PAS demi utk menguatkan Islam dan orang Melayu. Tak ada sebab kenapa pemimpin UMNO masih nak setia dengan BN lagi. Inilah masanya sebelum BN dikuburkan dalam pilihanraya akan datang. Seperkara lagi perlu difikirkan tentang musuh dalam selimut sepertimana ucapan Ust Ahmad Awang (bekas Naib Presiden PAS) mestilah dinyahkan terus dari kepimpinan PAS. Fraksi2 UMNO dalam PAS mestilah dileburkan terus!!! Sifat munafik ini amat merbahaya kepada jamaah islam. Sepatutnya Ust Ahmad Awang kena bongkarkan awal-awal lagi kerana ramai ahli yg tak tahu. Ni dah terantuk baru mengadah. Buat apa nak sembunyikan kebenaran? Bimbang nanti jadi ulama suuk. Apapun saya ucapkan tahniah kerana cubaan berani mengakui adanya musuh dlm selimut, gunting dlm lipatan PAS. Kepada ahli-ahlidan pemimpin2 PAS, renung2, fikir-fikirkanlah…

  11. Salam
    saya melihat rata2 golongan yg berkomentar dlm blog ini termasuk pemilik blog mempunyai krisis kefahaman..Bermaksud kurang kefahaman yg jelas dan betul2 selari dgn prinsip gerakan..
    Rata2 org disini menyokong TGNA dan dlm masa yg sama menghentam TGHH sedangkan kedua2nya adalah tok guru..Secara kesimpulannya golongan ini ialah glngn yg hanya wala’ pada TGNA..Cukup marah dgn siapa shj yg dilihat pd neraca matanya melawan TGNA..Kerana beliau adalah tokguru,kerana beliau adalah pimpinan tertinggi,kerana beliau adalah TGNA..Maka adapun org yg selain dr beliau adalah dilihat salah jika bercggah pendapat..Kalian marah jika merasakan org xsetuju dgn TGNA,tp kalian gembira apabila TGHH dihantam,dikutuk,dihina,dilabel dgn pengkhianat,dan bermcm2 kata nista dianugerahkan pada TGHH..Apa rasa hati kalian?Seronnk bukan?Apakah ini takrifan wala’ yg kalian fhm?
    Kecenderunagn kita pd sesuatu pendapat,malah pd seseorang pimpinan bukan penghalal utk kita menghina yg lain..Kalian mengatakan yg pres dan timb bknnya maksum..Memg benar!Tetapi perlu diingat yg sebenar2nya tiada siapa pn yg maksum kecuali Nahi SAW..Lalu adakah TGNA lgsung tiada salah?Adakah husam musa lgsung tiada salah?Adakah hanya pres dan timb shj yg salah?
    Semua org boleh berlaku salah..Cuma jgn kita membutakan neraca pertimbangan kita hanya apabila kita cenderung pada sesuatu..Dapat juga dilihat disini masih ramai yg xmampu berlapang dada dgn kptusan muktamar apabila cln pilihan kalah..Lalu bergegarlah blog2 yg sblm ini berdegar2 berkempen cln pilihan tanpa melepaskan peluang utk mengutuk cln lwn..Adakah ini adab yg kalian cuba katakan?Adakah hanya kalian yg beradab?Tepuk dada tnya iman..
    Kita memggabungkan diri dgn pas bukan kerana individu dlmnya,tetapi kerana Islam yg dijunjungnya..
    Masalah UG..Tuan Ibrahim sudah menjelaskan sedikit apa yg dimaksudkan dgn asar UG tersebut dan beliau mengatakan yg TGHH akan perjelas sedikit masa lg..Xbolehkan kalian bersabar?Kenapa masih mengeluarkan stament2 kasar?
    Sbg ahli kpd gerakan,minta tlg fahamilah betul2 konsep wala’ yg sbnar,bukan melalui pemahaman akal yg cetek dan beremosi..
    Sbg blogger,minta tlg jgn terpengaruh dgn provokasi2 jalanan..Pimpinan dah menafikan tidak ada gbngan..Tetapi kalian masih berkeras dan tak mahu memahami..Akibat dr kecenderungan hati dan emosi pada sesuatu pihak shg meletakkan emosi itu melebihi btas dr panduan alQuran dan sunnah..Dari manakah dtgnya bukti yg mengatakan pres dan timb mahu bergabung dgn umno?Tidak ada sama sekali kecuali dr fitnah2 yg melanda dan kalian terpengaruh dgnnya..Bersikap adillah dgn TGHH..Sayangilah kedua2nya rekali,jgn sisihkan salah satu..Brulah kita berada atas paksi gerakan dan penilaian Islam sndri..
    Beradablah dgn semua pimpinan,jgn intimak kita kerana individu..Setiap pimpinan kita ada betul silapnya,tinggal kita utk sbr dan lapang dada dgn mereka disamping adil dan beretika dlm memberi teguran serta jauh dr taasub..Sayangi 2 tok guru..Emosi bukan jalan penilaian..Tetapi akal waras berpandukan quran sunnah itulah penyelamat..

