Posted by: pinkturtle2 | Disember 11, 2008

Faisal Tehrani Mengaku Syiah Dalam Saasatul Ibaad

saasatulibaadtc5

sebuah pantun yang digarap Faisal dan dimasukkan ke dalam novel ini betul-betul menderau darah saya, perhatikan baris-barisnya;
sebuah pantun yang digarap Faisal dan dimasukkan ke dalam novel ini betul-betul menderau darah saya, perhatikan baris-barisnya; Ada berempat sahabat Nabi,
Ada seorang jadi khalifah,Abu Bakar, Omar, Osman, dan Ali,
Saidina Ali suami Fatimah. Faisal nampaknya menganut faham bahawa tidak wujud khulafa’ ur-rasyidin, kerana bagi Faisal, Abu Bakar, Omar dan Osman itu bukan khalifah, hanya Saidina Ali seorang sahaja.

Saasatul Ibaad | Faisal Tehrani Mengaku Syiah

Ini buku terbaru yang saya baca, kali ini bukan dari kategori non-fiksi, ia sebuah novel, berlatarkan sejarah tahun 1699, dalam Kerajaan Johor Lama, yang kesudahannya saya rasa semua tahu dan maklum, kerana ia pernah difilemkan, Sultan Mahmud Mangkat Di Julang.

Novel ini adalah tulisan Faisal Tehrani, penulis muda yang sedang membina nama sebagai penulis tersohor. Saya mula menggemari gaya bahasa Faisal sejak mula berkenalan dengan karyanya lewat 1515. Sebelum itu saya hanya membaca novel Melayu karya Abd. Talib Hassan ataupun Abdul Rahim Awang. Penulis-penulis hebat biasanya membawa personaliti mereka dalam penulisan, begitulah Abd. Talib Hassan, begitulah Abdul Rahim Awang, maka begitulah juga si Faisal Tehrani ini.

Saasatul Ibaad maksudnya pemain politik, ringkasnya ia bercerita tentang pemain-pemain utama dalam senario politik Johor Lama di sekitar tahun 1699 itu, cerita ini berkisar di sekitar watak-watak benar yang difiksyenkan secara sangat baik oleh Faisal.

Di sebalik langgam bahasanya yang mengasyikkan, Faisal ternyata telah sangat menggusarkan saya. Menggunakan kehalusan ayat-ayatnya, Faisal melemparkan dan mengajar doktrin Syiah, lebih dari itu meletak watak-watak utama dalam Kerajaan Johor Lama seperti Bendahara Tun Habib Abdul Majid, anakandanya Bendahara Tun Abdul Jalil (kemudiannya Sultan) dan guru mereka Orang Kaya Dato Utama Mahdi Hasan dari Naning sebagai pengamal Syiah. Ya, saya faham atas nama fiksyen dan kreativiti, sejarah boleh dilakar dengan apa sahaja rupa dan wajah, tetapi seperti saya katakan tadi, penulis hebat biasanya membawa personaliti mereka di dalam penulisan, dan itulah personaliti Faisal Tehrani. Kehebatan seni Faisal Tehrani nampaknya semakin hari semakin dicemari propaganda ideologinya sendiri.

Sebagai sebuah novel yang berkait dengan cara pemerintahan baik, tidak kisahlah jika Faisal hanya mahu menurunkan pesan-pesan yang pernah disampaikan oleh Saidina Ali Abi Talib sahaja, padahal banyak lagi pesan pasal pemerintahan negara yang boleh dikutip hasil titipan tiga lagi Khulafa’ ur-Rasyidin, Saidina Abu Bakar, Omar dan Osman. Saya juga tidak ralat bila Faisal memasukkan berderet hadis-hadis yang bersanadkan Muhammad ibn Ya’kub al-Kulaini (yang didakwa sebagai ahli hadis paling baik dan paling awal), yang dikenal sebagai mujadid Syiah ketiga. Faisal mungkin sahaja boleh berkata itu kata orang, bukan kata-katanya sendiri.

Tetapi sebuah pantun yang digarap Faisal dan dimasukkan ke dalam novel ini betul-betul menderau darah saya, perhatikan baris-barisnya;

Ada berempat sahabat Nabi,
Ada seorang jadi khalifah,
Abu Bakar, Omar, Osman, dan Ali,
Saidina Ali suami Fatimah.

Faisal nampaknya menganut faham bahawa tidak wujud khulafa’ ur-rasyidin, kerana bagi Faisal, Abu Bakar, Omar dan Osman itu bukan khalifah, hanya Saidina Ali seorang sahaja.

Fasal mensyiahkan Kerajaan Johor Lama pula, Faisal jelas melarik propaganda ini dalam satu dialog Dato Utama Mahdi Hasan, “Sudah. Cakap tuan itu laut yang bahaya. Seperti teluk disangka elok, pulaunya kecil berbahaya, ada batu berendam juga gelombang dan karang yang mengancam. Moleklah disimpan perkara sampai tiba masanya. Mungkin bukan kerja kita. Mungkin zaman Abdul Jalil bila sudah ada peluang dan tersedia ruang, akan kita lakukan perubahan yang pernah kita rencanakan. Johor akan mendapat manusia seperti Alaudin, seperti Aceh pernah mendapat ia, bila tiba masanya. Dan kalau diizinkan Allah dan para sayyid, akan kita dapat negeri walaupun jauh dari Madinah, jauh dari Kufah. Dengan negeri itu kita menantinya nanti kembali mendiri pemerintahan di Kufah.”

Yang lain-lain dari novel ini, yang saya rasa penting juga untuk saya perturunkan di sini sebagai persoalan yang boleh dibincangkan adalah kecenderungan Faisal untuk menggambarkan kebejatan pemimpin dalam novelnya dengan aktiviti seks songsang. Kalau dulu dalam 1515, Puteri Kembang Piah digambarkan sebagai lesbian, dalam Saasatul Ibaad ini pula Sultan Mahmud digambarkan sebagai seorang pelaku homoseks.

Entahlah, kalau ikut di kulit belakang novel ini, Saasatul Ibaad dikatakan sebagai karya Faisal yang paling bercita-cita besar dan provokatif, tetapi bagi saya novel ini tidak lebih sebagai sebuah naskah dakwah seorang mubaligh Syiah yang dikarang indah.

http://zukriaksah.com

Advertisements

Responses

  1. Kalau nak gunakan ISA orang seperti Faisal Tehrani inilah. Dia cukup berhati hati supaya tak nampak sedangkan hakikatnya nyata. Bekas Mufti MAZA pun pernah berkata demikian dan seperti biasa disanggah Faisal.

    Saya harap JAKIM panggil dia dan kalau ternyata dan degil sangat barulah di ISA kan dia.

    ISA untuk Faisal Tehrani jika perlu.

    Pak Teh

  2. Kalau nak gunakan ISA orang seperti Faisal Tehrani inilah. Dia cukup berhati hati supaya tak nampak sedangkan hakikatnya nyata. Bekas Mufti MAZA pun pernah berkata demikian dan seperti biasa disanggah Faisal.

    Saya harap JAKIM panggil dia dan kalau ternyata dan degil sangat barulah di ISA kan dia.

    ISA untuk Faisal Tehrani jika perlu.

    Pak Teh

  3. Apa pulak Pak Teh nak guna ISA ni? Syiah tu apa bendanya? Najis ke? Ancam keselamatan negara ke? Fahaman Syiah lebih bahaya dari orang kafir atau Yahudi ke? Sedangkan Yahudi kafir yang terang-terang menentang Islam tak kena ISA, kenapa pulak nak ISA orang. Ini pun pencacai taik kot…Hakikat bahawa Sy Abu Bakar, Sy Umar, Sy Osman dan Sy Ali adalah khulafa adalah benar. Walau Faisal Tehrani ini nak kata macam mana pun, itulah hakikatnya. Biarlah dia merapu dengan ideanya. Ini hal pun nak ISA kan orang. Pak Teh banyak membaca dan sepatutnya bertambah budiman serta bijaksana. Ptuih.. Kes ini macam Pulau Batu Putih juga. Mahkamah mengatakan ianya hak Singapura…tetapi hakikatnya ia tetap hak Malaysia yang telah dirampas kerana kekuatan wang Singapura dan kebodohan kerajaan Malaysia.

  4. ISA untuk Ayah Pin n Kahar rasul Melayu frm Selangor. Untuk 2 kes tu aku sokong ISA.. Ynag lain2 aku x sokong.

  5. Perkara syiah ni bukan perkara kecik, kalau dibiarkan rosak ummat Melayu! Pada pandangan org syiah orang sunni adalah sama taraf dengan kafir dan darah dan harta mereka adalah halal bagi mereka, berapa banyak org sunni yang telah dibunuh di Iran, ambik tau sama.

    • Ada bukti ke Syiah Iran bunuh Sunni di Iran? jangan cakap main lepas. Pengalaman bercuti di Iran saya tidak melihat situasi ini. Saya tinggal dengan keluarga Sunni dan berjiran dengan keluarga Syiah. Saya dan adik angkat malah dibenarkan memetik anggur jiran itu. Cakap berdasarkan bukti. Bukan hanya mengikut cakap-cakap orang. Alhamdulilah, saya tidak pernah disakiti oleh masyarakat Syiah di sana.