  12. saya syorkan mereka berdua dan kroni2 mereka isi je borang masuk umeno kan lebih bagus, lagi cepat populer dan dan banyak habuan!!

  13. Berjumpa balik dgn TGNA,, mohon maaf dan wat kenyataan rasmi tutup terus isu bodoh ni!!Dan kalu ada lagi isu ini ditimbulkan atau Presiden dan TP terhegeh nak peluk cium dgn UMNO lagi..berjanji dgn TGNA yg diorang akan letak jawatan dan kemudian masuk UMNO tanpa heret PAS!!!

  14. setuju ngan kcp.ikut akal pun boleh ke TGHH ngan nasa masuk or join umno?cerita kelakar.TGNA pun betul.cuma UG ni benda samar.nabi kata samar ni rumah syaitan.jadi sabar je tunggu jelas lagi nyata.jangan sentuh benda samar tak kira sapa yg bawa kawan atau lawan.
    andai ada kebhatilan pasti akan terpisah dari kebenaran.seperti yg berlaku pada nakhaei yg lari dari perjuangan.

  15. “A national government (alternatively a national unity or national union government) is a broad coalition government consisting of all parties (or all major parties) in the legislature….”

    *********************
    Palestinian rival factions agree to unity government

    GAZA CITY (CNN) — Palestinian parliament members voted overwhelmingly to form a coalition government Saturday, the first forged between the rival Islamic Hamas and secular Fatah factions.

    The unity government, approved by an 83 to 3 vote, was established after bloody fighting between the two groups killed more than 300 people in the past year.

    Israel rejected the new government before it was even formed, objecting to remarks by hard-line Palestinian Prime Minister Ismail Haniya and to the unity government’s refusal to recognize Israel’s existence and renounce terror. (Watch why Palestinians consider unity ‘good tidings’ and Israel recoils)

    Almost immediately after the vote, Norway recognized the new government.

    “Norway welcomes the formation of the Palestinian unity government,” said Foreign Minister Jonas Gahr Store. “It is essential that the unity government gains control of the security situation in Gaza and the West Bank, and that the rocket attacks on Israeli areas cease.”

    The Norwegian government will drop all sanctions against the Palestinians, a spokesman for the Norwegian Office of Foreign Affairs told CNN.

    ***************************
    Lebanon: A unity government at last
    aljazeera.net

    After weeks of political uncertainty and some civil unrest, a new 30 member national unity was announced in Lebanon. It marks the return of Fouad Siniora as Prime Minister and the allotment of 11 posts to the opposition -Hezbollah, Amal, Michel Aoun party and shiite groups- in the Lebanese cabinet. Hezbollah member, Mohamed Fneich was appointed Minister of Labour. This is the second time Hezbollah has participated in a national unity government. It first participated in 2005.However, this time it will also enjoy a veto power. According to PrInisde “Hezbollah’s veto power was part of an Arab League-brokered deal to achieve compromise between the U.S. and Western-backed parliamentary majority and Hezbollah-led opposition”. This newly formed government is expected to rule until the next legislative elections which are due in 2009.

    Lebanon announces unity government

    Lebanon has announced a new 30-member national unity government, seven weeks after an agreement brokered by Qatar brought the country back from the brink of civil war.