      • Cina yang buka kedai runcit dekat tempat saya belajar pun tak pernah pukul saya.Kawan saya seorang kristian tidak pernah memaki hamun saya, adakah mereka ini mendapat tempat dan diredhai Allah….?persoalannya adalah persoalan AKIDAH, BUKAN MORAL..

      • 2015 now..deep!

  6. Saudara usagitaro, jangan mudah terpengaruh dengan media dan bahan bacaan yang belum tentu benar atau salahnya. Betul ke orang-orang Syiah bunuh sunni di Iran? Ada faktanya ke? Dari mana sumbernya? Tanyalah Ahmad Nejad kalau-kalau ianya betul atau salah. Kedutaan Iran di Msia boleh berikan maklumat yang betul. Sunni dan Syiah serta berbagai fahaman Islam ini dipecahbelahkan oleh orang-orang kafir dari zaman kebesaran Islam lagi. Jangan taksub sangat dengan sunni atau apa-apa fahaman. Ikutlah Al Quran dan Hadis. Umat Melayu di Malaysia yang sunni pun dah rosak teruk. Tak payah masuk pengaruh syiah pun. Semuanya lengkap. Sumbang mahram, bohsia, pengkid, murtad, rempit, minah dan mamat dadah dan sebagainya semua ada .

    • Lee Lepi…

      Sebelum beri komen, sila dalami asal usul Ahl Al-Sunnah dan Syiah. Kalau tak faham, pergi jumpa dengan guru yang betul-betul faham. Lepas itu barulah beri komen, itupun beri komen berlandaskan Quran dan Hadith, dibantu dengan ilmu dan aqal. bukan dengan nafsu dan hati yang digoda amarah. Niat anda tu baik, tapi ini soal Aqidah, bukan perkara yang remeh-temeh. Islam ini asasnya Tauhid dan Aqidah, kalau aqidah salah, macam mana nak mengaku Islam. Sesiapa pun yang cuba menyebarkan aqidah selain dari Ahlus Sunnah, mereka wajar ditarbiyah semula.

  7. selain dari ISA tak ada cara lain ka??
    takat tu saja hampa boleh pikiaq???

  8. Lee Lepi pandai awak berhujah awk mengaku awk cina,wah bangsa cina sekarang dah pandai berhujah dan menyebut al quran sama seperti Ngeh KO Meng kalau dia berucap siap bismillah dan membaca dalil yang tah apa-apa bunyinye lepas tu orang PKR dan PAS tepuk tangan bukan main suke,die orang tak tau cina tu memperlekehkan islam

  9. Lee Lepi…sekiranya anda Islam..maka anda belum faham agama yang anda anuti..Antara fahaman Syiah…’Jibril tersalah memberikan wahyu kepada Rasulullah…ia sepatutnya turun kepada Ali’…Astaghfirullah…Pahit untuk ditelan..tapi benar, Iran antara negara yang banyak membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah…dan lebih pahit…Ahmadinejad yang diagungkan sebagai pemimpin Islam merupakan ahli Syiah. Ruang ini terlalu kecil untuk mendatangkan bukti..tapi anda pasti cukup pintar untuk mencarinya sendiri…itupun kalau awak inginkan kebenaran…

    • Ahli sunni….
      bodoh nya anda..soal Jibril tersalah memberikan wahyu kepada Rasulullah…ia sepatutnya turun kepada Ali’ tu x btol la ahli sunni hoiiii…aduhhh…xkan yg tu pon nk kna ajaq kot….orang dah bahas abh dah kot..haiii….baca la dlu sblum menulis….bye :))

      • abu dzar:hang yang x abh baca shbt ku. apa komen hang ttg solat sujud kat atas batu karbala?

    • Aku rasa…

      Ahli Sunni dan syiah
      yang bagi komen kat ataih ni
      adalah individu yang sama….

      Syiah memang pandai memanipulasi suasana
      untuk kepentingan mereka.

      • amboi iCeramah mcm dah kenal btul dgn shiah ni, ada dendam kesumat ke..

  10. waduh-waduh apa nak digaduhkan………

    dari segi kajian aku syiah terbelah kepada beberapa gologan…tapi syiah di imanmiyah kat IRAN tuh yang popular….aku x kisah ape yang syiah cakap sbb mereka menggunakan takiyyah……

    bagi aku syiah yang kafir adalah yang mengatakan al-quran yang ada skrang nie telah diubah oleh sahaba. tu yang syiah kafir……..
    lagi satu yang aku geram gan puak pelampau syiah iaitu mengkafirkan sahabat utama nabi s.a.w abu bakr r.a………
    dan aku benci IRAN sbb mereka membina makam abu luluah macam istana……
    satu lagi mereka ni sembang kemas nak serang israel tapi hampeh pun tarak…

    wallahualam…

  11. Salam.
    Faisal mengakui tidak menganuti fahaman syiah tetapi tidak jugak mengakui sunni. Beliau jelas mempertahankan ajaran syiah dengan tujuan untuk penerimaan umat di negara ini kepada syiah dan menumpuhkan segala aspek fahaman kepada keluar-biasaan sy Ali. Kepada FT pemimpin-pemimpin Islam lain tidak benar termasuklah pemerintahan kekhalifaan suni tetapi mempertahankan pula pemerintahan kekhalifaan syiah termasuklah “si penumpah darah”. Dia mempertahankanya syiah dengan alasan untuk menyatukan umat islam tetapi dalam masa yang sama memburukan juga orang-orang islam yang dituduhnya wahabi. Dia juga tidak menyenangi ramai pemimpin negara islam termasuk pemimpin kita dan asia tengah tetapi (melainkan) pemimpin pujaannya Ahmad Nejad. Kerana baginya selain dari Ahmad nejad semuanya tidak benar kerana ahmad nejad adalah syiah. Faisal Tehrani juga bermakna faisal dari Tehran tidak heran dia amat mengambil berat negara itu.. Ana sebelum berkenalan dengan penulisan FT hanya memahami yang Syiah itu sebagai satu mahzab dalam Islam, dan walaupun diberitahu yang ianya sedikit menyimpang tidak pula mempunyai perasaan benci kepada fahaman itu, malah sejak membaca penerangan FT ana mula memahami titik tolak kemunculannya. Malangnya bila usaha FT untuk menyatukan Islam itu dituruti dengan usaha untuk membenci umat sesaudara islam kita dalam sunni yang dituduh wahabi sudah tentu ada yang tidak kena. sekurang-kurangnya ana mula percaya yang FT lebih memuliakan syiah berbanding fahaman islam yang lain. Tidak salah untuk membasuh kecemaran Syiah tetapi dalam masa yang sama janganlah ianya dibasuh dengan air dari luka saudara yang lain. kalau macam itu bila akan bersatunya.
    jangan sengketa di Iran dan Iraq hendak di bawa ke sini dengan mengadu dombakan sesama Islam dan akhirnya kita juga yang kalah. dan beginilah kerja agen Yahudi yang memecah belahkan umat Islam, yang kunun untuk menyatukan Islam tapi nyata sebaliknya.
    segala-gala aspek telah jelas, tinggal tidak mengaku syiah sahaja

  12. Imam Syafie R.H pernah berkata : Jika sesiapa yang mencintai Rasulullah S.A.W dan keturunannya sebagai Syi’i, maka aku lebih syi’i kerana aku sgt mencintai Rasulullah s.a.w & keturunannya,” Lalu….apa kata anda pula?

  13. Hakikatnya, hampir semua Ahlul Bait cenderung kpd mazhab Syafie…..Sirah mutakhir ini perlu diketahui…..

  14. Perlu diingat, jika orang murtad, kita kena kuarantin dia dulu (ISA) sebelum dihukum bunuh. Orang macam Faisal Tehrani ni memang patut ke (ISA).

  15. utk pegetahuan korg..ajaran syiah ni diasaskan oleh yahudi yg munafik. kalo x caye… pi belek kitab2 syiah dorg.. yahudi tu pura2 masuk islam…secara halus dia cocok umat islam dgn ajrn yg tah pehape tu.. so…kire bahye gile jugak ar mazhab syiah ni..seblom pape jadik. baik kite amik langkh berhati-hati..stuju ngan korg…ISA bole dijadikan tempat sesape yg berbahye mcm FAISAL ni…

  16. nak bagi dia ISA??? bior betul, tak silap aku dia baru dapat anugerah lagi…
    kerajaan bukan senang2 nak letak orang dalam ISA, kalau betul2 mengancam kerajaan baru leh letak. si Faizal ini macam ular lenggoknya… tak mengaku syiah. tapi tulisannya sarat dengan ajaran syiah.. ala-ala pengecut lah jugak.. ISA adalah untuk orang2 yang berani sahaja..yang menentang dan tak takut di tentang… si faizal ni, hanya tahu menyorok dalam gaya bahasa, menyorok dalam samar..
    kalau nak senang, boikot aja tulisannya…
    jangan baca…
    kalau ada akhbar masih nak publish kite tulis surat kat akhbar tu..
    owh by the way LEE LEPI, Syiah ini lebih teruk dari Najis, walaupun najis itu busuk dan kotor, ia boleh dicuci dan dibersihkan, apabila najis itu hilang baru lah boleh buat benda lain, tapi syiah ni yang kotor dan takkan hilang selagi tak kembali pada ajaran asal rasululllah…
    walaupun aku orang UMNO, tapi aku rasa kerajaan kita ni tak peka sangat bab2 macam ni.. pembangkang pun sama, ramai orang dalam PAS syiah, dan bergerak melebarkan jalur syiah, tapi mereka tak perasan..
    marilah kita berdoa agar syiah ini dihapuskan dari Malaysia…
    wallahualam…