    Fouad Siniora, reinstated as Lebanon’s prime minister, announced the new cabinet following a meeting with Michel Sleiman, the president, in Beirut on Friday.

    Mohammad Chatah, a close adivser to Siniora, was named as finance minister while Mohammad Fneish, a Hezbollah official, was named labour minister.

    Fawzi Salloukh, a lawyer and diplomat, was given the post of foreign minister.

    The opposition was granted 11 of the cabinet’s 30 seats.

    Siniora said: “This government has two main tasks – regaining confidence in the Lebanese political system … and securing the holding of a transparent parliamentary election.”

    The May 21 deal, mediated in Doha, the Qatari capital, ended a poltical stalemate in Lebanon that had given way to the worst fighting since the 1975-90 civil war.

    The Doha agreement called for Sleiman to be elected president, a unity government to be formed and gave Hezbollah and its allies veto power over government decisions.

    ****************************
    Thai opposition proposes national unity government after PM sacked

    The China Post

    BANGKOK, Thailand — Thailand’s opposition leader on Wednesday suggested forming a national unity government after a court sacked Prime Minister Samak Sundaravej, plunging the country deeper into political crisis.

    Democrat Party leader Abhisit Vejjajiva told reporters he has conveyed his idea to all political parties, as well as to the speaker of Parliament, and said he is willing to be the prime minister of a national government.

    “The best way to resolve the crisis is to form a national (unity) government in which all parties join hands for the sake of peace and national reconciliation,” Abhisit told reporters.

    “I am ready to be the prime minister if the Parliament asks me to do the job,” Abhisit said.

    There was no immediate reaction from the other parties.

    On Tuesday, the Constitutional Court forced Samak to resign after finding him guilty of violating the constitution by receiving payment to host TV cooking shows while in office.

    ************************
    Kenyan President Offers Unity Government

    By MALKHADIR M. MUHUMED
    Associated Press Writer

    NAIROBI, Kenya (AP) – Kenya’s president is ready to form “a government of national unity” to help resolve disputed elections that caused deadly riots, a government statement said Saturday without explaining what a power-sharing arrangement might involve.

    President Mwai Kibaki made the statement to Jendayi Frazer, the leading U.S. diplomat for Africa, according to the director of the presidential news service, Isaiya Kabira.

    Kabira said he could not say whether that was a formal offer to Raila Odinga, the opposition leader who accuses Kibaki of stealing the Dec. 27 vote described by international observers as deeply flawed.

    Britain, the former colonial power in Kenya, appealed Friday to leaders in the East African country to consider sharing power.

    ***********************

    A unity government

    By Rasheed Abou-Alsamh
    arabnews.com
    manilamoods@hotmail.com

    The news of House Speaker Jose de Venecia’s plan to try to form a national unity government last Thursday (Jan. 2) totally eclipsed the resignation of Secretary of Justice Hernando Perez, which barely registered a blip on the radar screen of a silly Philippine media obsessed with scandal and corruption.

    Not that the media thought De Venecia’s proposal was that hot either. Under the plan all political parties would be invited to participate in a national unity government, including the communist rebels and Muslim fighters of the Moro Islamic Liberation Front. The only problem was that it seemed De Venecia had not explained his entire proposal to President Gloria Macapagal Arroyo before blurting it out to the press.

    As it turned out, the president had already discussed the possibility of a national unity government at a cabinet meeting. Whether she knew De Venecia would present the idea to the public is open to speculation. “The concept is acceptable, but not as detailed (by De Venecia),” said Press Secretary Ignacio Bunye. The president’s reaction was cautious optimism, with a caveat that a national unity government should focus on programs and not on personalities. Other politicians cautioned that having certain elements in an inner circle making policy, while they openly opposed the Philippine state and Constitution, would not be acceptable. In the end the communist National Democratic Front turned down the offer, while the MILF said it was open to the idea.

    ****************************

    Timor President Wants Unity Government

    Time Magazine: East Timor’s Fractured Election
    Timor President Wants Unity Government
    By ZAKKI HAKIM Associated Press Writer

    DILI, East Timor (AP) — The ruling Fretilin party narrowly defeated its rivals in elections on this tiny, politically volatile island, prompting the nation’s president to call for a national unity coalition to avoid a collapse of the government.