    • Salah 1 ajaran utama dlm Syiah adalah taqiyah… iaitu berpura-pura bagi mengelakkan dihukum oleh pemerinth yg zalim.. tp hakikatnya mrk berpura-pura dlm byk hal wlaupon x melibatkan pemerintah… jd jgn heran la kalo FT 2 x pnah nk ngaku… dlm diam2 die menyebarkan propaganda… mende ni mengingatkan aku kpd kisah kaum munafiq di zaman Rasulullah s.a.w. yg berpura-pura menganut Islam tp pd hakikatnya cuba meruntuhkan Islam.. padan la pengasas fahaman pon munafiq.. jgn kte aku dgr drpd sebelah pihak je, mgkn aku lbeyh mendalami Syiah drpd org yg bngge mnjadi syiah dlm diam di malaysia.. dan smakin aku mndalami smakin byk kesesatan yg aku jumpai… na’uzubillah.. smoge Malaysia dan negara Islam lain tros berpegang pd paksi Ahlus sunah. kpd FT, kalo nk ceritekan contoh pemimpin yg baik, byk lg pemimpin ahlu sunnah yg bole dijadikan tauladan contonhnye tok Guru Nik Aziz..

      • askum abdullah?awak jgn memfitnah orang ssuka hati apatah lg ia brsngkutan dgn aqidah terutma pd syiah.ap anda tau mksud SYIAH itu sendiri?[“SYIAH”‘PENGIKUT’].PENGIKUT SIAPA?”AHLUL BAIT”AHLUL BAIT ITU SIAPA PULA?RASULULLAH MUHAMMAD S.A.W.W,SITI KHADIJAH AL KUBRO,ALI A.S,SITI FATIMAH AZZAHRA A.S N KTURUNANNY A.S.Mreka “AHLUL BAIT”ini adalah para PENCINTA ALLAH N ALLAH MENCINTAI MREKA.Jadi klau org itu mnyintai n mngikut mrka ‘AHLUL BAIT’adkah mreka sesat?

      • sedap mulut je cakap berpura-pura. Syiah je ke yang pandai berpura-pura tu? Fikir pakai otak dan minda yang matang.

      • Hang nak menagku hang ni ahlul bait..???

        KEPALAHOTAK HANG…!!!!

        Kalau betui hang ni ahlulbait,
        kenapa bermusuh dengan
        Abu Bakar, Umar dan Uthman…!!!

  17. Rasulullah S.A.W prnah bersabda’sesungguhnya pda akhir zaman nanti manusia akan semakin berpecah2, fahaman kristian akan terbahagi kepada 73 bahagian, manakala fahaman yahudi akan terbahagi kepada 72bahagian, manakala islam itu sendiri akan berpecah kepada 71 fahaman.’ namun dalam yang 71 hanya ada satu yang berada di jalan yang benar2 LURUS iakni jalan Allah…. saya memohon kepada blogger2 sekalian fahamilah dan dalamilah islam itu sebenar2nya sebelom mengeluarkan sebarang kenyataan…

  18. aku benci Faisal tehrani..terang2an Syiah!!

  19. memang dia sesat per!! duk puja2 ahmadinejad..duk cerita pasal keturunan ali khomeini..apa kes la FT tuh..boleh blah r..

    • anda sah wahabi…hahaha…ya allah..kau,lakanat lah jgk org yg mmbela pmbunuh husain…cucunda nabi ku(yazin bin muakwiyah..laknatullah..aminnn..

    • sy sbgai muslimah malu melihat komen anda. Syadid yang terlalu jumud. Sy bukan syiah. Saya aswj. Saya muslim. Sy x malu mengatakan sy mencintai ahlul bayt. Tp sy x pula mngatakan pihak muawiyah pihak yg salah. Muawiyah slh seorg sahabat yg dijanjikan syurga.. Tetapi jngn trlalu keras mengkafirkan syiah.. Yakin kah semua syiah itu salah? Kalau tahap buat al quran palsu dan x terima khulafa’ lain mmg dah menyimpang.. Asal pecahnya syiah sunni x lain x bukan sbb siasah. Entah siapa2 yg bertanggungjawab fitnah agama kita ni, buat kita berpecah dan sangka buruk antara satu sama lain. Kita ummatan wasathan, umat nabi yg sederhana.. Jngnlah kita tambah semarak api salah sangka syiah dan sunni. Wallahua’lam

  20. senang korang tak yah bce pape..amek wudhu’ bce quran sudah.abes cite.