    With almost all of the ballots counted, the Fretilin party narrowly beat a new grouping formed by independence hero Xanana Gusmao in Saturday’s elections, official elections results showed.

    The country’s president called for a government of national unity, saying he feared a coalition that did not include all major parties would collapse after several months.

    “I am confident that if all political parties join my offer then it will … bring us into prosperity and happiness,” said Jose Ramos-Horta, who won a Nobel Peace Prize for his nonviolent resistance to Indonesian rule.

    **********************

    Togo forms national unity government
    Source: Xinhua

    A national unity government was officially formed on Wednesday in Togo’s capital of Lome, with veteran Togolese opposition leader Yawovi Agboyibo as the new prime minister.

    The formation of the unity government, approved by President Faure Gnassingbe on Wednesday, was seen as a major step towards patching up decades of political rifts in the West African country.

    Amah Gnassingbe, vice president of another opposition group known as the Union of Forces for Change (UFC), was appointed as minister of state in the 35-member cabinet, which also includes another three new members from opposition parties.

    Agboyibo, chief of the opposition Committee of Action for Renewal, was the key mediator for a political reconciliation pact reached in August, which agreed on the concept of forming a power-sharing government.

    Political analysts say the presence of a unity government would add to the chances of the EU resuming its aid support for Togo, which stalled in 1993 due to the country’s poor democratic record.

  16. Salam.

    Sekiranya mereka tidak buat.

    Mereka kena letak jawatan.

    Itu saja pilihan yang ada.

    Untuk PAS yang kuat.

  17. salam,

    buat kicap….

    bila penjelasankh dr TGHH dn ustz nasa nk d buat?…esok ..lusa…tulat….bulan depan…tahun depan…atau setelah pas pecah dua baru nak buat penjelasan…..dr sept 2008 sampai sekarang belum ada penjelasan….yg ada hanya berdolak dalih….

  18. Persoalan yang timbul ialah bilamana kenyataan pimpinan seperti Konsep Kerajaan Perpaduan tidak dibuat melalui keputusan jamaah, pendek kata ianya hanya kenyataan peribadi, bukannya hasil rumusan mesy AJK PAS Pusat atau majlis Syura Ulamak atau melalui keputusan muktamar. Manakala keputusan muktamar tahun lepas iaitu memperkasakan Pakatan Rakyat dgn tidak menolak perbincangan dgn mana2 badan tidak diambil kira. Sebab itu pandangan TGHH tidak kolektif, iaitu bukannya keputusan jamaah. Kalau ianya keputusan jamaah, maka wajib ia dipatuhi. Jika tidak masakan TGNA menentangnya malah menyifatkan Kerajaan Perpaduan sebagai idea mengarut. Sebahagian menyokong, manakala ramai yg menentang konsep kerajaan perpaduan. Yg menyokong konsep ini mengambil bersandarkan kepada hujah keputusan muktamar lepas iaitu “…..tidak menolak perbincangan dgn mana2 badan termasuklah UMNO.” Sedangkan adakah sama mengadakan perbincangan dgn mengujudkan kerajaan perpaduan?”. Saya rasa hujah ini tidak tepat. Samalah seperti hujjah “pergilah kau berdakwah kpd firaun…” bknnya bermaksud kita bersama membentuk kerajaan perpaduan dgn firaun. Ahli disuruh walak kpd pemimpin, tetapi bagaimana pula pemimpin tidak walak kpd keputusan muktamar? Amatlah besar kebencian Allah kepada mereka yang mengatakan sesuatu yg ia tidak melaksanakannya. Ahli walak kepada pemimpin adalah bermaksud walak kpd keputusan pimpinan, bukannya keputusan peribadi seorang dua pemimpin sebab kepimpinan kita adalah secara kolektif (syura). Sebab itulah bermulanya perbedaan pendapat. Perbedaan pendapat adakalanya bagus, tpp banyak juga mudaratnya terutamanya bilamana pendapat itu bertentangan dgn keputusan muktamar iaitu memperkasakan pakatan rakyat tidak diambll kira dgn sebaiknya. Mengapa tidak dicadangkan pembentukan organisasi yg sah seperti BN?, jika benar2 mahu memperkasakan PR? Apakah wujud kerjasama kukuh diperingkat negeri, kawasan dan cawangan? Kenapa perlu dilontarkan Kerajaan Perpaduan dgn BN, sedangkan MCA sendiri menentangnya? Kenapa tidak diperkukuhkan kerjasama dgn PR sdgkan PR sendiri memerlukan PAS sbg rakan kerjasama politik yg berupaya meggantikan tempat UMNO! Ingatlah, kematangan politik sahaja yang berupaya membezakan mana kaca dan intan, mana musuh dan kawan!