    • qoran gak kna da yg tafsir…

  21. azan syiah dengan azan kita berlainan dorang ada sebut sy. ali (ra) dalam azan (sila tgk kat youtube kalau tak pecaya jgak sila suruh kawan kawan anda org iran atau syiah kat malaysia ni dah belambak kan.)
    persoalannya masa zaman nabi muhammad saw dulu ada ke dorg azan sebut nama sy.ali (ra)?
    saya rasa tiada sebab azan ni adalah untuk mngajak org islam untuk menunaikan solat so buat apa nak sebut nama sy/ali(ra) kan.
    nampak sgt yg syiah ni adalah hasil tangan org yahudi.
    kalau saya ada silap sila betulkan.
    😉

    • askum aizat?mmg btul aizat,tp sy nk tanya awk dlu,itupun klo awk tau y?ap beza dlm agama hukum antra mngekalkn yg wajib n mnambah dgn mmbuang yg wajib dn mggantikan dgn yg lain?

    • Astgfirullah. Saya cadangkan anda dengar orang Syiah yang tulen itu melaungkan azan. Saya tidak pernah mendengar kalimat yang asing ketika azan dilaungkan dari masjid di Iran dan masjid di Malaysia. Dalam You Tube, orang ‘JAHAT’ boleh buat macam-macam bagi memecah belahkan umat Islam. Anda lebih percaya sumber google itu daripada melihat dan mendengar sendiri.

    • http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/12/dr-ft-boleh-ambil-tindakan-undang.html

      * Jika anda terserempak dengan forum, blog, laman yang membuat dakwaan kosong terhadap saya, sila salin dan tampal entri ini di blog tersebut. Jika anda terserempak dengan video atau ucapan yang direkodkan berunsur fitnah terhadap saya, sila emel kepada chefhisyam@gmail.com.

  22. saya rasa jabatan2 agama perlu mengadakan kempen2 ataupun forum tentang syiah supaya kesesatan syiah dpat didedahkan.Ini kerana saya mendapati masih ramai yg tidak kenal syiah lalu apabila ada pihak2 yg bangkit menentang syiah mereka mengatakan, “biarlah mereka,ini adalah masalah furu’,mereka masih saudara kita yg mengucapkn kalimah syahadah..”..saya percaya yg percakapan seperti ini dtang dari masyarakat yg masih tidak tahu-menahu tntang hakikat sbnar syiah.semoga Allah mengampuni mereka..oleh itu,setiap insan ulul albab yg mengetahui kebenaran ini hendaklah berusaha menyebarkn dakwah ini kepada saudara2 kita yg tidak tahu itu…

  23. http://ummuhani.com/2009/05/ft-betul-bermazhab-syiah/

    AKU BUKAN SYIAH…
    AKU BUKAN PENYOKONG SYIAH…

  24. syiah takkan bole di hapuskan..dia akan menjalar sedikit demi sedikit. kerajan kerajan islam besar dahulu pon menangkap, memasuk dan menyumbat mereka mereka ini kedalam penjara. tetapi bilangan mereka terlalu ramai…jika terlalu ramai susahlah utk menghapuskan fahaman ini dan mereka bole menyamar menjadi sunni bila bila masa. memang sukar, itulah yg terjadi, tetapi malaysia bole buat kerna pengikutnya di malaysia tidak ramai kemungkinan didalam anggaran tidak sampai 10 ribu. jika hendak buat sesuatu, inilah masa nya. jika hendak melihat keharmonian di masa hadapan, inilah masanya, kerna bago mereka darah org sunnnah adalah halal. jika sudah terlambat maka terjadi lah ia seperti di pakistan india turki afghanistan yg mana sudah tidak dapat berbuat apa apa. nasi sudah menjadi bubur.

  25. Hanya sampaikan pesan….

    http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/12/dr-ft-boleh-ambil-tindakan-undang.html

    * Jika anda terserempak dengan forum, blog, laman yang membuat dakwaan kosong terhadap saya, sila salin dan tampal entri ini di blog tersebut. Jika anda terserempak dengan video atau ucapan yang direkodkan berunsur fitnah terhadap saya, sila emel kepada chefhisyam@gmail.com.

  26. fikir-fikirkan… jika syiah ini mazhab yg sesat, kenapa ulama-ulama besar m’sia tidak lantang berckp mengenainya? gunakanlah media mainstream, sampaikanlah pesanan, jgn dibiarkan umat Islam di sini sentiasa bertelegah dan terus-terusan keliru. kenapa setakat seorang dua saja ulama yg bercakap, lepas tu senyap. apa yg nak disembunyikan? tak mau keluar kat newspaper pun keluarlah kat blog… ini tidak, lama2 habis semua umat Islam berpecah belah… ini yg yahudi dgn kafir suka. mcm skrg kita bertelagah dan saling menuduh sesat-menyesatkan… diaorg cukup suka sbb dia tahu kelemahan org Islam.
    yahudi sejak zaman rasulullah saw pun sudah menyelinap masuk dlm Islam, nak mengadu domba dan pecah belahkan Islam. benda ini berlaku sehingga lah skrg… depa tau sunni dgn syiah tak ngam. klu dibiarkan ngam mmg lingkup lah depa… depa bg laga lagi… depa tau sunni mmg dr dulu tak boleh terima syiah… jadi depa buruk2kan syiah thru media mainstream. sambil kita dok bertelagah depa bunuh lagi org Islam di palestine.
    benarkan syiah ini terbentuk hasil agenda yahudi mengadu dombakan org Islam? jika benar kenapa sekarang yahudi takut dgn syiah (iran)?
    benarkah syiah menghalalkan darah org sunni? ini syiah yg sesat kot. syiah dan sunni kat lubnan boleh bersatu bentuk kerajaan, itupun menumpang kerajaan kristian lubnan. klu depa berpecah di sana agaknya mcm mana lah nasib org Islam? sudahlah Israel cukup benci sunni & syiah bersatu di lubnan smpi dibedil juga negara tu.
    faham tak apa agenda FT? kalau PAS boleh terima DAP masuk dlm pakatan utk kuasai kerajaan, kenapa sunni tak boleh bersatu dengan syiah yang diperakui Islam demi utk kekuatan kuasa Islam?
    tak perlulah nak tuduh menuduh si polan si polan syiah, kita tak tau pun, hanya Allah swt shj yg tahu.
    apa salah dia nak puja ahmadinejad? berlambak sunni yg sesat pi puja micheal jackson, lady gaga etc. setidaknya dia memuja org yg berhemah, yg berani menentang kuasa barat. klu sy pun lebih suka jadikan ahmadinejad idola sy kerana kekuatan kepimpinannya, kerana kelantangan dan keberaniannya. obama pun tak seberani dia, kena tekan dgn zionis dia dah kecut.

  27. bila kita dgr abu bakar ra di herdik, dimaki je.. kita dah tahu syiah ni sapa . utk org yg tak beramal, mmg sesuai lah utk kamu. muka smeua hitam je org syiah ni. bagilah istri anda kat saya.. sebagai mutaah dan berilah anak anda perempuan anda kpd saya sebagai mutaah. kan wajib, (mesti amal sebelum mati) .. saya akan berterimaksih sepanjang tahun.
    http://abgrara.wordpress.com/2010/12/18/tangkap-syiah-jais-sahaja-yg-buat-kerja/
    http://abgrara.wordpress.com/2010/12/28/peristiwa-di-mana-ulama-ulama-besar-syiah-keluar/
    http://abgrara.wordpress.com/2010/12/22/syiah-dan-kesesatan-nya/

  28. rilex sudah.. syiah pon islam…

    ntah apa2… ?

  29. sbenarnya anda smua m’hampiri zaman kjatuhan islam apabila mnolak syiah.. mnimbulkan pgaduhan n bukannya p’paduan dlm kalangan umat islam…

    kaji baru cakap… ni main ckap bodoh2 camtu je…

    jgn t’pdaya hasutan n agenda kafir laknatullah…

    aku sunni…!! berlapang dada lah!!!!

    syiah Islam bukan kafir!!!!!

    KAJI!!!!!! JGN JD MACAM LEMBU.. IKUT TANPA TAHU!

  30. love shia
    love sunni
    love u FT..

  31. assalammualaikum
    bagi ana tak semua syiah sesat…

    syiah yg sesat hanya syiah yg mengkafirkan para sahabat r.a..

    jgn kerana satu syiah semua syiah dituduh sesat…

    jgn terpengaruh dengan propaganda barat yg cuba menanam api kemarahan di antara syiah dan sunni..

    jika berselisih pendapat kita kembali kepada al-quran dan as-sunnah..

    jangan ikut emosi kerana emosi akan memusnah hidup anda dan orang

    disekeliling anda…

    • sapa kata syiah masuk neraka,,,
      awak ker yg tntukan dia masuk syurga,,,
      ramai gak orang sunni yg buat dosa,,,
      n ramai juga syiah mngamal ajaran islam,,
      so kita x bole tuduh sembarangan,,,’slam,,

  32. Salam.

    Renungkanlah ayat-ayat Al-Quran ini…

    [4:82]
    Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.