  19. Cubalah orang2 UMNO ambil iktibar dari perbalahan ini. Cubalah lihat betapa akar umbi dalam PAS yang sangat2 tak sukakan UMNO. Itulah natijah dari kesan kezaliman atas rakyat.

    Mereka sanggup menyanggah idea pimpinan tertinggi hanya kerana tempias perkataan UMNO saja dalam kerajaan perpaduan. Betapakah benci nya mereka kepada UMNO

    Saya juga menyeru kepada semua supaya meneruskan perjuangan sehingga UMNO itu dikuburkan. Barulah tinggalan penjajah ni dapat dihapuskan. Semoga ISA dan lain2 akta bongong dapat dihapuskan cepat2. Tiada lagi kezaliman sesama insan.

    UMNO ni sekarang tengah lemas, kalau kita hulur tangan untuk menolong, kita yang akan lemas. Biag dia mampoih cepat cepat

  20. orang munafik pun sembahyang jemaah 5 kali sehari pada zaman nabi…apatah lagi orang BESAR pas…

  21. ni masalahnya klu lantik org yang tak cerdik jd pemimpin.

  22. sapa yang tak mau kemewahan dunia woii…akhirat??? lambat lagi….apa yg ada sembat..orang lain peduli apa..janji diri sendiri untung…jadikan pangkat dan kepercayaan yg diberi sebagai jalan untuk cari kekayaan dunia… salah ke??? orang tak tau pun apa yg ada dldm kepala otak depa…nak buktikan…suasah gak oii

  23. Abdul Hadi berkata, isu kerajaan perpaduan itu akan diselesaikan di peringkat parti (PAS) dan dalam Pakatan Rakyat.

    Menurutnya, PAS sedia berbincang dengan Umno mengenai demokrasi, bidang kehakiman, kebebasan pilihanraya dan media, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Bidang keutamaan PAS

    “Saya mahu kerajaan membuat perubahan dahulu, dan saya utamakan perbincangan mengenai demokrasi, bidang kehakiman dan kebebasan media.

    “Kalau nak bincang perkara itu, kita sedia jumpa,” katanya.

    Katanya, ucapan beliau di muktamar PAS, telah menyentuh perubahan badan kehakiman dan suruhanjaya pilihanraya (SPR), tetapi tidak dilaporkan sepenuhnya oleh media.

    Abdul Hadi juga berkata, kerajaan perpaduan belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat.dan juga belum lagi dibincangkan semasak-masaknya dalam PAS.

  24. Kenapa TGHH an sewaktu dengan nya suka sangat SEDIAKAN PELURU untok musuh gunakan
    untok MENGHENTAM DAN MEMPORAKKAN KITA YANG BERADA DALAM PAKATAN RAKYAT…?

    SEPATUTNYA KITA TIDAK MEMBERI RUANG SERTA PELUANG UNTOK UMNO DAN MAINSTREAM MEDIA MAINKAN PERANAN UNTOK MENGKUCAR KACIRKAN DAN MENGEKSPLOITASI ISU INI..!

    APAKAH TINDAKAN YANG DIAMBIL ITU TERLERAI DARI KEPUTUSAN YANG SEPARUH MASAK..?
    ATAU APAKAH PERKARA INI TERDORONG OLEH SIKAP YANG ‘OVER AMBITIOUS’?


Tinggalkan komen

Kategori