    [30:31]
    Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik –
    [30:32]
    Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).

  33. TOPIK PUNYA LAMA 2008, TAK ADA KESIMPULAN? KESIMPULANNYA, PEMILIK BLOG MENANGGUNG MALU YG SANGAT. SEBAB PANTUN TERSEBUT BUKAN HASIL GARAPAN (KEPALAOTAK) FAIZAL TEHRANI. ITU PANTUN MELAYU LAMA. MALU SANGAT. SILA NYATAKAN PERASAAN MALU ANDA DI SINI.

    • Apa benda nak malu pulak bai?Ada baca novel tu tak?Atau baca pantun aje?Novel tu penuh dengan dakyah syiah.Bayangkan sejarah Melayu Johor lama pun nak disyiahkan oleh ft yg taksub dengan fahaman dia.Apa kes?

      Apa cerita tehrani iran syiah ni sekarang?Blog pun sudah kasi tutup.Alhamdulillah sekurang2nya kurang satu saluran dakyah syiah dia.Mamat ni ada bakat tapi sayang taksub sangat dengan syiah dia.Kalau syiah sangat pun tak payahlah mendakyah siang malam sampai novel pun penuh dengan unsur2 syiah.

      Oh ya syiah letak batu karbala buat alas sujud tu apa kes?Bidaah sebab taksublah tu.Nabi tak pernah ajarpun kan.Kang datang syiah Melayu ikut2an tuduh aku wahabi pulak huhuhu

  34. Aqidah sesat akan membawa ke Neraka….abadi ….selama-lama-lama-lama-lamanya….insaflah…Syiah jauh tersesat…….bakal Dajjal diakhir zaman….

  35. Faisal tehrani konon2 tak mengaku syiah tapi semua penulisannya penuh dengan dakyah2 syiah.Apa kes mengaku mencintai ahlul bait konon,tapi membenci sahabat yg 3 orang lagi.Apa sahabat yg 3 orang lagi tu bukan ahlul bait?Janganlah pura2/taqiyyah mengaku mencintai dan mengiktiraf abu bakar,umar dan usman.Khamenei kepala syiah tu kata apa pasal abu bakar,jangan pura2 tak tahu.

    Syiah ni tak lebih pada orang taksub yg melampau yg sama ada tak boleh menerima qada’ dan qadar Allah atau cuma terikut2 hasil pengaruh pembacaan esp syiah Melayu.

    Kenapa pula quran syiah lain dr quran ahli sunnah?Jangan pula tak mengaku.

  36. apa sebab jadi shiah ?

    nak glamor? nak lawan amerika ?

    jenis ni sebenarnya tidak mendalami sunni, sedangkan ajaran kita telah lengkap dan benar.

    kerja shiah tidak ada lain mencaci sahabat saja.

    apa faedahnya utk diri kita yg keseorangan di kubur nanti? apa faedah mencaci sahabat tak sudah2 .. ajaran org gila.

    sedangkan kita pun tidak kerja mencaci abu jahal dan firaun aje tiap hari.

    kubur masing2. kalau sahabat salah biar mereka dgn Allah.

    ajaran kita yg benar mengajar kita menjaga diri kita sendiri terlebih utama.

    dlm kubur takde khomeini laknat nak tolong jawab, tiada nasrusyaitan nak jawab, tiada sistani(syaitani) nak jawab utk kita.

    amatlah bodoh pengikut shiah melayu ni.

  37. Ya Allah… sampai tak tau nak tulis apa, hebatnya penangan penulisan FT ini. Semua org pun bergaduh. Yg tak tau syiah pun main hentam tulis saja,

    Tapi ingatlah anda, apa yg anda lakukan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Jika apa yg anda tuduhkan itu adalah satu kepalsuan, terimalah akibatnya.

    Bagi saya, jika tidak tahu dgn mendalam sesuatu perkara itu, adalah berdiam itu lebih baik, kerana dibimbangi apa yg ditulis itu akan mengheret kita ke neraka, nauzubillah.

    Di dalam Al-Quran tidak ada ditulis ahlussunnah wal jamaah yg akan masuk syurga atau syiah yg akan masuk neraka.. jd jika tidak tahu siapa yg betul siapa yg salah, adalah berdiam diri itu yg paling utama.

    Pencinta Hussain….
    selawat – Allahumma solli ‘ala muhammad wa ali muhammad.

    SEkian….

  38. kepada pengkomen yg boleh dengar radio kedah fm, sila dengar kuliah dr aziz hanafi, KUIN, pkl 5.30 ptg setiap Rabu utk maklumat ttg Syiah..mudah2an Allah beri hidayah kepada kita semua


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: